Beriringan ke Syurga~

Wednesday, October 29, 2008

Tolong lindungi aku~

“Lelaki pelindung makin pupus,yang jahat makin banyak tau tak!”

Ayat ala-ala berani mati dari Adib,kami berempat ,saya ,adib,tiqa dan naz borak-borak diruang tamu.surat khabar lama harian Metro yang dah hampir lima kali saya belek (sebab jadi satu-satunya bahan bacaan yang tak diupdate ada dalam rumah sekarang)terpampang isu perogol Arwah adik Nurul Huda yang bebas hukuman mati sebab muncul lelaki ketiga yang masih menjadi misteri.sayu baca kes ni,keluarga arwah jumpa arwah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dalam tandas akibat teruk dipukul .kalau saya ,traumanya munkin saya hadapi sepanjang hidup kalau ahli keluarga sendiri hadapi perkara macam tu,nau’zubillahiminzalik~
Tiqa ralit dengan ‘Italian Job’ , boring tahap gaban’ malam-malam macam ni,lea dengan kinah tak balik dari dinner yang fakulti diorang anjur,sebab tu segala macam isu jadi topik nak berbual,entah kenapa ‘Italian Job’ tak langsung menarik perhatian saya,isu ‘lelaki pelindung makin pupus’ ni makin meleret~

Makin lama makin ramai perempuan nak kahwin lewat takut-takut bertemu jodoh dengan lelaki tak semenggah,ramai kawan-kawan saya yang dah ada ura-ura nak jadi ‘anti lelaki’,tak.. maksudnya nak bina kerjaya dan baru fikir tentang ‘berkahwin’,sebab taknak terlalu bergantung pada lelaki.ntahla..dalam hal ni nak salahkan siapa pun tak tahu.teringat drama ‘vice versa’ , macam-macam jenis perangai manusia sekarang ni.”I tak nak nanti bila I kahwin dengan you ,I jadi boring,lepas tu I kahwin senyap-senyap macam papa I buat”dialog gol and gincu tiba-tiba muncul,nak gelak pun ada jugak,tu la,orang cakap jangan couple nak couple jugak….kan dah boring..

Thread dari iluvislam:susah nak cari perempuan kuat agama sekarang(tak silap saya),tiba-tiba muncul kat benak,saya lagi banyak berangan sebenarnya dari keluarkan pendapat.nak bercerita tentang perbandingan antara jantina memang tak habis selagi manusia tak berusaha memahami konsep ‘terima seadanya disamping berusaha menjadi yang terbaik’.tapi kadang-kadang berselisih pendapat dalam mempertahankan kaum masing-masing ni seronok jugak..

Asalnya dari masalah abang seorang antara kitorang yang dah makin tak dihormati adik-adiknya sebab perangainya yang tak mampu nak melindung adik-adik,sampai keluar ayat bisa:lelaki ni makin besar makin pentingkan diri.mula berangkat ke masalah keluarga,’Italian Job’ dah ditukar dengan ost cerita korea,biasalah..perempuan.emosi makin tak stabil,suasana ala-ala tepi pantai dengan angin masuk dari tingkap tingkat sepuluh yang terbuka luas.dua orang dah tersedu cerita masalah diorang,yang dua orang lagi ni meleleh jugak.

Cara didikan keluarga memang lain-lain,ada keluarga yang mendidik dengan cara penuh disiplin ,salah seorang antara kami berempat melalui cara didikan ini,waktu ‘dia’ dalam tingkatan satu,baru nak buka mulut cerita pasal kawan kat sekolah dah kena potong,kena sekat,sebab mak dia tak nak tahu pasal anak orang lain,nak tau pasal anak dia je.hasilnya,’dia’ dan jadi pemendam perasaan kelas satu,simpan hati orang cakap lama-lama cepat mati.sampai sekarang ‘dia’ jadi manusia yang susah nak nangis dan jadi keras hati.

Sorang lagi berbeza,diajar dengan penuh kelembutan,kesannya,baru diuji dengan sedikit kesusahan,dah rasa taknak teruskan hidup.lagi-lagi kalau anak sulung,kita akan jadi ‘bahan ujikaji’, ‘dia’ cakap cubalah mak dengan ayah dia jadi mak ayah yang faham perasaan anak,tak boleh ke datang peluk anak,Tanya apa masalah anak,kenapa buat masalah,jangan terus meluru marah-marah.saya senyap,sekadar memberi ruang untuk ‘dia’ melepaskan perasaan yang terbuku di hati.rupa-rupanya berat masalah sahabat-sahabat kesayanganku ini,apa yang mampu saya nasihat,saya bagi,sekadar menenangkan perasaan .Ntahla..kita tak jadi mak dengan abah lagi,tak jadi ummi dengan abi lagi,tak jadi mama dengan papa lagi,kita tak faham perasaan diorang.satu hari nanti..mungkin.

Baru kelmarin sampai sini,kelas tak mula lagi,dah mula homesick,hampeh sungguh,perempuan kan emosi..
Read More

Thursday, October 16, 2008

Tersentak..







Thursday, October 16, 2008

MAKLUMAN PENUTUPAN MAAHAD DARUL ANUAR

Ruj. Kami: MADA 01/07/002(06)
Tarikh: 15 Syawal 1429 / 15 Oktober 1429

Kepada:
Ibu, bapa atau penjaga

Assalamua'alaikum wr wbt.,

Tuan/puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SMU (A) Maahad Darul Anuar akan ditutup dan diserahkan kepada pihak swasta bermula Januari 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Islam Kelantan akan memindahkan guru dan pelajar ke sekolah keloloan YIK yang lain. Mana-mana pelajar Tahfiz yang berminat untuk meneruskan ke pengajian tafiz bolehlah memilih sekolah berikut.
a) SMU (A) Al-Kauthar (Tahfiz Lelaki sahaja)
b) SMU (A) Tarbiah Dinniah, Bunut Sarang Burung (Tahfiz Lelaki & Perempuan)
Urusan perpindahan ini dibuat mulai sekarang di pejabat sekolah. Bersama-sama ini, pihak sekolah turut sertakan borang pilihan sekolah kepada pelajar Maahadarul Anuar untuk diisi. Sila hantarkan kembali sebelum atau pada 2 November 2008.

4. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi bahagian Hal Ehwal Murid, YIK di talian 09-7126315.

Semoga makluman ini mendapat tindakan yang sewajarnya daripada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Yang menurut perintah,
MOHD BAHARUDDIN B MOHD NOOR
Pengetua
SMU (A) Maahad Darul Anuar



tersentak...

Fateha,Adik saya yang masih menuntut di sekolah ini dan sedang menjalani peperiksaan PMR menghubungi saya petang tadi.

"Kak..tau skolah nak tutup?"lembut suara fateha tak berjaya menenangkan hati saya

"Tutup?tak kot..kata nak jadi swasta.."saya segera menafikan.

"memanglah..tapi Kitorang dah dapat surat ..siap dengan borang lagi,suruh pilih skolah mana nak.."



butir bicara fateha masih terngiang-ngiang di telinga saya,akhirnya,persoalan yang menerjah di benak terjawab akhirnya bila saya menziarahi teratak Badan latihan Dakwah Islamiah (baladi),sekolah saya,nah,disitu tertera sejelasnya surat yang Fateha katakan petang tadi.

satu persatu kenangan disekolah terhebat dihati saya itu menerjah,rindu,akhirnya perkataan itu sebenarnya yang saya cari-cari,rindu pada bangunan sekolahnya,rindu pada asramanya,rindu pada sahabat,rindu pada guru-guru,rindu pada kantin,rindu pada makanan yang kami jamah saban hari,rindu pada padang botak dihadapan asrama tempat kami bermain sehari-hari , dan kehendak Allah,saya tidak diberi peluang melawat ke MADA sekalipun selepas saya bejalan meninggalkannya.

dan dengan kehendak Allah,perancangan saya dan sahabat-sahabat untuk menganjurkan satu program mega buat adik-adik di Mada melebur selepas surat ini saya baca.



mungkin ramai dari sahabat saya yang masih tidak mengetahui tentang tempat jatuh bangun kita bakal ditutup.tempat pertelingkahan kita bakal hilang sinarnya,tempat taut pelukan ukhwah kita bakal ditukar namanya,tempat usapan air mata yang mengalir dari tangan sahabat dek kegagalan suatu masa dulu bakal gersang tanahnya.tempat sorakan sahabat dek kejayaan kita bakal kelam serinya,entah,kita sememangnya tidak mengetahui entah apa yang berlaku dibumi itu.


saat berebut turun tangga bimbang dicatit nama oleh pengawas,saat dirotan beramai-ramai dihadapan aspura,saat bertingkah pendapat dengan Musyrifah,saat diam menbisu dek takut akan peperiksaan yang bakal menjelma,saat berborak mesra menceritakan kenangan masing-masing,saat menongkah dahi bebicara tentang cita-cita sebelum lena dibuai mimpi,saat dinobat sebagai president badan dakwah banat,saat saat bertukus lumus menyiapkan persiapan minggu Ilmiah,saat tidak tidur malam dek sakan menyiapkan persiapan hari guru....semua itu saya sematkan kukuh dalam hati dan minda.

biar apa konflik yang berlaku,mungkin ada hikmah tersembunyi,jangan kita bebas menunding jari,moga ada hati yang berpuas hati,moga ada mulut tersenyum gembira.

Buat adik-adik yang kini masih berperang dengan peperiksaan,lupakan sebentar apa yang berlaku,moga nanti tabah menghadapi perpisahan dengan sahabat-sahabat.

ingat!kita produk sekolah Tok Guru,tunjukkan hasilnya dari ceramah Tok Guru yang kita dengar sehari-hari,walau dimana kita dicampak dan tercampak, janji pada diri kita mesti jadi contoh terhebat.

walau dimana kita menuntut ilmu,yang penting kita keluar sebagai insan berakhlak,berguna pada semua.

MADA,seGAH namanya,itu yang kita sematkan dalam hati.segala-galanya kita serahkan pada Allah.InsyaAllah,kalau ada jodoh,Allah pertemukan kita lagi..


Aspuri,rindu pada sahabat-sahabat&adik-adik


Guru-Guru,Moga sentiasa dirahmati Allah

Masjid Tok Guru,Tempat menadah Ilmu saban Hari



Aspura

video ,sumber dari youtube.




Read More

Thursday, October 9, 2008

Untukmu yang selalu Kucinta.




"Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu."
(QS. Luqman 31:14)

Saya tidak menunggu untuk berbicara tentang pengorbanan seorang ibu sehingga tiba hari ibu,entah kenapa sejak akhir-akhir ini,kasih sayang saya pada emak terlalu mendalam.mungkin sejak saya makin meningkat dewasa,saya mula belajar sedikit demi sedikit tentang betapa besarnya pengorbanan emak dalam mendidik saya mengenal erti sebuah kehidupan,yang paling penting,dia insan pertama mengajar saya mengenal Allah.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Seseorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya, Rasulullah, siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?" Jawab beliau, "Ibumu!, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapakmu, kemudian yang terdekat kepadamu, yang terdekat". Sahabatku tercinta rahimakumullah, bukankah Ibu adalah orang pertama yang kita kenal ketika hadir di alam ini? Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. (QS. An-Nahl 16:78)

ya.emak,emak dan emak,barulah abah..

sejak emak mula sakit -sakit lutut akhir-akhir ni,selang sehari kalau di kampus,tak sah rasanya kalau tak telefon mak ,tanya kabar mak.yang pasti mak akan jawab

"alah..kaki ni biasa lah,sampai habis umur lah sakitnya"kalau korang,rasa macam nak meraung tak?

walaupun tengah usrah ke,tengah kelas ke,saya mesti usaha untuk jawab paggilan mak,sebab saya tau,mesti mak sunyi kat rumah,mak tinggal dengan Abah je.Anak-anak pergi belajar.

ingat lagi masa dulu-dulu saya paling hebat dalam bab melawan mak,waktu tu bagi saya mak dengan abah suka mengongkong hidup saya,setiap kali mak halang saya keluar dengan kawan-kawan,pintu bilik jadi mangsa,saya hempas,tutup kuat-kuat supaya mak tau saya memberontak!

nasib la saya tak mati waktu tu,atau bukan mak saya yang pergi waktu tu,mak..nessa tak nak jadi anak derhaka.

saya tahu saya banyak dosa dengan mak..dengan abah..

raya hari tu,sepatutnya abang sulung yang mula hulur tangan mintak ampun dan maaf pada mak,tapi saya yang mula-mula sekali hulur tangan pada mak dan abah,sebab dosa saya dengan mak,dengan abah banyak.macam buih lautan.

ini bukan siri luahan perasaan ,tapi saya mengajak semua ..semua sekali.supaya sentiasa ingat pada ibu,walaupun kita belajar jauh,sekejap pun jangan lupa pada mak,sebab mak ngan abah takkan sekali lupakan anak-anak dia.

besar jasa seorang ibu,merawat,menjaga,mentarbiyah..segalanya dari ibu.sebab darah dalam tubuh kita mengalir darah ibu.Derhaka pada ibu bermakdud merobek,meratah tangkai jantung ibu.

saya masih ingat sewaktu menganjurkan satu program untuk adik-adik sekolah menengah,sewaktu sesi muhasabah,saya diarahkan untuk memberikan kata-kata yang menginsafkan buat adik-adik,waktu itu ,saya bercerita sambil menangis,bukan kerana saya ingin mengingatkan dan menyedarkan betapa besarnya pegorbanan ibu pada adik-adik,tapi saya menangis kerana teringatkan segala perbuatan saya pada emak ,perbuatan saya yang mengguriskan hati mak.hingga sendu saya lebih dari sendu adik-adik yang 'dimuhasabah ' saya.

buat sahabat yang belajar jauh dengan ibu,berjauhan bukan bermakna kita mencipta beribu alasan dan kesibukan untuk menghubungi ibu,walaupun,dari suaranya,ibu sering mengatakan tidak mengapa kerana tahu kita sibuk,tapi jauh dihati ibu,rindu pada anaknya terlalu dalam,rajin-rajinkan diri kita menghubungi ibu.

"Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (QS. Al-Isra 17:23)

Ya Allah,Ampunkan dosaku,hambamu yang tidak mampu berbuat apa-apapun dengan pertolonganMu ini Ya Allah,dan Ampunkanlah Ya Allah..dosa kedua ibu dan bapaku sepetimana mereka mengasihiku diwaktu aku masih kecil..Ameen..

rindu-opick ft amanda
Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Di masa yang lalu
Saat mimpi masih
indah bersamamu


Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia tlah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

untuk sahabat-sahabat yang belajar jauh-jauh,rasanya lagu bawah ni sesuai untuk korang,lagunya sangat istimewa..

lagu buat seorang ibu-


Read More

UNDANGAN PROGRAM

Assalaamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh;

Saya dengan berbesar hatinya ingin menjemput saudara/saudari ke program Wacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Tarikh program:
12 Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal 1429H

Tempat:
Dewan Seminar,
Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Aturcara program:
8.00 pagi: Kehadiran dan pendaftaran para peserta
9.00 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis / Bacaan Doa & Al-Qur’an / Ucapan Perasmian
9.20 pagi: Pembentangan 1

“Almarhum Prof. Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki: Keperibadian, Sejarah Hidup & Perjuangannya”

- Dato’ Syed Omar bin Syed Abdul Qadir al-Aidarus

- Habib Hassan al-Attas

10.00 pagi: Alunan Qasidah dan Persembahan Multimedia
10.15 pagi: Ucaptama oleh Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi al-Maliki
12.00 t/hari: Rumusan Wacana oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki
12.40 t/hari: Majlis Pelancaran Buku
1.00 petang: Bacaan Maulid Daibaei
1.10 petang: Majlis bersurai dan Solat Zuhur

Untuk makluman kehadiran atau pertanyaan, sila hubungi:
Tel.: 03-61880300
Faks: 03-61896700
SMS: 016-2084300
E-mel: sap@abim.org.my
[u.p.: En. Jufitri atau En. Raimi]
sini

Read More

Sunday, October 5, 2008

lima hari raya~


Assalamualaikum..


setelah sekian lame tak update blog dek kesibukan duniawi yg melampau,ditambah dengan member-member seblogger yang raya sakan(sampai tak update2 blog diorang),malas pulak nak update.hari ini!(acceceh~)saya dah boleh bersenang lenang depan pc,tak yah nak berebut-rebut dengan adik beradik saya yang lain,tak yah nak basuh pinggan ,tak yah nak buat air untuk tetamu yang datang.raya kelima--->selama lima hari raya ni,hidup penuh ceria,walaupun kepenatan dah tahap langit ketujuh,saya masih boleh tersengih.

Raya Pertama

sebelum sembahyang subuh lagi saya dah mandi(buat julung -julung kalinya..huhu~),walaupun malam rayanya,tido dekat pukul tiga lebih gara-gara dok main mesej dengan fatin,tapi sebab semangat nak pergi sembahyang raya ,saya jadi orang kedua selepas abah , sayup je takbir raya dari masjid.memang best...

disebabkan kitorang memang tiap-tiap tahun tak beraya kat kampung.(sebab atok ngan nenek dah takde)rumah kitorang lah jadi tempat berkumpul,memang hanggaattt..macam-macam perangai ada,dengan budak-budak kecik yang berlari sana-sini,mak-mak ngan ayah-ayah yang berborak sakan..memang meriah habiss..ramai pulak jadi jurugambar tak bertauliah,termasuklah saya~

saya ngan akak pulak macam biasa jadi model sinki.pinggan tak putus-putus,petangnya ramai-ramai konvoi kerumah makcik..tapi sebelum tu singgah solat asar kat masjid..best.

singgah masjid smayang asar

malam,kerumah mak lang pulak,walaupun mata dah sarat(pasal tido lambat),habis jugak sepinggan meehun goreng dengan rendang..huhu~


Raya kedua


raya kedua,jalan-jalan kat rumah maksu,sampai agak awal dari yang lain,dan balik paling awal sebab kitorang nak ke rumah kawan kat sungai buluh,tak sempat nak jumpa yang lain,

tapi nasi briyani maksu tengahari tu memang masyuk..

hujan selebat-lebatnya on the way nak balik,sampai siaran radio terus off lepas satu kilat yang kuat.Alhamdulillah kitorang selamat sampai ke rumah..

malamnya,maksu datang dengan paksu hantar nasi briyani ,apalagi...ambik pinggan la...

pukul berapa diorang balik pun saya tak tau sebab paksu sakan main game..saya da tidooo..


raya ketiga
kitorang buat openhouse untuk member anak-anak mak ngan abah,(kitorang la..)ramai jugak yang datang,kak fiezah yang balik cuti belajar kat mesir pun datang,bukan senang nak suruh kak fiezah datang tau..

mak tunjuk kepakarannya masak nasi minyak(sedappp),malam baru aku ada peluang nak makan,sibuk layan orang punya pasal.yang best,kek coklat yang aku buat tengah malam semalam habiss..

Raya keempat

kali ni giliran rumah makandak,
buat skali dengan birthday masyitah,maklang yang baru sampai dari melaka terus ke sana,
apa lagi,kitorang adik-beradik yang memang hantu kek dok layan kek je la..dua jenis kek pulak tu,huhu~


birthday girl


balik dah petang,sampai-sampai,kawan abah datang...dua orang adik saya balik ke kelantan dengan bas malam tu,kelam kabut habis la gamaknya,adik perempuan saya dah mengamuk sebab serabut,sian dia,bengang jugak dia sebab saya tak sempat nak buat kek coklat untuk dia bawak balik.dah janji pulak tu,memang kecoh masa tu,akak dok sakat adik..lagi la dia bengang..huhu~yang si adik lelaki tak buat muka,dia lagi la malas nak balik.sian adik-adikku~

**teha balik dlam bengang**

makandak datang lepak-lepak kat rumah,rumah yang sunyi happening balik kejap..irfan gaya orang besar tersadai kat ruang tamu lepas penat nangis berebut mp3 dengan akak..huhu~(mana taknya,nak dihempuk mp3 tu,baik selamatkan dulu..)comel betul budak tu.

irfan tidooo


rumah ke arah kesunyian..dua dah balik,tinggal lagi empat.

Raya kelima

pagi-pagi lagi orang datang nak raya,bukan sape pun,sedara kitorang jugak,huhu~

mak masak cepat-cepat,bekal untuk budak tiga orang tu,abang yang sulung balik uia gombak,abang yang kedua dah balik maktab perguruan ipoh,akak balik lipis,saya tinggal sorang la..

sunyi+boring=pening kepala ..

lepas habis mengemas,saya dah tersadai depan pc(huhu~betul ke ayat ni),belog ku diupdate hari ini..berjaya!(waaa)

cuti yang bersisa saya nak penuhkan dengan update blog sebelum blog ni berabuk bila dah start sem balik..

buat sementara ni..jadi orang tak bergaji(orang gaji+x dapat gaji)sementara kat umah..huhu~



Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena