Beriringan ke Syurga~

Thursday, July 31, 2008

cerpen:Mahar buat sofea


Jasmine sofea termenung panjang memandang syiling,satu keluhan berat kemudian dilepaskan,setitik air jernih,spontan terbit dari mata hazelnya,mindanya makin berat,entah kenapa resah ini berpanjangan,seakan hujungnya tidak wujud,punca?langsung tidak diketahui.cuba dipejamkan matanya berkali-kali hingga sakit,namun lena seakan mahu bermusuh dengannya.pantas ingatannya berlari kepada peristiwa siang tadi,sewaktu mengajar dikelas kanak-kanak yang dindingnya berlubang dan tidak beratap itu,teringat bibil mungil Athirah yusra bercerita itu dan ini saat tangan pantas melakar lukisan di kertas putih yang diberi Sofea sebeNtar tadi,menetap di bumi bergolak palestin selama tiga bulan membuatkan dia sedar,bahasa arab amat mudah untuk dikuasai,Cuma semangat dan kesungguhan itu langkah penggeraknya.

“Abiku disyurga bersama ummiku teacher,..”sofea diam,kemudian mengubat hatinya dengan senyum,hanya perkataan ‘teacher’ sahaja boleh disebut Athirah.

“Jadi kamu dipelihara siapa?”Tanya sofea lembut,tidak terkejut sebenarnya dengan perkhabaran itu,kerana majoriti anak didiknya juga yatim piatu.

“Akhi ku.”sepatah,sofea terangguk-angguk.tangan kecil itu pantas menghabiskan coretan terakhirnya.

“ sudah habis teacher..”Athirah menghulurkan lukisannya semangat,tangan kanan sofea mendarat diubun-ubun athirah dan diusap lembut,pantas bibir mungil kanak-kanak comel itu hinggap dipipi Jasmine sofea tanda sayangnya.perbezaan kepercayaan langsung tidak membawa apa-apa erti apatah lagi penghalang buat mereka.mata dikalih kearah lukisan itu,athirah sudah berlari menuju kearah teman-temannya yang sudah siap terlebih dahulu.

Sofea terkedu,antara semua lukisan yang diterimanya,ternyata lukisan ini amat unik,gambar seorang lelaki sedang berdiri dengan sebuah’buku’ ditangan kanannya dan jari telunjuk ditangan kirinya tegak berdiri,walaupun comot,lukisan itu mudah untuk difahami.sofea mengerutkan dahi,angin berbahang yang turut mengangkut debu menyapa wajah dan rambut perang paras bahu miliknya,lantas selendang putih yang baru ditanggal sebentar tadi disarung semula,sekadar memelihara mahkotanya dari debu pasir yang boleh merosakkan.kemudian mengeluh,sampai bila isu peperangan ini boleh disingkir dari minda anak-anak kecil ini?puas sofea menayangkan gambar-gambar berlatarkan nikmat keamanan yang dibawanya dari tanah kelahirannya Amareka tiga bulan lalu,dengan hasrat anak-anak generasi seterusnya ini bisa mengerti nikmat keamanan dan terus menerus tidak memikirkan tentang pertempuran,pertelingkahan,malah akan terus melupakan untuk membunuh diri dengan meletupkan diri ditempat awam,yang hanya bisa mengorbankan lebih ramai nyawa.

Sofea akhirnya lena dengan pandangan peribadi dari sudut matanya~hanya seorang athies yang tekad melakukan kerja sukarelawan sebagai guru matematik di Negara bergolak –palestin..


“dimana athirah?”kelas yang menempatkan 13 orang kanak-kanak itu sepi,masing –masing memandang antara satu sama lain,Sofea mengeluh,Athirah tidak pernah selewat ini,entah kenapa jiwanya diasak resah.

“Ada sesiapa yang boleh bawa teacher kerumah athirah?”sepi lagi,mana pernah sofea setegas itu,anak-anak kecil itu mula menikus,hingga Mohamed mengangkat tangan dan bangun,sofea sudah tidak peduli denagn berapa jauh dan berapa tinggi risiko yang harus direntanginya,yang pasti dia harus bertemu athirah,gadis kecil yang berjaya mencuri kasihnya.

Saat langkah kaki menyusuri jalan-jalan kecil diantara rumah-rumah milik penduduk palestin yang majoritinya hampir roboh dek bedilan maut yang menggila saban hari,dalam diam mengekori langkah Mohamed,sofea sebenarnya kagum dengan semangat mereka memperjuangkan agama,walau tahu mereka sebenarnya tidak mungkin mereka mampu mengalahkan kereta kebal dan peluru yang sudah tentu lebih besar nisbahnya berbanding batu-batu yang anak-anak kecil itu lemparkan.

“itu rumahnya teacher”lamunan sofea berhenti setakat itu,berkerut dahinya melihat orang seramai itu,lebih-lebih lagi mereka memandang tepat kearah mereka.

“siapa wanita yang engkau bawa ini Mohamed?”serius seorang lelaki tua bertanya.Sofea sedikit mengangguk sebagai tanda hormat.

“Saya gurunya ,sukarelawan dari Amereka,saya kesini untuk bertemu dengan Athirah.”Belum sempat Mohamed menjawab,sofia lancar menerangkan tujuan kedatangannya.rambut perangnya yang terurai sedikit kedepan dibetul-betulkan dikemaskan semula selendangnya,entah mengapa dia terasa malu mendedahkannya dihadapan lelaki-lelaki itu.kumpulan lelaki-lelaki itu terangguk-angguk,agak gentar juga sofea.bimbang diapa-apakan oleh kumpulan lelaki yang sering disogok dengan propaganda sebagai pengganas dalam media-media di negaranya dulu.

“Zaid!”lelaki tua itu melaung memanggil seseorang dari hadapan rumah yang dikerumuni ramai itu,wajahnya agak sugul,namun muka tanpa riak itu menuju kearah mereka.

“Guru adikmu dari madrasah,wanita Barat.”lancar lelaki itu bertutur,Zaid tetap tenang sambil terangguk-angguk,sofea menggumam dalam hati,agak tidak beradap jika berbicara tanpa memandang ke arah wajah antara satu-sama lain jika di Amareka.namun entah mengapa lelaki yang dilihatnya agak bersopan-santun orangnya itu hanya memandang ketanah ketika berhadapan dengannya.sofea juga rimas dengan semua mata lain yang seakan berbisik-bisik sesama mereka,mungkin berbicara hal dirinya,sofea pantas menghulurkan tangan kanannya.namuN Zaid hanya meletakkan tangannya rapat kedada,sebagai tanda hormat,lantas tangan kiri menjemput sofea kedalam.sofea melangkah dengan perasaan berbuku.

Semakin menghampiri rumah yang berlubang-lubang dindingnya itu,kedengaran keriuhan suara wanita,seakan sedang menangis hiba,sofea semakin diasak resah,Athirah!mengapa athirah tidak keluar berlari mendapatkannya dengan mulut yang petah bertanya itu dan ini seperti biasa?

Sekujur tubuh kecil dibalut dengan kain putih berdarah seakan meragut kasar tangkai jantung sofea.dia terduduk,



”Athirah..”hanya sekadar satu bisikan yang bisa terbit dari bibir.entah kenapa semangatnya seakan terbang pergi.sofea rebah!

Perlahan mata dibuka,perit.spontan jari-jemari halusnya bermain didahi.langkah seorang wanita tua yang sedang sibuk mengemas diekori dengan hujung matanya,sofea cuba bangun dengan kudrat yang bersisa.

“engkau sudah sedar?dari siang engkau tidak sedarkan diri anakku..”segelas air kosong diambil dari tangan tua itu,dada sofea tiba-tiba kembali sesak,air hangat itu terbit lagi.

“bersabarlah…”sepatah.

“kenapa dia yang harus menjadi korban kekejaman ini..”sofea bersuara dalam sendu yang kian meninggi.

“Tuhan lebih menyayanginya anakku..”lembut bicaranya,sedikit sebanyak menenangkan hati sofea yang sudah lama rindukan belaian seorang ibu,

“Tuhan…”sinis,sofea bersuara halus,namun bisa didengari wanita tua itu.dia faham,Athirah sering bercerita tentang guru kesayangannya ini suatu ketika dulu.

“Akhi,mengapa guruku tidak menutupi rambutnya?”

“Akhi,Guruku pengganut islam seperti kitakah?”

“Akhi,aku sayangkan guruku,jadi boleh jika dia ke syurga bersama-sama kita?”

Mak cik Ameena senyum,petah sungguh si kecil itu,teringat kata-kata anak saudara sulungnya,Zaid Imad yang sabar melayani setiap soalan dari adik kesayangannya itu.sejak suaminya Syahid bersama Abi dan Ummi mereka,hanya Zaid dan Athirahlah tempat dia menumpang kasih.namun berita yang diterimanya semalam iaitu tentang Athirah yang menjadi korban peluru gila si bangsat Yahudi itu,terasa separuh dunianya dibawa pergi,seakan kesedihan menerima berita kesyahidan suami tercintanya dulu berulang.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka masih belum diuji? (Al-Ankabut : 2)

Mak cik Ameena mengubat laranya dengan Firman Allah itu.setitis cecair jernih terbit dari pipi tuanya.


“Kejam!engkau kejam Zaid!Adikmu terkorban,engkau langsung tidak menitiskan air mata.!”Sofea menjerit!benar,hatinya benar-benar memberontak rindukan gadis kecil Athirah itu.Ah,mengapa susah benar dia harus menghadapi peristiwa ini!

Zaid Emad kelu,tunduk.Mak Cik Ameena menggosok gosok bahu sofea,bimbang sebenarnya melihat wajah keruh Zaid,beban derita yang digalas anak saudaranya itu sudah cukup menekan.

“Aku cintakan Allah,tuhanku,melebihi apapun, apapun!”Zaid Emad berlalu, Jasmine sofea senyap,entah kenapa,beberapa patah perkataan itu seakan menusuk tangkai jantungnya, seakan ada sesuatu yang menyelinap halus dalam jiwanya.


Malam kian larut,kediamannya senyap sunyi,selain jasmine Sofea,terdapat dua lagi sukarelawan yang menjadi guru di Madrasah Bait Laham ini,jeniffer, seorang warnanegara itali dan seorang lagi dari London,alicia ,mereka ditemukan disini dengan masing-masing punya satu tujuan,ingin membantu, biarpun masing-masing mempunyai lulusan perubatan dari United Kingdom, pilihan untuk menjadi seorang guru adalah pilihan mereka sendiri. jaminan keselamatan dari tentera yang sentiasa berkawal dua puluh empat jam di sekeliling mereka menjadikan Jasmine merasakan dirinya cukup tenang , walaupun kejadian tidak diingini sentiasa berlaku,
Sebuah buku kecil berwarna biru laut berhias sekuntum bunga dihadapannya dibuka perlahan, lantas pena pantas berlari seiring bisikan hati.

Selama ini,bagiku, seorang Muslim itu sangat tertutup,diruang lingkup yang hanya menyusahkan diri mereka, bahkan aku merasakan bahawa Tuhan yang yang mereka sembah dan agung-agungkan itu tidak pernah wujud.

Saat papa dan mama pergi dalam kemalangan itu,kepercayaanku dalam mengharap pada tuhan hancur lumat, kelam dek penderitaan yang aku lalui saban hari, mengapa doaku tidak dikabulkan,aku hanya seorang anak kecil yang pantas mengharap pada kasih sayang papa dan mama, entah pada siapa yang aku harus sandarkan harapan saat itu.dua cahayaku terpadam, menumpang kasih dirumah kanak-kanak terbiar rupa-rupanya tidak berjaya memenuhi kerinduan aku pada sebuah kasih sayang

Sejak aku mengenalinya, aku temui ketenangan dalam wajahnya, seakan ada satu cahaya yang mula menusuk halus jiwaku.adakah ini kerinduan dan kekosongan yang aku cari selama ini?deritanya lebih menggila dariku,namun ketaatan dan keyakinan pada Tuhannya yang amat luar biasa itu mengagumkan.

“aku mencintai Tuhanku,Allah melebihi apa pun, apapun!”

Jiwa aku yang bergetar, entah kesan dari suaranya atau dari ayat-ayatnya,tenangnya buat aku turut merasa kesan ketenangan itu, tegasnya buat aku yang jiwanya halus ini tersentuh.aku mengenalinya sebagai seorang yang penuh dengan kasih sayang buat adiknya.penuh dengan ketaatan dan keyakinan pada Tuhannya,adakah ketaatan itu akan menghalang sebuah nilai cinta?”


* * * *

Buah-buah tasbih menari ditangannya,bibir basah mengalun kalimah Allah, Allah, Allah…,Usai solat sunat witir sebentar tadi,dia menghabiskan masa yang bersisa dengan berzikir menanti azan subuh, jiwanya tenang. Terasa dekat dengan pencipta, terasa hamba yang kerdil ini tidak mampu berbuat apa-apapun tanpa pertolongan dari-Nya. Sekilas dia terkenang pada Abi, pada Ummi, malah pada adik comelnya Athirah Yusra,pedih itu seakan menerjah sebentar, lantas Zaid Emad beristighfar. Ada air hangat yang terbit dari matanya, sisa dari curahan saat sujud sebentar tadi, makin lama bahunya terhinjut-hinjut.
Allah..mohon diberi kekuatan!

Mak Cik Ameena menggeleng-gelengkan kecil, tahu, derita ini sukar ditelan. Pintu kembali ditutup.

Saat bersarapan pagi itu,Zaid Emad membuka bicara tentang hasratnya untuk kembali ke Malaysia , menyambung pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa yang tertangguh dua tahun lamanya,Mak Cik Ameena mengeluh, kemudian tersenyum,

“Pergilah Anakku, Mungkin itu yang terbaik buatmu, Ilmu itu akan kita gunakan untuk terus berjuang demi agama suci ini.”

Seminggu selepas pemergian Zaid Emad ke Malaysia,Sesusuk tubuh wanita muncul didepan pintu rumah Mak Cik Ameena.


“Ajarkan aku tentang islam..”

“Assalamualaikum Ya Akhi” Zaid Emad berpaling,seraya mengukir senyum.Ameen Alimin,sahabat lama.

“Syukur..kita dipertemukan semula”keduanya berpelukan,melerai rindu, KLIA jadi saksi pertemuan persahabatan kerana Allah ini.

“Aku terima berita tentang adikmu.” Zaid Emad tersenyum kelat.bahunya digosok Ameen.

“Alhamdulillah, dia syahid.” Bahasa Melayunya masih melekat dilidah.

“Kita punya misi penting.”Zaid Emad mengerut kening,Ameen senyum.

“Ada Demonstrasi aman Palestin didepan kedutaan Amereka pagi esok..Anta diminta untuk ambil bahagian.Itupun, kalau anta tak letih.”

“Rehat yang sebenar adalah mati.”Ameen terangguk-angguk,tawa mesra keduanya berderai.langkah disusun semula.


* * * *


Dua tahun hidup di Bumi Malaysia sebenarnya tidak mampu melupakan semua kisah sedih itu,malah sebenarnya ia tidak sepatutnya dilupakan,kisah itu pembakar obor semangatnya , malah kisah derita itu yang mendorongnya bersungguh-sungguh menuntut ilmu ini agar dapat dimanfaatkan untuk islam dan Al-quds yang amat dicintai itu.

Tenang suasana di Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa sungguh, tidak setenang jiwanya yang sentiasa berkocak ini,berita – berita yang terkandung laman Web Palestinkini dibaca dan dihayati sedalamnya, hingga tiada langsung isi yang tertinggal, dari laman web ini lah dia dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang tanah airnya Palestin, saat matanya ditumpukan pada gambar kanak-kanak yang semangat membaling batu pada rejim zionis laknat itu, jiwanya bagai dicarik satu persatu,kemudiannya ditumbuk lumat, teringat satu masa dahulu, itulah rutinnya setiap kali pulang dari sekolah, sahabat-sahabatnya telah ramai yang terkorban.Mohamed, Ali, Khaleed, Amar, serta ramai lagi sahabatnya ,wajah mereka sentiasa dalam ingatannya.pantas pembacaan dihabiskan, kemudian Zaid Emad menyusun bukunya, komputer riba ditutup,
Langkahnya laju,ingin mengejar kelas yang hanya akan bermula lima belas minit dari sekarang.


Dalam kekalutan melangkah, Zaid Emad terlanggar seseorang.buku yang dipegang keduanya berderai jatuh terlepas dari genggaman.

“I’am Sorry!” Gadis berniqab hitam itu bersuara cemas.dia pantas mengutip bukunya.
Zaid terangguk-angguk, buku yang baru dikutip didakapnya semula

“Its ok.”senyum.dia melangkah pantas semula, wujud debaran dalam hatinya,

Mata itu..

Zaid segera beristighfar.

* * * *
Tingkap bilik Hotel Vistana dikuak seluasnya, Aisya Sofea merenung langit ,

“Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis , Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi , adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?

Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi , nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih”

(Al-Mulk: 3,4 )



Dengan keberadaanku yang hina ini, aku berhadapan dengan keagungan-Mu dan kemahamuliaan-Mu. Dengan rahsia keTuhanan yang tak terjangkau oleh ilmu pengetahuan apapun.

Dengan menundukkan kepada penuh pengakuan hina. Dengan menengadahkan kepala penuh pengakuan hina. Dengan menengadahkan tangan mengharap sentuhan kasih sayang-Mu.

Dengan asma-Mu yang indah untuk mengungkap sebahagian sahaja akan menghabiskan natsar dan jutaan nadzam.

Dengan perjanjian lama Alastu BiRobbikum yang menyimpan beribu makna. Dengan wujud orang bodoh kemudian dikenalkan segala nama.

Berilah kami, Ya ALlah, siraman hati menuju ketenteraman, di kala Engkau memberi minum (kasih sayang dan kemuliaan) seteguk sahaja, terasa sirna selamanya.




SubhanaAllah..Alhamdulillah, bait-bait syair Imam As-Syafie’ ditutur Aisya Sofea lembut.Bersyukur semahunya,kerana dikurniakan Hidayah Oleh Allah.Ada Air hangat bergenang di tubir matanya, Ya Allah, layakkah hamba ini menjadi kekasihMU?

Sesampai di Bumi Malaysia pagi ini untuk meneruskan kajian bagi menyiapkan penulisan bukunya yang bertajuk, “When can I get back my Palestine?”,Aisyah terus menuju ke Universiti Islam Antarabangsa bagi menemui Dr. Mariam Wafda , rakannya yang boleh membantunya menerangkan usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam membantu Palestin.termasuk Malaysia ,sudah beberapa Negara islam dilawatinya.

Minda kemudiannya berlari mengingat kejadian sebentar tadi, Zaid Emad, tidak pernah diduga dia akan bertemu dengan ‘Cahaya’nya itu kembali, Tuhan sahaja yang tahu betapa kencangnya degupan jantungnya saat itu.Tentang Zaid Emad yang belajar di Malaysia pun tidak pernah diketahui, Mak Cik Ameena ,juga ibu angkatnya setelah bergelar saudara baru itu hanya memberitahu bahawa Zaid Emad pergi melanjutkan pelajarannya.




Azan Asar dari Komputer Riba menghentikan lamunan Aisya Sofea,dia menuju kebilik Air,Air Wudhu’ yang mencecah wajah terasa amat menenangkan~

Usai solat, dia segera bersiap segera untuk ke Universiti Islam Antarabangsa semula untuk program anjuran Aman Palestin , dia dijemput untuk menjadi panel bagi forum yang bertajuk, “Peranan Negara islam dalam membantu Palestin.” Risau juga sebenarnya,entah bahasa melayunya yang dipelajari dari seorang sahabat warganegara Indonesia , Fatimah, selama enam bulan lamanya masih boleh dipakai atau tidak.yang pasti,ucapannya hari ini sedaya upaya dituturkan dalam bahasa melayu,bila lagi dia berpeluang mempraktikkan bahasa itu jika bukan sekarang.


* * * *

Zaid Emad meraup wajah,Buku dihadapannya ditenung,kosong.entah apa yang dia fikirkan,gusarkan.

Sudah dua minggu forum itu berlalu,sejak itulah,terasa hidupnya serba tidak kena, berkali-kali dia mimpikan wajah itu, sejak dia mengetahui bahawa dialah Jasmine Sofea yang sudah menjadi seorang Muslimah,ada satu keyakinan muncul dalam hatinya.
Lantas hatinya tekad bertemu dengan Dr. Bakri Hakimi, pensyarahnya merangkap suami kepada Dr. Maryam Wafda untuk menyetakan Hasrat hatinya untuk melamar Jasmine Sofea, Aisya Sofea~


“Layakkah aku untuk insan seindah akhlaknya?”Dr. Mariam Wafda tersenyum melihat kegusaran sahabatnya itu, dia menggeleng kecil.

“Dia yang paling layak buatmu sahabatku”tangan Aisya Sofea diusap lembut.

“Aku perlu mendalami lagi islam , ilmuku terlalu sedikit untuk mentarbiah zuriat –zuriatku nanti.”entah kenapa pelbagai perkara digusarkan Aisya sejak diberitahu tentang lamaran dari Zaid Emad.walaupun hatinya beryukur semahunya mendapat berita ini.tidak pernah diduga,pemergiannya ke Malaysia diatur penuh hikmah Oleh Allah untuk bertemu jodohnya disini.

Dr. Maryam Wafda bangun, bahu sahabatnya dipeluk erat.lalu membisikkan sesuatu.

“Asrar Jodoh itu milik Allah~”



Masjid Universiti Islam Antarabangsa jadi saksi pertemuan dua jiwa,bersaksikan sahabat-sahabat seperjuangan,bermaharkan senaskah Al-Quran, Zaid Emad- Aisya Sofea selamat diijab kabulkan~

* * * *

“Kamu benar boleh kesana seorang diri sayang?”Aisya Sofea mengangguk, keputusan untuk pulang ke Amareka sebelum ke Palestin sudah diberitahu suaminya.

“Jadi kita hanya akan bertemu hanya di palestin nanti”Zaid Emad mengeluh.Aisya sofea mengukir senyum mententeramkan gusar suaminya.

“ sayang..aisya hanya seminggu di Amareka.InsyaAllah, Aisya terus kesana selepas kerja Aisya selesai” Tangan suaminya digengam erat, keduanya kembali memandang angsa-angsa putih yang ralit bermain air Tasik dihadapan mereka.


Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur sibuk. Wajah Aisya Sofea suram, berat benar hatinya untuk berpisah dengan suami tercinta, hidup mereka sebagai suami isteri dalam sebulan ini lansung tidak berenggang. Sentiasa bersama walau kemana-mana, cuti semester Zaid Emad digunakan sepenuhnya untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu, malamnya pula sentiasa bertahajjud bersama-sama, dan kini, berpisah selama seminggu dengan suaminya bagai terpaksa melepaskan sesuatu yang mata-amat berharga.

Sebelum berpisah,Zaid Emad menarik Aisya dalam pelukannya,lantas dibisikkan sesuatu ke telinga Aisyah.

“Aku amat mencintaimu sayang,engkau bidadariku dunia dan Akhirat~”dahi Aisya dikucup perlahan.

Air mata Aisyah kian lebat, Tuhan..mohon ditabahkan hati menghadapi perpisahan ini.
Tangan dilepas perlahan-lahan saat mereka menuju kearah berlainan…





Aisya sofea tersenyum memandang skrin Komputer Ribanya.gembira hatinya bukan kepalang melihat nama suaminya di ‘Inbox yahoo Mailnya’, isinya dibaca perlahan.

“Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum,

Teruntuk Bidadariku, moga Imanmu hari ini kian bertambah, sukar untuk aku gambarkan tahap kasihku ini,moga dirimu sentiasa dilindungi Allah.

Maafkan aku untuk memberitakan ini, suasana disini huru hara, aku lebih senang jika Aisya menetap lebih lama dengan sahabat-sahabatmu disana,mereka memburuku Aisya, katanya aku pengganas yang menjadi jurutera pencipta bahan letupan dan aku yang mencipta letupan –letupan dalam misi amaliyyah istisyhadiyyah, ya! Itu misiku Aisya,dan aku tahu engkau sentiasa dibelakangku.walau bukan aku yang menciptanya kini,itu yang aku ingin lakukan.

Bidadariku~
Walau apapun yang terjadi pada diriku, lakukan yang terbaik buat imanmu, aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu,jika hilang agama itu,maka hilanglah cintaku.jangan biar cinta ini ternokhtah.

Aku tahu,e-mail ini umpama mencari maut untukku, jaga dirimu sebaiknya Aisya.aku disini terus menuju kejalan Allah,doakan suamimu ini Syahid, tabahkan hatimu, aku sentiasa mendoakan agar engkau diberi kekuatan untuk menerima segala yang berlaku.dan aku tahu,cintamu pada Allah melebihi segalanya.aku yakin itu Aisya,aku yakin itu!

Moga setiap darah yang mengalir dalam mempertahankan kesucian Al-Quds ini bersinar menyinari semangatmu.menyuluh kekuatanmu,menyimpul utuh kasihmu pada Rabbi!

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!”

Aisya sofea mengalih matanya pada skrin televisyen dihadapannya, dia sebenarnya masih tergamam,mindanya masih kaku untuk mentafsir isi e-mail itu.wajah pembaca berita Al-Jazeera itu ditatap kosong,isi berita yang menerjah hilang diterbang angin.
Video jenazah Syahid yang diusung orang ramai itu dipandang sayu,laungan takbir dari suara dalam televisyen itu disambut dalam hati,wajahnya tidak beriak, ada air jernih terbit dari tubir matanya perlahan.


* * * *

“Ummi…”

Aisya sofea senyum.

“Ya sayang..”dahi anak kecil itu dikucup,lantas ditarik keriba.satu-satunya perkataan yang dapat disebut oleh anak comelnya itu betul-betul membuat hatinya berbunga.usai solat sunat selepas maghrib, Athirah Yusra yang baru pandai berjalan itu menarik-narik telekungnya.Aisya sofea mencapai Al-Quran Mahar pernikahannya dengan Zaid Emad dahulu,dibaca perlahan, Athirah Yusra senyap diriba Umminya.lama-kelamaan tertidur.

“Zaid ,akan aku asuh Athirah Yusra dengan tarbiyah Islami, bagai engkau yang mengasuh Athirah Yusra adik mu dahulu, agar perjuangan Abinya difahami,malah dituruti”

Al-Quran mahar kasihnya itu ditekap kedada erat, seakan rindu pada suaminya sedikit terlerai,wajah Athirah yusra dipandang sayu,lalu dikucup bekali-kali, sehingga tidur bayi kecil itu terganggu lantas merengek-rengek kecil, Musim bunga di Amareka kini kian melabuhkan tirainya, esok..dia akan terus menulis membuka pekung kekejaman musuh terkutuk si bangsat Yahudi itu!
Read More

Friday, July 11, 2008

Suara hati Ummi


Suara hati Ummi
~nessasyahirah


Jerit pekik lolongan bergema
Buat jiwa Ummi bagai diratah derita
Saat jenazah puteraku tiba didepan mata
Senyummu buat Ummi lebih pasti
Engkau si syahid kebanggaan Ummi
Walau engkau hanya anak kecil
Yang ummi sendiri rindu
Rengek tangismu pinta susu Ummi
Jua saat engkau bermanja diribaan Ummi
Namun engkau pilihan yang esa
Untuk bertemunya mengiringi As-Syahid Abi
Tidak pernah ummi peduli
Andai Ummi sepi disini
Kerna cinta Ummi
Terlalu agung Buat kekasih hati
Illahi Ya Rabbi

Namun Ummi kesal
Andai hati-hati manusia terus beku
Bagai kayu
Bagai batu
Terus tuli
Terus bisu
Tidak pernah memperduli
Entah hidup atau mati?
Umat dibumi gersang ini?
Al-Quds bagai sebuah rumah tak berharga
Tak timbul riak untuk dipertahan
Walau kita bermati-matian disini
Kerna jiwa kita terlalu cinta
dicengkam kasih
Pada Ad-deen mulia ini
Pada tanah Anbia’ ini

Darah puteraku yang mengalir
Hanya bagai titis embun pagi
Kesannya menghilang saat mentari menyinari
Sedang jiwamu terus mengecut
Takut pada Apache
Takut pada Muntahan peluru rakus itu
Dan kami disini,dibumi ini
Tubuh terus dirobek
Dikoyak tanpa simpati
Mengusung tubuh longlai parah berdarah
Kerna kami hanya punya batu-batu kecil ini
Tak mengapa..
Siapa peduli?
Siapa kisah?
Semangat kami yang memuncak tinggi
Titis air mata darah kami
Jerit lolong kami
Runtuh punah kediaman kami
Hancur lebur tubuh kami
Bayi kecil disepak bagai penalti
Engkau sambut dengan tawa tanpa henti
Seolah engkau bukan umat agama suci ini
Seolah engkau bukan saudara kami
Seolah engkau bukan tautan kami
Seolah engkau bukan umpama binaan yang teguh bila kita disatukan



Malu Nabi punya umat pengecut !
Malu kami punya saudara pengecut !
Entah bila mata ini dapat menyaksi
Entah bila nafas ini akan berhenti
Entah bila telinga ini dapat mendengar
Sampai bila terus menjadi asrar
Seluruh Negara islam itu bersatu
Tanpa kecut tanpa bacul
Kerna kita punya kekuatan menggila
Sebelum mata terkatup
Sebelum nafas ku terhenti
Sebelum Jejak suami dan puteraku kuturuti~
Read More

Monday, July 7, 2008

74 wasiat untuk pemuda islam



karya dipetik dari blog ustaz azhar,InsyaAllah bermanfaat untuk semua~

74 Wasiat Untuk Pemuda Islam PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Abd Rahman Munawir
Sunday, 04 May 2008

Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Wa ba’du:


Berikut ini adalah wasiat Islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti...

Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Wa ba’du:


Berikut ini adalah wasiat Islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohmu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (HR. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah bismillah ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah alhamdulillah apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.

35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.

“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu assalamualaikum dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.


60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: yarhamukallah apabila dia mengucapkan: alhamdulillah

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.
Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)
Read More

Menangislah...



Kita selalu dengar petikan ni = senyumlah tatkala anda ingin menangis.memang itu yang sepatutnya,dan saya 'salute' habess dengan manusia yang boleh senyum time dia sedih,saya sendiri sebenarnya akan menangis sampai puas,kalau saya sedih.

nasihat dan hanya pandangan peribadi saya:-

Menangislah..
kalau menangis itu mampu menenangkan anda.

menangislah..
kalau menangis itu dapat menceriakan anda kembali.

menangislah,
kalau menangis itu mampu menzahirkan kesediahn anda.

menangislah..
kalau dengan menangis itu mampu buat kawan-kawan anda tahu anda sednag sedih,geram,lapar..dan sebagainya haha~

apepun,menagislah,dan syukurlah,kita dikurniakan air mata.



Air mata sememangnya sesuatu yang synonim dengan seorang Muslimah.Muslimah akan menangis dalam banyak keadaan,sebab Muslimah hatinya lembut dan sentiasa inginkan perlindungan sifatnya,jangan pula kalau tengok Muslimah yang menangis,terus dia dihukum dengan istilah mengada-ngada.

saya jumpa satu artikle waktu jalan-jalan naik beskal anta blog ke blog.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

so,mulai hari ni,jangan tahan-tahan-menagislah untuk kepentingan anda dan orang lain..huhu~

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Read More

Bersyukurlah.





Demikianlah , kami telah menguji sebahagian mereka(orang yang kaya)dengan sebahagian yang lain(orang yang miskin),agar mereka (orang yang kaya itu) berkata,"orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah ?" (Allah berfirman),
"Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yang bersyukur (kepada-Nya)?"

(Al-An'am , 6: 53 )


salam saudara seakidah buat semua teman perindu syurga Abadi..Moga diredhai dan dirahmati dalam setiap pekerjaan dakwah kita,Berdakwahlah sampai MATI!moga itu menjadi matlamat kita selamanya~
Perkataan 'Saya bersyukur' amat mudah ducapkan,namun sejauh mana kita mempraktik rasa syukur itu,sebenarnya harus direnung-renungkan semula.kita kadangkala memandang langit dengan pandangan biasa,namun sebenarnya,manusia yang bersyukur memandangnya dengan pandangan yang 'berbeza',Kalimah SubhanaAllah tanda ta'jub dengan kejadian Allah meniti dibibir.dan kalimah Alhamdullilah pula membasah tanda kita bersyukur atas kurniaan-Nya.

"Diwajibkan keatas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu.tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagi kamu ,dan boleh jadi kamu manyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak diketahui"

(Al-Baqarah, 2: 216 )



Kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang tidak kita sukai,tanpa kita sedar sebenarnya tahap iman kita waktu itu sebenarnya sedang dinilai sejauh mana keteguhannya.Kita diuji dengan kegagalan,tapi sebenarnya kita lupa pada kejayaan lebih besar yang sedang menanti kita dihadapan,hingga kita malu mengingatkan kembali keluhan demi keluhan serta tangisan ketidakpuasan hati kita waktu gagal dahulu,sewaktu kejayaan itu datang menemui kita.

Dalam seminggu,berapa kerap kita melakukan sujud Syukur?tepuk dada tanyalah iman kita,sedang dua kali sujud sebagai tanda syukur itu sebenarnya teramatlah mudah untuk dilakukan,tak cukup sebenarnya dengan mengungkapkan perkataan 'Aku bersyukur' sekali dua tanpa dada 'dicengkam' rasa penuh kesyukuran atas kurniaan yang tak ternilai harganya.

Ada pula manusia yang diuji dengan kekayaan yang menggunung tinggi,namun rasa kesyukuran itu tidak pernah wujud dalam hati bahkan ditepis dengan perasaan bangga diri dan merasakan tanpa usaha kerasnya selama ini,kekayaan itu tak mungkin dikecapi,lupa ya pada Tuhan yang memberi?

Bahkan sebenarnya,kemiskinan itu juga mampu membuat manusia merasa tidak bersyukur,malah sewenang-wenangnya menyatakn bahawa tuhan itu tidak adil baginya,lupa ya pada nafas yang disedut kurniaan Allah?,lupa juga ya pada makanan yang diberi hingga mampu bernyawa?malah lupa , pada segala anggota yang diberi Allah untuk beribadah padanya?



saya kemudiannya berfikir tentang nikmat sebuah keamanan,bagaimana cara kita mensyukurinya,bukanlah dinilai denagn banyaknya kemajuan dalam bidang pembangunan,malah negara yang bergolak juga mampu mendirikan ribuan bangunan, nikmat keamanan juga bukan terletak pada pertelingkahan para pemimpinnya,negara yang aman,juga seperti negara yang bergolak,pemimpinnya sering berbeza pendapat.setiap hari rakyat dihidangkan dengan pertelingkahan para pemimpin dikaca tv,seakan tiada jalan penyelesaian yang mampu diselesaikan dengan cara damai,bosan sebenarnya,mujur tv itu tak dihempas dari tingkat tujuh oleh tuannya.

lihat saja pada malam tahun baru mahupun malam merdeka,seakan nikmat keamanan itu tiada nilainya,ungkapan kemerdekaan penuh semangat dilaungkan seiring maksiat yang berleluasa,Halal-haram seakan dia yang punya,punk,skinhead,rambut pacak berwarna,arak,seks bebas dan seribu macam dosa tanda dia bebas sepenuhnya,lupa pada bala tuhan yang akan menimpa,(kalau dia yang kena sorang-sorang takpe,..)

inikah tanda sebuah keamanan?




sepatutnya ,nikmat keamanan disyukuri dengan solat sunat hajat moga dikekalkan dalam keamanan,solat sunat taubat mohon diampunkan segala dosa dan perbagai jenis ibadah lagi.tapi kalau dah pemimpin yang menggalakkan pelbagai konsert dan pesta,yang tak berilmu agama berjoget tunggang terbalik di konsert,yang berilmu duduk dirumah menyaksikan pesta dikaca tv,mohon dan berharap dosanya tidak sebanyak mereka yang berada disana.Astaghfirullahhala'zhim..lihatlah jalan dan tunggulah saat kahancuran sesebuah negara!manusia..manusia..sedarlah!


"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah)dan mereka mempunyai mata(tetapi)tidak digunakan untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga(tetapi)tidak dipergunakan untuk mendengar(ayat -ayat Allah).mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lengah"

(Al-A'raf 7: 179 )
salam saudara seakidah
nessasyahirah.
Read More

Sebuah impian, seiring tindakan~



Setiap Manusia sering mengimpikan sesuatu yang indah untuk masa depannya,namun,sesetengah impian yang menggunung seringkali diperlekeh dengan meletakkannya sebagai angan-angan mat jenin,bermimpilah,beranganlah,kerana impian itu sebenarnya yang menolak kekuatan diri untuk bertindak,tanpa impian,nessasyahirah sebenarnya,tak sanggup pun nak bertindak setelah gagal dalam sesuatu perkara,kerana itulah,saya menekankan bahawa membina impian itu penting,dan amat penting.
percayalah,kebanyakkan dari usaha saya sering diperlekeh,walau diperkecil-kecilkan,saya punya impian mengunung,kerana itulah saya mampu dan berani bertindak walau air mata yang sering menemani dalam setiap tindakan saya,tak salah berangan,asalkan setiap angan itu diiringi usaha,dan bukan sekadar bermimpi disiang hari.biar diperlekeh ,biar segala usaha kita yang kecil itu dipandang sebelah mata,namun,jika kita tahu dan yakin akan hasilnya,lakukanlah!

saya punya impian untuk:-

~menjadi seorang peguam syariah berjaya.
~menjadi pemilik butik
~menjadi pendakwah bebas
~menjadi sukarelawan dalam badan amal
~memiliki kuda berwarna putih
~memiliki kucing parsi
~membawa ibu dan ayah saya menunaikan haji dengan duit gaji saya sendiri

dan pebagai lagi impian saya.tapi walaupun ada sesetengah impian itu dikira remeh,saya tetap mencatatkannya di meja belajar saya!dan saya sebenarnya puas digelak!tapi saya sangan teringin mengajak manusia-manusia yang menggelakkan saya itu menaiki kuda putih milik saya suatu hari nanti~

salah satu impian yang tak pernah benarkan untuk minda dan hati saya untuk melupakannya adalah untuk ke Palestin dan membantu kanak-kanak dan wanita disana sedaya mampu saya.bahkan jika saya layak untuk dipilih sebagai syuhada',-itulah sebenarnya impian tertinggi saya!gelaklah,ketawalAh,kerana anda sebenarnya yang sedang berangan-angan ala mat jenin,kerana anda hanya mampu tergelak-gelak ala beruk,tanpa usaha sedikit pun.







buat semua sahabat,saya menulis kali ini kerana sedih melihat sahabat-sahabat yang cepat benar berputus asa,malah malu-malu untuk bertindak walaupun hanya pernah diperlekehkan sekali,malu sebenarnya biarlah bertempat,(jangan sampai tak tahu malu pula). saya sangat 'menyampah' melihat saudari-saudari saya malu-malu kucing untuk tampil kehadapan untuk menegakkan kebenaran sesuatu isu,apatah lagi yang malu untuk membentangkan sesuatu dihadapan,simpanlah idea-idea dalam fikiran anda sampai berkulat jika anda fikir itulah yang terbaik!

tak salah menyatakn atau berkongsi impian anda dengan orang lain,jangan malu kerana orang yang tergelak-gelak mendengar impian anda sebenarnya cemburu dengan impian itu,yang penting adalah usaha anda untuk mencapai sesuatu impain tu.
renung dan fikirlah~

salam sayang.
nessasyahirah
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena