Gantung?
bukan nak cerita tentang orang mati gantung diri,
dan tak berkaitan dengan Lirik lagu Melly goeslow-gantung,
Mahupun isteri yang digantung tak bertali oleh suami,
pendek kata, tiada kaitan untuk yang hidup mahupun yang dah mati.
(tapi ada kaitan jugak....)
sebab 'benda' ni bukan hidup pun.
ya,Anda Bijak, 100 markah untuk anda,iye..andalah~jangan menoleh kebelakang,sebab saya sedang berbicara dengan anda.
HARAKAH dan SUARA KEADILAN DIGANTUNG PERMIT TIGA BULAN?
Jom kita lihat apa kata mereka.
Kerajaan Khususnya KDN seharusnya merayakan Demokrasi dengan bijaksana dan budiman, bukan menutup ruang demokrasi. Tetapi apa yang berlaku ini memberi gambaran bahawa kerajaan gagal mentafsir maksud dan kandungan demokrasi secara bijaksana.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Melaya
Seluruh Media arus perdana dikawal oleh mereka, malangnya ia tidak cukup untuk memuaskan hati pihak Umno-Bn dalam usaha mengembalikansemula keyakinan rakyat terhadap mereka.
Mantan menteri dijabatan perdana menteri
Tindakan KDN ini jelas bermotifkan politik, kerana tidak ada bukti menunjukkan HARAKAH melakukan fitnah, Jika benar ada fitnah atau salah laporsudah tentu tindakan undang-undang sudah diambil, namun hingga kini Pihak KDN gagal membuktikannya.
Setiausaha Agung PAS pusat
Bila HARAKAH dan SUARA KEADILAN disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil
Sasterawan Negara
Jika HARAKAH ada laporkan berita yang salah, tidak tepat, fitnah. mengadu domba, pihak atau individu yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman HARAKAH.
Ketua Penerangan PAS pusat
Menjelang pemilihan agung Umno dan pilihanraya kecil di tiga tempat tindakan jakun seperti ini diambil oleh KDN dan ini terbukti telah membunuh kebebasan media di negara ini.
Ketua Pemuda PAS
Bagi saya ..itu tanda mereka makin panik, jadi sebagai seorang yang TAHU, dan berusaha untuk lebih MENGETAHUI, anda juga harus sependapat dengan saya, kebenaran sudah tertebar, agak pelik jika anda masih menerima mereka.
Pemilik http://nessasyahirah.blogspot.com
bagi anda???
-Allah bagi aqal, fikirlah...







