Beriringan ke Syurga~

Sunday, August 24, 2008

Empat darjat manusia,dimanakah kita?



Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia itu terbahagi kepada empat bahagian ,iaitu:-


1. Manusia yang tahu dan dia tahu yang ia tahu,Yang demikian manusia yang berilmu,yang boleh dijadikan pemimpin.

2.Manusia yang tahu tetapi tidak tahu yang ia tahu, orang yang demikian sedang tertidur dan perlu dibangunkan.

3. orang yang tidak tahu dan dia tahu yang dia tidak tahu, orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4. oarng yang tidak tahu dan tidak tahu yang ia tidak tahu, orang yang demikian harus dijauhi.

Wallua'lam~
Read More

Saturday, August 23, 2008

Marhaban ya Ramadhan~



KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.



wallahua'lam

artikel dari http://www.ustazazhar.com
Read More

Friday, August 15, 2008

Merantai sebuah ilusi~




Dalam hawa dingin dewan sederhana besar,sementara menunggu pelancaran penerimaan biasiswa , sudah beberapa kali saya menutup mulut menahan kuap, saya memeng jenis manusia Auditori yang tak boleh duduk diam dengan penuh skema mendengar ucapan yang begitu mendatar intonasinya. Otak saya dah mula melayang.habis satu muka kertas saya conteng.tangan mula gatal nak menulis..

Memang manusia Sekarang belajar untuk--kerja untuk nak cari duit. Dasar pendidikan materialistik yang begitu bermaharajalela merantai setiap penjuru benak insan bergelar pelajar.menjadi pelajar untuk belajar, belajar untuk kerja, kerja untuk duit,duit,duit…

“Apa sebenar tujuan awak belajar”, otak saya berlari mengingat kembali kata-kata ustaz saya sewaktu ditingkatan lima dahulu, soalan ustaz buat saya garu kepala, walau fokus utama untuk capai cita-cita dah melingkar di fikiran saya,memberi jawapan yang jujur begitu ibarat cari nahas nampaknya. ustaz kemudian bercerita. Suatu hari ustaz menguji diri dengan mengoyak salah satu sijil penting miliknya, itu memang kerja gila bagi saya, bukan semua orang berani ,kesannya ustaz saya susah untuk mencari pekerjaan sebaik tamat pengajian dari madinah, namun atas keyakinan dan percaya bahawa rezeki itu milik Allah, tak lama ..ustaz saya dapat tawaran mengajar di sekolah saya.dan berkali-kali ustaz tekankan supaya betulkan niat , sebetul-betulnya sebelum belajar!

“Belajarlah kerana Allah, mesti tawadhu’ dengan ilmu”wajah naqibah saya ~ pula menjengah, ucapan Yang Berhormat kat depan dah ke laut.walau butirnya masih kedengaran.Entah ada manusia yang masih kenal erti belajar kerana Allah atau tidak, nak pilih ilmu pun tengok skop kerja yang luas atau tak.nilaian ilmu entah dibaling kemana.belajar untuk periksa, bila periksa dah habis, ilmu pun merayap keluar semula.Mulalah timbul kes budak pengajian islam tapi perangai terrrsangatlah hampeh.itulah kalau dah belajar untuk kerja, kerja untuk duit,duit,duit.

Umat islam ketinggalan kerana pentarbiyahan umat islam itu sendiri, Umat islam terlalu banyak bercerita tentang islam,tapi secara praktikalnya langsung tak diamalkan.bercakap tentang Amanah, tapi khianat dengan saudara seislam sendiri, ligat lagi hebat bercerita tentang dunia itu fana, tapi umat islam sendiri yang begitu memeluk dunia.keagungan tamadun islam hanya tinggal sejarah.sejarah yang memang tinggal sejarah!

Singkap kembali kronologi sejarah lampau , ilmu islam itu begitu dicintai, ada sahabat yang tinggal bersama Rasulullah setahun dua sahaja, ada yang sekali sahaja bertemu Rasullulah, tapi iman mereka begitu teguh walau diuji perbagai perkara, siksaan demi siksaan meratah tubuh , namun cinta pada islam itu begitu merantai kemas jiwa.sebab setiap kali dengar satu Hadith, para sahabat akan terus amalkan,sedang kita,berpuluh hadith kita baca, tak pernah kita praktikkan dalam hidup.


Kalau tengok balik zaman dulu, pelajar begitu menghayati kehidupan guru,tinggal bersama guru,guru juga bersama-sama menghadapi kesusahan muridnya, berbeza dengan sekarang, pelajar sampai tak tahu nama guru.layakkah digelar kita sebagai seorang penuntut ilmu yang begitu dahagakan ilmu guru?

Kita kata kita belajar sesuatu ilmu, tapi sebenarnya kita sedang mengorbankan ilmu itu dengan dunia,dan lebih malang lagi,sedarlah, sebenarnya kita lebih teruk dari manusia-manusia yang begitu cintakan dunia dan seisinya.kita sebenarnya didedahkan dengan aksi kejar-mengejar sijil hingga kita lupa pada guru atau alim ulama’ yang mengajar kita.dan sebenarnya, mereka yang belajar di pondok atau masjid-masjid usang itu sebenarnya lebih mulia dan tinggi ilmunya dari kita yang megah kononnya dapat melanjutkan pelajaran setinggi-tingginya.kerana mereka yang bertalaqi di masjid lebih luas skop pembelajarannya, tiada moqarra khusus,bermakna lebih banyak perkara yang mereka boleh pelajari.pertanyaan saya hanya satu,berapa ramai anak muda yang begitu mengagungkan ilmu yang disampaiakn oleh ustaz-ustaz di Masjid denagn menghadiri setiap ceramah atau kelas-kelas pengajian kitab di masjid?

Hati-hatilah,jangan sampai ilmu kita sendiri buat kita jauh dari Allah,jangan sampai ilmu kita sendiri menghijab hubungan kita dengan Allah,tawadhu’lah dengan ilmu yang kita ada,ilmu bukan untuk dimegahkan . belajarlah kerana Allah, rantailah ilusi yang pelbagai, takut-takut ilusi yang kita cipta dalam mencapai cita-cita yang menggunung tinggi mengorbankan ilmu kita dengan dunia. Saya bukan berpesan untuk sahabat semata-mata,tetapi berpesan untuk diri saya sendiri ,takut-takut belajar rajin-rajin untuk nak dapat duit biasiswa,duit,duit,duit,..lagi-lagi duit!
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena