Beriringan ke Syurga~

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru!!!


post ni dah ditaip dari semalam, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, jadi terlambat post dalam blog pulak.

Assalamualaikum~~


Salam Tahun baru buat semua sahabat, Semoga tahun yang baru berlalu memberi seribu satu pengertian buat diri, jangan dibiar setiap detik berlalu tanpa sebarang peningkatan , jangan dibiar tiap detik berlalu sebagai diri yang penuh dengan kerugian


“Demi masa,sungguh manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”

(Al-‘Ars 103: 1-3)


Saya memilih untuk membuka post tahun baru dengan satu berita yang sangat merentungkan hati, Buletin Utama malam ini memaparkan tentang serangan kedua Israel kebumi Palestin dalam jangka masa yang dekat, 104 butir Bom dilepaskan, 240 Angka kematian, 1000lebih cedera, itu yang dinyatakan, tapi saya tahu, angkanya pasti lebih dalam penipuan yang semakin berlapis-lapis.Amareka terkutuk , seperti biasa menyalahkan HAMAS sebagai penyebab serangan, diselangi beberapa pembohongan lain,lagi..lagi dan lagi.ingat orang islam BODOH ke? Peduli apa aku dengan pandangan korang yang cakap tak desak Israel henti serangan,(atas pelbagai alasan gila dari orang gila) saya kisah dan sangat kisah tentang semakin bertambah penderitaan buat Saudara tercinta di Palestin disebalik Misi menyahudikan Al-Quds si bangsat Israel.cuma yang pasti,Ke'jeles'an saya terserlah menonton astro oasis, wartawannnya boleh solat Dalam masjid Al-Aqsa.tiba-tiba rasa nak tukar cita-cita jadi wartawan oasis pulak.


Alhamdulillah, sempat memanjatkan doa Akhir dan Awal Tahun,kalau ikut sejarah, Saidina Umar menerima Pandangan Saidina Ali bagi memulakan Tahun Islam dengan Tarikh penghijrahan Nabi, ini Ilmu yang baru saya tahu dan dapat dari Halaqoh~tv9.tahun lepas-lepas sambut tahun baru selalunya kat balai islam kelantan, maka baca doa Akhir tahun selalunya kat dalam bas yang bawa kami dari MADA , mana taknya, bertolak dari sekolah pun dah petang sangat.Oh~rindunya suasana tu, apa yang penting, balik ke sekolah malamnya kami takkan balik dengan tangan kosong, mesti ada bunga kat tangan masing-masing, sebabnya, sultan kelantan datang sekali malam tu, nak sambut sultan mesti banyak bunga-bunga kat sepanjang jalan Sultan nak masuk, Sultan dah balik, kami jadi tukang kutip bunga Sultan, hehe..


Disebalik kemeriahan menyambut Tahun Baru, Negara Dikejutkan dengan Kemangkatan Yang –Dipertua Negeri Sembilan, Al-Fatihah, Moga Roh Baginda termasuk dalam golongan Orang yang soleh hendaknya.sejuk hati tengok semua personality tv3 yang perempuan pakai tudung, rasa macam tv3 dah jadi tvislam pulak, kalau diteruskan kan lagi bagus,macam Azizah Ariffin. nak nak Wanita hari ini bincang topik Hijrah, penghijrahan dari tidak bertudung kepada bertudung, dua orang Artis yang dah diberi Hidayah dan kekuatan Oleh Allah untuk bertudung dijemput, InsyaAllah, sama-sama kita doakan semua Saudari seislam kita sedar tentang kewajipan bertudung.

azizah ariffin bertudung Pictures, Images and Photos


Bercakap tentang Azam, setiap orang mesti nak perbaharui Azam bila masuk je tahun baru, ikutlah, semuannya terpulang pada Individu, jangan lupa nak perbaharui Iman sudah.Buat sahabat-sahabat yang merajinkan diri menerjah inbox handphone saya, Terima kasih banyak-banyak, Selamat Tahun Baru juge..=)Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Akhlak.tata~

Assalamualaikum..


p/s:kenape semua orang nak ucap tahun baru Hijrah kena sebut Hijrah sekali, tapi tahun baru Masihi tak payah sebut Masihi ek??

Read More

Thursday, December 18, 2008

Cerpen: Menanti Hanan~ siri satu


Bayu pantai membelai lembut wajah, awan berarak perlahan-lahan, gumpalan-gumpalan kelabu dilangit meluas bergerak menyelimuti cerah mentari yang menyinar, petanda rahmat hujan akan melimpah ruah sebentar sahaja lagi, beranda rumah kayu berciri rumah melayu melaka itu menjadi lokasi istirehatnya hampir setiap tengah hari sementara menunggu waktu asar menjengah sejak pulang bercuti sebulan lalu, setelah tiga tahun menyimpan resah rindu pada adik dan ibunya yang hanya tinggal berdua setelah kematian Arwah Abah sebelum dia berangkat ke mesir melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tahun ini dia mengambil keputusan untuk pulang ke malaysia, cuti yang bersisa hanya tinggal dua bulan ini akan dimanfaat sebaiknya, e-book Riyadhus shalihin - Imam an Nawawii yang terpampang di skrin laptopnya sudah sampai ke Bab 20-tolong – menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , di teliti sedalamnya, malam ini Tazkirah di Masjid Al-Falah,masjid kampungnya akan berkisarkan tentang itu.

“Uwais, tolong Ummi boleh” tubuh Mak cik Amnah muncul di depan pintu.

“Tolong apa mi?”Uwais Al-Qarni segera berpaling.

“Angkatkan kain, dah nak hujan dah ni”Uwais angguk, menuruni anak tangga laju.

“Manalah adik kamu ni..”Mak cik Amnah memanjangkan leher, dahinya berkerut, risau kan satu-satunya anak perempuannya, Khaulah.

“Sekejap lagi baliklah tu Ummi..Ha, anak angkat Ummi tu bila sampainya?”Uwais melonggokkan baju diruang tamu, kebiasaannya,disitulah tempat Khaulah melipat baju-baju yang sudah kering.

“Entahla..katanya lepas Asar..”Ummi berlalu kedapur , menyiapkan makanan.

“Ummi, dah ada anak angkat jepun jangan lupa Uwais dengan ila pulak”Uwais mengusik.Mak Cik Amnah menggeleng kecil, itulah yang disebut-sebut Khaulah sejak semalam.manalah nak dicampak dua buah hatinya ini, diganti selaut permata pun takkan sama.

Uwais kembali ke Beranda, melihat kalau-kalau Khaulah sudah pulang,sangkaannya tepat , Khaulah sedang meletakkan basikalnya dibawah rumah.

“Abang, tengok ni!”Khaulah berlari laju memanjat anak tangga.menghulurkan kertas di tangan kanannya kepada Uwais.

Kening Uwais Al-Qarni hampir tercantum.

“ohaio gozaimasu…”Uwais menyebut perlahan.
“Apa ni?”

“Ni namanya..bahasa jepun.apalah abang ni,lambat betul, semangat ila naik tau tak.” Uwais tergelak kecil,macam-macam..

“Dah pergi tukar baju, tolong Ummi masak..”Uwais berlalu keberanda semula,mengambil komputer ribanya dan masuk kedalam, bersiap ke masjid untuk solat Asar, sempat digosok kepala Khaulah, gadis berumur 17 tahun yang lengkap berjubah dan bertudung labuh hijau pucuk pisang berdengus kecil.



“Ummi nak ke Masjid sekali?”Uwais Al-Qarni yang sudah lengkap berjubah dan berkopiah putih berdiri di pintu dapur.

“Ye..ye ..sekejap,Ila..hidangkan lauk-lauk ni ye.!”Jerit Mak cik Amnah, Ila berlari-lari kecil dari arah biliknya.

“Hujan lebat ni..takut lah Ila duduk sorang-sorang”

“Eh, eh..sejak bila jadi penakut ni..cakap la nak mengorat mamat-mamat jepun kat balai Raya nanti kan..”Uwais tak habis-habis mengusik.

“Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh wahai Abangku Uwais Al-Qarni.”selamba, Ila berlagak seolah-olah sedang berkhutbah,pecah tawa Uwais dan Mak cik Amnah.

"cek balik makna fitnah dalam bahasa arab dik oii.."sempat Uwais berpesan sebelum berlalu.

“Dah..dah , ila sediakan lauk, hidangkan yang mana patut.Ummi terus ke Balai raya nanti,katanya rombongan pelajar dari jepun tu dah dekat dah..”Ila memuncungkan bibir, sungguh,dia memang takut tinggal berseorangan waktu hujan lebat begini.

“Hafal la bahasa jepun tu ye..nanti boleh berborak panjang dengan orang jepun tu..” Uwais gelak tak henti-henti.

“iterashaii~”Khaulah melambai ala ratu Universe.

“Papela~”Uwais julingkan mata

“Ummi , pilih anak angkat lelaki tau!”Jerit ila, mahunya Uwais nak bagi.

“Diorang dah siap bagi-bagi dah, Ummi ambil yang mana dapat..”

Kereta kancil putih peninggalan Arwah Ayah meluncur laju, Muncung dibibir Khaulah tak surut-surut. Sabar je la..





Khaulah berlari kemuka pintu sebaik terdengar deruan enjin kereta, Uwais masuk mengg
alas beg besar berwarna hitam.

“Lelaki ke perempuan” Sempat Khaulah bertanya sambil menjenguk ke Muka pintu.

“Waa…cun la Abang..” Khaulah kenyit mata,Uwais mencebik.

“Domo~ konnichiwa~”Khaulah berbasa basi, wajah gadis jepun berkemeja putih dan berseluar jeans ditatap dari atas kebawah, tertarik dengan kecantikan wajah gadis berambut paras bahu dan bertubuh genit itu.

“Hai~Selamat petang, saya sakura Hikari ” Khaulah menekup mulut.cepat-cepat tangan dihulur untuk bersalaman.Uwais tahan gelak .

“Pandai cakap bahasa Melayu?”Akhirnya pertanyaan dimindanya terungkap dibibir.

“Pandai..sudah tiga tahun belajar..”Agak takut-takut,Hikari menyambut huluran salam, Ummi membawa Hikari ke bilik.tawa Uwais dan Khaulah berderai, punyalah semangat Khaulah berlatih cakap bahasa jepun,akhirnya..jadi macam ni..

“Ohaio gozaimasu~” Uwais tarik sedikit tudung Khaulah dan berlalu ke dapur..lapar~

“Abang jahat!”


“Banyak program disediakan sepanjang dikampung ini Hikari”semua orang dah tukar cakap jadi bahasa baku, termasuklah Ummi..

“Banyak..tak sabar rasanya, nanti ke sekolah Khaulah pula”walaupun agak pelat,tapi,oklah~khaulah sempat menemuramah Hikari sedikit sebanyak dibilik tadi.

Uwais Al-Qarni diam seribu bahasa, selalunya dimeja makan lah medan paling galak sekali dia mengusik Khaulah.

“Abang Uwais belajar dimana?”Hampir tersedak Uwais,cepat-cepat disambar air.

“Mesir”sepatah.

“Jadi , Pulang bercuti?” Uwais sekadar mengangguk,geram Khaulah jadinya, ditendangnya perlahan kaki Uwais dibawah meja.

“Hikari, disana belajar jurusan apa?” sungguh skema, Uwais tahan senyum, Khaulah cuba menarik perhatian Hikari dari ‘kedinginan’ Uwais.

“Saya Ambil jurusan perubatan, datang kemalaysia untuk mengenali lebih dekat Malaysia,kerana itu saya menyertai program pertukaran pelajar ini, kawan-kawan saya sudah ramai yang datang ke Malaysia, mereka kata, bagus”Hikari menggerak-gerakkan ibu jarinya.

“Owh..samalah dengan Abang” Hikari terangguk-angguk. Lelaki ‘gila’ ni bakal doktor rupanya.Entahlah~ dia mula berpandangan negatif pada Uwais.

“Disini banyak lembu..”Hikari senyum, teringat kereta yang dipandu Uwais hampir melanggar sekawan lembu sebentar tadi, berderau darahnya sebentar.

“Banyak,biasalah..sini kampung..”giliran Ummi melayan Hikari, dicedokkan Kuah asam pedas ikan pari ke pinggan Hikari, terpaksa diberinya Hilari sudu dan Garfu sebaik melihat kekoknya mizuki makan menggunakan tangan.

“Nanti Khaulah bawakan saya berjalan-jalan ya.”Khaulah Angguk.

“Esok,kalau tak hujan kita jalan-jalan okey?”makin wujud keserasian antara keduanya.



“Suara apa itu Khaulah?” Khaulah menutup semua tingkap sebaik Azan magrib berkumandang, Uwais Al-Qarni dan Mak cik Amnah sudah berangkat ke masjid dari tadi, hari ini , seperti biasa, giliran Uwais menjadi Imam sekaligus memberikan tazkirah selepas magrib. Selalunya, Khaulah akan turut mengekor Ibu dan Abangnya, tapi untuk hari ini, dia diarah menemani Hikari di rumah sahaja.

“Itu Azan, Azan berkumandang untuk menandakan masuknya waktu solat bagi orang islam.”Hikari terangguk-angguk, entahlah, dia malas bertanya dengan lebih lanjut, baginya , agama adalah kepercayaan dan hak individu. Dibiarkan sahaja Khaulah menyarung kelubung putih dan terduduk terbangun di atas sehelai permaidani kecil. Dia mengalihkan semula pandangannya ke Album Gambar yang diberi Khaulah. Sesekali bibir merah delimanya merekah melihat telatah Uwais dan Khaulah didalam gambar.

Hikari senyap, Suara sayup-sayup dari kejauhan itu meresap ke jiwanya, entah apa jenis alunan , biar berbeza dari tadi, suara itu seolah-olah menenangkan dirinya. Dahinya berkerut mengamati, dia menuju ke ruang tamu, meninggalkan Khaulah yang masih belum selesai dan masih senyap duduk diatas permaidani kecil itu. Hikari membuka pintu dan duduk di atas kerusi malas di beranda, Angin membelai rambutnya, matanya dipejam menghayati Alunan itu.

“Hikari..”Suara Khaulah memecah kesunyian, Khaulah masih menutupi Rambutnya dengan sehelai kain yang dilipat dan dijahit tengahnya seperti siang tadi, dia teringat sewaktu melihat sebuah rencana mengenai wanita di Afganistan,
, semua wanitanya berselubuh lebih dahsyat dari Khaulah.Rimas dia melihatnya, lagi-lagi dibawah panas terik .

“Kenapa?”Hikari geleng, pertanyaan Khaulah diterbang angin lalu~

“Kamu lapar?” geleng lagi.dia senyum

“Saya masuk dulu, kamu tak apa-apa kan kan duduk disini?” Kali ini Hikari mengangguk pantas.saat berseorangan begini dan dengan suasana tenang begini, dia mula teringatkan ibunya yang telah pergi meninggalkan dirinya akibat penyakit Barah hati, Mutiara jernih itu menitis laju, pantas Hikari menyeka, bimbang Khaulah keluar secara tiba-tiba, hanya tinggal ayahnya sahaja yang menjadi pengubat duka lara, itu sudah memadai, mujurlah mereka dari keluarga senang, Ayahnya pula bijak menghiburkan hatinya.
Kehilangan Ibu sebenarnya menjadikan dia seorang gadis yang kuat menempuh ranjau kehidupan.Suara tadi semakin menghilang~


“itadakimasuu~”Roti canai disua kemulut, roti canai menjadi juadah sarapan mereka pagi ini.Hikari yang makan dahulu, terlalu gembira ingin mencuba makanan yang diceritakan oleh kawan-kawannya yang pernah datang ke Malaysia.

“Makan Hikari, Ummi beli banyak ni..” Mak cik Amnah menambah sekeping lagi roti canai ke pinggan Hikari.

“Wah…Roti canai mi..”Khaulah baru selesai menyidai baju.

“Ha, panggil abang kamu.”

“Abang Dhuha mi..lepas ni turun la tu..”tak sampai seminit, uwais muncul .

“Ha..kan dah cakap.”

“Apa..”Uwais duduk.mengambil sekeping roti canai dan diletak ke pinggannya.

“Hikari , program hari ni sampai jam berapa?”

“Sampai jam empat Ummi~” Ummi senyum, Hikari sudah boleh menggelarkannya
‘Ummi’.

“Bolehlah Khaulah bawa Hikari jalan- jalan petang ni..”pinta Hikari.

“Boleh..”


“Khaulah, Abang kamu dingin kan..”Hikari memeluk tubuh, berjalan sepanjang pantai ditiup bayu , sejuknya menikam ke tulang hitam.Khaulah tergelak kecil.

“Ha’ah..tapi dulu tak macam tu..”Khaulah memandang matahari yang makin condong ke barat, matanya mengecil.

“Maksud Khaulah?” Khaulah berpaling semula kearah Hikari.

“Hanya selepas Abah pergi..”

“Maksud kamu, bapa?”Khaulah angguk.

“Abang terlalu rapat dengan Abah, lepas Abah pergi, Abang seolah-olah hilang separuh tubuhnya, bagi abang, Abah adalah jiwanya,semangatnya, baru-baru ni saja baru Abang mula ceria semula, tu pun hanya dengan saya dan Ummi”

“Tu Abang” Khaulah menghalakan jari telunjuknya kearah Uwais yang sedang berdiri memerhati laut yang terbentang luas.

“Abang!” Khaulah berlari mendapatkan Uwais, Hikari tertinggal dibelakang, sekadar memerhatikan kemesraan dua beradik itu.

“Nak nyanyi lagu negaraku ke apa”Uwais senyum, sibuk je budak ni..

“Tak..nak nyanyi lagu cindai, nak ikut zapin?” Khaulah ketawa, tak habis-habis.

“sekeh karang..”Khaulah mencebik.

“Ila nak cari siput..”

“17 tahun duduk sini tak puas-puas cari siput?carilah kucing ke, ayam ke pulak..”

“Sibuk je” Khaulah terbongkok-bongkok mencari siput.

“cepat sikit balik, dah nak senja, budak perempuan keluar senja-senja tak elok..”

“Ok bos!”Uwais turut membantu Khaulah, itulah permainan mereka waktu kecil.


“Kamu terlalu teliti dalam menjaga Khaulah Uwais, kebebasannya seakan disekat”

Entah kenapa lancar sahaja mulutnya mengeluarkan pertanyaan itu. Hanya selepas memerhatikan beberapa situasi, Uwais menegur Khaulah yang memakai seluar untuk menyidai kain, disuruh Khaulah masuk menyarung kain, lagi sewaktu makan , Khaulah terlupa dan keluar dari bilik tanpa penutup kepala, Uwais pantas menyuruh Khaulah masuk semula dan menyarung penutup kepalanya, Hikari makin ingin tahu tentang diri mereka, kepercayaan mereka, fahaman mereka,lagi-lagi selepas Uwais menyuruh Khaulah segera pulang hanya kerana waktu senja, apa masalahnya dengan waktu senja, di jepun, senja tidak membawa apa-apa erti, melainkan kesibukan mereka pulang dari kerja.

Uwais berpaling, tak disedari, bila pula Hikari dibelakangnya dengan berselimut sehelai kain seperti selendang tebal berwarna putih.

“Dia satu-satunya adikku..” Uwais merengus kecil,Matanya dialih melihat matahari semakin terbenam diufuk barat, matanya dikalih ke jam di tangan kanannya, 6.20~

“Bukan itu maksud aku, terus terang saja, ceritakan aku tentang pantang larang disini..” Hikari kurang senang dengan cara Uwais menjawab soalan itu.

“Ini bukan adab, ini perintah agama kami,cara hidup kami.”

“jadi, Agama kamu melarang wanitanya mencari bahagia mereka, mencari erti bebas.”

“Itu pendapat kamu.. Akhir – akhir ini Dunia baru sedar, wujudnya dua golongan wanita.kamu perlu tahu itu” Dahi Hikari berkerut.

“Golongan pertama , golongan bebas atau mencari kebebasan seperti yang kamu minta, golongan yang sentiasa muncul di kaca-kaca televisyen dengan pelbagai fesyen terkini, alat solek , berpeleseran, ke pawagam, kononnya mencari erti sebenar kebahagian dalam hidup” Uwais masih berlagak selamba seperti tadi, Cuma sekali-sekali dia berpaling.

“Dan satu lagi, golongan Muslimah, golongan yang sentiasa mencari redha Tuhannya, iaitu Allah.”

“Jadi kamu mengajak aku berdiskusi tentang agama, tentang anutan”

“Ya~boleh saja”Hikari makin geram dengan jawapan selamba Uwais Al-Qarni.

“Mencari redha Tuhan? Jadi mengapa wanita dalam agama kamu seolah-olah ditindas, dikurung, menderita..”

“Jadi kamu melihat seperti Khaulah menderita.?”Hikari kaget, tentang agama?entah sejak bila dia mengambil berat tentang agama dia tidak tahu, tapi Nalurinya menyatakan Alam ini punya pencipta, jadi dia bukan dari golongan Free Thinker, bahkan, dia mahu berkahwin di gereja.Khaulah?Dia nampak bahagia dalam diri Khaulah, jadi apakah dia harus menyatakan itu pada Uwais Al-Qarni, Ah~lelaki ini menjeratku.

“Kamu mahu Khaulah menjadi seperti Paderi Wanita ?mengabdikan diri kepada Tuhan dan tidak berkahwin”

“Kamu terkeliru, dua jasad ini berbeza, sangat berbeza, Bagi Nun, hidup ini hanya tertumpu pada ‘tunang rohaniah’nya atau spiritual bridegroom , Jesus dan hal ehwal keduniaan dianggap
perangkap syaitan, manakala bagi Muslimah , disamping beribadah, mereka digalak mencari dan menikmati kenikmatan yang hakiki, mereka berhak mendapat kasih sayang dari suami yang Taat pada Tuhannya, kenikmatan menjadi seorang ibu, memakai baju yang cantik dan berhias diri, tetapi masih dibawah garis Syariat.Jadi pendapat kamu untuk menganggap Khaulah adalah seperti Nun adalah salah, dia juga akan berkahwin satu hari nanti.” Terang Uwais panjang lebar, entah kenapa Hikari semakin tertarik mendengarnya, walaupun semakin pening.

“Perjuangan dan lantangan suara dari wanita bebas ini adalah sekadar perjuangan ediologi mereka untuk merealisasikannya tidak kira ia benar atau salah, bagi Wanita Islam pula, kesukaran yang mereka hadapi menambahkan keyakinan aqidah mereka, bahkan sebenarnya , kebebasan yang wanita-wanita itu laungkan adalah hanya sekadar kepalsuan, kamu lihat sendiri, mereka tidak tenang jika ada yang lebih cantik, sentiasa mengkritik sesuatu yang tidak menyenangkan mereka, hati mereka penuh dengan dengki, jadi itu kebebasan yang kamu mahukan?”Uwais berbicara selagi ada yang terlintas di benaknya, dia menelan air liur sesaat.Hikari diam, haha..diam itu kan tanda setuju.

“Kamu tidak lihat ketenangan yang muncul dalam wajah mereka yang bergelar wanita islam yang mentaati Tuhannya?..kamu harus akuinya Hikari…”buat pertama kalinya Uwais menyebut nama Hikari.ya, Hikari setuju yang ini, dia tenang melihat wajah Ummi dan Khaulah, tidak setenang melihat wajah wanita-wanita di negarannya, tapi tak bermakna setujunya itu harus menerjah keluar dari bibir merahnya, Rambutnya yang sedang dimain angin dikuak kebelakang, Khaulah masih ralit mencari siput, Ah~ Khaulah..kau bijak mendiamkan diri.


“Nak magrib dah ni..jom balik”Khaulah tiba-tiba bangun dan menuju kearah keduanya.

“Aku balik dulu”Hikari berlalu pantas.entah kenapa, dia sendiri tidak tahu, tapi yang pasti, pipinya mula merona merah.Mata Khaulah dan Uwais hanya mengekor langkah Hikari.

“Tak kasar sangat ke bunyinya~”

“Bijak merebut peluang menyampaikan Dakwah”keduanya masih tidak lepas memandang Hikari.

“By the way..bahasanya bagus sekali” Khaulah rosakkan mood serius.

“hem hem..Dia satu-satunya adikku”Khaulah menggaraukan suaranya, mengajuk Uwais.

“Diam ah~” Uwais mula melangkah laju, dia perlu bersiap ke masjid.Khaulah masih ketawa memegang perut dibelakang.Uwais senyum.



“Hikari dah nak tidur?” Khaulah masuk setelah mengetuk pintu bilik tetamu beberapa kali, Hikari duduk bersila diatas katil memegang sebuah buku.

“Tidak, saya tidak mengantuk..mungkin kerana terlalu penat bersukan dibalai raya siang tadi”Hikari senyum menjawab.

“Orang penat la tidur awal..”Khaulah ketawa kecil.dia mengambil tempat dihadapan Hikari, turut menilik buku yang dibaca Hikari.

“Kamu baca buku apa?” Hikari menunjuk muka depan buku yang dipegangnya

“Siti Khadijah, saya ambilnya disitu.”Hikari memuncungkan bibirnya kearah rak yang berada disebelah kepala katil.Khaulah senyum.

“Saya nak minta maaf bagi pihak abang Uwais, saya tahu kamu kurang senang”Hikari pantas menggeleng, sebuah lagi senyuman dihadiahkan pada Khaulah.

“Itu pandangannya, saya suka mendengar dia berbicara panjang begitu , dari berdiam diri, walau intonasi suaranya agak kurang menyenangkan..” Khaulah lega.Mak cik Amnah yang menyuruhnya meminta maaf bagi pihak Uwais.

“Oh ya, boleh perincikan tentang Khadijah sebentar?” Khaulah memegang tangan Khaulah.

“Oh~Dia Isteri ..”Khaulah memikirkan tentang perkataan yang paling sesuai untuk digunakan.

“Muhammad?, Utusan tuhan untuk menyampaikan risalah buat Umat? Aku sudah membacanya sedikit tadi.”Khaulah angguk beberapa kali.

“Khaulah~..”mak cik Amnah memanggil Khaulah dari dapur.

“Ye mi..”sambut Khaulah, dipandang Hikari, Hikari mengangguk.

“Pergilah, aku akan sambung bacaanku.”Hikari senyum lagi, Ah~gadis ini murah dengan senyuman manisnya.Khaulah sempat memegang tangan Hikari erat, dan melepaskan pelahan, menuju kearah dapur, ralat juga hatinya tidak sempat berbincang panjang tentang ‘Siti Khadijah’, teringat kata Abangnya.”bijak merebut peluang menyampaikan dakwah” , tapi permintaan Ummi supaya membantunya mengemas dapur harus diutamakan.


“Abang…” Khaulah mengetuk pintu bilik Uwais.

“Masuk lah” jawab Uwais dari dalam.Uwais masih berdiri mengadap tingkap yang terbuka luas sambil menela’ah kitabnya. Seperti selalunya.

“Ummi panggil”

“Kenapa?”

“Pasal abang tadilah, Ummi cakap Hikari balik dengan mata merah”

“Ye ke”

“padan muka, nak kena marahlah tu..”

“Ummi sayang abang, dia takkan marahnye..”

“perasan, cepatlah”Khaulah berlalu keluar dari bilik.



sambung~
Read More

Thursday, December 11, 2008

Mosyi-Mosyi~

Ohaio..

Dua tag yang sama dapat dari Akak ngan joan.dah agak lama simpan buat perkasam,saya agak boring malam ni,macam semalam,cerpen bertajuk 'Menanti Hanan' tak siap lagi dan tak tau bilala~ boleh siap, saya tengah download video sebenarnya, tapi diatas kelembapan internet yang ala-ala hidup sengan tak mau mati-mati, maka mood saya nak mendownload yang termati dulu, tak nak terus kebumikan mood, saya jawab tag yang menarik ni..layan je ..

1.Do you think you're hot??


Tak..saya sejuk..hehe~

2.Upload your favourite picture of you

perlu ke?hehe..ok..ok..


3.Why do you like that pictures?

gambar masa skolah dedolu~nampak tersangatlah berkaliber diriku berbaju diraja..huhu..

4.When is your last time you ate pizza??


tak suke pizza,jadinya,tak makan..tak ngap , tak telan dan sebagainya.


5.The last song you listened to

i'tiraf,raihan

6.What are you doing right now beside this??

tekan-tekan mouse ..

7.What Name would you prefer beside yours??

Nur Hanan Khadijah~

8.People i tag.

ni part paling best,pekate test tag orang yang peratus untuk kemungkinan dia jawab tag ni adalah 0.01/0.00 peratus,ala...cube je..

1.Ustaz Nik Abduh
2.Tok Guru Haji Hadi
3.Ustaz Hasrizal
4.Dr.Hasan Ali
5.Obama

hehe~ni bukan gurauan,tapi percubaan..disamping mempromote blog tokoh-tokoh yang saya hormati.

(jgn bebetul dorang masuk blog ni dah..kena tak pasal-pasal..)

9.Who is number 1??

ustaz hensem Skolah dedulu,Anak Tok Guru Nik Aziz.

10.Number 3 is having relationship with??

Ummu Saif, Isteri beliau.

11.Say Something about no 5??

hayyak~presiden baru AS kan..

12.How about number 4??

Ermm..Doktor la..doktor..tak tau ke~

13.Who is number 2??

Bekas menteri besar terengganu..

Tata~
Read More

Tuesday, December 9, 2008

sebuah kisah di tengah malam~


salam selebut bayu yang menghembus malam ini..sejuk,tapi saya pasang kipas 3, makna sejuk makin bertambah,takpe..saya suka~

dah lama jugak tak mengepos satu post yang betul-betul pasal life,life yang betul-betul life,mungkin hari ni!saya meringankan minda yang berat ni dengan satu post yang ringan,tak berat macam tiga post sebelum ni.

pernah dengar pasal orang cakap,"oh ni la besday paling best dalam hidup" atau.."ni memang hari paling boring dalam hidup aku", penah?"okey,kalau saya berpeluang untuk cakap ayat tu,saya dengan senang hatinya nak cakap"hohoho~nilah raya haji paling memberatkan kepala dalam hidup" tapi,tauda..tak elok cakap camtuh,takpe..abaikan ayat tadi.tapi,ada ke manusia yang nangis tersedu-sedu dipagi Aidiladha yang mulia sebab kena nyakat oleh dua orang abang yang..,huhu~kalau boleh baling kasut pastu lari jauh-jauh saya dah amik kasut makandak yang tinggi dua tiga inci tu baling,debuk!,tepat kat kepala,pastu melantun kat kepala sorang lagi.tapi..,saya budak comel yang baik hati(erk!)

disebabkan itu,kita takyah masuk bab 'raya haji'!sekian terima kasih

saya sedang dalam mood malas nak menghapdate blog,sebab tu la,post ayat-ayat yang boring ni..takpe,nak baca,bacalah,tapi tahniah untuk anda yang dah baca sampai tahap nih..maybee untuk cuti seminggu ni,saya akan post cerpen,tapi kalau rajin lah..sakarang saya malas,kan dah cakap tadi.

sebenarnya matlamat utama buat belog ni sebenarnya nak post cerpen-cerpen yang saya tulis,tapi,benda tu dah makin kelaut,saya sedar jugak benda tu,tapi ntahla,malas je nak kuarkan koleksi cerpen letak kat sini..(takut kena kutuk sebenanyee)nak dengar lagi saya membebel,teruskan.sebab saya nak tulis semua yang ada kat kepala saya,kemungkinan besar,golongan yang 'rajin' tu akan pening sebab berlaku keserabutan gaya penulisan...sikit je,tak banyak..

saya makin beku,tutup kipas sat...

Dua tiga hari lepas,negara dikejutkan oleh beberapa bencana seperti tanah runtuh dan banjir,moga saudara-saudara yang ditimpa ujian itu bersabar dan bersabar.moga ada sinar untukmu~"disebalik kesusahan ada kesenangan"..Allah dah habaq' mai..yang tak ditimpa musibah ni,takyah nak bersenang lenang,ambillah semua tu sebagai peringatan..

"Bersungguh-sungguhlah saya setiap perkara",saya nak taip ayat tadi,sebab saya teringat seorang lelaki yang berjalan dari india ke mekah nak tunaikan haJi dari tahun 1998 ,taun 2007 baru sampai yang saya tengok dalam tv siang tadi,"Subhanallah.."saya potong cakap adik lelaki saya yang awal-awak dah cakap"fuh..giler.."sekeh budak tu karang baru tau.

Saya dah 'agak lama' tak joint forum iluvislam,buka tu buka,tapi nak masuk satu forum dah tak tau nak cakap apa sebab dah agak lama tinggal dek kesibukan duniawi,sejak kelas mula,nak menapak ke cc agak berat pulak kasut ni.ramai sahabat yang saya kenal kat forum tuh,so..tidak dapat tidak,saya takkan lupakan 'iluvislam..'

oh~saya nak senyum..sebab teringat harian metro yang saya baca tadi , pasal mat rempit yang dah ada persatuan,saya tak menimbang pro dan kontranye,saya hanya tengok dan gelak guling-guling dengan kakak saya kat part sorang minah rempit pakai baju nampak pusat tengah sokong mat rempit main tarik tali dalam satu program yang diorang buat.ok..ok..sorry...saya tak patut gelak.moga Allah bukak pintu hati diorang nanti..okaido~

saya nak minum nescafe,sat nak pi amik..

ok saya dah depan pc balik!mak dah marah sebab saya tak minum air masak langsung sejak balik ni,hehe~mak takut saya kena sakit buah pinggang cam mak long.yeyey,mak sayang saye.tapi kalau kat kolej saya wajibkan diri minum air masak sekurang2nya,dua botol air mineral sehari.tapi kat umah malas.sblom tido saya minum air masak,mak cakap nanti kahwin dengan doktor,kalau sakit senang..hahaha~ada ke doktor yang nak kawin dengan orang sakit mak?

saya jenjalan kat utube,dan terjumpa ini,tapi sebelum tu,untuk mat-mat rempit yang tersesat masuk sini,untuk jejaka-jejaka yang tengah susun ayat untuk mengayat awek dan termasuk sini,untuk yang tengah teringat-ringat wajah ayu buah hati,fikirlah seribu kali untuk berfikir tentang itu,lepas tengok video ni,..



moga ada secebis rasa malu.okaido~

oklah,saya dah mengantuk,semua orang dah tido.terima kasih kerana membaca sehingga setakat ini.tata~









Read More

Tuesday, December 2, 2008

Istidraj,Menjarum Halus!

Alhamdulillah, Diri ini diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama dalam satu majlis yang semestinya dinaungi sayap-sayap para Malaikat yang setia menaungi taman –taman syurga didunia iaitu majlis-majlis ilmu.Moga setiap mutiara yang dititip sepanjang ditaman ilmu itu berkesan terus kehati dan sekaligus dapat ku amalkan saban hari dalam setiap usaha diri yang serba hina ini menjadi hamba yang sentiasa ingin terus dekat pada sang Khaliqnya,Duhai Allah, tunjuki hamba lorong-lorong cinta kasihMU.

Salam Jihad buat semua sahabat para perindu Syurga.moga jalan yang kita susuri hingga detik ini jalan yang sentiasa lurus kearahNYA.

Istidraj,rupa-rupanya, tanpa disedari menjarum halus dalam diri kita lebih-lebih lagi yang bergelar seorang pelajar.Tanpa bicara lebih panjang, saya kemukakan dua situasi.

Situasi 1

“Ah~ minggu depan exam, baca buku sekejap..pasni baru solat” luah Emran, keadaan yang semakin mendesak memaksanya meninggalkan amalan ibadah sunnah yang sering dilakukan dulu, lebih parah, ada solatnya fardhu yang ‘dikadha’, akibat terlalu taksub untuk meraih pointer yang tinggi.hingga satu saat, dia merasa satu ‘kenikmatan’ atas dosa yang dilakukan, lebih-lebih lagi apabila dia mula merasakan usaha-usahanya berbaloi setelah mendapat keputusan yang diidam-idamkan.

Situasi 2

“Ermm..syukur Alhamdulillah, berkat usaha saya selama ini, saya berjaya meraih anugerah penyanyi terbaik , anugerah Tuhan melalui suara saya ini saya akan gunakan sebaiknya , terima kasih kepada semua peminat kerana mengundi saya” Riang, Misya matsyah , Artis yang semakin popular berucap selepas memenangi anugerah di majlis gemilang Berita Mingguan baru-baru ini.



Ia nikmat Allah yang tak diredhai

Cukup dua situasi, sekarang saya sertakan secara lebih detail, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istidraj,

Pemberian nikmat Allah kepada Hambanya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.inilah yang dinamakan dengan Istidraj.

Dua situasi diatas buat penjelasan diatas tajuk ini, secara terangnya dapat kita ketahui , dua manusia , emran dan Misya Matsyah yang mula merasakan kenikmatan dan kelazatan dalam maksiat yang dilakukan. Malah mula merasakan ‘Tidak apa-apa’ jika ada ibadah wajib yang ditinggalkan .lebih parah, menggunakan Nikmat yang dikurnia Allah untuk melalaikan manusia,jelas?

Istidraj menjarum halus tanpa kita sedari, mungkin kerana isu ini tidak selalu dihebahkan atau tidak selalu dijadikan ‘tajuk Ceramah’ , jadinya, penerimaan dan tahap pengetahuan nya juga berkurangan,kerana itulah saya gemar menyebut ia ’menjarum halus’.

Subhanallah,maha suci Allah!

Rasulullah pernah bersabda,menunjukkan pada kita bahawa Istidraj merupakan satu perkara yang ‘memang perlu’ diambil perhatian serius.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Saya tidak pergi jauh dengan mengimbas kembali peristiwa Qarun yang tenggelam bersama-sama harta yang diagung-agungkan,juga pada kisah Firaun yang sanggup mengaku dirinya sebagai Tuhan, saya hanya mengecilkan skop perbincangan bagi topik ini, masih dalam situasi seharian kita hari ini.Moga Allah menjauhkan kita dari kemurkaanNYA.

Menyelusuri kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu, jiwa kadang-kadang tidak dapat lari dari situasi ,belajar untuk bekerja dan hidup senang lenang , apa pula kaitan istidraj dalam hal ini?

Imam Al-Ghazali menerangkan kepada kita jenis-jenis penuntut ilmu.

1- Belajar kerana Allah
2- Belajar kerana kehidupan dunia semata-mata
3- Belajar untuk dikatakan sebagai seorang Ulama’

Mulianya hamba Allah yang sentiasa mencari redha Allah , bahkan mendalami ilmu juga untuk Allah. Belajar untuk kehidupan dunia semata-mata,ini juga dikatakan istidraj, malah kata Imam Al-ghazali, manusia yang berada ditahap ketiga adalah manusia yang paling celaka, Nau’zubillahiminzalik.Jelas disini, segala apa jua pekerjaan kita sehari-hari hendaklah kembali kepada Allah.dan kepada Allah.

Cukuplah sekadar dibawah pengetahuan diri yang serba kekurangan ini, yang silap harap diperbetulkan, segalanya diatas khilaf diri yang sememangnya tidak sempurna, semoga mendapat manfaat bersama.








Muhasabah cinta

Penyanyi nasyid Indonesia(tak tahu nama=)

Wahai Pemilik Nyawaku~
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMU
Kupasrahkan semua padaMU
Tuhan
Aku berserah
Indah..Nikmat sihat itu.
Tak pandai aku bersyukur
Kini aku harapkan cintaMU~

Kata –kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku..
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Bukti-bukti cinta air mataku
Teringat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah ku selama ini YA ILLAHI~
Muhasabah cintaku…

Tuhan..
Kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa…
Jikaku harus mati
Pertemukan aku dengan MU..


*Hasil catatan dari –Program meniti cahaya-Istidraj, kesannya dalam kehidupan.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa ,Selangor.
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena