Beriringan ke Syurga~

Saturday, May 24, 2008

lagu kegilaanku~

Read More

Dunia Baru~

Assalamualikum~

esok,bermula langkah aku dalam dunia baruku,hingga saat ini aku mulai yakin bahawa itu adalah tempat terbaik buat aku dan agama aku,setiap hari aku berdoa ,merintih pada tuhan,moga aku akan ditempatkan disebuah tempat yang terbaik buat aku dan agamaku,dikalangan sahabat yang terbaik ,juga buat aku dan agamaku,yang boleh mengingatkan aku saat aku terleka,maklumlah,aku hanya seorang manusia yang sentiasa lupa,dan sentiasa ingin dipimpin dalam bertatih mencari jalan yang betul.

Rasa macam baru semalam aku daftar untuk ambil STAM,bila ingat balik,kelakar pun ada,mana tak nya,punya semangat tulis borang itu ini,amik buku teks,beli satu paket besar kertas kosong untuk buat nota,last-last..habis..

Nak tahu Al-kisahnya?taknak?lantak,aku nak cerita jugak.sebab aku suka..haha~penat lah tulis satu-satu macam ni,nak buat macam mana adab dalam tulis blog,takut pulak ada yang menyampah a.k.a. tak semangat nak baca pula..=)

STAM untuk orang yang kuat semangat je,aku setuju kalau ada orang cakap macam tu,aku sendiri takut walau rasa diri dah betul-betul sedia nak ambil STAM.

Rasa macam baru semalam juga aku hantar surat letak jawatan dari jadi ketua badan dakwah banat , hanya sebab aku terbaca sepotong hadith,ermm,tak ingat.(tu la akibat tak nak amik stam.)lebih kurang macam ni,amanah adalah satu kehinaan di akhirat kelak,kecuali bagi orang yang betul-betul bertanggungjawab menunaikannya(mungkin bagi ustazah ustaz yang terbaca tulisan takde input positif aku ni boleh tolong betulkan),satu malam tak boleh tidur,last-last,sad endingnya,hantar surat letak jawatan dan ambil tiket balik kl malam tu juga.tak jumpa ustazah pulak tu,bagi surat tu pula melalui anak buah aku,Huhu~baru rasa menyesal sekarang,aku bukan ank murid yang baik...*sad*

aku memang bukan murid yang baik,form three form four aku suka lari keluar bandar,ponteng turun musolla,ponteng prep ,makan dalam dorm,semua tu memang kerja khusus aku dengan kawan-kawan baik aku,tapi,betul juga orang kata,zaman sekolah ,kalau skema sangat takde kenangan nanti.nah!form five pulak muka geng-geng kitorang naik jadi exco,baru nak gelabah ubah perangai,baru kitorang rasa apa yang exco dulu rasa masa denda kitorang dulu.hidup ni macam roda kan!!

buat exco-exco dulu yang terbaca benda ni,mintak ampun banyak..huhu~

memang menyesal jugak letak jawatan,sepatutnya aku ada bersama adik-adik yang lain tarbiah pelajar junior,memang tulah tugas kitorang sebab ada budak junior yang baru masuk tak tahu rukun sembahyang pun,(dua tiga orang la..)rasa macam semua tugas berat tu aku serah bulat-buat kat adik-adik dan kawan-kawan yang kuat semangat nak maik stam.sedih~

dah la..takmo sedih-sedih,aku akan mulakan dunia baru aku dengan penuh semangat,nak belajat rajin-rajin untuk jadi seorang peguam syariah yang berjaya,untuk semua,doakan aku!
Read More

Thursday, May 22, 2008

~tell me why!!!~

Assalamualikum..
salam buat saudara seakidah~

aku dapat hobi baru,tadi..waktu jenguk-jenguk youtube,carilah yang ada kaitan ngan isu palestin,sesak dada bila nengok semua tu.so,tak salah nak kongsi ngan korang teman-teman terbaik dalam dunia ni kan?jumpa video ni,sedih..sorang budak kecik nyanyi lagu tajuk'tell me why'~kenapa peperangan harus berlaku???

aku memang anti gila dengan perang,nak tahu kenapa aku nak jadi doktor(cita-cita pertama aku~)sebab aku nak pergi semua negara yang perang,nak selamatkan budak-budak aka kanak-kanak kat sana,aku memang sedih+geram+nyampah+benci kalau libatkan kanak-kanak ni,dah nama pun perang..mesti semua terlibat kan?islam itu indah,kalau nak perang pun banyak syarat-syaratnya,yang pasti jangan libatkan kanak-kanak!aku rasa nak pergi kat palestin malam ni jugak,nak peluk budak-budak tu,nak tidur ngan diorang,nak pujuk diorang bila mak ngan ayah dosa dah takde,nak sorok dorang dalam beg,nak seludup bawak balik,biar aku yang jaga diorang,lagi senang~huhu.kan best..

tapi nak wat camne..nak jadi doktor takleh,nak jadi nurse pun takleh(sebab tengok komen kat tread iluvislam pasal nurse)

huhu~isnin ni start jadi student balik..mesti dapat agak umur aku kan?buat2 tak tau je la..tak sabar nak belajar syariah perundangan,camne ek?

tq untuk tok lisam yang ajar aku cara nak masuk youtube dalam blog,ilmu aku bab pc ni memang rendah tahap bukulali je..terpaksalah minta tolong dengan orang..nanti kalau ada video yang berjaya tarik perhatian aku,aku post lagi kat blog 'terchenta' ni...kalau nak ikutkan memang semuanya tarik perhatian,tapi nanti jadi macam blog youtube,tak pasal-pasal,takpe..okeh gak tuh~

seekerz,perasan tak ayat skema den,hoho~lepas kena tego dlam thread akhi saifudin tuh,den makin berhati2 tau~okey tak??






Read More

palestine~

Read More

Wednesday, May 21, 2008

persis mutiara..

kisah diambil dari http://syaheerah.multiply.com/reviews/item/16,harap dapat dimanfaat bersama~

p/s:article menggunakan bahasa indonesia.

Rabiah Al Adawiyah adalah seorang mistisi yang sangat tinggi derajatnya dan tergolong kelompok sufi periode awal. Ia memperkaya literatur Islam dengan kisah-kisah pengalaman mistiknya dalam sajak-sajak berkualitas tinggi.

Itu sebabnya Rabiah Al Adawiyahlebih dikenal sebagai pendiri agama cinta (mahabbah) dan ia pun dikenang sebagai ibu para sufi besar (The Mother of The Grand Master).

Nama aslinya adalah Raiah Basri tapi lebih dikenal dengan nama Rabiah Al Adawiyah,lahir pada tahun 713 M di Basrah (Irak), dari keluarga yang hina dina. Kedua orang tuanya meninggal ketika ia masih kecil. Begitu pula ketiga kakaknya, meninggal ketika wabah kelaparan melanda kota Basrah.

Dalam kesendirian itu, akhirnya Rabiah jatuh ke tangan orang yang kejam, yang lalu menjualnya sebagai budak belian dengan harga yang sangat murah. Majikan barunya pun tak kalah bengisnya dibandingkan dengan majiakn sebelumnya. Alhamdulillah dia akhirnya dibebaskan.

Setelah bebas, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan bermeditasi, dan akhirnya sampailah ia di sebuah gubuk dekat Basra. Disinilah ia hidup bertapa. Sebuah tikar butut, sebuah kendil dari tanah dan sebuah batu bata, adalah harta yang ia punyai daan teman dalam menjalani hidup kepertapaan.

Praktis sejak saat itu, seluruh hidupnya hanya ia abdikan pada Allah swt. Berdoa dan berdzzikir adalah hiasan hidupnya. Saking sibuknya mengurus akhirat, ia lalai dengan urusan duniawi, termasuk membangun rumah tangga. Meski banyak pinangan datang, termasuk dari gubernur Basra dan seorang suci mistis terkenal, Hasan Basri, Rabiah tetap tak tertarik untuk mengakhiri masa lajangnya. Hal ini ia jalani hingga akhir hayatnya pada tahun 801 M.

Dalam perjalanan kesufian Rabiah Al Adawiyah,kesendirian, kesunyian, kesakitan, hingga penderitaan tampak lumer jadi satu; ritme heroik menuju cinta kepada Sang Ada (The ultimate being). Tak heran jika ia 杜erendahkan manusia・dan mengabdi pada dorongan untuk meraih kesempurnaan tertinggi.
Ia jelajahi ranah mistik, yang jadi wilayah dalam dari agama, hingga mendapatkan eloknya cinta yang tidak dialami oleh kaum Muslim formal.

Menjadi sufi bagi Rabiah Al Adawiyah adalah terlalu dari sekedar Ada menjadi Benar-benar Ada・ Karena sedemikian dalamnya cintanya pada Allah, Rabiah Al Adawiyah sampai tidak menyisakan sejengkal pun rasa cintanya pada manusia. Syufyan Tsauri,s eorang sufi yang hidup semasa dengannya,s empat terheran-heran dengan sikap Rabiah. Pasalnya, Sufyah pernah melihat sendiri bagaimana Rabiah Al Adawiyah menolak cinta seorang pangeran yang kaya raya demi cintanya pada Allah. Dia tidak tergoda dengan kenikmatan duniawi, apalagi harta.

Cinta Rabiah tak dapat disebut sebagai cinta yang mengharap balasan. Justru, yang dia tempuh adalah perjalan mencapai ketulusan. Sesuatu yang diangap sebagai ladang subur bagi pemuas rasa cintanya yang luas, dan sering tak terkendali tersebut. Lewat sebuah doa yagn mirip syair, ia berujar:
tuhanku. Jika aku menyembahMu karena takut pada api neraka, maka masukkan aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu karena tamak kepada surgaMu, maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembahMu karean kecintaanku kepadaMu, maka berilah aku kesempatan untuk melihat wajahMu yagn Maha Besar dan Maha Mulia itu.・/b>

Kendati demikianm, pengalaman Rabiah adalah pengalaman orang suci aygn sulit ditiru oleh awam. Memahami Rabiah Al Adawiyah sangat sulit. Seperti masa hidupnya, Rabiah tampaknya jauh dari kita. Selain itu, kesempurnaan yang mnyertainya tak mungkin dapat ditandingi oleh orang-orang biasa.

Apa yang dilakukan Rabiah dalam hidupnya sebetulnya adalah ikhtiar untuk membiasakan diri Bertemu・dengan pencipta-Nya. Di situlah ia memperoleh kehangatan, kesyahduan, kepastian dan kesejatian hidup. Karena itu menjadi pemuja Tuhan adalah obsesi Rabiah Al Adawiyah yang tidak pernah mengenal tepi dan batas. Tak heran jika dunia yagn digaulinya bebas dari perasaan benci. Seluruh hidupnya telah diberikan untuk sebuah cinta.

Rabiah Al Adawiyah wafat dengan meninggalakmn pengalaman sufistik yang tak terhingga artinya. Hikmah yagn ditinggalkan sangat berharga dan patut kita gali sebagai makrifat hidup. Menarik kita simak salah satu doa Rabiah yang dipanjatkan pada waktu larut malam, di atas atap rumahnya:

oh Tuhanku, bintang-bintang bersinar gemerlapan, manusia telah tidur nyenyak, dan raja-raja telah menutup pintunya. Tiap orang yang bercinta sedang asyik-masyguk dengan kesayangannya, dan disinilah aku sendirian bersama Engkau.・/i>
Read More

Ikhtilat?apa tu??

Assalamualaikum~
salam saudara sekidah~

~sorang kawan baik pm saya di iluvislam tentang ikhtilat,sebelum ni memang saya tak tahu,tentang penggunaan istilah'ikhtilat',lagi-lagi bila thread tentang ikhtilat(sekarang dah tukar tajuk thread;kawal pergaulan anda)tergerak juga hati nak tanya forumers lain ,tapi,akhirnya dah sampai tanpa banyak soal,thanks to nafsiah yang sudi pm tentang isu ni.

Ikhtilat tu apa? Pergaulan?
Message:
Insyallah ini ada beberapa tips pergaulan seperti yang di nukilkan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.
--------------
Berikut pula adalah batasan2 yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara2 yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fisikal - bersentuh lelaki dan perempuan
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut.
Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net.../
--------
Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu didalam pergaulan tersebut, diantaranya :-
1. Elakkan dari berkata2 perkara yang diluar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara
3. Tidak bertanya mengenai perkara pribadi (personal) eg: umur dsb.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.
-------------
Demikianlah seperti yang dinukilkan oleh para ulama'.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan bergaul dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Pertemuan tersebut hanya berlaku berdsakan keperluan, contohnya : keperluan belajar, berdakwah, merawat pesakit dsb.
bismillahirohmanirohim..
tajuk buku : adab dan pengaulan antara lelaki dan wanita
penulis: hamidah mat ( sarjana fiqh & usul UM)
terbitan: karya bistari
konsep pengaulan antara lelaki dan wanita
pengaulan dalam bahasa arab disebut ikhtilat. Ikhtilat berasal dari kata dasar khalata, iaitu bercampur.
ulama fekah mendefinisikan pengaulan sbg satu keadaan apb lelaki dan wanita ajnabi bertemu (melebihi dua org) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. interaksi yg berlaku mungkin berupa pencakapan, pandangan atau isyarat yg boleh difahami.
pengaulan berbeza daripada khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang wnita. Ini adalah kerana,ia melibatkan bilangan yang melebihi dua orang.
melalui istilah tersebut, pengaulan boleh berlaku tempat umum seperti perhentian bas, lapangan terbang, bandar etc. boleh juga berlaku dalam keadaan terancang seperti masjlis2 kenduri , menziarahi jiran kelas pengajian dan etc.
hukum asal pengaulan
ada dua..satu adalah harus secara mutlak dan satu lagi haram.
insyaALLAH saya akan sambung dengan lebih lanjut berdasarkan buku yang saya baca ini mengenai hukum2 asal ini...
dalil golongan pertama( harus)
sabda Rasulullah saw
'sekiranya wanita2 kamu meminta izin utuk keluar ke masjid pada waktu mlam, maka berikanlah mereka keizinan'
Muslim, sahih muslim
berdasarkan hadis ini, al-Fanjari berpendapat, perempuan dan lelaki boleh solat sekali. tetapi ini tidak tepat, kerana keharusan wanita kluar solat jemaah bukanlah secra mutlak, sebaliknya terikat dengan batas2 terntentu.
buktinya, dalam solat berjemaah, saf lelaki dan perempuan diasingkan
sabda Rasulullah saw
' sebaik2 saf lelaki ialh yang paling hadapan, dan seburuk2nya ialah yang paling belakang.Sebaik2 saf wanita ialah yang paling belakang dan seburuk2 saf ialah yang paling hadapan '
muslim
Rasulullah saw mengkhususkan sebuah pintu bag kaum wanita di masjid baginda.Pntu itu dikenali sebagai ' Bab al-Nisak'. Ini bg mmbolehkan kaum wanita keluar masuk dari masjid dan tdk berlaku pencampuran dgn kaum lelaki.
selain itu, utk megelakkan pencampuran semsa pulang dari masjid Nabi saw, para jemaah lelaki akan menunggu seketika selepas solat jemaah selesai sambil berzkir krn membri peluang utuk kaum wanita utk keluar terlebih dahulu. ( al kasami ,kitab bada'i al sama'i f tartib al-syarai'
jelas merujk diatas, keharusan wanita keluar solat jemaah terikat dengan syarat tidak bercampur dengan lelaki.
islam tidak mhalalkan pencampuran bebas antra L dan P. namun islam menjadikan perkahwinan sebagai cara yg halal utuk manusia menyalurkan naluri tersebut melalui cara yg betul.
menurut Sayyid Qutb, pencampuran bebas tdak akan mengurangkan konflik kejiwaan,malah menyumbangkan masalah lain spt zina, menggugurkan anak, keruntuhan akhlak dan moral serta pelbagai jenayah lain.
insyaALLAH sambung dalil golongan kedua( haram)
dalil golongan kedua ( haram)
dalil al-Quran>> firman ALLAH swt
maksudnya : " apb kamu memnta sstu yg harus diminta drpd isteri2 Nabi, maka mntalah kpd mereka dari sebalik tabir. Cara yg demikian lebih suci bg hati kamu dan hati mereka"
surah al-Ahzab 53
berdasarkan ayat diatas, jelas tujuannya ialah utk mengelak berlakunya fitnah
difahami dengan pengaulan bebas L dan P bleh menyumbang kpd pebuatan maksiat. ALLAH menyatakan bhw perbuatan bergaul disbalik tabir lebih dapat menjaga kesucian hati.
firman ALLAH swt. maksudnya : dan hendaklah kamu tetap diam didlm rumah janganlah kamu mededahkan diri spt yg dilakukan oleh org jahiliah zaman dahulu" al Ahzab 33
31para rufaqa amat menitk beratkan syarat2 pakaian wanita , cara penuturan dan tingkah laku wanita apb mrk bergaul
boleh rujuk dalam surah nur 30-31
ALLAH memerintah agar org mukmin lelaki/wanita agar menundukkan pandangan mereka dan tdk melihat perkara2 yg haram dilihat serta mnjaga maruah mreka ( kemaluan )
* pandangan yg menimbulkan syahwat dielakkan.
*lihat surah al-Ahzab 59
*lihat surah al Nur 31
ALLAH mmerintah Rasulullah meyuruh para isterinya, anak2 baginda dan wanita2 ISLam agar menutup aurat,kerana wanita pada zaman jahiliah telah keluar rumah tanpa menutup aurat lalu digangu oleh lelaki jahat yg mnyangka mereka adalah hamba sahaya. lalu ALLAH menurunkan ayat ini.*
hukum mengenakan hijab adalah wajib.
kesimpulan
analisis pendapat rudaqa
berdasarkan kedua2 pendapat, hukum asal adalah haram. namun begitu, terdapt ruang2 pengecualian yg mmbolehkan pengaulan trsebt dalam keadaan tertentu dengan syarat tertentu. oleh itu pengaulan L dan P yg bebas akan menjadi haram sekiranya ia boleh meyumbang kepada penzinaan yg mana hukumnya adalah haram.
KEADAAN YANG MENGHARUSKAN PENGAULAN.
1. darurat.
> suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa dan agama seseorang. Contoh, sekirannya ada wanita terancam dalm bahaya, diharuskan lelaki untuk mmbantunya untuk mmberi pelindungan kpd wanita tersebut walaupun berlaku khalwat( berdua).
ia dibolehkan sekadar menghilangkan bahaya trsebut.
keadaan yang mengancam agama juga termasuk dalam darurat.
keadaan yang mengancam agama juga termasuk darurat. oleh itu pengaulan L dan P diharuskan dalam jihad berperang melawan musuh Islam demi menjaga agama. BAnyak hadis dan riwayat yang menunjukkan wanita keluar berperang pada zaman Rasulullah saw. antaranya riwayat al-Rabi' binti al-Mu'awwiz bahawa beliau berkata :
" kami ( kaum wanita) telah keluar bersama2 Nabi saw ( berperang). Kami memberi minum dan merawat tentera yang cedera dan mmbawa pulang tentera yang terbunuh ke madinah" - hadis riwayat al- Bukhari
anas bin malik juga meriwayatkan :
" RAsulullah saw keluar berperang dengan Ummu Sulaim dan kaum wanita Ansar bersama baginda. Apabila baginda berperang, maka mereka wanita mmberi minum para tentera dan merawat tentera cedera" - hadis riwayat muslim
2. keperluan atau hajat
keperluan ialah suatu perkara yang mesti ada tetapi tidak sampai darurat . Jika keprluan tidak dipenuhi, kehidupan manjadi tdak lengkap. Bg keperluan yang tidak melanggar syarak, pengaulan L dan P diharuskan .
antaranya:
a) muamalat maliyyah ( urusan mahkamah)
penyaksian wanita diterima syarak dalam kes tertentu.
Berdasarkan firman ALLAH : dan hendaklah kamu mengdakan 2 org saksi lelaki dari kalangan kamu. Kmudian jika tidak ada saksi dari 2 org lelaki , maka bolehlah seorang lelaki dan 2 org wanita daripada orang2 yang kamu persetujui.- surah al-baqarah 282
c) urusan kerja
wanita diharuskan keluar dari rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaaan nya melibatkan pengaulan wanita dan lelaki. Tambahan pula bil. tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan wanita scara total adalah terhad.
pengaulan ini diharuskan berdasarkan kepada perbuatan Umar al-khattab ra yang melantilk al-Syifa ( seorang wanita) untuk menjadi penguatkuasa di pasar.
d) keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
bedasarkan kepada hadis AIsyah ra. beliau menceritakan:
" Saudah binti Zam'ah telah keluar selepas diwajibkan hijab, iaitu kain tudung untuk mmenuhi keperluannya.Beliau adalah seorang wanita yang tinggi dan gemuk. Orang ramai yang sudah megenalinya tidak akan terkejut dan hairan melihatnya. Maka Umar bin al-Khattab melihatnya, lalu menegurnya: wahai Saudah! bagaimana engkau tidak mmbuat kami terpegun. Sesungguhnya aku melihat bagaimana engkau keluar. Saudah segera pulang. Sementara itu, Rasulullah saw sedang makan malam dirumahku dan baginda masih memegang tulang. Maka, ketika itulah Saudah masuk dan mngadu : Wahai Rasulullah, aku baru saja keluar, lalu Umar menegurku aku begini dan begini. Kemudian diwahyukan kepda RAsulullah saw, iaitu satu ayat dari al-Ahzab dimana tulang masih lagi ditangan baginda yang belum baginda letakkan. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya telah diizinkan bagi kamu, iatu kaum wanita untuk keluar memenuhi hajat dan keperluan kamu" - hadis riwayat al-Bukhari
berdasarkan ayat diatas, wanita dibolehkan keluar dari rumah selagi tujuan dia keluar itu tidak bertentangan dengan syarak. Oleh itu, pengaulan yang berlaku, contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ia adalah keperluan yang mendesak.
Begitu juga keadaannya jika wanita perlu ke tempat2 awam, spt stesyen bas, pasaraya dan sbgnya. Pencampurannya dengan lelaki dibolehkan dengan batas2 syarak dalam pengaulan antara lelaki dan wanita.
3.Pengaulan menurut kebiasaan adat dan majlis2
pengaulan antara lelaki dan wanita dlam majlis2 keramaian yg tdk bertentangan dengan syarak spt kenduri kendara atau majlis2 bersempena dengan sesuatu dibolehkan. Begitu juga ziarah keluarga, jiran dan sahabat , melayan tetamu dan sebagainya.
pengaulan akan menjadi haram sekiranya batas2 pengaulan tidak dijaga oleh2 kedua-dua belah pihak.
Batas pengaulan Lelaki dan Perempuan.
pengaulan yang harus kerana keprluan tertntu boleh menjadi haram sekirannya lelaki dan wanita tidak dapat menjaga batas2 yg terlah digariskan. antara batas2 tersebut:
a) menjaga aurat
aurat berasal dari perkataan arab ' aurah', iaitu kurang. Dalam fekah, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorg yg wajib ditutup dari pandangan org lain.
hukum menutup aurat abgi wanita baligh adalah WAJIB. untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorg wanita mestilah memenuhi syarat2 dibawah:
i) menutupi had aurat yang telah ditetapkan.
jumlur ulama bersepakat bahawa aurat wanita yg baligh ialah seluruh tubuh badannya kecuali mukan dan tapak tangan. oleh itu mereka wajib menutup aurat mereka daripada dilihat dari lelaki ajnabi.
berdsarkan firman ALLAH, maksudnya:
"dan hendaklah mereka ( wanita2) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka" surah an-nur 31
" wahai nabi, suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu serta wanita2 mukminah agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya( semasa mereka keluar). Cara yg demikian lebih sesuai utuk mereka dikenali ( sbg wanita yang baik2).Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) ALLAH adalah MAha pengampun, lagi Maha mengasihani." surah al-Ahzab, 59
ii) pakaian yang longgar
tujuan utama Wanita diwajibkan menutup aurat ialah bagi mengelakkan lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mngelakkan berlakunya fitnah. Oleh itu pakaian yang yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Oleh itu, wanita yang memakai pakaian yg ketat walaupun menutupi seluruh tubuhnya masih belum memnuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yg dikehendaki oleh syarak. ini berdasarkan kata2 Dahiyyah bin Khalifah al-Khalbi r.a :
" Rasulullah saw dibawakan dengan beberapa helai kain ' qubtiyyah'( sejenis kain yang nipis buatan mesir), lalu baginda berkata: Bahagikan kain ini kepada dua. Satu daripadanya dibuat baju dan bakinya diberikan kepada isterimu. Apabila aku berpaling untuk beredar baginda berkata: dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain dibawahnya( supaya tidak nampak bentuk tubuhnya" hadis riwayat abu Daud.
menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ia ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, RAsulullah saw memerintahkan Dahiyyah agar menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain agar tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
iii) pakaian yang tidak jarang[/b]
syarak telah menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.
Aisyah ra. telah meriwayatkan bahawa saudaranya Asmak pernah masuk ke rumah RAsulullah saw dngan pakaian yang nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah saw berpaling dan bersabda:
" wahai Asmak, sesungguhnya seorg wanita apab sudah baligh, dia tidak patut mmperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini, smbil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya." hadis riwayat abu Daud.
iv) bukan pakaian yang menarik perhatian ( pakaian yang syuhrah)
iaitu pakaian yang berlainan daripada pakaian org lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian org lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar ra telah meriwayatkan daripada Nabi saw, bhw baginda telah bersabda, maksudnya:
" sesiapa yang memakai pakaian bermegah2 maka ALLAH akan memakaikan dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akana dijilat dengan api neraka" hadis riwayat abu Daud.
v) tidak menyerupai pakaian lelaki dan kafir
menurut Ibn Abbas ra, Rasullullah saw bersabda:" Rasulullah saw melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wanita meyerupai lelaki" hadis riwayat al-Bukhari.
larangan ini adalah kerana perbuatan menyerupai pakaian kafir boleh menjatuhkan martabat ISlam dan penganutnya.
vi) tidak Tabarruj
tabarruj dalam bahas yg mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan bahawa sebagai melepaskan tudung tetapi tidak mengikat atau mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai, anting2 dan lehernya. kesmpulannya tabarruj ialah memperlihatkan kecantikkan yang sepatutnya wajib ditutup.
Dalam firman ALLAH swt, maksudnya:" dan hendaklah kamu tetap dirumahmu, janganlah kamu berhias serta bertingkah laku (tabarruj) spt orang2 jahililah dahulu( pertama)" surah al-Ahzab 33
konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka yang lebih luas meliputi perbuatan wanita yang mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki dan ajnabi dan sebagainya.
Menjaga pandangan
firman ALLAH swt, maksudnya: " katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka meyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesunglguhnya ALLAH amat mendalam pengetahuanNYA tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita2 beriman supaya meyekat pandangan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" surah an-Nur 30-31
dalam ayat ini ALLAH, menyuruh orang2 mukmin sama ada lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan mereka dan tidak melihat perkara2 yang haram dilihat, serta menjaga maruah mereka.
Menurut al-ZAmakhsyari, tidak semua pandangan diharamkan. Pandangan pertama yang tidak disengajakan atau yang tiada tujuan maksiat adalah dimaafkan.
Pandangan juga dibolehkan pada tempat yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.
Ini bermakna lelaki dan wanita boleh memandang atr satu sama lain ( pada bukan aurat) jika keadaan memerlukan dalam pengaulan mereka.
viii) tidak berlaku khalwat
ulama telah berjimak bahawa tidak harus bagi seseorang lelaki berdua-duaan dengan wanita tanpa kehadiran mahram wanita tersebut atau suaminya.
menurut Ibn Abbas ra Rasulullah saw bersabda:
maksudnya; " aku mendengar Rasulullah saw bersabda di dalam khutbahnya: Tidak harus bagi seseorang lelaki berkahlwat dengan wanita melainkan bersama (wanita itu) mahramnya.
sekiranya, seseorang wanita perlu berurusan dengan lelaki ajnabi, unsur khalwat perlu dielakkan, contohnya dengan kehadiran mahramnya atau wanita2 yang boleh dipercayai.
Adab pertuturan
Jumhur ulama berpendapat bahwa suara wanita bukanlah aurat. Oleh itu, tiada halangan bagi wanita untuk bersuara di hadapan lelaki ajnabi. Namun keharusan ini bukan secara mutlak, suara wanita menjadi aurat jika ditinggikan. Oleh itu, wanita tak disyariatkan azan.
Wanita juga dilarang melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi kerana ia boleh meransang syahwat dan menimbulkan fitnah.
.............................................................................
Read More

Tuesday, May 20, 2008

~bila aku dah mula menaip..

~Assalamulaikum~
salam saudara seakidah~

~satu pagi(waktu lepak kat rumah lepas spm),aku dapat panggilan dari abah yang sudah beransur kepejabat beberapa jam lepas,abah cakap 'k.farha'(sepupu aku)meninggal,aku tanya abah k.farha mana?sbb aku memang tak dapat terima kalau k.farha tu yang abah maksudkan,mana taknya,Arwah memang ceria habis orangnya,dahlah satu-satunya pengarang jantung dan hati maklang,teringat pula yang aku dah berapa tahun tak jumpa arwah sebab sejak tinggal di asrama,aku memang jarang balik kampung,lagipun kalau aku yang balik,selalunya dia yang tak ada.kalau dia ada,tak berhenti gelak kitorang adik-beradik tengok gelagat dia.
Abah ambil mak dan terus balik ambil cuti kecemasan,aku terus kemas baju sebab tahu kitorang bertiga akan terus balik pahang(adik-beradik yang lain kat hostel),waktu tu ,tak henti-henti dapat panggilan telefon ,kitorang diberitahu yang jenazah masih di seremban,paklang dan ade 2 orang kampung pergi ambil jenazah,maklang?kitorang terus menerus risau dengan keadaan maklang yang baru keluar wad sebab sakit kencing manis dia,kaki dia berbalut(aku tau masa dah sampai kat kampung)dalam perjalanan,kitorang memang tak tahu langsung apa-apa pun.
sampai-sampai je,memang ramai orang ,sedara mara yang memang aku tak pernanh jumpa semua ada,sepupu,sepapat,dua,tiga pupu,semua aku start kenal masa tu.memang terselit hikmahnya.
mak terus kedapur(aku ikut mana-mana mak pergi sebab tak kenal sesiapa pun),makndak terus peluk mak,huhu~sedih gak,tapi aku buat tak tahu dan salam-salam la dengan mana yang berkaitan..makndak ibarat macam mak kedua k.farha,semua yang k.farha minta dari dia,memang dapat punya,masa datang pun mandak tak tahu yang k.farha dah takde,dia cuma tahu k.farha kemalangan.sebab tu bila sampai je makndak terus pengsan kat halaman rumah(ada orang cakap).
tunggu-punya tunggu jenazah tak sampai-sampai,maklang terperosok kat tepi dinding ,cakap dah merapu,ada beberapa orang keliling dia mintak dia bawak banyak bersabar(kalau aku pun,aku akn jadi macam tu kot)masa tu lah mula keluar cerita,macammana boleh jadi...
k.farha dengan 2 orang kawan baik dia(ada gambar diorang bertiga kat dapur)pergi holiday (kat mana ntah?)maklang dengan paklang langsung tak tahu menahu,hinggalah malam tadi paklang tergerak hati nak telefon anak kesayangannya,ada sorang lelaki angkat,cakap anak encik eksident..dan meninggal dunia,sekarang tengah bedah siasat(gitu kot agaknya~)~kalau korang la..apa korang buat?silap paklang masa tu sebab dia terus bagitau kat maklang yang memang tengah tak sihat baru keluar hospital.maklang pun apa lagi dok membebel,macam tak sedar diri~aku dah cakap..jangan berjalan..nak jalan jugak,kan dah jadi macam ni..(dalam loghat pahang la..)paklang dan dua orang jiran terus gerak masa tu jugak nak pergi amik jenazah k.farha~
pendek cerita,malam tu lepas magrib,baru jenazah sampai,jenazah memang siap semua ,tinggal nak kebumi je. maklang pun dinasihatkan tak melihat jenazah sbb..(fhm2 la kalau eksdent)maklang dah lembik sampai ada orang kena peluk dan jalan sekali dengan dia
lepas solet jenazah.semua bergerak ke tanah perkuburan.aku berpeluh jugakla sbb memang seumur hidup aku tak pernah jejak kaki aku kat kawasan tu.lagi best,memalam macam tuh,sebab tu benda ni aku ltk kat dalam diary aku!memang adventure habis..
lepas semua siap,kitorang pun balik nak tidur~
aku baring tapi takboleh tido,nak tau kenapa..huhu~saspens..saspens..
~aku mula fikir,apa yang dirang borak dalam perjalanan sebelum kejadian tu,satu kereta kancil,tiga orang naik,semua dah takde,janji Allah memang kita tak boleh nak duga,paklang cakap baju diorang kat dalam bonet basah lagi(baru lepas mandi pantai kot),diorang tiga oarang memang kawan baik,dak takdir diorang pergi sekali..aku fikir gak ,kalau aku memang ditakdirkan meninggal dunia bersama-sama sahabat sahabat aku..baru orang cakap,sehidup semati!~arwah memang seorang yang jaga solat..
~aku mula terfikirkan maklang,waktu kat' tempat' tadi,maklang kata nak dok situ sebab dia rasa tenang kat situ,mesti dia sedih sangat kan..
~mak!ye,aku terfikirkan mak..aku takut tak sempat nak bahagiakan mak,nak balas jasa mak,takut tak sempat nak mintak maaf kat mak,kalau aku tiba2...tadi,aku urut tangan mak,baru aku sedar,tangan mak sakit2 buat kuih sebelum pergi kerja,tangan mak bengkak,sedih..mak cakap,bila la anak-anak mak nak habis belajar,boleh mak relaks sikit,pengorbanan mak untuk kitorang adik beradik memang tak boleh dinilai,bayangkan kitorang ada enam adik beradik yang semua masih belajar~(yang sulung uia,scond maktab same ngan akak ketiga,keempat aku,then adik2 yang masih diasrama),walaupun dua-dua kerja,memang tak cukup,bila aku duduk kat rumah sebelum sambung belajar ni.baru aku nampak semua tu,dulu masa duduk asrama asyik tahu mintak duit je..kalaulah semua sakit mak aku yang tanggung..kan bagus..
Read More

comelnya..

Read More

~::tika itu::~

Tika kekosongan memenuhi hati,

Tika diri merana dek longgokan dosa

Hidup resah mendamba kasih Illahi

Namun,diri hilang punca

Minda tak bermaya

Ditepis kesana

Ditolak kesini,

Sirna dek noda dan dosa

Diri kian hilang arah

Namun kaki terus melangkah

Tercari-cari andai

ada insan masih punya hati

ada manusia masih sedar diri

mohon pimpin diri ini

mohon tunjuki aku arah

mencari cahaya Rabbi

tika kau hadir mendamai relung hati

menebar benih berbunga cinta

melebar sayap bertirai kasih

menunjuki arah hidup abadi

menjawab kekeliruan di hati

membina ukhwah sejati

menjalin ikatan kasih Abadi

mengukuh jiwa dan diri

hanya pada Tuhan yang rindui

Illahi Ya Rabbul Izzati..

Tika diri tersedar,

bahawa aku masih punya sahabat

yang bisa mewarnakan kembali

lembaran putih tercarik dek duri

lalu kau kait jalinan suci

dan kau hias dengan akhlak terpuji

agar kau dan aku saling mengingati

saat diri terleka dek duniawi

BuatMu Ya Rabbi

Kupohon agar lindungi dia

Dari ranjau dan duri

Agar masih ada yang sudi

Mengasihi saat diri dibenci

Agar masih ada yang bisa

Menghulur pautan janji

Agar hidup dan mati

hanya untukmu Illahi

Read More

Monday, May 19, 2008

~nafas cinta Ummi~

“wahai orang-orang yang beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya?(10)iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya,serta kamu berjihad membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu,jika kamu hendak mengetahui(hakikat yang sebenarnya).(11)(dengan itu)Dia kan mengampukan dosa-dosa kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga yang kekal.Itulah kemenangan yang besar.”

(As-Saf,ayat 10-12)

* * * *

Aku punya Ummi,seperti semua gadis seusiaku di seluruh pelusuk Dunia,tapi UmmiKu berbeza dengan Ummi Kalian,Saat hidupku ditemani Ummi dulu,Seluruh kegembiraanku Milik Ummi,seluruh jiwaku serah pada Ummi,malah sangkaku,kami permata berharga Ummi,sangkaku Ummi paling mengasihi aku dan adikku,Ali Amjad,dan aku turut menyangka ummi ingin melihat kami membesar dihadapannya,~kerana sangkaku ummi amat menyintai kami lebih dari segalanya.hatiku adalah hati ummi,hati ummi adalah hati ku~ah!rupanya Ummi punya agenda sendiri~

“Ummi,Aisyah sayang pada Ummi”Aku petah meluahkan rasaku waktu itu,Ummi balas dengan senyuman ,senyuman yang tak pernah aku izinkan mindaku melupakannya sampai saat usiaku mencecah 17 tahun ini.lantas pipi Ummi kukucup, leher Ummi kutaut erat.ummi membalasnya,pelukan ummi nyata penuh dengan kasih sayang.Aku sering merajuk pada Ummi saat Ummi memeluk kukuh Ali Amjal,bagiku Ummi milikku seorang,Ali Amjal pula,tidak mahu berenggang langsung dengan Ummi,Aku mengalah kerna aku tidak mahu Ummi kecintaanku disusahkan walau sedetik.

~Ummi,kenapa kita bersama hanya sebentar Cuma?

Suatu hari saat aku meredah bilik Ummi,Ummi sedang teresak-esak,Aku meluru pada Ummi,Mulut mugilku tidak berhenti bertanya itu dan ini,

“Ummi punya permainan baru buatku Ummi?”

“Atau hadiah untukku?”

“Ummi mahu bermain denganku?”aku Cuma gadis kecil berusia 7 tahun,mana mungkin aku mengerti soal itu.


Saat itu ummi pantas membalut sesuatu,kemudian menyorokkannya kedalam tudungnya,Ummi,ummi mengapa?bukankah Ummi yang kukenal adalah seorang Ummi yang kuat ?air mata tidak pernah mengalir dari matanya yang indah itu,mata Ummi bertaut dengan mataku,dari mata Ummi juga aku dapat mengetahui bahawa Ummi amat-amat mencintaiku dan Ali Amjal.


“mungkin hadiah buat adikku Ali Amjal”

aku mengalah lagi,pantas melangkah pergi,Oh Tuhan!andai kutahu Ummi akan pergi malam itu,akan kugengam erat tangan Ummi dan kukucup pipi Ummi!akan kukata pada Ummi,Ummi,beri kami sedikit masa lagi untuk kasihmu yang tak mungkin diganti oleh sesiapa pun.

setiap detik malam itu terakam dalam ingatanku,Ummi mengenakan jubahnya,mengapa?lewat malam begitu?mana mungkin Ummi dan abi berani meninggalkan dua permata hatinya sendiri dirumah yang bila-bila masa pun boleh dihujani bedilan-bedilan maut itu

saat aku ralit bermain bersama Ali Amjal ditingkat bawah rumah.Ummi mengambil ali Amjal,aku turut mengekori kebilik tidur,Ali Amjal Ummi letakkan diatas katil,mana mungkin Ali Amjal bisa tidur tanpa Ummi?Puasku berfikir,apa yang lebih penting buat Ummi selain kami, hartanya paling berharga dimuka bumi ini!Ali Amjal merengek ingin mengikuti Ummi,Tubuh Ummi tidak dilepaskan walau Ummi puas menolak,ya!aku perasan keberatan hati Ummi untuk meninggalkan kami,siapa Ummi?beritahu padaku siapa yang lebih penting dari kami?!

Tiada langsung air mata dipipi Ummi saat itu,itu sudah cukup untuk buat aku sangka yang Ummi hanya pergi Cuma sebentar.dan Abi?Abi tidak mengikuti Ummi?,mindaku puas berfikir,hingga seakan terasa gagal untuk berfungsi.Abi ambil Ali Amjal dan dipujuk,Tangisan Ali Amjal reda,sedang aku?relung dihatiku ,giliran siapa untuk meredakannya,aku tekad menunggu Ummi,Ummi tidak berpaling lagi,terus berjalan,sedang aku ,berat hatiku hanya tuhan yang tahu,hingga aku mengejar Ummi dan memanjat pagar,namun nampaknya Ummi terlalu nekad,Seakan tiada langsung yang mampu menghalangnya untuk menuju kedestinasinya,lambaian aku saat itu adalah lambaian terakhir buat Ummi~

Pastinya aku tidak dapat melelapkan mata,ah!mana mungkin,televisyen pantas kubuka,Ali Amjal?kerjanya hanya pandai untuk mengekoriku,Namun aku sayang pada adik comelku ini.Abi sudah tidur barangkali.malam-malam begini mana mungkin dapat kutonton kartun kegemaranku dan Ali Amjal,biarlah,asal aku dapat melupakan sebentar diri Ummi,Butir bicara pemberita wanita saat itu langsung ridak aku fahami ,namun jantungku bagai terhenti saat aku melihat wajah Ummi dipaparkan,setelah kuamati,aku mula dapat menagkap butir bicara dari pemberita penyampai berita paling buruk dalam hidupku~tragedi kematian Ummi,salah!tragedi kesyahidan Ummi tercintaku!

Abi meluru masuk,dan sekali lagi memeluk Ali Amjal,aku?aku masih mahu menunggu Ummi,kerana itu aku berlari keluar,menunggu dipagar seperti tadi,aku yakin Ummi kan pulang memelukku,aku terus menunggu,dan menunggu,hingga aku seakan dapat menerima hakikat bahawa Ummi kesayanganku sudah tiada,aku yang hanya kanak-kanak waktu itu,hanya mampu menangis.setiap memory bersama Ummi bermain dimindaku…
Malah Aku dan Ali Amjal masih tidak tidur menunggu Ummi untuk mendodoikan kami sehingga terlena seperti biasa.kerna aku dan Ali Amjal masih memrlukan Ummi,untuk meredakan tangisan kami..


Hingga saat ini,aku sering bertanya pada matahari,mungkin akanku bertemu Ummi lagi?namun aku tahu,apa yang sebenarnya terbaik buat kami,hanya sekarang aku mula mngerti,bahawa pemergian Ummi rupa-rupanya mengajar kami untuk terus melangkah dengan kukuh belandaskan paksi yang teguh,paksi yang satu,matlamat yang satu iaitu Syahid dijalan Allah!

Saat ini juga aku mula mengerti apa yang sebenarnya lebih penting dari kami,moga Allah merahmati setiap langkah Ummi,dan aku serta Ali Amjal sering berharap agar kami boleh mengekori setiap langkah berani Ummi.

Ummi,sampaikan salam kami pada Rasullullah,katakan pada Baginda bahawa cinta kami bukan hanya pada perkataan!

kerna aku akan mengikuti langkah Ummiku,
aku akan mengikuti langkah Ummi..
Aku akan mengikuti langkah Ummi..
Ummi..Ummi..~
Read More

As-Syahidah gadisku~

~As-Syahidah gadisku~
By=Nessa_syahirah
2.05 pg
~Aku berkarya kerna aku cintakan islam!~pc


~“Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja:masa dari waktu malam,untuk mereka tidur”(Adz-Dzariyat 51 :17)


Maisarah menutup kembali kitab suci itu,lantas mengucup dengan penuh kecintaan pada Kalam Illahi itu,usai dua surah dibacanya,azan subuh berkumandang,dia menyusun langkah menuju kekamar Ummi,sebaik pintu dikuak perlahan,sesusuk tubuh tua Immi sedang tersedu-sedu di penjuru bilik mengadap dinding yang merekah dan berlubang disana-sini kesan peluru bangsat israel laknatullah.pintu dikatup,kaki dilangkah longlai menuju ke kamar kecilnya semula.

“Assalamualaikum Ya Ummi”pipi Ummi dikucup seperti kebiasaan pagi.Ummi sibuk menghidangkan roti gandum yang masih panas.kucupan hangat dari bibir Ummi melekat didahi Maisarah.Mata Ummi memandang sayup wajah Manis satu-satunya permata hatinya yang tinggal.

“Hati-hati ya Maisarah”riak kebimbangan tidak berjaya disembunyikan.maisarah senyum segaris.

“Ummi,Insya Allah ,Allah akan memelihara Maisarah.”suapan terakhir disua ke Mulut.dia bangun.


Saat menyusuri jalan-jalan sempit menuju ke Madrasah Bait Laham,Maisarah seakan terdengar suara akhi Yahya Ayyash,teringat kata-kata Akhi Yahya Ayash sewaktu mereka beriringan tangan bersama menuju ke Madrasah sebelum Akhi dibawa pergi dulu.

“Kamu tahu kenapa Abi menamakan Aku Yahya Ayyash?”Ah!Akhi ku memang sentiasa bersemangat,Maisarah mengeleng pantas.

“Sebab Abi mahu aku menjadi seperti Yahya Ayyash ,pejuang yang telah syahid itu.Biar Penumpang bangsat itu tahu ,mereka memang berjaya membunuh Yahya Ayyash,tapi sebenarnya telah terlahir berjuta Yahya Ayash!”Aku yang baru berusia 8 tahun tika itu terangguk-agguk,apalah yang aku tahu,hanya pandai berteriak ketakutan saat bedilan-bedilan itu berlari-lari mencari mangsa,Akhi pula tidak pernah melepaskan tanganku,sentiasa membawaku disebalik dinding mencari perlindungan,kerapkali juga akhi dengan berani melemparkan batu-batu kecil,bahkan tentera yang lengkap bersenjata itu seakan takut dengan batu Akhi Ku. Bukankah Kuasa Allah itu kan lebih tinggi nilainya?

Aku juga mahu berjuang seperti Akhi,Aku mahu jadi seperti Syafiyah binti Abdul Mutalib,serikandi empunya keberanian dan kekuatan jiwa yang terselah diwaktu perang khandak.saat suku kaum Quraizah memungkiri janji dengan Nabi Muhammad s.a.w.Hassan pun tidak mempunyai keberanian untuk mendekati sang yahudi yang mengintip penempatan mereka,Syafiah jugalah yang tekad mengambil sebatang kayu dan memukul sang yahudi itu hingga mati terkulai.

“Masih ingat dengan si pejuang misteri?”soalan dari Aisyah tidak lama dahulu menari dibenak Maisarah.

Ah masakan aku lupa,pada Khaulah binti Azmar.saat pertempuran sengit berlangsung antara tentera pimpinan Khalid Ibnu Walid dengan tentera kafir Romawi ,Srikandi itu meluncur dengan kudanya meninggalkan para tentera berkuda yang lain,Panglima Khalid Ibnu Walid kagum dengan pejuang misteri yang tinggi lampai,berpakaian serba hitam ,yang kelihatan hanya kedua matanya sahaja,di pinggang pula tersisip pisau belati dengan baju besinya yang hampir tidak kelihatan kerana tertutup oleh pakaian labuhnya.

Akhirnya Panglima Khalid bin Walid mendekati dan meminta ,”Hai kamu,kecut hati kami melihat engkau,siapakah engkau?”

“Aku ialah Khaulah Binti Azwar,aku melihat abangku Dhirar ditangkap ,Lalu aku datang untuk menolongnya untuk membebaskan dia yang berperang kerana Allah!”

Ya!Aku juga akan turut berjuang di kerana Allah untuk membantu Akhiku!

Bunyi bedilan yang mengegarkan terasa meragut tangkai jantung Maisarah,spontan dia terperosok Dibalik runtuhan ,debar jantungnya usah dikata,sesak seluruh nafasnya,Saat itu dia sayu melihat beberapa orang kanak-kanak diangkat dan dibawa lari.bangsa pengecut itu memang takut denagn kanak-kanak lelaki yang akan membesar menjadi pemuda gagah yang bakal menentang mereka.

“Hey Penyangak!!,mahu dibawa kemana Puteraku,Syaitan Kamu semua.!”Ummi meraung mengejar tentera yang berlari membawa Akhi Ku.Aku saat itu menangis ditarik Mak cik Fatima masuk kerumahnya,keadaan waktu itu huru-hara,mereka mencari mana-mana kanak-kanak lelaki pun yang begitu tega menyerang mereka dngan batu,Akhi ku turut dibawa masuk kedalam sebuah lori dengan kasar,apalah sangat Kudrat kanak-kanak berusia 10 tahun jika dibandingkan dengan mereka yang bertubuh sasa dan tegap hasil santapan haram yang dijamah mereka saban hari itu,Ummi akhirnya terjelepok longlai saat Akhi ku dibawa pergi,masih terngiang –ngiang suara Akhi menjerit memanggil ummi saat Lori itu bergerak pantas meninggalkan kawasan yang mencatatkan episod duka itu. Entah mahu dibawa kemana,Ummi tidak tahu.kesedihan ummi bertambah selepas kesyahidan Abi.waktu jenazah Abi dibawa pulang,tidak setitis pun Air mata yang terbit dari Mata Ummi,Yang ada hanya laungan takbir semangat dari bibir Ummi.pancaindera-pancaindera itulah yang akan menjadi saksi ketabahan Ummi disaat perhitungan kelak!

Waktu keadaan reda sedikit,Maisarah berlari meneruskan sisa perjalanan ke Madrasah Bait Laham.itulah rutin hariannya sehari-hari.


Jika dinegara barat ,gosip terbaru artis meniti bibir sebaik bertemu rakan-rakan,disini,topik terbaru serangan demi serangan,bilangan angka korbannya,bilangan kemusnahannya ,itulah yang pertama kali terbit saat bertemu sahabat di Madrasah,kelas yang riuh dengan keluhan sepi saat ustazah Saudah melangkah masuk dengan wajah suramnya.

“Kamu semua dengar bukan berita mengenai serangan terbaru?”para pelajar terangguk-angguk.menunggu ayat seterusnya dari Ustazah Saudah.

“Ustazah rasa sudah tiba masanya anak-anak murid ustazah berjuang,melihat angka korban yang semakin meninggi,Ustazah pasti ada diantara kamu yang berani menjadi..”Suara Ustazah Saudah tersekat dikerongkong.para pelajar menelan air liur.

“Ustazah baru terima panggilan dari organisasi sayap pejuang Muslimat,mereka memerlukan lebih ramai pejuang dari kaum Muslimat,ada sesiapa yang berani untuk melakukan amaliyyah istisyhadiyyah?”Ustazah Maisarat tekad bersuara selepas satu keluhan berat dilepaskan dari mulunya.kelas sepi.mulut 23 orang pelajar muslimat yang memenuhi ruang kecil hampir roboh itu terkatup rapat.


* * * * *

Aminah meneruskan munajatnya sebaik selesai solat Zhohor,di sejadah usang itulah saban hari dia menghabiskan masanya,entah kenapa dia teringat pada Lamaran dari Ummu Umar buat anaknya Maisarah dua minggu lalu, belum pernah sedikitpun dikiaskan pada Maisarah Umar Walid,pemuda tegap itu memang kenal benar dengan Maisarah,rafiq karib Yahya Ayash itu memang boleh dipercayai untuk diserahkan Maisarah,puteri kasayangannya itu,biji-biji tasbih terus bergerak laju di tangan tua Aminah,seraya dia mengukir senyum,sudah dewasa Gadisku,sedar-sedar sudah mencuri perhatian sang kumbang.

“Assalamualaikum Ummi ku Sayang..”Maisarah memeluk Ummi dari belakang,usai berdoa selepas solat sebentar tadi,terus dia meluru kekamar Ummi,niatnya mahu mengkhabarkan tentang berita yang terbit dari mulut Ustazah Saudah di Madrasah tadi.

“manisnya senyuman ummi,rindu benar maisarah akan senyum itu Ummi..”dua pipi ibunya dikucup.

“Ummi gembira maisarah.”Maisarah mengerutkan dahi.

“Maisarah kenal bukan pada Umar?”

“Umar Walid?”Ummi terangguk-angguk

“Maisarah kagum padanya Ummi,solatnya di masjid Al-Aqsa tanpa sekelumit gerun pada pihak musuh,bahkan Ummi,dialah yang pakar membuat bahan letupan sebagai senjata Amaliyyah istiyhadiah,dia juga yang membakar semangat anak muda Al-Quds untuk menyerang tentera dengan lontaran batu.bahkan Ummi,Maisarah lihat dia sentiasa dibarisan hadapan setiap kali pertempuran berlaku,namun,Allah belum mengurniakan Syahid buatnya Ummi. ”tanpa sebarang syak,Maisarah berceloteh.

“Umar ingin menjadikan kamu permaisuri hatinya Maisarah”Maisarah terdiam,suasana sepi seketika,kemudian dipecahkan keluhan Maisarah,Aminah menguntum senyum,cuba memujuk rawan hati gadisnya.

“Kamu juga harus menjadi Zaujah buat pejuang islam Maisarah,Juga Ummi buat para pejuang,Kamu tahu nikmatnya bila kamu akan melihat kesyahidan suami dan putera-putera kamu?”.Maisarah memandang tepat kedalam mata Ummi,mencari pengertian,

“Ummi,Maisarah tekad melakukan Amaliyyah istiyhadiah Ummi..!!”Maisarah menjerit sekuat hati,namun jeritannya itu tersekat dikerongkong.Air liur yang ditelannya seakan bercampur pasir.

Tangan Umminya digengam erat,Seraya mengangguk perlahan.entah kenapa dia tidak berdaya langsung melawan kehendak Ummi yang amat dicintainya itu,lagipun,pastinya dia bukan dinikahkan esok,pasti mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sementara menunggu Maisarah tamat pengajiannya di Bait Laham yang masih bersisa 2 tahun itu,kemudian Maisarah bercita-cita untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kewartawanan,dia mahu terus-menerus menghebahkan kekejaman kaum Yahudi keatas mereka Umat islam di Bumi Al-Aqsa ini!

Petang itu sepi,Namun sepi itu tidak pernah menjanjikan ketenangan sehinga lewat petang,bila-bila masa sahaja bedilan-bedilan maut itu akan muncul meratah dan merobek tubuh orang islam.Usai solat Asar Maisarah ke petak dapur untuk menyediakan Minuman petang buat ibunya yang masih berteleku di atas sejadah usang.

Ketukan pintu bertalu-talu mengejutkan Maisarah,namun pastinya dia tidak terus meluru membuka pintu,Maisarah berlari menuju Kekamar Ummi,Ummi waktu itu sudah dihadapan muka pintu kamar,rasa kebimbangan terlukis diwajah ummi.

Perlahan Daun pintu ditarik dengan lafaz Bismillah.sesusuk tubuh pemuda berjambang dan berpakaian lusuh menjengah pandangan.Maisarah menyembunyikan diri dibelakang Ummi.

Wajah itu ditatap lama,naluri keibuan melonjak-lonjak menjerit pada minda untuk mentafsirkan bahawa itulah puteranya.

“Yahya Ayyash..”perlahan perkataan itu terbit dari bibir Ummi,Maisara melangkah kesebelah ummi sebaik mendengar nama yang disebut Ummi,Yahya Ayyash mengangguk-angguk,pantas memeluk hiba Ummi,Maisarah turut mengalirkan Air mata,

Petang itu mereka berborak panjang,Ummi ternyata sungguh gembira,berita tentang pertunangannya dengan Umar Walid juga diselit Ummi,Maisarah tersipu malu saat Ummi membuka kisahnya,Ummi tidak pernah segembira itu selama 12 tahun ini.

Yahya Ayash ternyata masih trauma dengan penyiksaan demi penyiksaan yang dilaluinya,bahkan bunyi cawan terpelanting waktu Ummi tertolaknya dari meja cukup mengejutkan Yahya Ayash sehingg kedua telinganya ditutup rapat dengan tangan dan dadanya berombak kencang,Ummilah yang menenangkannya,Maisarah sekadar menggeleng kepala,teruk benar nampaknya derita yang dilalui Ya!mereka benar-benar berjaya mengecutkan hati Akhi,namun,Maisarah yakin rasa trauma itu kian luntur dengan semangat jihat lontaran hati Akhi tidak berapa lama lagi.,Bagaimana Akhinya dibebaskan?Kuasa Allah tiada siapa mampu meneka,Yahya Ayyash dan hanya beberapa orang sahabatnya dibebas,Malangnya masih ramai Sahabatnya yang masih disiksa didalam tahanan umpama neraka dunia itu!

* * * *
Dada Maisarah berdegup kencang saat Ummi memanggilnya keluar,Dia duduk bersimpuh betul-betul dihadapan Ummu Umar,Akhi Ayyash pula duduk bersila disebelah Umar dengan senyuman penuh pengertian,senang agaknya melihat Adiknya akan diserahkan pada Rafiq karibnya itu,Umar?masakan Maisarah akan memandang kearahnya,darah sekan menyerbu kewajahnya yang dilindungi Hijab itu.

“Bukalah Hijabmu Maisarah,Umar berhak melihat wajahmu.”Suara Akhi Yahya Ayyash memukul gegendang telinganya,perlahan Maisarah membuka Hijab yang melindungi wajahnya,berhati-hati dia mengangkat wajahnya mengadap Umar,namun pandangannya masih ditala kebawah,

“Tidak pernah aku melihat wajah seindahmu Maisarah,engkaulah yang akan melahirkan generasi As-Syahid yang seterusnya!engkau jua yang akan menjadi penghulu bidadari Syurga buatku”~getus Hati Umar Walid.Kini dia benar-benar pasti untuk memperisterikan Maisarah!

* * * *
Maisarah meneruskan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran dalam keadaan tersedu-sedan,dadanya terasa sesak,berita yang didengarnya sebentar tadi,iaitu tentang serangan yang dilakukan puak Yahudi sehingga mengorbankan beratus-ratus nyawa orang islam seakan mencengkam ulu hatinya,Al-Quran kecil itu digengam Erat,seakan mengenggam senjata untuk menentang kekejaman demi kekejaman bangsa iblis tidak berperikemanusiaan itu.Akhirnya Maisarah tertunduk lesu,Al-Quran ditekap ke dadanya,Ada satu bisikan halus yang menyerunya!

Maisarah tekad untuk melakukannya!


“Kamu mahu kemana sahabatku?”soalan itu terbit dari bibir Zainab saat Maisarah menghulukan kata Maaf .Aisyah turut mengangguk-angguk setuju.

“Aku tidak kemana-mana sahabatku,Cuma mungkin kita tidak akan bertemu lagi selepas ini.


“Ustazah,Maisarah mahu mendaftarkan nama untuk Amaliyyah istiyhadiah itu .”Ujar Maisarah tekad,pihak organisasi yang akan menguruskan segala-galanya.
Ustazah Saudah pantas memeluk erat Maisarah,sudah diduga keberanian Gadis ini sejak mula lagi.


“Ummi,boleh maisarah tidur diriba ummi malam ini?”Ummi tersenyum,sifat keanak-anakan maisarah itulah yang membahagiakan hati Ummi,

“Boleh sayang,kamu bimbang dengan pernikahan kamu ya,waktunya masih jauh bukan,kamu masih punya waktu yang banyak untuk bermanja dengan Ummi sayang.”Rambut Maisara yang sudah berbaring diribanya dielus lembut,seraya mengalunkan selawat buat Maisarah persis mendodoikan anak kecil.

“Ummi..”sepatah

“herm..”

“Maisarah pernah sakitkan hati Ummi?”

“tidak pernah sekali pun sayang..”Maisarah menarik nafas lega.

“Maisarah mohon ampun atas segala kesalahan Maisarah Ummi.”

“Akhlakmu terlalu Indah Maisarah untuk Ummi pertikaiakan”Tangan tua itu terus membelai Gadis manjanya.

Maisarah perlahan lena diriba Ummi buat terakhir kalinya….



Pagi itu tenang seperti biasa,ketenangan itu sebenarnya yang mencarik-carikkan Hati Maisarah,boleh mereka setenang itu saat,orang islam menjerit terlolong meraikan bedilan demi bedilan yang mencecah ubun-ubun saban hari?Maisarah berjaya meloloskan diri ke pusat membeli belah di penempatan Yahudi itu dengan jubah hitam besar yang melindungi bahan letupan yang dilit diseluruh badannya.waktu pagi jumaat seperti ini selalunya puak jahanam yahudi akan memenuhi pusat membeli belah itu bagi meraikan hari kebesaran mereka keesokkan harinya,Maisarah masuk dengan berlagak tenang.
Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan berteriak.

“Lari!!wanita itu membawa bahan letupan!!1”suasana gamat,suara jeritan menambahkan huru-hara,Maisarah tidak mampu menunggu lagi dengan hanya menekan punat bewarna merah yang digengan erat ditangannya,seluruh pusat membeli belah tiga tingkat itu bergegar,kaca berderai,tangisan-demi tangisan beransur hilang dilindungi bunyi letupan yang menggila,asap berkepul-kepul keudara,beratus-ratus yahudi rebah dan hancur jasadnya,sedang Maisarah,tenang rohnya diangkat kesyurga…


~Firman Allah s.w.t: yang bermaksud:-

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat kuniaan rezeki.”

(surah Ali Imran,ayat 169)

* * * *

Hening sepertiga malam itu menyaksikan munajat kepiluan seorang Ummi ,hatinya tidak dapat menahan hiba pemergian puterinya yang tercinta itu,perlahan dia membuka lipatan kertas biru coretan gadisnya yang dijumpai dibilik Maisarah saat maisarah hilang pagi itu..

“Assalamualaikum..

Lailahaillallah(tiada tuhan melainkan Allah)..keranaNya kita hidup..keranaNya kita mati ..pada jalanNya kita berjuang,dan dengan kalimah ini juga kita akan bertemu Allah..


Wahai ibuku tercinta serta akhiku,janganlah kalian bersedih hati diatas pemergianku kerana kita akan berada disyurga Insya Allah,terimalah berita Syahidnya aku dengan bergembira dan bertakbir,kerana hari ini adalah hari raya bagi kita.

Ummi,Ampunkan dosaku sekiranya selama ini aku cuai didalam menunaikan hakmu,Demi Allah,ingin kunyatakan bahawa saat aku menulis kalimah-kalimah ini ,air mataku berguguran jatuh,tapi apakan dayaku ummi,disana ada syurga ,anugerah Allah yang paling mahal ,bersabarlah ummi,sesungguhnya janji untuk kita adalah syurga.

Wahai sahabat-sahabatku seperjuanganku!sesungguhnya Al-Aqsa menyeru kita ,darah para syuhada’ juga menyeru kita,darah Iwadh salmi dan Hamdi Ansiu serta seluruh para syuhada’yang lain,maka sahutlah seruan ini dan janganlah berduka cita,inilah jalan yang kita tempuh dengan darah suci untuk sampai kepada keredhaan Allah..yakinlah dengan pertolongan Allah!

Allahu Akbar! Allahu Akbar1 Allahu akbar!!”

Yahya Ayyash menutup kembali daun pintu kamar Ummi,dia menggeleng kecil,sudah berpuluh kali dilihat Ummi membaca Surat dari Maisarah itu,fikiran Yahya Ayyash menerawang sambil kaki melangkah kekamarnya semula,petang sebelum hari kesyahidan Maisarah,Maisarah bertemu dengannya dan berpesan padanya supaya menjaga Ummi sebaiknya kerana itu lebih utama untuknya dari berjihad dijalan Allah.Yahya Ayyash yang membuka semangat Maisarah seluasnya untuk melakukan Amaliyyah istiyhadiah ,SubhnaAllah……,berita Kesyahidan Maisarah diterima sejurus selepas menerima berita Kesyahidan Umar Walid yang terkorban dalam tindakan biadab pendatang yahudi yang menembak secara rambang umat islam yang sedang menunaikan solat fardhu subuh di Masjid Saidina Ibrahim di Bandar Al-Khalil(Hebron)!menurut saksi juga jasad Maisarah dan Umar Walid tidak Hancur dan wajahnya mengukir senyum.Maha suci Allah……..





Batu Itu
By:Ibnu ismail
(genap 20 tahun selepas tragedi syabra syatila)

Dikala Mnachem Begin membunuh 250 Muslim di
Dir Yasin(1948),pelampau Yahudi Australia membakar
Masjidil Aqsa (1969)dan sharon membunuh 3,000
Orang di Syabra dan Syatila (1982),Dunia kelu membisu
Tiada denda,tiada hukuman,tiada Label.

Tetapi apabila anak-anak Muda melontar batu kearah
tentera yahudi(1987)demi mempertahankan Tanah air
Tercinta ,mereka dilabel sebagai kumpulan pengganas ,pelampau dan penentang demokrasi.

“Teruskan Wahai anak Muda,Teruskan melontar.
Kalian bukan pengganas,Kalian bukan pelampau,
Kalian pencinya keamana,kalian wira sejati!”

Lontarkan Wahai anak Muda,lontarkan batu itu,
Batu itu begitu menggerunkan.
Batu itu bagai Nuklear batu
Yang gagal dikesan oleh radar
Batu yang bakal menjadikan
Kapal mereka dalam
dilautan Dalam…
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena