Beriringan ke Syurga~

Saturday, March 28, 2009

Gantung?

Hukuman GantuNg Pictures, Images and Photos
Gambar hiasan semata-mata

Gantung?

bukan nak cerita tentang orang mati gantung diri,
dan tak berkaitan dengan Lirik lagu Melly goeslow-gantung,
Mahupun isteri yang digantung tak bertali oleh suami,
pendek kata, tiada kaitan untuk yang hidup mahupun yang dah mati.
(tapi ada kaitan jugak....)
sebab 'benda' ni bukan hidup pun.

ya,Anda Bijak, 100 markah untuk anda,iye..andalah~jangan menoleh kebelakang,sebab saya sedang berbicara dengan anda.

HARAKAH dan SUARA KEADILAN DIGANTUNG PERMIT TIGA BULAN?

Jom kita lihat apa kata mereka.

Kerajaan Khususnya KDN seharusnya merayakan Demokrasi dengan bijaksana dan budiman, bukan menutup ruang demokrasi. Tetapi apa yang berlaku ini memberi gambaran bahawa kerajaan gagal mentafsir maksud dan kandungan demokrasi secara bijaksana
.

-Dr Abu Hassan Hasbullah
Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Melaya


Seluruh Media arus perdana dikawal oleh mereka, malangnya ia tidak cukup untuk memuaskan hati pihak Umno-Bn dalam usaha mengembalikansemula keyakinan rakyat terhadap mereka.


-Dato' Zaid Ibrahim
Mantan menteri dijabatan perdana menteri

Tindakan KDN ini jelas bermotifkan politik, kerana tidak ada bukti menunjukkan HARAKAH melakukan fitnah, Jika benar ada fitnah atau salah laporsudah tentu tindakan undang-undang sudah diambil, namun hingga kini Pihak KDN gagal membuktikannya.


-Dato' Kamarudin Jaffar
Setiausaha Agung PAS pusat

Bila HARAKAH dan SUARA KEADILAN disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil


-Dato' A Samad Said
Sasterawan Negara

Jika HARAKAH ada laporkan berita yang salah, tidak tepat, fitnah. mengadu domba, pihak atau individu yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman HARAKAH.


-Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS pusat

Menjelang pemilihan agung Umno dan pilihanraya kecil di tiga tempat tindakan jakun seperti ini diambil oleh KDN dan ini terbukti telah membunuh kebebasan media di negara ini.


-Salahudin Ayub
Ketua Pemuda PAS

Bagi saya ..itu tanda mereka makin panik, jadi sebagai seorang yang TAHU, dan berusaha untuk lebih MENGETAHUI, anda juga harus sependapat dengan saya, kebenaran sudah tertebar, agak pelik jika anda masih menerima mereka.


-Nessa Syahirah
Pemilik http://nessasyahirah.blogspot.com

bagi anda???

-Allah bagi aqal, fikirlah...

brown butterfly Pictures, Images and Photos

Read More

Mereka tidak lagi menangis- (untuk wanita berani)

mujahidah Pictures, Images and Photos



-Allahyarham Usman Awang,1968

Hari ini sejarah telah bersuara
kebangkitan mereka
yang dulu tersenyum dengan bunga
yang dulu hanya berkata
sedu dari bening air mata

Dari bunga dan air mata
tudung kepala dan menghias diri
atas ajaran kemahuan lelaki
mereka sederap mencabar
hak yang tak pernah mereka miliki

Takdir tidak lagi diturunkan oleh lelaki
yang berapa abad lagi menguasai kehidupan
satu demi satu penindasan
kini sedang mereka kebumikan

betapa mereka diperdagangkan
Dari sistem lelaki kapitalisme
betapa mereka diperhamba
dari aturan lelaki feudalisme
betapa pula mereka sama dimuliakan
dalam persamaan hak sosialisme!

Wanita berani tidak lagi menangis
zaman kebangkitan setiakawan
dengan sayap taufan!


brown butterfly Pictures, Images and Photos

Read More

Saturday, March 21, 2009

Antara dua~

Antara video ini...



Dan video ini..




Antara dua situasi di tempat yang berbeza, wujud jiwa-jiwa yang sama bersatu menegakkan kebenaran di muka bumi. Nyata kebenaran itu pahit, namun manisnya kan kunjung tiba, saat derita yang mencengkam bertemu penghujungnya, senyum menebar membahagiakan seisi semesta. Duhai Allah, satukan dan teguhkan jiwa-jiwa ini dijalan-MU.

Salam perjuangan tidak bermusim buat semua sahabat, yang duduk beristirehat pastikan rehatmu tidak lama, banyak lagi kerja-kerja dalam perjuangan islam yang kita harus lakukan, ayuh, jangan terus memanjakan tubuh, penuhi masa dalam perjuangan, moga amal itu dinilai Allah. InsyaAllah.

Indahnya..jika yang musliminnya berjuang bermati-matian merebut syahid, Indahnya..jika yang muslimat jadi pembakar obor semangat jihad buat suami, lantas, sinar islam menyimbah lagi ke bumi.ya..saat itu pasti tiba~jadi, masih tidak mahu menjadi pendokong dan antara insan-insan terpilih yang berpenat lelah meneguhkan tiang islam itu?masih mahu menjadi pemerhati dari jauh?alangkah ruginya.

Semalam di Buletin TV3, seorang tentera israel mendedahkan betapa kekejaman yang mereka lakukan sebenarnya dalam kesedaran mereka, melihat sendiri bagaimana orang awam yang tidak bersenjata dibunuh dengan kejam.fitrah manusia itu dilahirkan dengan sifat kasih dan sayang, jadi manusia-manusia hina itu mahu merobekkan kesucian fitrah itu, dan kekejaman itu bermaharajalela.

isu boikot masih panas, jadi terus memanaskannya, kelakar juga melihat pelbagai iklan baru yang muncul dari produk-produk yang diboikot, nyata mereka makin panik.penurunan harga mendadak membuatkan saya tersenyum.teruskan perjuangan memboikot!

'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.' (Al-Isra:4-6)


Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada mulut diam..ada aqal fikir~

Ya Allah, satukan jiwa-jiwa ini untuk berjuang kerana-MU,Golongkan kami dalam golongan yang engkau redhai di akhir Zaman ini,Ameen..



Read More

Sunday, March 15, 2009

“Allah peduli” bukti hedonisme melampau.

konsert Pictures, Images and Photos



Istilah Hedonisme makin meniti disetiap bibir, melangkah-langkah dari artikel ke artikel,mencengah dari post ke post,realitinya, ia makin popular sebaris dengan kewujudannya, hidup untuk seronok-seronok, ada manusia memang itu tujuan hidup mereka, walaupun tak dizahirkan terus dengan ayat, “ya saya,hidup saya untuk seronok,berseronok, tiada tujuan lain”.berapa ramai manusia yang masanya diisi di pub-pub, club, ah,tak perlu pergi jauh, joget lambak yang menghiasi malam kenduri yang bersepah melata boleh jadi bukti ramai manusia yang hidupnya untuk seronok-seronok.sebagai penjelasan, hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.makin lama,manusia makin kebelakang semula, atau kembali ke zaman jahiliyah semula, buktinya jelas,manusia mula meninggalkan jauh ‘ ghayah’,iaitu tujuan terakhir yang sebenar bagi individu muslim- Penghambaan atau Beribadah kepada Pencipta iaitu Allah swt.



"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" . (Adz-Dzariyat: 56)



Antara hedonisme dan Ghayah,langit dan bumi itu satu perumpamaan yang paling tepat bagi saya.



Kebelakangan ini, Malaysia digemparkan dengan Isu-Allah peduli.Siapa lagi kalau bukan si Agnes Monica yang makin berani,siapa yang makin berani saya keliru, si agnes ataupun satu pihak yang dari hari , sedikit demi sedikit menyerapkan lagu-lagu yang mempunyai lirik bahaya,oh, terkejut sekejap dengan pengharaman,ingatkan masih boleh masuk..mungkin ini yang difikirkan pihak-pihak itu tadi. mengapa tiada suara berkumandang saat lagu,makhluk tuhan paling seksi menerjah halwa telinga pendengar di Malaysia, sampai sepupu saya yang baru berusia enam tujuh tahun pun hafal liriknya, mengapa video klip matahariku ,juga dari Agnes monica sepi tanpa bantahan.Katanya kerana lirik yang lain tidak mengelirukan, entah tidak mengelirukan bagaimana, saya pula yang makin keliru.entah-entah kita yang dikelirukan oleh pihak-pihak yang ingin mengelirukan.walaubagaimanapun, tahniah buat pihak yang bersuara untuk pengharaman lagu 'Allah peduli' –mais.



Umat islam khususnya di Malaysia makin Alpa, terjebak dengan budaya hedonisme melampau yang saya katanya tadi.semua orang tahu hal ini.sudahlah hedonisme itu dimaksudkan sebagai sesuatu yang sudah ke tahap maksimum,saya tambahkan pula dengan istilah ‘melampau’, maksudnya-super hedonisme.Mungkin ada pendapat yang menyatakan ‘Allah peduli’ itu tak membuktikan sebarang hedonisme melampau di Malaysia, (atau itu hanya pemikiran saya sahaja),namun, bila pula lagu-lagu yang masuk kemalaysia khususnya dari Indonesia itu tak diterima dengan meriah dimalaysia?lagu-lagu dari barat yang mempunyai lirik berunsur lucah juga disapu rakyat Malaysia dengan sesenangnya, jelas bukan?kita menerima sebarang hiburan tanpa had, hanya memikirkan keseronokan, jelas,keseronokan sebagai matlamat atau-super hedonisme.cuba jika Allah peduli itu masuk ke Malaysia tanpa halangan, mungkin akan timbul ayat begini..”Alaa..nyanyi saje-saje, bukan apa pun..”macam lagu Makhluk Tuhan paling seksi,entah-entah tidak lama lagi dinyanyikan oleh pelajar akademi fantasia di Konsert mingguannya sambil terkinja-kinja seperti kera.Syukurnya diharamkan.Justeru jelasnya, Orang indonesia mula melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang ‘Boleh menerima hiburan secara profesional’, tanpa ada secalit rasa hormat dengan sebuah negara islam(kononnya) dengan mencuba untuk menyerapkan lagu-lagu berunsur begitu.ianya umpama satu gerakan untuk menguji kekebalan malaysia.



Jadi,masih mahu duduk bersila panggung memeluk tubuh? ayuh generasi muda Malaysia, kita hapuskan budaya hedonisme yang makin mencekik sahabat-sahabat kita. Jom rempuh gig,konsert jom heboh, Akademi fantasia.sampai bila mahu biarkan mereka hanyut,ayuh bangun semua.Umat islam itu bersaudara bukan, sampai bila mahu lihat saudara kita hanyut mengikut jejak langkah sang kafir durjana,


"Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang dan neraka adalah tempat tinggal mereka" (Muhammad: 12)


Ayuh gerakkan langkah!mara kehadapan!



-saya tengah bengang bising orang dok joget lambak kat luar nuh!

Read More

Seekerz punya kerja!(selingan)

Tag!

berapa banyak sangat la yang saya jawab,bukan malas atau buat-buat sombong, tapi ..jiwa saya kosong..=(

HAHAHA! terkejut seekerz dengar,kelaut masuk bab jiwa-jiwa pulak.untuk tidak menghampakan jiwa cik joan/intan/seekerz/ yang tengah kosong tuh, meh -meh jawab TAG dari beliau!

1. tunjukkan gambar muka depan buku yg awak baca baru kejap td sblum ngadap pc (guna pc cam pun bleh)

The best Pictures, Images and Photos

2. citer ar skit pasal buku tu!

--->huhu~sebenarnya baru lepas baca Yaasin, cari-cari gambar Yaasin, tak jumpa, Last-last ambil je gambar tuh.

--->untuk menepati kehendak tag, itulah buku terakhir saya baca sebelum mengadap pc nih.kang melalut letak buku lain kang cakap main tipu kang..hehehe~

--->Nak suruh cerita pasal buku tuh..errmm,Buku kegemaran budak nama Nessasyahirah,pastu budak tu suka sangat buku tuh..Suka sangat,sangat suka..

3. Anda minat atau tpaksa baca buku tu?

dah suka terpaksa apenye seekerz hoii..

4. cabar sekurang2nya 4 org jawab tag anda!

cabar-cabar yang best nih, tapi takpela..saya tak suka mencabar untuk Tag -tag yang mencabar minda nih..hehe..len kali kita cabar lagi yerk..


5. letakkan link diorg kat blog anda! tu jerk.....sonang kan?

sonang..tapi link takde tu yang jadi susah tu,sorry, gerakan memusnahkan tag bermaharajalela!!kua3
Read More

Friday, March 13, 2009

Maaf?

sorry Pictures, Images and Photos

Salam penuh cinta buat semua sahabat,moga terus thabat dan istiqamah dalam pejuangan merebut redhanya, ayuh didik jiwa menagih cinta-NYA, ayuh belai hati memujuk rindu padaNYA.


Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (QS Al-A’raf: 199)


Relung hati saya sedikit terubat, indah sungguh susunan kalamMU Illahi,Moga luka-luka dihati ini yang akan tertoreh dimasa hadapan akan terus aku ubati dengan Ayat-ayat cintaMU.Biar hanya dengan ayat..Jadilah engkau pemaaf...


Kata orang jangan mudah berkongsi kisah hidup pada Umum, tanpa sedar, sudah banyak juga yang saya luahkan,Blog saya bukan diari, tapi satu perjalanan menyusuri sebuah kehidupan,perubahan seorang Nurul Hanisah Ahmad,dari seorang gadis manja yang sentiasa memerlukan pergantungan hidup dengan semua orang, berjalan perlahan-lahan mencari berani dihadapan.dan kini sudah mampu sedikit-sedikit menempuh hidup berseorangan.


saya sedih, kadang-kadang ada salah yang bukan salah kita tapi ditunding sepenuhnya pada kita, dan kadang-kadang ada salah kita tapi kita dipersalahkan seolah-olah tidak layak untuk dimaafkan.


saya seorang,dengan empat orang dihadapan,dua lelaki dan dua perempuan, terus menengking saya, bodoh!macam bagus!perasan!, ikutkan hati yang mudah rapuh ini, sudah lama saya terjelepuk longlai dengan esak tangis bersedu, tapi disebabkan dengan satu beban amanah sebagai seorang Mas'ulah(walau hanya sehari), saya gagahkan diri. entah mana hilangnya air mata yang sering mengalir walau digertak sedikit, jiwa saya kosong, saya pandang tepat mata keempatnya, dengan mengigit bibir , semua soalan saya jawab dengan tegas, melawan? bukan! saya hanya kumpul kekuatan dengan mengeraskan hati.


anda pernah ke program kepimpinan, itu yang saya alami.


terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan yang sudi menengking saya, bila saat bermula episod perjuangan saya, maka terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang akan saya tempuhi, dan sebagai habuan mendidik jiwa, saya terpaksa menempuh tengkingan-tengkingan itu terlebih dahulu.

cuma..

kesan mengeraskan jiwa saat itu , sampai saat ini, air mata yang tak dialirkan pada waktu itu tumpah lagi, seolah-olah dihantui, anda pernah merasa fobia, saya tak tahu, fobia atau apa yang saya lalui, tapi demi Allah!saat jari menekan laju papan kekunci ini, ada lagi air mata yang mengalir.walau selepas tiga hari, perkataan, BODOH, PERASAN BAGUS itu terus bermain difikiran saya.


sekelumit pun tak ada perasaan benci dan tak sudi memaafkan timbul dalam hati saya.tapi entah, air mata ini terus ingin mengalir.saya tahu, itu salah saya, tapi adakah seteruk itu hukuman yang saya harus terima?


Mudahkah memaafkan?, ya, mudah, tapi terlalu sukar melupakan. saya terima kata-kata maaf itu sejak dari hari mereka memohon maaf lagi, walaupun secara umum, manusia memang mudah melupakan, anda marahkan seseorang hari ini, esok anda sudah boleh melupakan namanya, walaupun orang yang anda marahi sedikitpun tidak pernah melupakan anda.jangan salah sangka, saya sudah memaafkannya.lagipun, hal ini sebenarnya tak perlu dijadikan isu,anggaplah sekadar selingan dari post-post berat sebelum ini.


Tahniah kerana anda menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,teruslah lupakan saya, orang yang anda malukan ini, biarlah mungkin setahun dua lagi, saya boleh melupakan wajah anda kalau saya cuba sesungguhnya.ini baru sedikit yang saya terima, hanya sedikit calaran dari duri kecil dipermulaan episod perjuangan membela agama suci ini, banyak lagi pagar bersalut asid yang harus saya rintangi dihadapan. Terima kasih kerana mengeraskan hati ini. Terima kasih..


dan banyak lagi ayat-ayat cinta dari KEKASIHKU yang bisa mengubatkan jiwa ini..


Orang-orang yang menafkahkan, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS Ali Imran: 134)


Maka maafkanlah dengan cara yang baik. (QS Al-Hijr: 85)


maafkanlah jika hati tak sempurna mencintaiMU, dalam dada kuharap hanya diriMU yang bertahta..




Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena