Beriringan ke Syurga~

Friday, May 29, 2009

Cabaran Buat Muslimat..

salam

muslimah Pictures, Images and Photos

Peranan Muslimah dalam persatuan mahupun gerakan jemaah tidak harus dipandang rendah lagi, sebenarnya, tanggapan muslimat sebagai 'sayap kiri' secara tidak lansung menyebabkan wanita menjadi kurang bersemangat ataupun tidak berani kedepan memberikan idea-idea bernas mereka, muslimat seharusnya melompat lebih tinggi, bukan mahu menandingi muslimin, tetapi bangun melangkah dengan lebih laju lagi, agar pandangan mereka diterima, bukannya terus diperlekeh.


berjalan-jalan di Blog GAMIS, saya tertarik dengan sebuah artikel, berkaitan Muslimat, bagi saya ia merupakan satu peringatan, atau satu cabaran, buat insan bergelar muslimat, saya sebenarnya tidak gemar ..dengan copy and paste, tapi disebabkan sebenarnya saya ingin menulis artikel berkaitan dengan perkara ini tetapi telah menjumpainya terlebih dahulu,apa kata saya kongsikan artikel ini khas untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian.



Perempuan, Wanita dan Muslimah. Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.

Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.

Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.


MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA

‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?

‘Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh’

Malu! katanya bila ditanya.



Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.


KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.

Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.

Malu! katanya bila ditanya.


LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.
Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.


MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!'

Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya! Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.
Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...

Justeru itu....

Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?

sumber-sini
Read More

Wednesday, May 27, 2009

Misi mustahak





Semalam yang kelam, apapun..Alhamdulillah, kami dapat melakukan satu misi khas untuk para Muslimat yang disayangi di Taman Ilmu ini, walaupun waktunya tidaklah panjang, saya terus mengharapkan setiap teguran yang saya lakukan semata-mata kerana sangat menyayangi insane bergelar-HAWA.masuk ke hati..

Misi menjaga pagar asrama! Hehe..skali tengok memang macam zaman skolah-skolah dedolu, tapi, style yang agak lain, panggil dan terus bagi nasihat-‘ceramah Free’ secara berkumpulan, macam-macam feed back boleh tengok, macam-macam jenis orang boleh tengok, ada yang senyum, Alhamdulillah, ada yang buat drama tengking menengking, MasyaAllah, moga Allah melembutkan hatinya.

“Ala kak..saya pakai la stokin..ni ha..dalam poket..” wajah nampak kurang senang bila saya menghampirinya, saya usap lembut belakangnya,

“Takpela..nanti nak keluar pakai ye” habis bersopan dah susun ayat.

“ala..kan saya cakap saya pakai, tudung saya pakai stoking ada ni, nak apa lagi!” terus berlalu pergi, saya tergamam, sedih juga.

__________________________________________________________________

“Nak pergi mana nih..”saya buat muka terkejut.

“Nak gi tu ..err..sana.. sekejap je..” matanya memandang kearah lain.

“isyyhh..mana boleh pakai macam ni..nak turun kena pakai jubah atau baju kurung je..seluar tak boleh sayang oii..” berbasa basi..

“yek..habis orang lain boleh je..” dia pulak nampak terkejut.

“jangan ikut orang lain..diri kita kita yang kena jaga kan..”aduss..

“Alaa.. cafĂ© je..”

“ naik sekejap boleh..”akhirnya, saya memberi keputusan.

“ye la..”

Alhamdulillah.

_______________________________________________________________________


“nak tegur orang lain kali tengok dulu siapa aku ni..”saya berpaling, saya kenal orangnya.

“ehh..kenapa ni..” saya meluru kearahnya.

“ni..nak pergi meeting jap..”

“boleh, tapi kena tukar baju jap..”saya berusaha untuk senyum dan berpaling kearah sahabat yang dimarah tadi, kami berdua dipagar itu, dan yang lain bertugas di setiap pagar yang lain.

“Alaaahh..encik-? kasi je..”nampak, dia marah.

“encik ? mana tau .dia lelaki...naik sekejap ye..”saya usap belakangnya, tahu-macam menuang minyak petrol ke api. Dia berlalu pergi, sambil mulut tak berhenti menjerit-jerit, 10 minit kemudian dia turut dengan beju kurung dan meluru ke sahabat saya.

“Awak..kalau nak tegur orang..tengok dulu saya ni siapa..!” jari telunjuknya tegak tepat ke wajah sahabat saya.isy..parah ni.

“dah..da..takde apa-apa la..”saya cuba tenangkan dia..last-last dia pergi sambil jerit-jerit, sahabat saya terduduk, kalau saya-menangis.

Errr..

________________________________________________________________________


Nah, inilah gayanya, tapi bila disamping sahabat-sahabat, saya kuat, merekalah kekuatan saya bila hadapi situasi macam ni.semata-mata untuk membawa dan mengenalkan sahabat-sahabat lain dengan Islam yang sebenar. Bukan sekadar mengikut membuta tuli.
Kami jaga pagar bukan untuk menunjuk diri, bukan nak perasan diri bagus dari orang lain, tapi nak nasihat semua sahabat-sahabat dengan apa yang sepatutnya, marahlah kami, dan kembali ke bilik dan berfikir semula sejenak, mana yang baik dan mana yang buruk.

Masih ingat entry saya tentang dimarah depan-depan, tau tak impak positifnya, saya langsung tak rasa apa-apa walaupun dimarah teruk waktu jaga pagar tu..see…(^-~)

Sangat terharu bila kak Syuhada cakap ngan dua tiga orang budak

“Adik-adik sayang islam kan..”budak-budak tu angguk perlahan ..

dan hari ni, dalam meeting, kami dapat teguran rambang dari-tanpanama- disampaikan oleh seorang sahabat-belajar sikit cara nak menegur orang!tapi rasanya semua semalam memang jadi sesopan yang boleh, tak tau pulak depa terasa dengan kelembutan tu.

pening..pening..
Read More

Sunday, May 24, 2009

Teori Al-Ghazali dalam mendidik akidah kanak-kanak



Satu hari dirumah saya, dengan dipenuhi sanak-saudara, mak anjang yang datang dari luar masuk dan menceritakan dengan tawa, Irfan menyanyi girang mengikut rentak rancak dari telefon bimbit milik anaknya atau sepupu saya, Mira.kami ikut gelak, irfan hanya kanak-kanak berumur 2 tahun lebih, bayangkan kanak-kanak secomel itu mengerak-gerakkan bibir dan menyanyi sambil mengangguk-angukkan kepalanya, namun, jauh disudut hati, saya risau dengan perkembangan Irfan yang sangat mudah dipengaruhi abang dan kakak serta sepupunya.


Petang itu, saya menawar diri untuk menyuap irfan nasi, saya memanggil irfan duduk didepan saya dan sebelum masuk suapan pertama, saya suruh irfan membaca doa, Irfan angkat tangan dan tak sampai sesaat dua dia menyapu muka, saya gelak, pandainye..saya sempat cubit pipinya yang gebu itu, kata makandak ( mama irfan) irfan kalau baca bismillah pun tadah tangan. Satu masa saya mengajar irfan menyebut “ Lailahaillallah”, walaupun hanya kedengaran bunyi “la…”, saya sangat terhibur berbanding saat irfan bergerak-gerakkan kakinya mengikut abangnya menari Shuffel.

.

tapi saya terfikir satu benda, macam mana sebenarnya nak mengajar kanak-kanak tentang perkara berkaitan Akidah?perkara berkaitan keimanan, rukun iman, dan apa langkahnya.

Balik ke kolej, saya menapak ke library dan mencari-cari tajuk berkaitan persoalan saya, dan saya jumpa buku ini : ‘Panduan mengajar Akidah kepada kanak-kanak karya Dr. Abdul Salim Muhammad Shukri.’ Apa kata saya kongsikan sedikit dari pembacaan ini.


Kita lihat teori Al-Ghazali,seorang ulama yang begitu mementingkan persoalan pendidikan untuk kanak-kanak, beliau juga banyak menulis buku-buku terutamanya yang berkaitan dengan akhlak, , beliau juga banyak menyuarakan pendapat yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak termasuk dalam bukunya yang terkenal, ihya’ Ulum al-din, pendidikan akidah bagi kanak-kanak menurutnya mempunyai tiga peringkat, pertama, akidah semata-mata, apabila besar sedikit kanak-kanak diajar memahami sedikit demi sedikit kandungan akidah tersebut, dan peringkat yang terakhir adalah dengan menghalusi isi kandungan akidah tersebut hingga terbentuk akidah dalam diri kanak-kanak tesebut,akidah yang masuk kedalam diri kanak-kanak berbentuk kepercayaan, pegangan dan keyakinan serta pengakuan atau penerimaan realiti dan kebenaran dalam akidah tersebut, dalam kata lain, peringkat permulaan berbentuk hafalan, diikuti dengan kefahaman, dan peringkat ketiga adalah berpegang dengan akidah dan kebenaran yang terkandung dalamnya.


Kalau tak silap saya, PASTI menggunakan pendekatan teori Al-Ghazali dalam silibus pengajian mereka, tak hairanlah, kalau adik saudara saya yang beru berusia 6 tahun sudah boleh membaca doa taubat kerana disekolahkan disitu.


Jadi, tunggu apa lagi jom pakat hantar anak, adik ke PASTI.hehe..promote pulak.

.

Read More

Friday, May 22, 2009

genocide

palestin Pictures, Images and Photos


Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran
Harun Yahya- Zaman kegelapan dan ketibaan kegemilangan Islam.

Salam kasih tanda cinta saudara buat semua, dalam kesibukan yang melanda, berhenti sebentar, dan renung sejenak hasil penulisan Harun Yahya ini, moga bisa mengetuk kelalaian yang semakin bercambah, untuk hasil yang lebih menarik ditambah dengan gambar-gambar yang real, sila beli atau berlari-lari ke perpustakaan dan cari buku bertajuk seperti yang diatas, untuk kita mengetahui dengan lebih dalam tentang penderitaan saudara kecintaan kita di seluruh dunia, pasti ada air mata yang mengalir melihat betapa hebatnya ketabahan dan yang paling penting iman mereka dalam menghadapi semua ujian yang melanda.saya sekadar menaip sedikit buat renungan.....

Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang mereka temui setiap hari, Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman berlaku, mereka menjadi begitu prihatin, Namun demikian keprihatinan mereka itu hanya menjadi satu perkara rutin tidak lama kemudian.

Peperangan dan konflik yang berlaku didalam dunia yang sedang kita diami ini, adalah kes yang paling jelas dan nyata, Apabila sesebuah Negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (pent: Tiada terjemahan yang tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan, genocide bermaksud pembunuhan seluruh bangsa dan sesuatu kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat berbgai protes anti kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia, Sebagai contoh mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di bosnia, ataupun Chechnya, ataupun palestin…imej seorang kanak-kanak palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunu ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di bosnia,

Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu, walaubagaimanapun, laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak putus-putus itu akhirnya tidak berupaya untuk menari perhatian lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak dan kehilangan kakisetelah terpijak periuk api…walubagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar , mereka lebih suka membaca gossip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan, oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di palestin, Chechnya, Kashmir, ataupun Timur Turkistan, hanya sekadar menjadi satu “Berita rutin”.

Tambahan pula, Propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai satu perkembangan politik sahaja. Akibatnya pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak rusia, apa yang berlaku di palestin hanyalah perjuangan mendapatkan tanah diantara orang-orang palestin dan israel, dan penekanan dari puak hindu keatas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu, Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut.Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada rusia, orang – orang yahudi yang fanatic terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan –kawasan orang palestin sejak berabad-abad lamanya, namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang –orang Chechen oleh pihak komunis rusia. Ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat islam Afrika, ataupun keganasan dan protes pembersihan etnik yang dideritai oleh umat islam di Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab- bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.

Read More

Saturday, May 16, 2009

xei xei lausyer~

salam,

untuk hari ibu, saya tak post apa-apa, sebab mak saya ada depan mata dan malam kenduri tahlil Arwah moklong saya duduk sebelah mak dan cakap " mak..selamat hari ibu.."Mak senyum dan cakap terima kasih, itu senyuman paling istimewa yang pernah saya tengok sebab itu senyum mak saya.

dan untuk hari guru, saya memaksa diri menulis sesuatu sebab saya juga sayang guru-guru saya yang jauh dimata sekarang ni, untuk guru yang pertama, Mak dan Abah yang mula-mula mengajar saya erti sesuatu dalam hidup, ucapan sayang pun tak dapat gambarkan sayang saya untuk keduanya.
.



untuk guru-guru di tadika islam al-Khadijah, terima kasih ajar saya ABC dan alif ba ta,

untuk cikgu-cikgu di sekolah rendah kebangsaan Bukit Pantai, bangsar.

untuk ustazah-ustazah di sekolah rendah agama Sri Pantai, rindu untuk semua.

untuk ustaz ustazah yang tak pernah jemu ajar saya di Maahad Darul Anuar, Kelantan, Terima
kasih..





dah..dah, dah macam ucapan kat radio gamaknye, untuk semua kawan-kawan, terima kasih mengajar saya macam-macam perkara dalam hidup.

mintak maaf, atas kenakalan kami..zaman form 3



Read More

Thursday, May 14, 2009

Tragedi Umat


Dalam mabuk pembinaan Institusi-Institusi Pengajian tinggi, dalam kekalutan ingin melahirkan generasi Al-Ghazali, generasi Ulul Albab, generasi wawasan dan sebagainya, tanpa kita sedari semua ini merupakan tragedi buat Umat Islam masakini, disebalik ilmu-ilmu yang dilantak saban hari, cuba sesekali menjentik asyik mahasiswa dengan persoalan- persoalan agama, entah berapa ramai yang berjaya mencantasnya, dan ini semestinya atas sebab yang satu, bila ilmu dikunyah tanpa nafsu untuk menegakkan agama kecintaan, justeru tiada rasa cemburu yang wujud untuk menyebarkan dan ilmu dan agama islam yang makin terbiar lesu oleh golongan yang konon katanya pencinta ilmu..

Tragedi Umat, Bukan sekadar tragedi murahan yang terpampang didada media massa saban hari hingga jemu mata menjamah, Isu Umat isu raksasa yang harus dikelih dengan mata terbuntang agar minda dapat mencerna penyelesaiannya, dan reaksi tubuh pantas bertindak mahu menyelamatkan umat. Sehingga saat ini, minda mahasiswa terus sepi dari berfikir secara professional, masih pesimis dek hedonisme yang disantap sehari-hari yang turut menjadi tunjang kemusnahan umat islam masakini, Ilmu-ilmu ditelan dalam paksa dan dimuntah semula didewan periksa, hingga jelik mendengar pelajar jurusan agama dengan waqi’ islami terus-menerus menjadi pencinta dosa.

Resah.
Hati ini kian gelisah, saat mata melihat pemandangan sebuah taman ilmu yang maksiat kian tertebar, tanpa ada insan terarah datang mengarah, tanpa ada mulut yang berusaha mengubah. Sampai bila ada mata yang pandang menyampah, katanya dengan jelik yang Universiti tak menjanjikan ketinggian fikrah, keunggulan peribadi , justeru, kita yang bertangungjawab meneguk tohmah, kerana kita yang mencipta dahaganya, diri harus ditolak keras bertindak demi kemaslahatan Umat , bukan sekadar bertindak nafsi-nafsi, hidup hanya untuk diri sendiri.

Hidup jangan dibiar terikat dengan dunia, parah jadinya, Akhirat adalah matlamat utama, kesenangan dunia sekadar nikmat sementara, jangan lupa ramai yang mati diusia yang muda, pokoknya, apa yang ingin dijawab diakhirat nanti, ingat, Allah tidak menilai kemenangan, bahkan menilai jalan berliku yang kita tempuh dengan usaha yang menggunung. Empayar islam dibuka dengan jerih payah pahlawan islam terdahulu dan tangan-tangan perosak yang bergayut ditubuh hina inilah yang bersenang lenang memusnahkannya, Jika dulu, seluruh pelusuk dunia dicari untuk meyebarkan islam, dan kita hari ini, dengan jiran sebelah rumah pun terkial-kial, mana letak maruah sebagai seorang manusia yang mengaku sebagai Umat islam?

Andai kita terus memilih untuk lesu, entah sampai bila semangat untuk menegakkan agama islam terus tepu, kita punya ilmu yang disantap saban hari, mari amalkan dan sebarkan! biar kegemilangan islam kembali menyinari.
Read More

Verbal linguistik





Menyahut seruan Ustaz Hazrizal Abd Jamil (Saiful Islam.com), dengan ini saya menterjemahkan kefahaman terhadap sesi pembelajaran dalam kelas Psikologi hari ini melalui penulisan kali ini, ditolak, dikali dan ditambah, saya mempunyai ciri-ciri Verbal Komunikasi, (ape tuh?) , kata Puan Isfadiah-Pensyarah Psikologi, ciri ini mesti orangnya suka sangat membaca, jadi seorang penulis tak kira lah seorang penulis buku atau blog , buku tidak dapat ‘melarikan diri’ darinya,untuk mengetahui anda tercampak dalam teori kecerdasan yang mana, fahami penulisan ini..

Manusia mempunyai 8 kecerdasan yang berbeza , Howard gardner, telah mengasaskan teori kecerdasan ini, sebelum dinyatakan 8 teori tersebut, teori kecerdasan ini turut mengeluarkan beberapa respond.Antaranya,

1. membolehkan kita selesaikan beberapa masalah yang dihadapi dalam hidup.
2. kebolehan mengenali masalah.
3. Membentuk pengetahuan baru.
4. membolehkan kita mencipta hasil dan menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
sesuatu budaya.

Sekarang jom tengok lapan teori kecerdasan berikut dan mulalah menilai anda berada dimana.

Verbal Linguistik

Kemahiran menggunakan perkataan secara tulisan dan perkataan, seperti penulisan kreatif puisi, jenaka, cerita dan pandai memanipulasi ayat, contohnya seorang penulis, sasterawan, penulis, penyajak, dan pensyarah, antara tokoh dalam bidang ini adalah; Faisal Tehrani, A. samad said dan William Shakepears.

Logik matematik

Kebolehan menggunakan nombor, membuat kiraan, dan mengenalpasti pola-pola abstrak.
Contohnya seperti Ahli matematik, Saintis, dan jurutera, antara tokoh bidang ini, Al-Khawarizmi dan Isaac Newton.

Kinestatik

Berkaitan dengan kemahiran fizikal seperti keupayaan kelunturan dan koordinasi badan, dan meluahkan perasaan menggunakan bahasa tubuh, contohnya seperti sarkas, drama role-play, dan seni pertahanan diri, contohnya seperti atlit, penari, pelakon dan polis, tokoh dalam bidang ini adalah david beckam, Shalin Zulkifli dan jackey chan.

Visual

Membolehkan kita mencipta gambaran mantel dan mengamati dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan wang.seperti seorang pelukis, pengukir dan arkitek, tokoh dalam bidang ini adalah; Hijaz Kasturi, dan Leonardo Davinci.

Muzikal dan ritma

Kemahiran meluahkan perasaan melalui Muzik contohnya seperti persembahan muzik, nyanyian dan drama, seperti seorang composer, penyanyi dan drama lagu (drama musical) tokoh dalam bidang ini pula ialah,Raihan , Kitaro, Adnan Abu Hassan dan sebagainya.

Intrapersonal

Berkebolehan menilai diri sendiri serta mempunyai gambaran tepat tentang diri sendiri, manusia jenis ini berupaya mendisiplin diri sendiri, antara aktivitinya adalah dalam bentuk strategi pemikiran seperti menyelesaikan sesuatu masalah serta pengawalan emosi, praktis dan mengamalkan minsfulness iaitu berfikir sebelum bertindak dan membuang emosi iaitu mengambil apa yang dirumus akal dan Iman, menusia jenis ini juga mempunyai disiplin diri yang tinggi, sesuai menjadi seorang pengarang, ahli psikologi, ahli falsafah, dan pakar kaunseling, antara tokohnya adalah, HM. Tuah Iskandar dan Howard Gardness(pengasas teori kecerdasan)

Interpersonal

Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan, serta bertindakbalas secara professional terhadap petanda interpersonal, sebagai contoh, komunikasi antara individu, Usrah, memberi maklumbalas dan mewujudkan kesediaan berkerjasama, antaranya seperti ahli politik, ahli perniagaan, pengacara dan usahawan, tokoh dalam bidang ini antaranya adalah, Donald Trump dan Aznil Nawawi.

Naturalis

Mengendali, menyusun dan mengkategori pelbagai jenis Flora dan Fauna, seperti petani, ahli botani, ahli biologi dan perancangan Bandar, tokohnya seperti Edward Ticker.

*Dengan memanfaatkan Teori kecerdasan masing-masing, setiap nama akan menempa bidang masing-masing,termasuklah ANDA!namun bagi saya semuanya bergantung atas usaha masing-masing, jadi manfaatkanlah ianya.

p/s:untuk hajar ngan Aida, amik nota nih, sian die tak dapat datang kelas..
.
Read More

Wednesday, May 6, 2009

Menanti Hanan siri empat~


salam,


jangan terkejut, ni memang sambungan untuk 'menanti Hanan' walaupun nampak macam dah masuk cerita lain, selamat membaca.



“Angah!bangun,cepat…dah pukul berapa dah ni!”


Pintu bilik diketuk bertalu-talu, Muhammad Al-Fateh kesat mata yang kabur,ditonyoh mata itu berkali-kali,jam loceng di meja sebelah katil dicapai cepat.


“Ha! Dah 7.30..habisla..” melompat Fateh dari katil, mencapai tuala yang tersangkut kemas di belakang pintu,..sepantas yang mungkin dia mandi dan mengqada solat subuhnya yang terlepas.berterusan dia memaki dirinya dalam hati.


“Kak long kenapa tak kejut angah…”Roti disua kemulut sambil menuju pantas kepintu.


“eh,kak long pulak yang kena,tak malu nye..,angah kan dah besar,adik tu pun bangun sendiri tau ”

Secawan Radix dibawa ke muka pintu ,melati duduk bercangkung disebelah Fateh yang tergesa-gesa memasang tali kasut,


“Hari ni ada kelas tambahan?”cawan dihulur.


“Ada ,kenapa long?”Air Radix panas dihirup sepantas yang mungkin.


“Ingat nak suruh angah ambil Adik tengah hari ni..”


“Kak long nak kemana?”


“Kak long nak ke kolej ,ada perkara yang Kak long Belum selesaikan..”


“Takpe la,kalau macam tu,angah balik sekejap tengah hari ni.”Melati senyum, adiknya ini memang suka mengalah.


“Kak long..betul nak berhenti dari kolej tu.”Melati mengangguk lemah, mati terus senyumannya.


“Bukan berhenti, tangguh semester je ngah, kita kan dah bincang hari tu..dah la..makin lambat Angah nanti.bawak motor elok-elok.”tangan dihulur.


“Angah pergi..”tangan melati dicium.Kak long memang tabah..

.


Melati menghantar Fateh dengan pandangan sayu,belajar betul-betul dik..lemah dia berbisik.


“Adik cepat,nanti ustazah adik marah nanti.”pantas kanak-kanak berusia 6 tahun itu menggeleng, terperosok di tepi pasu bunga besar di tepi tangga menuju ke tingkat atas dengan baju kurung hijau dan bertudung putih, Aisyah duduk memeluk lututnya.


“Adik taknak pergi sekolah!”Aisyah memandang melati sekilas, gadis kecil itu menjeling tajam.


“Adik..nak buat hal lagi la tu,hari-hari adik menangis tak nak pergi sekolah,adik tak kesian Kak long ke..”hati melati makin sayu.dia melangkah menuju kearah Aisyah yang masih tidak mahu berganjak.


“Adik nak Ummi yang hantar adik!” Aisyah memeluk lututnya dengan lebih kejap.dirapatkan wajahnya ke lutut.


“Adik..Ummi kan dah takde,hari-hari Kak long kena cakap dengan Adik.Adik jangan la degil macam ni..Ummi kalau tahu adik macam ni mesti Ummi sedih.”Melati tahan air mata dari keluar.ikutkan hati,mahunya dia meraung sekarang. Cuba ditarik Aisyah keluar dari situ.


“Ummi yang tak sayang adik,kenapa Ummi tinggalkan Adik.Abah pun sama.!”Aisyah menangis dengan sendu yang kian meninggi.bertambah pilu hati Melati.


“Sudah adik,cepat pakai kasut,masuk kereta,cepat!kak long amik rotan nanti”Melati terpaksa bertegas.perlahan-lahan kanak-kanak kecil itu bangun dari celah pasu besar itu sambil teresak-esak menuju ke pintu.


“Kak long pun dah tak sayang adik….”


“makndak,Kak long pergi…!”


* * * * *


“Ummi,kenapa Ummi letak nama melati kat Kak Long?”Petah Aisyah berbicara waktu makan tengah hari itu.


“Ha’ah Ummi,Kak Long pun tak pernah Tanya Ummi..”Melati menghirup sup Ayam dari mangkuk kecil disebelah pinggannya.Ummi dan Abah senyum.


“Ntah .tanyalah tok Wan,Tok Wan yang letak nama tu kat Kak Long.”Ummi bersuara.


“Alaa Kak Long,sedapkan nama Melati tu.lagipun,bunga Melati tu Wangi Tau,macam Kak Long.”Muhammad Al-Fateh yang diam sejak tadi menyampuk.


“Lagipun Kak Long,bunga melati tu senang nak tumbuh tau,kat hutan pun dia boleh tumbuh..”giliran Abah pula memberi pendapat.


“Abah, abah,nanti kita hantar Kak Long dok kat hutan la ye Bah.”Aisyah mengusik.


“Alaaa…Kak Long tak Mau dok kat hutan,Aisyah la Dok kat hutan.”

Ummi dan Abah dah mula gelak sakan.


“Maksud Abah,melati tu menggambarkan kekuatan,kat mana –mana pun dia boleh hidup,tak kisah.Abah nak Kak Long pun jadi macam tu,kuat..Abah campak kat Mana-mana pun Kak Long boleh berdikari,tak harap kat Abah sangat.Nanti kalau Ummi dengan Abah dah takde,senang..Kak Long boleh jaga Adik-adik..”Terang Abah panjang lebar.kecut hati Melati waktu itu mendengar perkataan keramat’kalau mak dengan Abah dah takde ‘tu.


“Ish.Abah ni kesitu pulak..”Melati dah muncung sedepa.


“Nasib baik Tok Wan tak suruh abah letak nama bunga raya ke.bunga misai kucing ke…”

Melati hilang rajuk dengar usikan Ummi.


“Ermm,siti Hibiscus binti Mohammad Lokman,sedap tu Kak Long..”Muhammad Al-Fateh galak mengusik..

Pecah tawa mereka seisi keluarga.


Setitik air jernih terbit dari mata nya,Bahagianya saat itu,saat Dia masih punya peluang bercerita itu dan ini bersama Ummi dan Abah,kalaulah dia tahu Ummi dan Abah akan meninggalkan mereka dalam kemalangan ngeri sewaktu dalam perjalanan mengambil Aisyah dari sekolah,rasanya ingin dikongsi semua cerita dalam setiap detik hidupnya bersama Ummi dan Abah.Melati Sedar,Ini ketentuan dan Ujian Allah buat dirinya,dan untuk itu,dia harus membina kekuatan untuk tempuh hidupnya yang entah bila penghujungnya ini.Demi dirinya dan yang paling penting buat Adik-adik nya,Angah dan Adik yang Amat dikasihi.Mujur ada Makndak yang sanggup tinggal bersama-sama mereka selepas Ummi dan Abi pergi,pada Makandak lah mereka menumpang kasih Sekarang.


“pinnn!!!”


Melati tersentak,lampu isyarat rupa-rupanya sudah beralih ke warna hijau.


* * * *


“Ini surat letak jawatan secara rasmi,Melati mintak maaf sebab tak dapat nak sertailagi usaha dakwah dalam jemaah kita ni..”Sampul surat berwarna coklat dihulur kepada Ummu Hani,Naib President persatuan Pelajar Islam di Kolejnya.


Ummu Hani senyum,cuba meredakan relung dihati sahabat sefikrahnya itu,sejak berkenalan dengan melati dua tahun lalu sewaktu menyertai kumpulan usrah yang sama,mereka saling berkongsi cerita,berkongsi rasa,suka..duka,sama-sama dilantik menjadi ahli jawatankuasa tinggi persatuan ini,dia sebagai naib President,melati pula sebagai setiausaha,dilantik atas kerajinan dan kecekapan dirinya dalam segala hal,sayangnya,Melati terpaksa meninggalkan mereka.


“ Walaupun secara zahirnya Melati takde buat masa ni, ti tetap masih dalam perjuangan ni, ingat, selangkah melati masuk dalam alam ni, tiada perkataan undur diri yang melati boleh ungkapkan.” Ummu hani mengosok-gosok bahu Melati, memeberi semangat.


“Usrah masih berterusan dalam musim exam ni,atas persetujuan semua ahli,..Hani harap,Melati dapat luangkan masa untuk sertai usrah ni.”tangan Melati digengam kemas.


“InsyaAllah,kalau ati sempat..”melati mengeluh,banyak perkara yang perlu dilakukan,mungkin selepas ini dia akan mula mencari kerja.


“Kalau ti perlukan Hani,telefonlah,Hani ada untuk melati bila-bila masa pun,kalau ti rasa tak sanggup hadapi semua ni sorang-sorang,Hani akan tolong”Melati sebak.


“Hani…”Air mata mula bertakung ditubir mata.Hani tarik melati ke dalam pelukan.


“ti tak larat, ti rindu Ummi,Abah..”sendunya meninggi.


“Sabarlah Melati,Ini semua ujian untuk Melati,Allah sayangkan ti lebih,sebab tulah DIA bagi ujian berat ni untuk ti..”Bahu Melati digosok.Melati menangis bagai anak kecil,mungkin sudah lama dia simpan tangisan ini.


“Nah, Puisi ni buat ti, ingat tak, kita karang sama-sama waktu kita mula melangkah dalam perjuangan ni?” Melati angguk lemah, sedayanya dia menghadiahkan senyuman terbaik buat sahabatnya itu. Perlahan tulisan tangan Ummu Hani yang tertera di kertas putih bersaiz F4 itu dibaca perlahan.



Jawahir cinta

Dalam gelap malap

Dalam langkah berderap

Buta hati tanpa keyakinan yang mantap

Menusuri kehidupan dalam denai sampah sarap

Tanpa bahang mentari iman

Tanpa sinar rembulan taqwa

Menagih arah keyakinan buat jiwa

Memohon tautan teman sefikrah

Agar langkah kian terarah

Dalam kontang jiwa aku berserah

Mengharap tadahan gerimis Hidayah.


sayu bayu iman menyapa

mengusap lembut pohonan taqwa

ketaatan mencengkam dijiwa

embun jawahir cinta Illahi merembes keteguhan

kian berani melangkah dalam derita perjuangan.

Biar hidup sepi tanpa kasih saudara

Biar diri derita dengan tohmah manusia

Jangan biar hilang rindu yang Esa

Jangan dahaga kasih Pencipta

Jangan musnah redha yang Maha kuasa

Sekali melangkah meneguk bisa dalam berjuang

Jangan diundur barang selangkah

Pesta hiburan mendamba- damba

Dosa maksiat memanggil - manggil

Menyeru daie yang terpujuk iman

Memuntahkan hujanan marjan

Dari awanan jiwa terpupuk semangat dakwah

Agar beriringan di jalanan jannah.

Hidup duniawi penuh barakah


Duhai jiwa,

Andai masih wujud ragu

Buat Istighfar penawar kalbu

Duhai hati

Jangan izini halusinasi ciptaan Syaitan menari nari

Segera mohon dikuatkan hati

Amantubillahi warasuluh sentiasa menemani


Duhai Allah

Bernilaikah perjuanganku yang tidak sehebat srikandi dalam sirah

Yang imannya berbukti luka dan darah

Biar terkadang jiwaku dilanggar relung

Bimbang tersadung hasutan menggunung

Jiwaku pasti diselubung

Dengan hamparan keyakinan dan iman

Dari taufan bisikan syaitan!


* * * * *

“Kak Long dah dapat kerja,jadi ustazah dekat Tadika Islam Sri Humaira tu..”Melati senyum lebar,baru sekejap tadi dia dihubungi salah seorang guru disitu yang memberitahu kepadanya tentang keputusan temuduganya.teringat wajah simpati Ustazah mariam sewaktu dia menceritakan tentang pelihat dirinya, namun bukan tujuannya untuk meminta-minta, apatah lagi menagih belas ehsan, Cuma dia terpaksa menceritakannya sewaktu Ustazah Mariam bertanya tentang taraf pendidikannya yang sebenar.Air dituang ke dalam gelas.


“ye ke..bestnye..,tapi..Kenapa kak long Tak mintak kat sekolah adik je..”Aisyah mencebik. Aisyah bersekolah tidak jauh dari Tadika Sri Humaira’, jadi tidak menjadi beban buat dirinya untuk melakukan dua kerja sekaligus, menghantar Aisyah dan memandu ke Tadika Humaira’., bukan tidak mahu meminta pekerjaan di sekolah Aisyah, Cuma dia sudah awal-awal diberitahu tentang Tadika tunas Islami itu sudah tidak memerlukan tenaga pengajar lagi. Melati sekadar menjawab dalam hati dan menghantar senyuman buat Aisyah.


“Kak long tak bagitau angah pun Kaklong nak kerja.”Giliran Muhammad Al-Fateh bertanya.Wajah Abduh tiba-tiba mencuka. Bukan apa, dia rasa lebih bertangunggajawab sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.


“Kak long pun tak rancang sangat,cuba-cuba je,tak sangka dapat,memang rezeki kita la tu..”Melati senyum. Ucapan Syukur bersilih dalam hatinya.


“Duit yang Abah tinggalkan tu kan ada lagi,kesian kak long,sampai kena berhenti belajar.”Fateh memandang Melati sayu.Nasi berlauk Ayam masak merah disuap tanpa nafsu.Aisyah khusyuk makan, mengabaikan persoalannya sebentar tadi.


“Angah..Kan Kak long dah cakap hari tu..Kak Long berhenti sekejap,nanti keadaan dah okey balik,Kak long sambung belajar balik.lagipun Duit yang Abah tinggalkan tu untuk Angah dengan Adik belajar.Untuk makan pakai,Kak long guna duit gaji Kak long okey..”Melati memujuk lembut.hujung bibirnya digigit menahan sebak.usaha dia mengunyah suapan terakhir .Entah sejak akhir-akhir ini lekas benar terasa hati, tidak seperti diawal-awal pemergian Ummi dan Abah dulu, dia lebih kuat, malah waktu jenazah Ummi dan Abah tiba dihalaman rumah dia masih membekukan air matanya.


“Geran Tanah Abah..”intonasi suara Fateh mengendur.


“Mana angah tau pasal geran tanah abah ni.Setahu Kak long..Ummi dengan Abah tak pernah bagitau sesiapa pun selain Kak Long..”Melati tersentak,suaranya masih terkawal,depan rezeki.Makandak tunduk membisu.


“Siang tadi..Pak lang datang marah-marah mintak Geran Tanah Abah..”pandangan Fateh dialih pada wajah Makandak, kecut juga dia melihat amarah Melati.


“Pak lang datang Makandak?”Makndak angguk.


“Makandak bagi?”makandak geleng.


“Makandak suruh tunggu Melati,esok agaknya dia datang lagi..”terang makandak.


“apa lagi la orang tua tu nak,dulu masa Ummi dengan Abah ada ,asyik menyusahkan je,Sekarang Ummi dengan Abah dah takde pun nak kacau kami lagi..”dengar nama Ummi dan Abah ,air mata melati melimpah,tergamam Fateh dan semua yang ada dimeja makan itu.


“Kak long dah kenyang!”Melati bangun menapak ke bilik.


“Maksud Abah,melati tu menggambarkan kekuatan,kat mana –mana pun dia boleh hidup,tak kisah.Abah nak Kak Long pun jadi macam tu,kuat..Abah campak kat Mana-mana pun Kak Long boleh berdikari,tak harap kat Abah sangat.Nanti kalau Ummi dengan Abah dah takde,senang..Kak Long boleh jaga Adik-adik..”

Air mata dipipinya diseka dengan baju.


“Abah Ummi,Kak Long akan jadi kuat!”


*****

Melati melangkah keluar dari bilik, sekilas dipandangnya jam didinding biliknya, tepat jam 1.30 pagi, terlalu khusyuk membaca buku yang bertajuk “ Bertemu janji Allah” karya ulama yang amat disanjunginya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, membuatnya tidak sedar waktu sudah lewat malam, tekaknya meronta meminta dialirkan penawar dahaga, laju dia meluncur laju ke dapur membuka peti sejuk.selesai meneguk air rosell HPA yang dibeli makandak siang tadi, dia kembali kedepan, niatnya mahu memastikan semua pintu dan kunci sudah terkunci rapat demi memastikan keselamatan seluruh isi rumah itu yang terletak dibahunya kini.



“ Angah..tak tidur lagi?” Melati merapati Fateh yang tampak terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba, tirai kayu jati yang menghalangi jalan ke dapur membuat Fateh tidak sedar kakaknya sudah kedapur sebentar tadi.


“Tak..siapkan homework” Fateh balas senyuman Melati, diberi sedikit ruang untuk melati duduk disebelahnya diatas bangku kayu jati yang menghiasi ruang tamu bersaiz agak besar itu, Ummi mereka dahulu yang begitu gilakan Kayu jati sehingga hampir semua perabot dalam rumah itu dari kayu jati, disesuaikan dengan cat berwarna coklat cair membuatkan ruang tamu itu tampak mewah.


“ Kak long, angah mintak maaf pasal tadi” mata Fateh masih menghala buku, tangannya masih rancak.


“Kak long tak simpan dah..kak long bukan marah angah pun..” Fateh berpaling.


“Ni la Kak long Angah, sangat penyabar orangnya..” Fateh tergelak, mahu menyakat Melati.


“Angah..” Melati membuang pandang ke hadapan.Seisi rumah yang sarat dengan memori Ummi dan Abah


“Hurm..” sepatah, Fateh mengangkat kening.


“ Angah janji dengan Kak long ye, belajar rajin-rajin, Angah sorang je anak lelaki dalam keluarga ni, angah jangan hampakan Kak long, jaga peribadi Angah, hormat orang lagi tua, hormat cikgukat sekolah..ye, ”panjang lebar melati menasihat.


“Ape ni Kak long, tiba-tiba je sedih nih..” Fateh ingin bawa melati lari dari mood sedih.


“Dengar tak apa Kak long cakap tadi” Melati kerut kening.


“Ye..Angah dengar lah..” Nasihat Kak long macam nasihat Ummi, Fateh simpan ayat seterusnya dalam hati.Senyum Fateh masih tak kebah.


“Angah janji jaga keluarga ni baik-baik.”tekad Fateh.Melati senyum lega.


bersambung....

Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena