Beriringan ke Syurga~

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari raya~


walaupun teras agak terlalu awal nak ucapkan Selemat hari Raya,tapi dek kebanjiran kad raya dari pihak2 tertentu,rasanya dah boleh kot nak post kad raya..sebenarnya hajat nak post time mlm raya nanti..hehe,tapi takpe,takyah tukar2 letak kat blog sbb saya tak tau nak buat kod letak kat photo bucket cam tok lisam buat..*smile*

sape kata budak sekarang dah lupakan budaya zaman datuk nenek ha..buktinya,saya dah bersedia nak berpantun raya sekarang..haha~

Tengah malam buat bahulu

Bahulu bentat menangis tak sudah

Ramadhan disusuri kian berlalu

Moga diterima segala Ibadah


Jalan-jalan di pagi Raya

Naik kereta gen-2 warna jingga

Alahai banyaknya Kad Raya yang kuterima

Duit raya yang kuidamkan tak kunjung tiba


Balik kampung naik basikal

Singgah karak beli lemang tok penghulu

Ada ke logik balik kampung naik basikal?

Sampai kampung patah pinggang..la ..huhu~


Makan Almond London dengan zain

Makan sambil pasang pelita

Minal A’idil wal faizin

Tangan dihulur Maaf dipinta~


walaupun berpantun tak sehebat hang tuah,tapi ada inisiatif nak mencuba kan...kan..

amik la kad ni,buat peneman untk sape2 yg tak balik beraya kat kampung..



tata~


Read More

Kad raya dari Tok lisam~

raya


dapat kad raya je,janji nak bagi duit raya sekali..huhu

apepun,syukrannn!!!!

teringat perkenalan dengan tok lisam di Iluvislam,dok merepek2,gadoh2,skali ngan seekerz,ngan cikgu eya ,skali tok apisadam,ngan tok din..tapi tok lisam dah jarang ada kat Iluvislam...nak wat camne.org bizi..

dah janji ngan tok lisam nak bagitau kenapa panggil tok lisam dengan panggilan "tok"

semuanya sebab avatar yang tok lisam guna dulu2 adalah gambar sin chan..kartun yang paling beta tak suka dari kechik lagi..hahaha~ada kaitan ke,tapi cam best je panggil Tok lisam..

tu je tok..

mekaseh untuk kad raya yg lawa gile tuh..

tata
Read More

Wednesday, September 24, 2008

Doktor Zionis membuat pembedahan ke atas rakyat Palestin tanpa persetujuan.





Selasa, 23/09/2008 -
Seorang tahanan rakyat Palestin yang di kenali sebagai Muhannad Awda telah melaporkan bahawa beliau telah di bawa oleh warder penjara ke hospital Soroka walhal beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit.

Doktor di hospital Soroka itu telah menyuntik ubat pelali dan melakukan pembedahan jantung ke atas beliau.

Awda memberitahu seorang peguam di Institut Mandela bahawa beliau tidak menghidapi sakit jantung dan juga sihat sebagaimana di laporkan di dalam rekod perubatan beliau yang di buat sebelum memasuki penjara.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Read More

Tuesday, September 23, 2008

~kenapa mesti aku yang dipilihnya??~

Hehe..Tajuk nak best.

aku ditag lagi,tag mengetag.kakakku si Imtiaz Sofea tiba dengan tagnya..takpe,sharing..sharing is caring kan,kan,kan..Apa yang melalut time sahur ni,so sementara tunggu Azan,jom..jawab tag ni.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?


Akidahku,imanku,mak abah,family..


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

makanan berbuka puasa rabu minggu lepas.(masa tak balik lagi )


3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Nikah-masjid As-Syakirin KLCC, kenduri sukahati kat mane2.janji sume orang boleh datang.hohoho~

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

Dunia Akhirat,Ameen..

5. Adakah anda dilamun cinta?

yups,saya manusia normal.tapi tu kan boleh dikawal..huhu

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

cafe kat ...


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

membentuk keimanan di era Globalisasi-Ustaz Asri Lubis(pensyarah),saya dah lama tak beli buku baru ni..

8. Apakah nama penuh kamu?

tak jawab boleh?..

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

tentu mak,tapi ayah pun sama je..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?

dalam hidup?takde kot.mati--->saya nak jumpa Rasullullah


11. Christina atau Britney?

dua 2 tak kenal..kehkehkeh


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

mesin cuci,on kan je..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?

tentu nak buat umrah ngan haji,pastu nak ke paris,new zealand,korea,jepun.(kenapa tak mintak lapan?)

14. Pelukan atau ciuman?

ape ni?

15. 8 perkara yang amat saya sukai.

1.Tengok permandangan
2.tengok gelagat orang.
3.tengok tv
4.Ais-creammm...
5.Epal Fuji
6.suka main dengan Baby.
7.baca buku
8.saya suka tido.

16. 7 perkataan yang sering diucapkan
1.banyakla..
2.belasah kang.
3.penat la..
4.diam boleh.
5.hoho~kahkahkah~,hihi~,huhuhu~
6.AstaghfirullahalA'zim..
7.Bismillahirrahmanirrahim


17. 7 buah buku yang paling terbaru dibaca.

1. sume buku muqarrar final hari tu
2.Novel ayat2 cinta(berapa kali dah ulang)
3.Dara.com keluaran terbaru(huhu~nanti ada orang marah baca cara.com ni..)
4.Hukum lelaki memekai gelang-Dr.Azahar bin Yaakub
5.Memoir jihad anak melayu di Afghanistan-Zainon Ismail
6.Israel-kenapa dunia tidak boleh mengiktirafnya?-Hafidzi Mohd Noor
7.keluarga sakinah-Abdul Kadir djaelani


18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.

1.Rapuh-opick

2.I'tiraf-raihan
3.saksi-rabbani ft mawi
4.lagu kedamaian-Brothers
5.Ayat2 cinta -rossa
6....
7...
8..



19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
tahun lepas..2007..

1.Jangan anggap kawan semalam juga adalah kawan untuk hari ini.
2.hari ni orang boleh sesuka hati pijak kita,tapi satu hari nanti jangan terkejut
bila dia dok bawah kaki kita.
3.tangkap la gambar bebanyak sebelum habis skolah sbb nanti da takde
kenangan.
4.Dok kat skolah lagi best dari masuk ipt.
5.Mak ngan Abah sayang saya~
6.hidup ni cam roda..
7.kawan lain,sahabat lain.
8.cinta itu membebankan,merimaskan,menakutkan..(hoho~killer statement)


bahagian paling saya suka dalam kerje tag mengetag ni adalah ini!

jom tag..

1.seekerz
2.cikgu eya
3 Dr. Zati
4.Tok Lisam
5.Hafiz adam

kita tgk sape yg rajin..kuikuikui

babai.kita jumpa lagi di post akan dtg..accecehh~

Read More

Monday, September 22, 2008

cerita jepun:Nada Sou Sou~


Assalamualaikum..



cuti sem dah datang,rasa macam baru semalam saya mendaftar,lalui taaruf week,jadi pelajar baru,kelas,kuiz,mid term..tup-tup,sekarang saya dah dengan senang lenangnya ,boleh lepak depan komputer tanpa rasa bersalah dok ingat kat final.(walaupun hati asyik dok ingat kat result)

baru sekejap tadi saya selesai menonton sebuah filem jepun bertajuk:Nada Sou sou,yang sebenarnya,cerita ni dah banyak kali diulang tayang di Astro Kirana dan entah kenapa sebanyak kali itu jugalah saya langsung tak pernah tertarik nak tengok cerita tu.

boring punya pasal,buka tv,habis semua chanel saya selidiki,segala macam info saya takluk,akhirnya ,entah kenapa,cerita yang saya tak pernah tertarik nak tengok jadi pilihan utama,mana taknya,dari saya tengok jangan lupa lirik,konsert akhir Af5,dan beberapa lagi cerita yang langsung takkan menghilangkan boring saya,baik saya pilih cerita yang satu ini.walaupun saya tahu,kalau ada kakak saya mesti dia dah kata yang saya ni dah buang tebiat gamaknya~

yang penting ,cerita ni adalah cerita jepun yang paling buat saya tak kering gusi,eh,silap tak kering air mata(takdela sampai nangiss beriye..)selepas cerita 1 litle of tears.bukan niat saya nak kayakan kerajaan jepun dengan tolong promote cerita diorang,saya sekadar nak berkongsi satu cerita menarik~

kisah bermula dengan scene dua orang kanak-kanak seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berjalan berpimpin tangan di tepi pantai,haipp..jangan fikir bukan,,dorang adik beradik la..cerita ni bukan love story ,tapi kisah tentang dua orang adik-beradik yang sangat menyentuh hati,jantung,ginjal sekali..huhu~


nak dijadikan cerita ,mak diorang --->MATI, tapi sebelum mati mak diorang sempat pesan kat si abang(yota) supaya jaga adik(kaoru) baik-baik.

cerita yang amat mencabar hati dan nurani,yota bekerja keras nak bagi duit kat kaoru,(diorang berpisah ,si adik tinggal dengan nenek kat tempat lain),segala macam kerja si abang buat,dan satu cita -cita si abang dari kecik ialah nak buka restoran,

satu hari,yota gembira sangat sebab adik dia nak balik tinggal dengan dia balik,kaoru dah berubah jadi seorang perempuan cantik ,lagi keras yota bekerja sebab nak sekolahkan adik dia pepandai,dan yang paling buat yota gembira sangat bila dapat tahu kaoru terpilih dapat masuk universiti.yota berlari satu pasar bagitau kat makcik-makcik kat pasar tu yang kaoru dia dapat masuk u..sampai sorang mak cik tegur si abang,"sape sebenarnya masuk u ni,ko ke adik ko..ha?"(hehe~dalam bahasa jepun la~)

malam tu,kaoru bagitau kat si abang yang dia nak tinggal kat rumah sendiri,seorang diri~si abang pun pelik,selama ni adik dia tak pernah cakap tentang ni,si abang akhirnya dengar desas desus yang si adik jumpa seorang lelaki pertengahan umur di satu kelab malam lama,jeng..jeng..jeng..


rupa=rupanya lelaki yang kaoru jumpa itu adalah bapanya~bermaksud yota dan kaoru bukan adik beradik.yota punya la mengamuk kat pak cik tu sebab bocorkan rahsia yang dia simpan sejak sekian lama~

endingnya memang sedih,yota mati sebab ada jangkitan kat paru-paru sebab terlalu kuat bekerja,sedihnya~kaoru,sampai dia tanya nenek dia,yota sebenarnya ke mana?



untuk synopsis lebih mendalam leh tengok ni..

In Japanese with English and Chinese Subtitles
Genre: Drama/Romance
Director: Nobuhiro Doi (Be With You)
Starring: Satoshi Tsumabuki, Masami Nagasawaé
RunTime: 2 hrs
Released By: GV & Festive Films
Rating: PG
Official Website: www.festivefilms.com/nadsousou

Opening Day: 29 March 2007

Synopsis:


Orphan Yota (Satoshi Tsumabuki, WATERBOYS) is a hard-working 21-year-old who dreams of opening up his own restaurant. He has a little step-sister, Kaoru (Masami Nagasawa, CRYING OUT LOVE, IN THE CENTRE OF THE WORLD), who lives on an island off Okinawa but moves in with Yota to begin college on the mainland. Yota had promised their mother on her death bed to care for Kaoru at all cost- even at the expense of his relationship with his beautiful medical student girlfriend.

Movie Review:

Nada SouSou broke weekend box-office records when it was released last year in Japan, and became the No.1 film there in a short space of time. Yet as movie aficionados in Singapore know, success in Japanese theatres is not a predicator of success for Singaporean screens. Remember The Sinking of Japan?

The outlook of this movie was indeed promising. A stellar cast, not to mention beautiful and talented, splendid and picturesque scenes from both Okinawa and the mainland, some attempts at traditional elements and simple plot are all good ingredients for a film such as this. It even goes so far as to highlight areas that are not visibly seen in Japanese society – the problems of the poor as well as frictions between the ‘classes’.

Inspired by a true story and a song written by Ryoko Moriyama, Nada SouSou means ‘never ending tears’ in the Okinawan dialect. Yet, though engaging in a somewhat abortive Korean type tearjerker, this film fails to deliver its promises of never ending tears. The tears may have flowed freely for its thespians, but almost too rarely for its audiences and ends up as a mere mediocre effort. The second act seemed a tad too ponderous as the scriptwriters engaged too many subplots and issues, and fumbles in tying all the loose ends in the abrupt and quick final act.

This was all the more disappointing as the first act setup high expectations for Nada – smooth, reflective and emotional flashbacks intertwined with the present day, which was artfully sequenced and directed. The true hero of the show is definitely good guy Yota, played by the charming and versatile Satoshi Tsumabuki (Water Boys, Spring Snow). He alone can be a reason for watching Nada.

Nonetheless, hero or not, Yota could not save the film from mediocrity. His life, tragic until the end, all the more proves that nice guys do finish last. And this robs you from properly enjoying this film, which would have been an otherwise sensitive, intimate and reflective tale.


last sekali ada scene yota dengan kaoru masa kecil kat tepi pantai..

"Nee nee,(panggilan untuk abang kot) dah besar nanti saya nak kahwin dengan abang"

"ish..mana boleh"

"kenapa?"


"kamu tak tahu ke"

"kenapa?"

"Adik beradik tak boleh kahwin.."

"kenapa?"

"Abang tak tahu.."

"Nee nee.."

"Tak boleh.."

p/s:nak tgk ,tgk lepas raya,skarang masa untuk cari lailatulqadar,ok?
Read More

Friday, September 12, 2008

Tag dari cikgu eya di satu pagi yang mulia




yeearrghh berjaya.

mmg tak penah terlibat dalam tag mengetag ni,tp pagi-pagi buta dah menapak ke blog cikgu eya dan jumpa ini!

so,mari mari mari...kita terus tag mengetag..kuikui..

-imtiaz sofea
-lea danial
-dr zati
-ukh sarah samsudin
-ikut la sesape
Read More

Tuesday, September 9, 2008

“Adib tak tau,kak hani ajarkan boleh?”

“Adib tak tau sembahyang terawikh,kak hani ajar boleh?”

Saya senyum,kemudian angguk,

“Ala..tak tau takpe,boleh belajar,ok ape dari orang yang dah tau tapi malas nak buat,”

Balas saya,memujuk gusar adib, rakan yang turut sama berbuka puasa waktu itu juga mengangguk.

Hari ketiga ramadhan ,baru kami berpeluang solat terawikh bersama dimasjid,(lepas dua hari berbuka kat rumah bersama mak ngan abah terchenta=).mulanya adib nampak risau,mujur adib yang sorang ni jenis berterus terang,tau jugakla saya,

Dari kesungguhan adib,housemate saya ,saya kagum,tak tau boleh belajar kan.adib tau yang dia tak tahu,bagus la tu,dari orang yang tahu dia tahu,tapi buat-buat tak tahu.

Habis solat terawikh,adib nampak orang bangun buat solat lagi,adib terus tanya saya,

“diorang sembahyang apa kak hani?”dengan muka pelik.lepas terangkan tentang solat witir,adib terus bangun solat witir.sedang ramai orang yang tahu sembahyang witir dah berborak sakan kat belakang.sekali lagi saya kagum dengan adib.

Adib kata kat saya satu hari nanti dia nak pakai tudung labuh.
Sekarang adib dah belajar pakai tudung bidang 60,walau dia selalu kata dia nampak gemuk pakai tudung tu.

Mana adala adib,ok la tuh!

Adib dah mula pakai sarung tangan sebab adib pernah tanya saya kenapa senior ramai pakai sarung tangan,saya jawabla sebab tak mau bagi tersentuh tangan ngan lelaki waktu bayar kat café.tak lama lepas tuh,adib dengan gumbiranya tunjuk tangannya yang dah bersarung kat saya,Adib..adib…dia selalu cakap kat saya yang kawan –kawan dia cakap dia taksub Sangat waktu dia tanya pendapat ok tak kalau dia pakai sarung tangan.tapi adib ni jenis yang kuat.kadang-kadang adib risau jugak katanya,sebab dia pakai tudung biasa je,ala..takpe adib,berubah sikit-sikit ok?

Satu hari adib cerita yang dia tunjuk kat mak ayah dia yang dia dah pakai stokin,lepas mak dengan ayah dia kata bagus la tu,dia terus happy,adib memang nak berubah,tak tahu kepada tahu.kan adib?

yang tak tahu ,boleh ambil tahu,yang dah tahu,jangan buat-buat tak tahu.-NS
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena