Beriringan ke Syurga~

Saturday, June 21, 2008

~luv note for All my friends~

Read More

~solehahkah kita??



Sekian lama tak update my blog terchenta,hari ni,dalam kesibukan menyiapkan kerja yang menimbun,saya mula meluangkan sedikit masa,agar blog ini tak terus ‘menghabukkan’ dirinya(bak kata kakak saya imtiazsofea)habis segala macam serbuk pencuci saya keluarkan untuk basmi segala macam kuman yang mula menjejakkan kakinya ke sini.


Muslimah vs Wanita

Kalau nak cerita tentang isu wanita,gadis,puteri,Muslimah,entah bilalah saya nak jumpa jalan matinya,apa beza wanita dengan Muslimah erk?saya hanya menceritakan semula apa yang dinyatakan pensyarah FIM 1103 saya,dia kata,Wanita ni yang suka pakai stokin belang-belang,stokin mashimaro,stokin Cartoon,haha~semua classmate saya gelak,termasuklah saya,dan yang Muslimah ni yang pakai stoking hitam,coklat,betul k eek?maka terbantutlah hajat beta yang baru nak beli stoking cartoon sebab tengok dorang pakai macam lawa jer..huhu~

Dah..dah..bukan ini sebenarnya isu yang saya nak ‘upkan’ kali ini.

Hari demi hari,virus <Perempuan tak tahu jaga harga diri> makin menular dan terus tersebar macam virus selsema burung je gayanya.hanya para ‘Muslimah’ yang ada vaksin iman yang kukuh lagi teguh je yang mampu nak keluarkan kuasa veto ala sailormoon dalam usaha nak cegah aka tepis penyakit ini.

Saya juga seorang perempuan,ya!tapi kenapa ya saya men’sound’ dengan selamberrrnye ala-ala tak sayang mulut dengan kaum saya sendiri merangkap kaum hawa?sebab..saya sayang?bykan..saya ‘sangat’ sayang dengan semua manusia bergelar kaum hawa!kenapa pula ya saya tak tegur dengan cara lembut bak bulu angsa yang sedang terbang diudara?

Lembut yang macam mana yang boleh sedarkan dan buka mata ‘pihak yang terlibat’dalam isu ini?ada sesiapa yang boleh tolong ajarkan saya??

Ingat Saidina Umar yang membetulkan saf solat dengan pedang?

Dan saya teringat pula dengan salah satu komen yang saya tinggalkan di forum iluvislam,teruk juga saya kena marah,tapi yang paling bahagia bila saudari yang saya tegur dan amat saya sayangi itu mengucapkan terima kasih dan mula sedar tudung bawal adalah satu tudung yang jarang.kena marah pun..marahlah..

Dalam dua minggu ini,saya alami banyak situasi mengejutkan,(munkin dalam proses membiasakan diri dengan alam kampus)antaranya.


Situasi i: saya menyertai satu aktiviti kokorikulum yang melibatkan air(outdoor games),waktu sesi taklimat,ada beberapa orang siswi minta untuk tidak memakai stokin,ustaz pun cakap “takpela..boleh kalau tak pakai stoking”,(mungkin bila dengar rengekan ala mengada-ngada dari mereka)maka peah,jenab dan minoh(bukan nama sebenar)yang duduk dibarisan hadapan,dibelakang kaum muslimin terjerit keriangan,saya tersenyum,spontan menggelengkan kepala.


Situasi ii:saya berada di café’--->membeli makanan,seorang ‘encik café’ yang agak muda remaja meminta nombor telefon dari beberapa budak perempuan yang (sedang tergelak –gelak sambil tersipu-sipu malu ) sedang menempah pesanan makanan denganya,dengan senang lenangnya,beberapa urutan nombor keluar dari bibir jenab(juga bukan nama sebenar)-saya tersenyum,dan tergeleng lagi..


Situasi iii:saya ternampak-àdua orang musliminàdan dua orang muslimat = sedang berbual mesra tentang isu nak balik kampong kenduri kahwin,si muslimin teringin nak makan nasi minyak dari kenduri kahwin si kakak salah seorang muslimat,maka si muslimat pun menyatakan hasratnya untuk membawa pulang sedikit nasi minyak untuk si muslimin.maka saya yang sedang dalam perjalanan ke maktabah(aceceh..)tergeleng-geleng(nasib baik tak teleng)sambil tersenyum.


3 situasi,3 tempat berbeza,3 perkara yang ‘hampeh’ berlaku didepan mata saya.apa ya hak saya nak bicarakan isu ini??sebab kami dibawah akidah yang sama!saya bukanlah nak kata yang saya baik sangat nak komen perangai orang.tapi saya cuba sedaya yang saya mampu nak basmi virus yang kian menular ini.kenapa pula ya saya geleng-geleng sambil sayum-senyum sumbing itu?

Situasi pertama saya jumpa beberapa orang ..?(muslimat atau wanita ya?)Muslimat(lah…)yang ‘ter’(saya kira)jerit keriangan diberi perlepasan untuk membuka aurat.haik nessa,dalam air pun kena pakai stoking?bagoss..soalan yang baguss..?ya,saya pakai stoking hitam waktu sesi 'water confident' dimana kami disuruh berendam didalam tasik untuk membiasakan kami dengan air.(dengan memakai jaket keselamatan)sebab saya tak sanggup kaki saya yang berada dalam keadaan pucat itu ditatap oleh mata si bukan muhrim bila saya keluar dari air nanti,maka anda bagaimana??

Dan saya mula meletakkan pandangan negative kepada si jenab,peah dan minoh dengan menganggap mereka menutup aurat hanya kerana PERATURAN!


Situasi kedua saya tergeleng kagi,terlanjurkan saya jika meletakkan harga yang murah buat mereka?kesian ibu bapa si jenab yang terpaksa mengirim wang buat belanja si anak sedang si jenab saban hari menayang muka di kedai-kedai berhampiran untuk ‘menopupkan’ handphone nya.sebab saya yakin isu permintaan dan pemberian nombor telefon tidak ternoktah disitu,sebab akan wujud pula isu ber’abang sayang’,date tanpa sempadan dan berbagai isu gejala sosial yang lain.


Situasi ketiga pula,jawapan saya pendek sahajaàhanya kerana dua orang yang saya gelarkan dengan panggilan muslimat itu-àbertudung labuh!!sekian terima kasih.


Muslimah vs Friendster

Masuk minggu ke empat saya mendelete Friendster saya,tapi saya masih diuji dengan pujukan sahabat-sahabat yang menyuruh saya me’register’ semula,entah kenapa ya,saya memandang ‘sebelah mata’ sahaja mereka yang sedang khusyuk ‘melayan’ friendster atau my space mereka sewaktu menjejakkan kaki di cc.lagi agak meluat+terluat-luat bilatengok mereka menayangkan gambar couple masing-masing dengan seribu satu ungkapan seperti:’iluv ma cayunk’,’ma baby’,iluv ma bucuk,masam dan macam-macam lagi.<--(perkataan disebelah menggunakan bahasa cyber,harap maklum.)walaupun saya tahu ,bukan semua orang menyalahgunapakaikan friendster tersebut,contohnya kakak kesayangan saya yang giat berdakwah melalui friendster.,tapi saya tak cukup kuat=tabah nak tepis request dari si Muhammad,atau si khairul dan sebagainya,maka saya pun dengan rasminya mendeletekan friendster saya,walaupun saya tak pernah menayangkan gambar saya sebesar skrin monitor dalam friendster saya sebab saya malu!lagipun saya bukan jenis yang suka bergambar(ye ke?),kalau orang lain ada berguni-guni album kenangan dengan member-member lama ,saya hanya ada sekeping gambar dengan sahabat-sahabat baik saya yang saya sayang dan simpan baik sampai sekarang.tapi sedih juga sebab tak tau nak tengok gambar apa.huhu~


Muslimah vs ‘flying fox’

Sepanjang dua minggu ini juga saya sempat merasai satu pengalaman baru dalam hidup saya.iaitu aktiviti ‘flying fox’ , perasaan…?mulanya amat gembira,tetapi selepas melihat beberapa kawan –kawan yang terlebih dahulu mencuba,perasan takut itu mula ada,saya senyap.

Tapi diatas kecenderungan untuk tidak berfikir dengan lebih lama ditambah semangat yang berkobar-kobar mencuba sesuatu yang baru,maka saya pun memberanikan diri memanjat pokok yang agak tinggi tanpa berfikir panjang,memang seronok bila ‘dilepaskan’ terseret ddiatas tali,saya seperti terbang diudara,dan sebaik sampai ke hujung.saya mula terfikir beberapa perkara..

-Apakah seorang perempuan solehah itu boleh memanjat pokok?

-Apakah pandangan kaum muslimin untuk muslimat yang gemar melakukan aktiviti

lasak?

-masih layakkah impian saya untuk bergelar muslimah solehah tercapai selepas memanjat

Pokok?

Saya beristighfar!jika saya mengambil sedikit masa lagi untuk berfikir secara rasional,mungkin saya tidak berada disini.ya!saya teringin menjadi wanita solehah,sangat teringin,layakkah saya digelar wanita solehah?maka,dengan rasminya saya membuat keputusan untuk tidak mahu melakukan lagi kativiti ini sepanjang hidup saya.InsyaAllah…


“Ya Allah jauhkan antara aku dengan dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat.Ya Allah,bersihkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana kain putih dibersihkan dari kotoran,Ya Allah ,sucikanlah aku dari dosa-dosaku dengan air,ais,dan embun”



sahabat sekalian,ingatlah saat kita bergelak ketawa menjual maruah diri dengan senag lenangnya,ada insan lain yang menjerit gila saat maruah yang diragut tanpa rela!!


P/s:Saya mohon undur diri,maaf diatas keterlanjuran dalam kata,berfikirlah…(baik aku blah sblom kena sound dengan akak sebab buat princess diary lak..)huhu~

Read More

Thursday, June 12, 2008

TAQWA, CINTA DAN ZUHUDNYA PARA SAHABAT

Tuan Rumah yang Menyambut Kedatangan Rasulullah di Madinah
Sesungguhnya, betapa mulia catatan sejarah hidupnya. Terpancarlah keutamaan di atas rumah Khalid Ibn Sa’id yang dijuluki sebagai Abu Ayyub itu. Unta Nabi SAW duduk berhenti di hadapan rumahnya. Hal ini membuat semua orang mengarahkan pandangan mata kepadanya. Bukan saja orang Ansar, tetapi seluruh penduduk Madinah. Kehormatan semacam itu amat diharapkan oleh setiap orang Ansar yang dilaluinya.

Mereka berdiri di depan rumahnya masing-masing selama beberapa saat, menunggu lalunya Rasulullah SAW. Mereka semua ingin mengajak baginda agar mahu berkunjung ke rumahnya. Namun setiap kali Nabi SAW lalu di hadapan rumah kaum Ansar, tuan rumahnya berdiri di hadapan unta Nabi sambil memegangi kekangnya seraya berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah, singgahlah sejenak ke rumah kami. Sedemikian jauh Rasulullah menolaknya, baginda berkata sambil memberi isyarat kepada untanya: “Biarkan ia meneruskan perjalanannya. Sebenarnya ia telah diperintahkan demikian.”

Sampai Rasulullah tiba di salah satu rumah bapa saudara baignda (dari pihak ibu), ia menjawab dengan ungkapan seperti di atas saat mereka berusaha menghentikan kekang untanya. Setelah orang-orang melepaskan kendali unta agar boleh melanjutkan perjalanan sendiri, dan Rasulullah SAW juga begitu, unta tadi berjalan sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Akhirnya sampailah ia ke rumah Malik Ibn Al-Najjar. Unta tadi berhenti sebentar lalu berdiri dan berjalan lagi beberapa langkah, lantas untuk yang kedua kalinya berhenti di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari, lekuk lehernya menempel di tanah dan mengeluarkan suara tanpa membuka mulutnya.

Nampak sikap kaum Ansar iri terhadap Abu Ayyub yang membawa tali kekang unta Rasulullah, masuk ke rumahnya yang tersusun dua tingkat. Abu Ayyub berserta keluarganya pindah ke lantai atas, sedang Rasulullah SAW di lantai bawah. Hal ini dilakukannya kerana khuatir menyusahkan Rasulullah SAW, sebab ia bemaksud menghindarkan beratnya naik-turun tangga.

Rasulullah SAW terus tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 7 bulan. Selama itu Abu Ayyub membuatkan makanan Nabi dan menghantarkan kepadanya. Ia selalu menunggu selesainya Nabi makan, kemudian ia dan isterinya memakan sisa makanan baginda SAW kerana mengharapkan berkah darinya.

Suatu petang Abu Ayyub menghantar makanannya kepada Nabi. Makanan tersebut mengandungi bawang merah dan bawang putih. Ternyata Rasulullah tidak memakannya sedikit pun. Ketika Abu Ayyub melihat makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun, ia segera turun menjumpai Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan ibumu, aku tidak melihat bekas tanganmu dari makanan malam yang aku sediakan kepadamu.

Padahal jika engkau makan makanan itu, kami selalu makan makanan sisamu demi mengharapkan berkah darimu.” Jawab Nabi: “Aku jumpai dalam makanan itu sejenis tumbuh-tumbuhan (bawang merah dan bawang putih), padahal Jibril memberitahukan hal itu agar aku hindari. Adapun bagimu, maka boleh engkau memakannya.” Selanjutnya Abu Ayyub berkata: “Makanan itu lalu kami makan, kemudian kami tidak pernah membuatkan makanan kepada Nabi yang mengandung bawang merah dan bawang putih.”

Setelah agak lama Rasulullah SAW menggunakan waktunya untuk tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, ia memutuskan untuk membangun masjid dan membangun beberapa rumah bagi para umahat al-muslimin di sekitarnya. Seluruh kaum muslimin ikut membantu bekerja membangun masjid tersebut. Setelah selesai, Rasulullah SAW pindah ke tempatnya yang baru di sekitar masjid.

Berbagai peristiwa berlalu begitu cepat, sedang kaum Quraisy berupaya terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin. Sekarang kaum muslimin makin siap berjuang menghadapi kaum musyrik dan kafir, sehingga kalimat Allah mencapai kedudukan yang tinggi dan kalimat orang-orang kafir menjadi rendah.

Peperangan terjadi silih berganti. Abu Ayyub ikut serta dalam pertempuran tersebut, tidak ketinggalan satu peperangan pun. Ia tidak pernah tinggal diam dalam berjuang fi sabilillah. Bahkan ia berjuang bersama Rasulullah SAW sebagaimana jihadnya orang yang mencari mati syahid. Ia tidak takut mati. Jihadnya penuh semangat untuk berjumpa kepada Allah.

Di samping Abu Ayyub merupakan pahlawan perang di masa Rasulullah SAW, ia juga seorang pejuang di masa Khulafaur Rasyidin. Ia ikut dalam perang melawan orang-orang murtad, membunuh para musuh Allah dan musuh agama Islam. Ia hidup membela kehormatan Islam. Dalam tiap peristiwa pertempuran ia selalu maju ke barisan depan.

Ketika muncul fitnah antara Saidina Ali ra. dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Abu Ayyub tanpa ragu-ragu bergabung dalam barisan Ali. Sebab ia tahu bahawa Ali ada di pihak yang benar. Dengan perbuatannya itu, Abu Ayyub berjuang di pihak Ali karramallahu wajhahu, sampai Ali ra. mati syahid.

Abu Ayyub tetap ikut berjuang, tidak ketinggalan ikut bertempur bersama kaum muslimin lainnya sampai terjadi perang Konstantinopel. Ia menerjang barisan musuh hingga badannya penuh luka pedang dan merasakan bahawa ajalnya telah dekat. Ia berkata kepada orang-orang di sekitarnya: “Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur, dan di akhirat nanti aku mendengar derap kaki kuda dan gemerincingnya pedang.”

Ia menginginkan kehidupan akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Pada saat keadaannya sudah kritikal. ia merasa sakit akibat luka. Ia masih bersemangat untuk mengibarkan bendera Islam dan mengharap agar memperoleh kemenangan.

Setelah ia meninggal dunia, kaum muslimin melaksanakan kehendaknya. Mereka menguburnya di dekat medan pertempuran agar jiwanya sentiasa dapat menghirup bau jihad dan bersenang-senang di alam akhirat kerana memperoleh pertolongan Allah.

dipetik dari-http://web.utm.my/msi/index.php?option=com_content&task=view&id=91&Itemid=55
Read More

Saturday, June 7, 2008

~Kerana diriku begitu berharga~

Saya suka artikel ini,sebab

a.Artikel ni buat saya delete friendster saya.

b.Artikel ni buat saya rasa macam makan nasi lauk cili padi semata-mata.

c.kerana diriku begitu berharga!(aceceh~)

d.saya curi dari blog WEWR ~khabar dari urdun-->iluvislam-->saya--->anda!(maknanya anda turut terlibat dalam konspirasi ini)sekian terima kasih.




MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.





Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...


Read More

~Dia..seorang Zainab Al-Ghazali..~

Artikel ni aku ambil dari Iluvislam,teringat zaman sekolah 'dolu-dolu',nama Zainab Al-Ghazali sentiasa meniti dibibir setiap kali ada program anjuran badan dakwah banat,Dia..umpama idola kami dalam perjuangan menegakkan agama suci ini,Dia..umpama seorang ummi yang langkahnya akan diekori kami muslimah masakini..InsyaAllah...
http://www.islamonline.net/English/News/2005-08/03/images/pic06.jpg
Beliau bersama bukunya bertajuk 'Return of the Pharoah'


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"


Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena