Beriringan ke Syurga~

Tuesday, July 28, 2009

Tak ku maaf dosa ini 2~ Serangan gaya Mafia



Salam, dah-dah, ni takde kias-kias dengan cerpen dah, jom sertai perhimpunan mansuhkan ISA- 1 ogos nih..buka hati, buka mata luas-luas!



MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA


MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.


Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Lokasi rahsia

Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.

Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).

Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?

Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.

Belum insaf

Lalu beliau dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Dia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlaila Othman yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).

Ramai beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga sebagai Perdana Menteri.

Sifat lemah-lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupa-rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk daripada era sebelumnya, ketika Dr Mahathir Mohamad berkuasa. Abdullah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak di samping lelaki tua.

Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.

Menangis keseorangan

Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.

Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari dia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebaskan, dikenakan pula tahanan daerah selama enam tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di Kemta.

Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Berkebin sayur

Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi.

Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.

Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.

Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang.

Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Degil

Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter.

Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'.

Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.

Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.

Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, disepak, diterajang, dikilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras."

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman. Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak tertentu atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA, bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1,000 NGO membantah.

Harungi kezaliman

Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan kecuali pada Saari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar.

Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan membuat bantahan.

Terutama pada saat ini, masih menjadi bualan Perdana Menteri baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Abdullah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib Razak.

Tentu kita masih ingat, tiga minggu selepas Abdullah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang Aidilfitri pada November 2003. Desas-desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka dikambinghitamkan untuk kepentingan politik Abdullah.

Dua minggu selepas itu, saya didatangi SB dari Bukit Aman. Antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota Maunah itu.

Sambut raya

Disebutkan pada saya antaranya: "Cuba hang fikir, apabila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka, tapi tangan isteri, anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Abdullah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Abdullah baik."

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI.

Semasa muktamar PAS yang lalu, saya bertemu dengan Norlaila, isteri Mat Shah. Menurutnya ketika itu, seminggu lagi beliau akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung Jun yang lalu.

Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami ditahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut, khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya, terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka, juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang pelbagai ragam.

Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, khususnya kami daripada KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang Ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi.

Mohon cerai

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan.

Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.

Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan sama ada ketika datang ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke Kemta seminggu sekali. Dengan halangan daripada pihak tertentu, akhirnya terpaksa menaiki bas ke Kemta. Lebih menderita jika isteri tinggal jauh. Ada dari Sabah.

Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya, apabila pulang daripada bertemu isteri, wajahnya ceria dengan pelbagai cerita baru yang dibawanya.

Air mata mengalir

Suatu hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya, dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia.

Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke KL. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilometer ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman di sebalik tabir ISA.

Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang 10 orang, tetapi amaran daripada Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan Kemta bakal dipenuhi penghuni lagi.

Seperti dikatakan, tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita, tetapi buat generasi akan datang. Bukan sahaja ISA bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan.

Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan telefon kami dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar negara. Tak kurang pula yang ditahan pasport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank.

Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Pekerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan, terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutang hampir RM200,000 akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih lima tahun.

Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati daripada kita.

Bebas suami tercinta

Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak.

Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlaila serta keluarga Dr Abdullah, lebih jauh daripada itu adalah kita bersama-sama dengan golongan yang menentang kezaliman.

Dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia: HAPUSKAN ISA! _

sumber:sini
Read More

Sunday, July 26, 2009

Tak ku maaf dosa ini

muslimah Pictures, Images and Photos

Petang itu mendung, entah akan hujan atau tidak, kalau semalam, langit bagai hendak runtuh, namun hujan tidak kunjung tiba, DIA sebaik perancangan bukan?, Sumayya bingkas menutup tingkap utama dapur, angin yang kuat mengganggu api dapur, cepat-cepat dia menghiris kasar daun sup, hendak ditabur kedalam sup ayam yang direnehnya, sekejap-sekejap wanita itu mengerling jam, sudah jam satu suku, zohor akan masuk tidak lama lagi, hatinya mula gundah, biasanya, waktu-waktu begini dia sudah pulang, ya, dia, Uwais Al-Qarni, suaminya yang sah sejak setahun lalu, mereka bernikah sewaktu suaminya menuntut di Bosnia, Negara tumpah darahnya, mati-mati ayah menghalang, akhirnya sewaktu melihat Uwais Al-Qarni yang juga sahabat baik abangnya, cair hati Ayahnya, Malaysia?itu Negara yang sangat jauh bukan? Itulah ayat yang keluar dari mulut ayahnya sewaktu melihat peta dunia, jodoh abi, itukan ketentuan Allah, sahut akhi dari jauh sewaktu mendengar omelan Abi, sumayya tersenyum Indah, bahagia~ peluh memercik didahi, segera disapu dengan hujung lengan bajunya.

“Engkau akan menikah atas jalan dakwah sumayya, dia kesini atas dasar menuntut ilmu, dan untuk menambah staqafahnya dalam jalan dakwah, dan dia memilih engkau diatas jalan dakwah, bertindaklah sebagai seorang isteri seorang pejuang islam”




Pesan akhi Khaleed sehari sebelum mereka diijab kabulkan oleh abi, dalam hati sedihnya bukan kepalang mengenang dia akan berpisah dengan Ummi, Abi dan Akhi, tapi entah kekuatan dari mana datangnya yang menelan segala tekadnya untuk mengangguk bersetuju saat akhi bertanya tentang lamaran Uwais Al-Qarni.

Sumayya mula tersedar, gundahnya bertamu kembali, Uwais yang bekerja sebagai seorang ustaz di Maahad tahfiz tidak jauh dari kediaman mereka wajib pulang kebiasaanya untuk makan tengahari, Uwais tidak betah makan di warung-warung mahupun kedai-kedai mewah yang tidak tentu hala tukang masaknya, ah~mungkin dia ada urusan sumayya, engkau terlalu cepat berprasangka.

Usai Solat zohor, Sumayya membaca Al-Quran, sehingga selesai satu juzuk, Uwais Al-Qarni masih tidak pulang.Mungkin Uwais tidak pulang untuk tengahari ini, mungkin dia ada urusan penting hingga tidak sempat menghubungku, mungkin dia terlalu sibuk hari ini, ya, terlalu banyak kemungkinan, adakah aku perlu menghubunginya?, tidak-itu akan mengganggu urusannya, Sumayya menyambung bacaannya, kitab suci itu digenggam kemas, menghalau jauh perasaannya, naluri isterinya dijentik bimbang.

Lewat petang, susuk Uwais Al-Qarni masih belum muncul, Sumayya duduk membungkam diruang tamu, buku bertajuk ‘Diatas sejadah Cinta’ karya sasterawan Indonesia-Habiburrahman El-Shirazy yang dibacanya langsung ditutup, rasa risaunya menghalang mindanya menterjemah tiap isi dari naskah berharga itu.diletak buku itu diatas meja dihadapannya, bangun, memutuskan untuk menghubungi Suaminya.

Sumayya memejam mata, berkeluh, telefon dimatikan-bukan, mungkin kehabisan bateri, Sumayya cuba bersangka baik, telefon bimbitnya diletak kembali, kali ini bersandar, Duhai suamiku, engkau dimana~

Malam mula menjengah, Sumayya segera solat maghrib kemudian disusuli solat hajat dua rakaat, dia berdoa semahunya, mohon Allah menyelamatkan Uwais dalam setiap keadaan, dan malam kian larut, kini sudah jam sepuluh setengah, bimbang Sumayya bukan seperti tadi, kali ini gundahnya lebih dahsyat, seakan menegangkan setiap uratnya terus melahirkan rasa sakit dihatinya.

* * *

“Aku mahu hubungi keluargaku!” tegas Uwais, lelaki bertubuh sasa, berwajah hitam lengkap berpakaian seragam itu terkekek-kekek ketawa.

“esok mungkin, malam ini engkau boleh tidur, berehatlah, sebelum esok, mungkin esok hari hitammu.” Hati Uwais panas, dia tahu dia dimana sekarang, dia ditahan sepasukan manusia berseragam sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah, keadaan kalut waktu itu.

“encik ditahan, atas kesalahan yang akan kami terangkan nanti, sila beri kerjasama” tangan Uwais ditarik kebelakang dan digari, dia cuba meronta.

“ nanti, saya tak akan beri kerjasama, penahanan tidak jelas!” rontaan Uwais makin kuat, Uwais dimasukkan kedalam kereta dengan keras, akhirnya dia terpaksa akur, dibawa ketempat yang agak jauh, perjalanan mereka melangkau empat jam.

“ encik ditahan demi keselamatan Negara, encik disyaki terlibat dalam aktiviti pembuatan senjata, sementara ini, encik akan ditahan disini.” Lelaki berpakaian seragam dan botak yang sedang duduk dihadapannya bersuara, garau, mungkin dia yang berpangkat paling tinggi disini.

“Disyaki?, kalau disyaki tempatnya bukan disini, bicarakan, saya akan lantik peguam saya, bukan ditempat yang kami tidak akan dibicarakan seperti disini!” tengking Uwais.

“ tukar pakaiannya, masukkan kedalam bilik 22!” lelaki botak itu mengeluarkan arahan, dan arahannya segera dituruti, Uwais diperlakukan seperti binatang, ditarik dengan kasar, kesana kemari oleh beberapa lelaki bertubuh besar.

Bilik 22, Uwais Al-Qarni dicampak masuk kedalam bilik kecil itu, dia ditelan kegelapan, hanya ada cahaya kecil yang masuk dari celah tingkap disebelah kiri bilik kecil itu, Uwais duduk, bibirnya tidak henti-henti berzikir, hatinya tidak henti-henti memanjat doa, agar dia dipelihara Allah dari mereka.

Pintu bilik dibuka kasar, sesusuk tubuh masuk, pintu ditutup kembali.

“Assalamualaikum”Uwais Al-Qarni bangun, bersalaman dengan manusia yang tidak dapat dilihat wajahnya dalam kegelapan itu, Uwais cuba mengamati.

“ Waa’lakumsalam, subhanallah, Ustaz Saiful, anta juga ditahan..” mereka berpelukan erat, tidak sangka, mereka tamat pengajian dipakistan bersama-sama dahulu, dan baru hari ini, setelah lima tahun mereka bertemu kembali, hanya di kem ini.


“ ini kepentingan politik dalam Negara ini, sabarlah, banyak-banyak berdoa, ini baru sedikit ujian buat kita, berbanding pejuang-pejuang islam diluar sana” mereka terus berbincang mengenai penahanan mereka.

“ anta ditahan dihadapan isteri dan anak, sungguh tak berperikemanusiaan!” Uwais melahir rasa tidak puas hatinya.

“alasannya kerana kita menyertai jihad di Pakistan dahulu, sungguh tidak munasabah” giliran Ustaz Saiful pula bersuara.

“ Anta kan anak tokoh politik pembangkang, jelas ini salah satu kepentingan politik menjelang pilihan raya yang tidak berapa lama lagi” Uwais mengangguk lemah, wajah jernih Ayahandanya menyambar benak, disusuli wajah bonda, serta adik beradiknya, juga yang paling penting, Isteri kecintaannya itu-Sumayya.

“Ayuh Uwais, kita berehat, nanti kita bangun untuk Tahajjud, esok entah apa yang akan kita tempuhi.”

“ Hasbunallah wani’mal Wakil” Uwais turut berbaring, dalam bilik kecil itu, rasa sejuk mencengkam ke tulang hitam, Uwais memperbanyakkan beristighfar, nama-nama seperti Syed qutb, Zainab Al-Ghazali dan beberapa tokoh lain yang juga terperosok di penjara yang lebih dahsyat dari ini silih berganti, Ya Allah, jadikan Destinasi terakhirnya seperti dimana letaknya pejuang-pejuang agama-Mu seperti mereka, Ameen~


“ Sumayya! Buka pintu sayang” Sumayya berlari kepintu, pantas dibuka segera, suara Ibu mengurangkan bimbangnya sedikit.

“ Uwais belum pulang Ibu” Tubuh Ibu terus dipeluk erat, air mata yang ditahan sedari tadi bercucuran.

“Sabar, Abang Umar dan Abang Aziz pergi carinya di Maahad,sabar ya..” Ibu menggosok belakang Sumayya perlahan, ditarik, gundah hati ibunya juga hebat, entah kemana anaknya menghilang, saat Sumayya menghubungi mereka tadi, terus mereka bergegas kesini, Sumayya melepaskan rangkulan, dia bersalaman dengan bapa mertuanya dibelakang Ibu.

“ Sabar, InsyaAllah dia tak apa-apa” Ubun-ubunnya digosok Abah perlahan.

“ Kamu dah makan?” Sumayya menggeleng perlahan.

“ish, kenapa tak makan, tu, anak dalam kandungan tu kena jaga, jom ke dapur, makan sikit..” Sumayya mengekor Ibu bagai anak kecil, sungguh, dia terlupa tanggungjawabnya yang satu ini dek kerisauan yang menggila.

Suapannya terhenti saat terdengar suara dua abang iparnya diruang tamu, bergegas dia mencuci tangan dan kedepan, Ibu menggeleng kecil.

“ Motor ada Abah, di simpang hujung sana, kata orang yang duduk di warung tu, Uwais ditahan Polis.” Mereka kelihatan tenang, Polis? Kenapa?, Sumayya makin bingung, dia terduduk, tak mengapa, sekurang-kurangnya Sumayya tahu Uwais berada disebuah tempat, bukan ghaib dibunuh atau kemalangan yang lain, Nau’zubillahiminzalik~

“ Ini semua perancangan mereka, Astaghfirullahala’zim” Abah mengeluh, wajah jernihnya sedikit berkerut.

“Kita tunggu disini sampai siang, yang letih boleh tidur, nanti mungkin mereka akan menghubungi rumah ini, Zakiah, pergi tidur dulu dengan Sumayya.” Abah memberi arahan, segala arahannya diikut Ibu tanpa banyak soal, bagaimana untuk tidur? Untuk menutup mata pun mereka berdua tidak mampu, Sumayya mengambil Al-Quran dan membacanya, Ibu sekadar mendengar dengan penuh Khusyuk, Malam hitam yang penuh dengan tanda Tanya itu berlalu dengan gerak yang sangat perlahan.

Benar, benar tekaan Abah, Uwais ditahan ISA, baru sekejap tadi mereka dihubungi, hancur luluh hati Sumayya, cepat-cepat dia beristighfar saat teringat kata-kata suaminya suatu saat.

“ Abang menikahi Sumayya kerana Abang tahu Sumayya boleh tabah menghadapi segala kemungkinan dan risiko dijalan juang ini”

Setahun mereka bahagia, dan baru kali ini mereka diuji dalam keadaan yang mengejutkan, ya, dia harus bersedia dalam keadaan tidak bersedia.

Namun tuduhan mereka yang Uwais terlibat dalam pembuatan Bom untuk menyerang sesetengah tempat dalam Negara langsung tidak boleh diterima akal, benar kata Abah, ini perancangan yang begitu licik, Uwais dighaibkan begitu sahaja, ISA, Sumayya akan mengkaji tentang itu mulai saat ini, sekarang, dia harus bersiap ke Kem Kemunting, itu yang diberitahu Abang Umar sebentar tadi, Abah dan Ibu tidak ikut serta, Abah ada prinsipnya sendiri, Uwais tidak bersalah, jika Abah dan Ibu pergi, seakan Abah mengakui kesalahan Uwais, Sumayya sampai lupa menjaga dirinya sendiri dek terlalu gusar.

“ Apa khabar Sumayya” Sumayya hanya mampu mengangguk, mereka dipisahkan dengan jaringan yang begitu padat, hanya mampu menghulurkan dua jari sahaja, Sumayya memegang dua jari Uwais kemas, usaha dia memaniskan wajah, tidak mahu menangis dihadapan suami kecintaannya biar rindu itu itu begitu mencengkam .

“Abang sihat, sudah makan, sedap?, Abang tidur dimana, ada katil,selimut?” Uwais tergelak kecil, soalan bertubi-tubi dari Sumayya begitu menyenangkannya.

“jangan risau tentang abang, doakan abang dibebaskan sedikit masa lagi, buat masa ni , Sumayya tinggal dengan Ibu dan Abah, jaga diri, jaga anak abang baik-baik, jangan lupa makan, ya” Sumayya terangguk-angguk, sedayanya dia cuba untuk senyum.

“ Sumayya boleh tolong Abang?” mata Sumayya bercahaya, dia mengangguk lagi.

“ Abang ditahan bersama Ustaz Saiful seorang kenalan sewaktu Abang menuntut di Pakistan dahulu, lawat keluarganya di Alamat yang akan abang beri nanti, berilah sedikit bantuan, isterinya baru sahaja melahirkan anaknya yang keenam, dan yang lainnya masih kecil, mereka hanya bergantung pada Ustaz Saiful”terang Uwais panjang lebar.

“ Subhanallah~mereka sebegini kejam abang?” Sumayya betul-betul tidak menyangka.

“ Sabarlah, ALLAH sedang melihat segala perbuatan kita”

“Baiklah, Sumayya akan melawat mereka, Abang jaga diri”

Masuk kedalam kereta, Sumayya menangis semahunya, Air mata yang disimpan sedari tadi terhambur keluar, kata-kata semangat dari kakak iparnya terlalu sukar untuk dicerna, tiap detik dalam perjalanan pulang begitu menyakitkan.

Dua tahun berlalu dengan pantas, tapi tidak bagi Sumayya, Dua tahun bagaikan dua puluh tahun baginya, Anak kembar mereka, Hanan dan Hanin sudah menjangkau usia setahun lima bulan, penat lelah menjaga mereka dibantu Ibu dan Abah, menuntut kesabaran yang bukan biasa-biasa, minggu lepas, pertama kali anak kembarnya dibawa masuk kedalam ruang tahanan yang begitu jauh dan perbagai halangan untuk memasukinya, Uwais begitu gembira, itu pertama kali dia melihat air mata Uwais menitis, itupun, kedua bayi kecil itu hanya dapat disentuh dengan dua jarinya, dia pula berusaha untuk tidak menitiskan air mata sedikitpun, dia tidak mahu menambah kerisauan Uwais melihatnya berduka, kali ini dia turut membawa Isteri Ustaz Saiful bersama, anak-anaknya yang masih kecil kelihatan begitu gembira, seperti sebelum-sebelumnya, setiap kali ingin melawat Uwais, dia pasti bertanya kepada Isteri Ustaz Siaful samaada ingin mengikuti atau tidak.

“ Ini Abi Hanan dan Hanin..” dia bersuara lembut ‘mengenalkan’ Hanan dan Hanin kepada Ayahandanya, rengekan kecil kedua bayi tersebut mencetus riang dihati Sumayya, tempiasnya juga buat Uwais.



Ujian Sumayya bertubi-tubi, setiap malam, pasti ada lelaki yang menghubunginya mengucap kata yang mengarut, malah dari nombor yang berlainan, memintanya meninggalkan Uwais , memfitnah Uwais dan sebagainya, sedikitpun tidak menggugat setia Sumayya, dia tahu ini juga perancangan jahat mereka, Sumayya tidak pernah bercerita susahnya pada Uwais, tidak mahu menyusahkan Uwais.


Dipertengahan malam, Sumayya terus mengadu pada Allah, seperti malam-malam yang sebelumnya, terus bermunajat, moga Allah terus mencekalkan jiwa mereka, hingga kini, sudah lima tahun Uwais Al-Qarni ditahan di Kem Kemunting, segala pahit ditelan sedayanya, begitu juga Uwais, dia tahu, pelbagai siksaan Uwais tempuhi disana, tetapi tidak pernah sedikitpun Uwais bercerita mengenai siksaan itu saat mereka bertemu, Uwais makin kurus, makin cengkung, tapi senyumnya tidak pernah berubah, senyum itulah yang menemani tiap malam Sumayya, usai solat sunat witir dan membaca Al-Quran, Sumayya menulis diari, seperti yang dilakukan hampir tiap malam, Bila Uwais kembali, akan diberikan Diari itu pada Uwais untuk dibaca.

Jumaat
31 julai 2009.

Abang,

Hanan dan Hanin makin nakal, semalam Hanan menangis tidak mahu kesekolah, Sumayya jadi serba salah, saat Sumayya menyoal hafazan juzu’ amma mereka, ternyata Hanin mendahului hanan, Hanan masih di surah Al-Kauthar, Hanin sudah mendahului disurah Al-Fiil, Sumayya jadi risau, andai abang ada, pasti abang akan menasihati Hanan, mungkin dia rindukan Abang, berkali-kali dia mengajak sumayya melawat abang, dia masih belum faham dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk melawat abang.

Abang,

InsyaAllah esok pagi Sumayya akan turut serta dalam demonstrasi mansuhkan ISA, semalam Abah bersetuju untuk pergi, Sumayya akan pergi dengan Abah, kami akan duduk dibarisan hadapan, kalau Sumayya bertemu Abang hari ini, Sumayya akan suruh abang doakan kami.

Abang,

Kesihatan Ibu makin teruk, Ibu terlalu rindukan Abang, entah berapa lama lagi abang akan ditahan, Sumayya sentiasa berdoa abang akan segera pulang, Sumayya akan cuba minta Abang Umar uruskan prosedur untuk abang pulang sebentar melawat ibu, Sumayya tahu, itu tidak mudah bukan?




Abang,
Perlukah Sumayya memaafkan mereka yang melakukan kita begini?
Nanti esok Sumayya menulis lagi.Assalamualaikum.

Saat menutup diarinya, sehelai kertas yang dilipat kemas terjatuh, Sumayya tersenyum kecil, dibuka lipatan itu dan diamati bait-bait indah tulisan tangan yang diberi suaminya setelah beberapa bulan dia ditahan dulu, kata-kata itulah yang memberi seribu semangat buat dirinya, lebih-lebih lagi saat baru melahirkan Hanan dan Hanin.


For my Princess,
You never once complained when you know that we would have nothing
You were content on having only what little that you needed
Where others would left or moaned, you never once let out a sigh
You understood that what was written was what we would eat
I never once complained about what was put in front of me
As I knew it was your hands that brought it to me
When I had nothing, I had you
You put your trust in you Rabb and in turn you followed me
Never did I have to wonder about you as my secret , my honour and my Deen were save with you
We both know what hardships you face just by being with me
But not a word did you speak
You were strong and in turn made me strong
Like a vanguard for this Ummah, you concealed yourself
Where others would rush to please their desires, you were the essence of taqwa
Life was easy with you and it come so naturally
You were the extension of me and I would never need to finish my word as who knew me better than you
You knew your place which was by my side
It is the little thing that make the person and you would easily have kept me going for a life time
The way you would look at me with fire in your eyes showed me that I was the only one for you
You stole my hearth and hide it away
I love you jealousy and I love to tease you with the thought of others just so I could know how dear I was to you
What chance did shaytan have when you would ensure that fajr was the easiest of the salahs
I loved that you would forsake me in and instant to fast a voluntary fast
I loved that the Haq was dearer to you than my life and those of our jewels
Don’t think I left you
Don’t think that in this world anything is dearer to me than the minutes that I walk home knowing what waits for me behind closed doors
I went to find a better place to us
I went to fulfill the best of deals
I saw in written that if you give your life
Eternity would be ours
I saw in written somewhere that this was all a test and I have no doubt that the one who promises us and whose word is the truth must love me very much as he gave me you and you were the hardest thing to give up
They say the mind cannot comprehend what await us that sadness will be forgotten and they say that the eye has yet to see and a ear has yet to hear the beauties that await us in our new home
Is it not fitting that I go to see this land afar to take you and our children?
Tell them that the pain will be a pinch and then they will see what I see, they will see the beautiful bird that come to meet them
Tell them the Angles will call them with the best of name and most of All that Allah the one, the Eternal will be pleased with them
I told you once that only two things will have me
You and death
My life was with you but now I must marry again, I must marry what was promised to me the moment I was born , I must marry my fate and in turn I must marry death
After death will come reckoning and if I stand with the best of creation, with the permission of Allah Lord of the Heavens and the Earth I will beg for you
None was worthy enough to stand next to me in this life so why is it that I should desire another in the next?



-Uwais Al-Qarni bin Abdul Aziz




………………………….

Salam jihad, ini cerpen selingan untuk seruan mengajak anda beramai-ramai keluar pada satu ogos nanti untuk demonstrasi mansuhkan ISA.

Jangan fikir saya yang terlalu ‘mengekstreamkan’ kisah tahanan ISA, sebab kisah mereka lebih Ekstream dari cerpen saya, haha~(sebenarnya nak buat ala- ala kisah Syed qutb dan Zainab Al-Ghazali kena sebat masa kena tahan dulu..)

Saya tipu? Tidak, saya hidup dalam suasana melihat Ustaz saya ditahan ISA, saya lihat sendiri kehidupan isterinya, saya lihat sendiri air mata Isterinya, ya, Ustazah saya begitu tabah membesarkan dua orang anak lelakinya, saya hanya ‘meminjam’ sedikit kisahnya untuk menulis cerpen ini.

untuk semua muslimah, bersedialah untuk menjadi isteri seorang mujahid.

Read More

Thursday, July 23, 2009

Menanti Hanan~siri lima

muslimah Pictures, Images and Photos

MH 1- SINI
MH 2- SINI
MH 3- SINI
MH 4- SINI


“Kak long…”Suara Aisyah memecah sunyi, berjalan perlahan mengheret anak patung beruangnya.

“Aisyah tak tidur lagi sayang, meh sini..”Melati menarik Aisyah ke dalam pelukannya.

“Adik nak tidur dengan Kak Long..”Aisyah berbaring di Bangku kayu jati berbantalkan riba Melati.

“Kak Long..” Mulut gadis kecil itu masih belum mahu berhenti berbicara.

“Hurmm” Tangan Melati mengusap lembut dahi Aisyah.

“ Sampai mati ke kita dah tak boleh jumpa Ummi?” Melati kaget, dipandangnya Fateh yang turut tersentak.

“ err..Kalau Adik baik, rajin pergi sekolah,dengar cakap Kak Long dengan Abang Ngah..nanti Adik boleh jumpa Ummi.” Tergagap Melati mencari jawapan yang paling sesuai

“Nanti Adik besar, Adik boleh jumpa Ummi la ye?” gadis kecil itu mendongak, memandang Melati, ada sinar harapan dimatanya.

“Tak sayang, bila di Syurga..” Melati mengungkapkannya perlahan, Fateh buat-buat sibuk, tak sanggup dia menahan perasaan.

“Alaa..lambat lagi la ye..” Suara gembira yang sarat harapan tadi kendur kembali.

“Kenapa Allah ambil Abah dengan Ummi Kak Long?”

“Sebab Abah dengan Ummi orang baik, Allah sayang lah.”

“Adik jahat?”

“Tak..”

“Habis tu, kenapa Allah tak Ambil Adik.”

“Sebab, Allah tahu, kalau dia ambil Adik, Kak long takde teman hiburan yang boleh buat Kak long ketawa nanti..” Air mata Melati hampir tumpah, dia tahu, Aisyah terlalu rindukan Ummi dan Abah.

“Kalau macam tu, Adik janji tak nakal, Adik janji akan ikut cakap Kak long”

“Sebab..” Melati menguji.

“Nanti Adik boleh cepat jumpa Abah dengan Ummi..” Air Mata melatih mencurah – curah akhirnya, Fateh pun.


…………………………………………………………………………………………….

“ Minum Abah..” Melati Menunduk, Air susu panas bercampur madu diletak disebelah kanan Abah, hatinya masih sebal. Abah ralit menaip sesuatu di Komputer ribanya.

“Kak long..” Melati berpaling.

“Duduk..”Melati duduk disebelah Abah, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut, halaman rumah yang dipenuhi pokok-pokok bunga itu tenang, kontra dengan hati Melati sekarang.

“ Kak Long masih marah?” Abah berhenti menaip, lantas menarik nafas panjang sebelum memulakan soalan.

“ Kak Long benci Pak Lang..”spontan, menterjemahkan keseluruhan perasaannya kini.

“Dia adik Abah..” Abah bersandar, kepalanya didongak memandang langit.

“Abah buat je report polis, senang, terus Pak Lang masuk penjara, dia dah banyak menyusahkan keluarga kita.” Melati mengesat air matanya kasar, walaupun perwatakannya lembut, jiwannya keras.

Abah senyap, ya, Marah Melati berasas kukuh, mana tidaknya, Ummi sampai terlantar di katil ditolak Pak Lang yang tiba-tiba masuk kerumah sewaktu Abah tiada,datang pula meminta wang, dasar penagih dadah.Melati berdengus kasar.

“Kak Long tahu..”Abah berpaling ke arah melati, ayat Abah putus-putus.

“ Apa pesan Tok Wan pada Abah?”Melati menanti ayat seterusnya pada Abah.

“ Jaga, jaga dan jaga adik kamu..” Abah mengajuk kata-kata Atuk. Dua lagi Adik abah meninggal sewaktu kecil, sebab itulah hanya tinggal Pak lang yang amat disayangi Atuk sebagai yang bongsu.

“ Setiap kali abah nak report polis, setiap kali itulah, Abah teringat Arwah Atuk.

“itu bukan penyelesaiannya Abah, abah kena bertegas.” Melati mengawal suara, rasa hormatnya begitu menggunung pada Abah.

“ Pak Lang bukan sekadar menagih Kak long, dia turut mengedar, hukumannya gantung.” Abah berusaha hari-hari nak pulihkan dia, macam-macam doktor dan ustaz abah jumpa, kalau ke pusat pun dia lari..” Abah menerang panjang lebar.

“Dia satu-satunya adik Abah, maafkan Abah” air mata Melati tumpah saat itu, Insan yang amat disayanginya mengungkap kata maaf?

“Abah akan cuba lagi..” Intonasi suara Abah mula berubah, Melati tahu, dia betul-betul kecewa dengan Pak Lang. Melati merapati Abah, menarik tangan Abah.

“Maafkan Kak Long Abah..Kak Long janji akan memahami Abah” Melati mencium tangan Abah, ubun-ubunnya digosok abah, lembut.

Air matanya tumpah.


“Sampai bila Kak Long nak terus tenggelam dalam kenangan macam ni?” lamunan panjang Melati mati, lantas berpaling kearah suara itu.

“Angah..”sepatah, dikesatnya air mata yang berlinang di pipi.

“Kak Long kena kuat, baru kami jadi kuat..manusia tak boleh hidup ditelan masa lampau Kak Long..” Muhammad Al-Fateh bergerak ke depan, mengambil tempat disebelah Melati yang duduk dibangku mengadap kolam ikan kecil dihadapan mereka.

“Sekuat mana pun Kak Long, kadang-kadang kalah jugak ngah..” tangan Melati ligat memberi makanan kepada ikan – ikan kecil yang berenang gembira di dalam kolam, menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

“..Dan masa lampau sebenarnya menjadikan langkah manusia lebih kuat..” sambung Melati, memaksa diri untuk senyum.

“Sebab tu Angah tak kasi Kak Long berhenti belajar, kalau kat kolej, Kak Long boleh sibukkan diri dengan kerja-kerja Kak Long..” Fateh bangun menuju ke pili air.

“Kak Long dah buat keputusan, lagipun Adik perlukan Kak Long..” pandangan mata melati mengekor langkah Fateh.

“Adik angah boleh jaga..Makandak pun ada apa..”Fateh melipat seluarnya separuh betis.

“ Yang penting Kak Long dah selesaikan semuannya, minggu depan Kak Long mula kerja” tegas Melati.

“Angah tengok Kak Long nangis lagi..siap la..” getah paip dihala ke pokok-pokok Bunga dihadapannya, Melati gelak.

“Tak Janji..” Melati berlalu, menuju ke pintu belakang, hajatnya mahu membantu Makandak masak untuk hidangan makan tengahari itu.


Pinn..pin..!!

Melati berpaling semula, langkahnya terhenti, matanya mengecil, memperhati kereta berwarna putih yang berhenti dihadapan rumah mereka, seakan dia pernah melihat kereta itu, Melati berusaha mengingat kembali.

“Siapa tu ngah?” Fateh menggeleng, turut sama memanjangkan leher, air yang mengalir laju ditutup.


“Kak ti!!!” sesusuk tubuh lengkap berjubah merah hati dan bertudung labuh berwarna pink melambai-lambai dari arah pagar yang masih bertutup.

“Ya Allah..budak-budak ni..”berlari Melati ke Arah pagar.

“Angah bukak pagar.”sempat dia menjerit berpesan pada Fateh, Fateh melangkah ke dalam rumah.


“ Sampai jugak kitorang kat rumah Kak ti..” Humaira yang nakal yang mula-mula bersuara sebaik melangkah masuk ke rumah itu.

“ ye la, datang bukan nak bagi tau dulu..” Melati buat nada merajuk.

“ Kalau bagi tau nanti Kak ti buat kenduri pulak..” mereka ketawa, enam orang semuanya, Humaira, Syuhada, Amalina, Khadijah , Syahirah dan Iman, keenam-enamnya adalah adik-adik usrahnya dalam kumpulan usrah yang diberi nama Rabiatul Adawiyah, semuanya masih di semester dua dalam pelbagai bidang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

“Syuhada dah dapat lesen ye..”teringat Melati pada adiknya yang satu ini, beriya benar bercerita kepada Melati hajatnya ingin membuat lesen Memandu pada cuti semester yang lalu, berjaya juga.Syuhada mengangguk kecil.

“macammana dapat cari rumah ni, jarang tau kalau ada tetamu datang terus dapat cari rumah ni?” soal Melati.

“ hehe, Kak Hani yang bagitau petunjuknya, oh ya, Kak Hani, Kak Amirah, Kak Suraya, dan akak-akak yang lain semua kirim salam.”oh..patutlah, mereka semua kerap datang kerumah Melati.

“Waa’laikumussalam..kenapa tak datang sekali?”

“ Oh..hari ni, diorang ada Program, jadi tak dapat datang” Melati memahami kesibukkan sahabat-sahabatnya yang tidak pernah jemu dalam gerak kerja menegakkan Islam.

“Eh , sekejap, Kak ti buat air ye..” Melati berlalu ke dapur.

“Assalamualaikum..Ramainya orang..”Aisyah tiba-tiba muncul di muka pintu.disalamnya semua tetamu seperti yang diajar Ummi dahulu.kemudian berlari ke dapur.

“Comelnya, tu kot adik bongsu Kak ti yang Kak ti selalu cerita tu..” Ujar Amalina, yang lain mengiyakan.

“Adik Kak Long pergi mana ni..” Melati menyoal sebaik melihat Aisyah masuk ke dapur, Tangannya ligat membancuh air Sirap Bandung, matanya kembali memandang isi jag ungu dihadapnnya, panas-panas begini seeloknya dihidang air sejuk, biar hilang dahaga tetamu yang bersusah payah menjenguknya.

“Adik pergi rumah Siddiq, main askar-askar..”Melati mengerut dahi lantas menggeleng kecil.

“Siddiq tu kan lelaki, main askar-askar pulak tu, adik kan perempuan, kenalah main permainan perempuan..” tegur Melati, sedikit tegas.

“Alaa Aina balik kampung la Kak Long , Adik tak tahu nak main dengan siapa..Lagipun adik main dengan Deeya, dengan Ali dengan Mira ramai tadi..” Petah gadis kecil itu bersuara.

“eh, terlupa pulak..” Melati berpaling kea rah Aisyah yang sedang menepuk dahi, apa lagi yang mahu diomelnya.


“Mintak maaf Kak Long, Adik tak ingat hari tu dah janji nak dengar cakap Kak Long..”

“Tau takpe..”Melati mengiyakan, Makandak yang sejak tadi menjadi pemerhati setia tergelak besar.

“Ha, Kak Long, makanan Makandak dah hidang tu, moh ajak kawan-kawan makan sekali” Melati mengangguk, terus berlalu kedepan.

“ mintak maaf, lama sangat tunggu airnya, eh, tengok apa tu?” Jag yang penuh dengan air sirap bandung diletak atas coffe table dengan penuh hati-hati, kembali dialihkan perhatian kepada keenam-enam gadis remaja yang masih membisu dihadapannya.


“ Tengok Album ni Kak ti..takpe kan..mintak maaf tak mintak izin”Amalina mula bersuara, yang lain mula tersedar.

“eh, mintak maaf jugak Kak Ti , tak mintak izin..” yang lain pula bersilih meminta maaf. Melati senyum.

“Apelah korang ni, tengok je, lagipun memang album tu untuk ditengok, bukannya hiasan kan..”Melati masih mesra seperti dahulu, itulah yang membuatkan adik-adik usrahnya sangat menyayanginya, bukan sahaja diwaktu senang, malah mereka turut menangis bersamanya sewaktu mendapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa kedua ibu dan bapa Melati, kebetulan waktu itu mereka sedang membuat liqa’ sebentar usai solat magrib di masjid, Waktu itu Melati begitu tenang menjawab panggilan telefon dari pihak berkuasa, dan pada waktu itu mereka berenam masih diambang peperiksaan akhir, jadi tidak dapat sama-sama menghadiri pengkebumian jenazah Abah dan Ummi Melati.

“Cantiknya Arwah Ummi Kak ti, macam Kak ti jugak..” Iman mengusap lembut bahu Melati yang duduk disebelahnya, yang lain mula berpandangan, tadi mereka sudah berjanji untuk tidak menyentuh perihal Arwah, bimbang lukannya masih berdarah.

“dari apa yang iman tengok, mesti dua-dua ni kuat, tegas..penyayang..” Melati senyum, dia terangguk-angguk.

“jadi Kak ti mesti lebih kuat, hasil gabungan dua insan yang istimewa ni, kan..” Iman memeluk Melati. Pelukan mereka erat, seerat ukhwah yang terbina atas dasar Cintakan Allah dan Rasul, sama-sama berjuang menegakkan agama, indahnya ikatan persahabatan terasa sungguh luar biasa.

“tak aci, Khadijah nak peluk Kak ti jugak..” Khadijah yang berada di sebelah kiri pula memeluk mereka berdua, yang lain turut hampir menitiskan air mata,

“Kak ti sayang semua..”

“ sayang kami lagi banyak Kak ti..” lanjut Syahirah.

“Dah..dah..tak mau sedih-sedih, jom makan, nanti sejuk pulak nasinya..” pecah tawa mereka, lantas sama-sama melangkah ke dapur.

Melati tersenyum mengingati sebuah Hadith,

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad)


Usai solat Zohor berjemaah, mereka mengadakan Usrah, sudah hampir dua minggu mereka tidak membuat Liqa Ilmu sebegini, sudah lama rasanya sudah tidak mengecapi nikmatnya jiwa-jiwa bersatu dalam taman-taman diantara taman-taman syurga ini, sudah lama rasanya tidak mendengar bibit nasihat dari sahabat-sahabat ini, seperti penagih mendamba candu, yang pasti, jika terus dibiar lama, makin kontanglah hati-hati ini andai tiada aliran yang menyuburkannya, bimbang- bimbang jiwa ditelan futur, jemu pada dakwah yang tiap detik mengundang hujanan derita, namun maniskan dihujung sana, nun disyurga.

“ kebetulannya Kak Ti baru selesai baca buku ini..” Usai memanjat syukur pada Illahi serta selawat dan salam pada junjungan mulia, Nabi Muhammada S.A.W. , Melati memegang senaskah karya yang begitu berharga , dihalakan muka depannya kepada semua, Aisyah yang bersandar diribanya turut tertarik untuk melihatnya.

“Hari-hari dalam hidupku” Humaira bersuara tanpa dipinta, Melati terangguk-angguk, bibirnya mengukir senyum Indah.

“ Zainab Al-Ghazali” giliran Nurul Iman bersuara,.

“Betul..buku yang Kak Suraya cadangkan adik-adik baca hari tu, Kak Ti pun bari je habis baca, apalah Kak Ti ni..”sambung Melat, sedikit menunduk

“Okey apa kata kita bincang tentang buku ni..?” cadang Melati, yang lain terangguk-angguk, disambut dengan senang.

zainab al ghazali Pictures, Images and Photos

“ Bismillahirrahmanirrahim..seperti yang kita bincang dalam Usrah sebelum ni, ya, dialah Zainab Al-Ghazali itu, seorang muslimat yang begitu obses dalam menegakkan agama, yang begitu menggilakan perjuangan walau menghadapi ujian yang bukan biasa- biasa, hingga Jamal Abdul Nasir, pemerintah republik mesir pada ketika itu begitu takut padanya, buktinya, dia mengeluarkan arahan supaya Zainab Al-Ghazali yang mulia ini diseksa seperti siksaan keatas tahanan lelaki” sinar mata keenam –enam mereka mengembirakan Melati, malah menambah semangat melati untuk menyambung kisah itu.

“buku ini sarat dengan permainan emosi, kalau dukanya Zainab Al-Ghazali, ia seakan menarik kita untuk sama-sama merasa deritanya dia, kalau gembiranya Zainab Al-Ghazali, kita akan turut tersenyum merai gembiranya, walaupun hampir 90 peratus kisahnya dalam penjara yang penuh dengan Syaitan-syaitan hitam yang siap sedia dengan kayu sebatan di tangan yang tiap detik menyinggah di tubuh tahanan Ikhwanul Muslimin, ada terselit cahaya gambira seperti saat mimpinya bertemu Rasullullah, buat Kak Ti menangis kerana turut merindui Rasullullah, dan Kak Ti cemburu dengan Zainab Al-Ghazali yang dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi, malah Rasullullah sendiri yang memujuknya supaya bersabar, indahnya..subhanallah, entah bila kita dapat mengecap bahagia sebegitu,” Melati memeluk naskah bingkisan kisah Zainab Al-Ghazali rapat kedadanya, matanya mula menakung air, Amalina, Syuhada dan Nurul Iman sudah menunduk, bermuhasabah diri.yang lain masih menunggu kisah selanjutnya, biarpun ada dikalangan mereka yang sudah menghadam buku tersebut, cara Melati menyampaikan kisah itu begitu meruntun jiwa.

“ Kak Long, dia tinggal dalam penjara berapa hari..?” Aisyah tiba-tiba bersuara, Melati tersenyum.

“Lama sayang, hampir setahun lebih, hari-hari disiksa dengan macam-macam siksaan, ada masa lepas Zainab Al-Ghazali disiksa teruk, dia dimasukkan pula kedalam Penjara Air dengan luka-luka yang teruk, mesti pedihkan Aisyah” Aisyah terangguk-angguk.

“ hari tu yang Aisyah jatuh, lepas tu, Abang ngah letak air pun sakit sangat Kak Long” Melati sambut dengan senyuman.

“ dalam fikiran Zainab Al-Ghazali hanya ada perjuangan menegakkan Agama Islam yang suci ini, dalam fikiran kita jarang-jarang fikirkan masalah umat islam yang makin hari makin hanyut” Syahirah memberi pendapat, pandangan mereka beralih pada Syahirah.

“ kita disibukkan dengan macam-macam urusan dunia, kita minta pada Allah agar dijauhkan dari penyakit Wahn, sedangkan dalam solat pun kita sering berfikir tentang urusan dunia, alangkan memalukan diri kita” sambung Syahirah, matanya bergenang.

“ Ditimpa ujian yang sedikit pun, tak sedar kita sering salahkan Allah, kita mengaku berjuang kerana Allah, tapi kita sering menyalahkan-Nya jika ditimpa musibah” giliran Nurul Iman bersuara.

“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah , moga- moga kamu beruntung” Melati membaca ayat ke 200 dari surah Ali ‘Imran dan turut membacakan terjemahannya.

“ Dalam memenuhi tuntutan kewajipan berdakwah dalam lingkungan kita, entah berapa banyak ujian yang kita dah lalui mahupun akan lalui, yang berjaya kita lalui, Alhamdulillah, jangan lupa panjatkan doa agar kita terus tsabat dalam dakwah dan tidak Futur dek tohmahan dari manusia atau ujian dalam bentuk lain, ingat, kita masih ditapis Allah tapisan demi tapisan sehingga kita mati, rugilah kalau kita tercicir dalam perjuangan menegakkan Agama suci ini.”sambung Melati.

“err..Kak Ti, Humaira tertarik tentang kisah Zainab Al-Ghazali tadi, tentang yang Kak Ti kata Zainab Al-Ghazali obses pada Agama, apa pendapat Kak Ti, kalau hari ni, kita-kita ni pakai jubah dan tudung labuh, dan ada yang pakai Niqab macam Syuhada dan Amalina, dikatakan orang yang Obses dan ektream pada agama.?” Soalan kedua selepas soalan dari Aisyah diaju pada Melati.



“pendapat Kak Ti, kita kena Obses pada agama, pada perjuangan kita, sebab ini keyakinan kita, ya, Kak Ti obsess pada perjuangan ini, kalau kita Obses bermakna kita akan bersungguh-sungguh mempertahankan keyakinan kita walaupun diterjah bermacam kejian dan makian, dek kerana kita yakin bersandar hujah yang bertepatan secara Skriptualis, kita akan tetap teguh pada gerak kerja dakwah ini..”

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)"

“ Adik, kita sudah jadi golongan asing seperti yang dikatakan Rasul kecintaan kita, tidak hairan ada ramai golongan yang menentang, matlamat kita bawa mereka sama-sama dengan kita, jangan biarkan yang hanyut terus hanyut, jangan disebabkan maki keji mereka, kita jauhi mereka dan biarkan mereka terus menjauh, lebih- lebih lagi kalau kita yang berubah disebabkan pandangan negative mereka, nauzubillah..” Mereka terangguk tanda faham.

“Pandangan Kak Ti pada Muslimat yang terlalu lantang bersuara menyatakan pendapat didepan Muslimin?” soalan seterusnya dari Amalina, Melati menitip senyum, gembira dengan Usrah yang ‘hidup’ seperti ini, ada tindak balas, ini barulah Usrah sebenar.

“ dalam gerakan dakwah, Kak Ti lihat ada dua golongan Muslimat, setengahnya cenderung bersikap sopan dan menyimpan, dimaksudkan menyimpan ini adalah tunggu liqa bersama muslimat baru nak bersuara, malah ada yang tak nak bersuara lansung sebab bimbang pendapatnya mengundang malu dan diperlekeh, sedangkan kita belum tahu, entah-entah ideanya lah yang ditunggu-tunggu, dan satu golongan pula yang cenderung mengeluarkan pendapat, begitu berani hingga kadang-kadang kelihatan begitu menyerlah..”

“ha, betul tu Kak Ti, muslimat mana boleh menyerlah- menyerlah sangat kan Kak Ti..” sampuk Humaira, pantas tangan Amalina yang duduk disebelahnya menyambar peha, Humaira terjerit kecil, -menyampuk~ Melati mengeleng seraya tersenyum.

“ Bagi Kak Ti yang ditengah-tengah, terlalu meyimpan pun tidak, yang terlalu berani pun tidak, biar yang sederhana, nyatakan pendapat dalam nada tegas, bukannya terjerit-jerit menyangkal, yang terlalu sopan pun biar sopannya sekadar sahaja, itu pendapat Kak Ti ye, Kak Ti pun masih belajar,” Mereka angguk setuju.

“Bila hati hanya ada Allah, Kak Ti rasa takde dah istilah malu, poyo, dan macam-macam lagi, otak kita akan fokus pada perjuangan dan dakwah, pendapat dan keberanian kita hanya untuk masa depan Umat, dan yang lain tidak pula bersangka buruk kerana kita hanya fikir untuk selesaikan masalah Umat yang terletak dipundak kita”Melati teringat kisah Zainab Al-Ghazali yang menjadi inspirasinya.

“yang penting kalau pendapat tak diterima syukurlah, kalau diterima Istighfar..” sambung Khadijah.

“ berbalik pada Zainab Al-Ghazali, renung- renunglah, andai kita dihidang harta dan pangkat disebelah , dan disisi kita penuh luka sebatan, dihati letih dengan kesakitan, masih mampukah kita memilih akhirat berbanding dunia.” Melati menarik kembali fikiran mereka pada kisah perjuangan Zainab Al-Ghazali, menebak hati mereka dengan persoalan yang lazim dalam perjuangan.

“ moga kita memilih Akhirat..” akhirnya Melati sendiri yang menjawab bila melihat mereka semua tertunduk, dalam hati Melati berdoa agar diteguhkan hati mereka sehingga ke akhir hayat.

Usrah berakhir dengan doa rabitah, tangan mereka bertaut, berdoa dengan sungguh-sungguh, moga hati mereka terus bersatu, jiwa mereka terus bertaut, atas nama cinta pada Illahi, pada perjuangan Nabi yang diteruskan oleh mereka~

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.


sambung lagi..ini sekadar video saje2 untuk yang nak tahu lebih lanjut apa itu 'ghuraba'.check it out~






Read More

Tuesday, July 21, 2009

Cekik Tercekik mencekik ?

cat Pictures, Images and Photos

Bila-bila pun boleh tercekik, dulu bush boleh masuk hospital sebab tercekik biskut, ramai baby yang tercekik susu, baru-baru ni, seorang warga emas pula meninggal dunia akibat tercekik rambutan, memang kenangan pahit musim buah, yang nak makan rambutan, jangan telan rambutnya, yang nak makan durian jangan makan durinya, yang nak makan isi kelapa, jangan dimakan sabutnya, nanti tercekik.hehe, tak, tu hiperbola namanya, yang penting, -berhati-hati makan buah di musim buah yang sepoi-sepoi bahasa ini-mengarut~

Boring-boring, tengok MHI sambil lipat kain, ada diterangkan tentang cara-cara nak selamatkan orang tercekik, jom tengok~

Sebelum tu, kalau berhadapan dengan orang tercekik-jangan panik! Takut anda tercekik sama.

Ada banyak cara,

- cara pertama, cara yang lama, tundukkan mangsa dan tepuk belakang dia, tapi cara ni orang dah tak pakai, boleh..boleh pakai, tapi jom cuba cara baru.

- cara kedua, genggam ibu jari, peluk mangsa dari belakang, tekan abdomen (antara pusat dan dada) mangsa dengan tangan yang mengenggam ibu jari tadi, kuncikan dengan tangan lagi satu, tekan sekali, dan kalau tak keluar benda yang ‘dicekik’ mangsa dalam kerongkongnya, berhenti sebentar, dan buat lagi, biasanya kalau benda yang lembut agak sukar untuk diselamatkan.

Yang penting tanya mangsa

“eh, ko tercekik ke?” hehe-okey ni bukan main-main, sah-sahlah kita dah tau dia tercekik bila tengok reaksi dia, tapi! Soalan ini penting untuk kita tahu dia boleh bercakap atau tak, kalau dia boleh bercakap, bermakna dia masih boleh bernafas, kalau tak jawab, tak lama la tu, bercakap juga penting untuk membuat mangsa terbatuk.

- cara ketiga, baringkan mangsa, tekan abdomen macam tadi, InsyaAllah benda yang ‘dicekik’ mangsa akan terkeluar.

- cara terakhir, CPR.


Cute baby Pictures, Images and Photos


Selamatkan bayi dari susu yang mencekiknya.

Jika diatas, isu ‘orang-orang tua’ ini perihal bayi, tentang susu formula yang bukan sahaja ‘mencekik’ bayi tapi turut ‘mencekik’ ibu bapa bayi dengan harganya yang ‘mencekik’. Nah, jelas susu formula memberi banyak kesan negative pada bayi:

-bayi yang diberikan susu formula selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit, antaranya cirit-birit, jangkitan saluran penafasan, Meningitis, jangkitan telinga, alahan, pertumbuhan gigi, malah penyakit kencing manis.

Sayangi anak-anak anda, susuinya hingga umurnya dua tahun, jangan bazirkan duit beli susu formula.okey!


Al-Fatihah buat mangsa..

Warga emas mati tercekik rambutan
KUALA TERENGGANU 19 Julai - Padah musim buah! Usianya hampir mencecah 80 tahun dan tiada sesiapa pun menyangka hayatnya yang begitu panjang berakhir akibat tercekik biji rambutan.
Kejadian tersebut menimpa seorang warga emas ketika menikmati buah rambutan bersama cucu-cucunya di rumahnya di Kampung Jeram di sini semalam.
Mangsa, Endut Abdullah ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang bagaimanapun tiba-tiba mengalami sesak nafas akibat tercekik biji buah tersebut.
Menurut anak mangsa, Awang Endut, 50, dia terus membawa ayahnya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan segera dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas selama setengah jam.
''Sebaik sahaja tiba di hospital, doktor mendapati jantung bapa saya lemah akibat saluran pernafasan tersumbat dan dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
''Namun, setelah biji itu berjaya dikeluarkan, tahap pernafasan bapa saya masih lemah dan dia akhirnya meninggal dunia disebabkan faktor usia,'' katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Awang menambah, bapanya memang menggemari buah-buahan tempatan dan menjadi kebiasaan adik-beradiknya membelikan buah tersebut ketika mengunjunginya.
''Mungkin juga sudah sampai masanya bapa saya pergi disebabkan tercekik biji rambutan dan setahu saya ini bukanlah kes pertama di negara ini,'' jelasnya.
Menurutnya, jenazah Endut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jeram Masjid di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.



Read More

Friday, July 17, 2009

Flowers Are Red

RED TULIP Pictures, Images and Photos



salam

sejak dua menjak ni, jiwa makin kearah keanak-anakan, kesan dari ' bergelumang' dengan kanak-kanak selama seminggu lebih , tiap apa-apa yang saya buat, saya akan ingat kat budak-budak tuh, mana lah hilangnya 'keprofesionalan' jadi seorang ustazah, jiwa makin kacau, kata orang,hehe~

sedih..

hari ni last jadi ustazah, minggu depan ustazah sebenar diorang kembali, malam ni dah rindu kat diorang, dengan serangan soalan bertubi-tubi.dengan gelak sakan..aduih..

nak-nak main kejar-kejar dengan diorang, boleh pulak keluar kelas secara berjemaah, ye, kalau cerita kat akak, mesti dia cakap saya terlalu berlembut-cikgu lah katakan..

"hanisah, berkejaran dengan budak-budak tadi?"erk..

penolong kanan satu 'serang' saya waktu masuk bilik guru.hehe, nasib baik bukan nak marah saya.

"nak jadi apa lah budak-budak tu, tak hormat guru langsung, ustazah lain dah geleng-geleng.

"nak kena budak-budak ni." sampuk beberepa orang ustazah yang lain.kalau depan budak-budak tuh, saya dah angkat ibu jari"padan muka,ustazah menang'

ye, saya memang takde bakat jadi ustazah kan.

teringat diorang berebut-rebut 'jemput' saya kat bilik guru kalau saya terlambat masuk sikit.

"Ustazah, cepat lah masuk, ustazah cakap nak ajar warna..nak tolong ustazah angkat barang.."aduhaiii..

"ustazah ada tangan lagi lah.."

nah hadiah, hajat nak bawak laptop ajar bebudak tuh nyanyi dua lagu ni, tapi, takut lain pulak jadinya nanti,hehe.

Flowers Are Red lyrics by Zain Bhikha



The little boy went first day of school
He got some crayons and started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
And the teacher said.. What you doin' young man
I'm paintin' flowers he said
She said... It's not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
And a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one

And she said...
Flowers are red young man
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen

But the little boy said...
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Well the teacher said.. You're sassy
There's ways that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me.....

And she said...
Flowers are red young man
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen

But the little boy said...
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

The teacher put him in a corner
She said.. It's for your own good..
And you won't come out 'til you get it right
And all responding like you should
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to the teacher
And this is what he said.. and he said

Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen

Time went by like it always does
And they moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said...Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's use every one

But that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him why
This is what he said.. and he said

Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen.


Pizza In His Pocket



Pizza In His Pocket lyrics by Zain Bhikha




Did you ever hear about the boy
Who ate and ate and ate!
He ate early in the morning
And he ate when it was late.
But he didn't thank Allah for all the yummy food he had
And he ate so much it made him sick!
Which really made him sad.
He ate dates in Damascus, which he thought were very nice.
And hot samoosas in Sumatra, seasoned with a special spice.
He had tacos in Tijuana with some sauce he got from Spain
And a bowl of fresh bakalava that he bartered in Bahrain.
He said gyros made in Cairo are a taste that can't be beat,
And the lemonade in Yemen made a very special treat.
But the turkey made in Turkey
Could still use a pinch of salt.
If you ever visit Malta, you should
Have a chocolate malt!
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn't miss dessert.
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn't miss dessert.

On a bay in the Bahamas,
He ate bon-bons in a bunch.
And then he rushed back
Home so he could make it
Just in time for lunch!
Then one day he saw a little girl, who held her tummy tight,
And he walked over and asked her if everything was alright.
She said she was so hungry and had been hungry for so long,
Then he realized the way he ate was very very wrong.
He looked down at his own tummy and he started feeling pain-
Pain from eating too much food, but he knew not to complain.
So he brought the girl some food, shared it with her family,
Then they thanked Allah for what they had, and then he let them be.
So let's try to learn a lesson and let's try to do what's right.
Eat the food your parents give you without a fuss or fight.
Always be thankful to Allah for all your yummy food,
Share what you have with others, because not sharing is rude.
Being thankful is what's really great.
Eat the veggies on your plate.
And don't be like the boy who always ate and ate and ate!
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn't miss dessert.
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn't miss dessert.
Being thankful is what's really great.
Eat the veggies on your plate.
And don't be like the boy who always ate and ate and ate!




Read More

Tuesday, July 14, 2009

Bertudung sampai kaki.

Naruto and Akatsuki in class Pictures, Images and Photos

“Ustazah, Ustazah kenapa Ustazah pakai tudung sampai kaki”

Saya berpaling, mengamati butir soalan yang keluar dari mulut seorang kanak-kanak lelaki yang berada dibelakang saya sebentar tadi, oh, okey, tudung saya, rupa-rupanya definasi kaki bagi kanak-kanak adalah biarpun hanya sebahagian kecil dari “kaki” saya, saya tak dapat menahan tawa, dihadapan lebih tiga puluh lebih pelajar, saya tergelak tak ingat diri adalah seorang ustazah dihadapan murid-murid, saya sepatutnya lebih sedar diri.

Entry kali ini akan menceritakan serba sedikit pengalaman saya sepanjang beberapa hari ini menjadi guru sementara di sebuah sekolah rendah agama.

“farhan, orang perempuan kena tutup seluruh tubuh, kecuali muka dengan tapak tangan” jari telunjuk saya menghala kemuka dan hujung tangan.Farhan yang comel terangguk-angguk, haha~lagak seorang guru mithali.

Itu baru satu soalan pecah perut, banyak lagi soalan-soalan maut yang memang tak mampu saya tepis.

Err..

“Ustazah akmal tunjuk aurat!!” saya terkejut, beriya benar zulfadli berlari kedepan mengadu kepada saya.

“Kenapa awak ni..” saya kerut kening, buat-buat serius.

“Tu..akmal tunjuk lutut dia” lagi sekali, saya tahan gelak.budak-budak baru belajar bab aurat..sabarrr..

“hey, akmal ustazah cubit nanti, siapkan kerja!” sekadar menyedapkan hati si zulfadli, saya melaung dari depan dengan jari telunjuk straight kearah akmal, budak tu senyum simpul, cubit betul-betul baru tau.

Kalau masa belajar, dari A ke Z nak ditanya, sekali belajar sirah, tak silap tentang kaabah runtuh dilanda banjir besar.

“Ustazah, abu amamah tu islam ke?” ha?

“ Ustazah masa tu umur nabi berapa” err..?

“Ustazah hajarul aswad tu hidup ke. Kenapa dia ada nama”..eemm..

“Ustazah, apa asal usul hajarul aswad tu..” arrrgghh..

“okey, mintak maaf, nanti ustazah cari asal usul dia..okey, nanti esok ustazah bagi tahu ye..”

Ya, esoknya masa saya masuk kelas tu untuk subjek bahasa arab, ada yang tanya.

“Ustazah semalam ustazah cakap nak cerita pasal asal-usul hajarul aswad..”hehe, dah cari kat internet malam tadi..

Ya, saya kena khatam buku fiqh harakah nampaknya untuk mengajar sirah budah darjah dua.

Yang bestnya duduk dengan kanak-kanak ni tang jujurnya.

“Siapa tak sembahyang subuh pagi tadi!”soalan pertama waktu masuk kelas petang tu.hampir separuh kelas angkat tangan.

“Ustazah, ustazah, saya lupalah..”

“Ustazah.. tak sempat..”

“Ustazah..saya sembahyang..”

“Ustazah, tadi dah lambat, mak saya cakap takpelah..”

Jawapan yang last tu paling best.

Yang paling saya lemah, masuk bilik guru, sebab saya terpaksa membiasakan diri untuk memanggil ustazah-ustazah yang saya hormati sebab hampir sebaya dengan mak saya dengan panggilan kak..rasa sangat rendah diri, sebab tu kalau masuk bilik guru, saya akan buat-buat sibuk, nak cakap pun sepatah dua.aduyaii..

Semenjak dua menjak nih, saya mula mempelajari sesuatu, seseorang tidak akan mengetahui perihal guru sehingga dia menjadi guru.

Dulu-dulu saya selalu geram bila ustazah tak ingat nama saya, ye, ingat nama untuk lima kelas amatlah susah, saya mula memahami cikgu-cikgu saya sekarang.

Kalau dulu, saya selalu cakap yang cikgu saya selalu pilih kasih, kalau nak tahu, seorang guru, bila masuk kelas, mesti ada dua tiga orang yang menaut perasaan sayang yang berlainan dengan murid lain, itu yang saya rasa, tengok dua tiga orang budak ni, rasa tak sabar nak jumpa diorang untuk hari seterusnya, sebab tulah orang cakap, nak cikgu sayang, perangai baik sikit, cumanya kena berbalik kepada sejauh mana profesionalnya guru itu meng’handle’ masalah ini. Baik tak payah nampak sangat.

Yang paling penting!

Sayangi guru anda, kerana tanpa mereka siapalah kita.-pesanan khidmat masyarakat dari nessasyahirah.blogspot.cheoww.

p/s: saya tak rasa nak berserius untuk entry kali nih..
Read More

Thursday, July 9, 2009

Kuasa Persepsi

persepsi Pictures, Images and Photos

Sejauh mana kita melihat gambar ini sebagai sesuatu yang sedang meningkat

Persepsi adalah proses-proses otak yang melibatkan penyusunan dan penterjemahan maklumat deria, sebagai contoh, anda melihat sekeping gambar yang memaparkan seorang pemain bola yang hampir terjatuh, seseorang mentafsirkan bahawa orang itu,ingin menendang bola, tetapi tergelecek kerana padang licin, dan ada juga seseorang yang lain mentafsirkan bahawa orang itu berselisih dengan pemain yang lain, tetapi gambar pemain itu tidak diambil sekali, boleh jadi, orang itu bukan ingin terjatuh sebenarnya, tetapi gambar diambil dari posisi yang menyebabkan orang dalam gambar itu kelihatan seakan ingin terjatuh.


Satu gambar, seribu persepsi, hingga berlaku sesuatu yang tidak diingini- menegatifkan persepsi.

kita sering berminat membaca buku yang kulitnya cantik dan mnarik minat kita, cuba kalau yang kulitnya hanya ada satu warna, berwarna kelam dan tidak menarik perhatian, tentu bukan buku ini yang menjadi perhatian kita sebaik masuk kekedai buku, tapi, anda jangan tidak tahu, buku-buku inilah yang sering menari perhatian sesetengah pembaca.

Persepsi juga boleh diterjemahkan sebagai Proses internal yang membolehkan kita memilih, mengorganisasi, dan mentafsir ransangan dari lingkungan kita dan proses tersebut mempengaruhi perilaku kita.


“ semalam saya tidur pukul empat kerana membincangkan tentang sesuatu perkara dengan dia”

Lihat, pelbagai persepsi akan timbul, sebagai contoh:-

“Ala..tu pun nak cerita”

“tak payah nak berbangga, baik bincang macammana nak selamatkan Umat sampai tidur pukul empat pagi”

“oo..seriusnya dia berbincang tentang isu itu”

Dan ada juga yang tidak terjentik sedikitpun dengan ayat itu, malah hanya sebagai angin lalu.lihatlah, jika terus memakan diri dengan pelbagai persepsi-persepsi itu, seterusnya ia akan mempengaruhi tingkahlaku kita, tak mustahil, beberapa minit kemudian, persepsi itu diterjemahkan dengan kata-kata yang begitu –telus.

Tahniahlah jika ‘orang itu’ benar-benar bangga dengan ceritanya kerana anda dipilih Allah sebagai jalan tengah‘menegurnya’, justeru bagaimana ‘orang itu’ tidak seperti yang dijangkanya, anda mungkin menjadi pisau tajam yang meyucuk-nyucuk kejam hatinya, lebih- lebih lagi anda akan menjadi sangat tidak adil kerana dia tidak berpeluang menerangkan hal sebenar atau menjawab pelbagai persepsi negative itu memandangkan rasa hormatnya yang begitu menggunung pada anda, namun berbalik pula kepada si penerima untuk mempositifkan reaksi yang diterimanya.


Lain orang lain cara pemikiran, penyelesaiannya mudah, untuk tidak terus berselisih pandangan dan pendapat, hormati pandangan orang lain, atau cuba meletakkan diri kita pada orang yang memikirkan begitu,err..tapi semua orang tidak sempurna.

Memetik kata-kata sifu saya, ustaz nik Abduh:

Puji adalah senjata utama membina keyakinan anak – anak. Pujilah anak – anak dan murid – murid anda. Paling tidak anda akan lihat hidung mereka jadi mancung, taklah kemek lepek kepek macam anda..



Saya tidak minta orang memuji saya, tapi jangan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang sangat ‘makan dalm’. Seorang senior yang saya hormati sering menasihati: jangan berpegang pada prinsip, “ persetankan kata-kata orang lain” kalau diri tak mampu, mungkin senior saya berkata begitu meluat melihat saya jatuh.

Saya masuk kedunia penulisan blog pertengahan tahun 2008, masih baru.namun, dunia maya menyebabkan saya kadang-kadang terbiasa bercerita dikhalayak walaupun hal remeh seperti diblog, sehingga timbul pelbagai persepsi yang berbeza yang kadang-kadang menyebabkan saya takut untuk berkata-kata dihadapan ramai, saya sebenarnya amat suka menulis hingga penulisan saya menebak masuk ke dalam hal peribadi tanpa saya sedari, benarlah kata orang, baiklah bercerita tentang masalah kita pada orang yang tidak kita kenali kerana kita akan lebih selesa bercerita kerana dia hanya akan bertindak sebagai pendengar, tetapi, yang perlu berhati-hatinya, bimbang dialah musuh kita dimasa hadapan.

Mungkin silapnya dipundak saya kerana kurang berhati-hati bila ingin menyampaikan sesuatu hingga menimbulkan perbagai reaksi negatif pada diri yang hina ini, sebab itulah dalam teori psikoliguistik tak silap saya, menyatakan bahasa tidaklah menterjemahkan dengan tepat apa yang ada dalam fikiran kita, jadi saranan saya, usahlah terlalu cepat meletakkan sesuatu yang kita tidak pasti tempatnya, takut tersalah letak pada tempat yang kita tidak boleh ubahnya semula.

Saya tidak suka provokasi, kerana ia selalunya akan ‘berkembar siam’ dengan emosi, jarang saya melihat insan-insan istimewa yang begitu berhati-hati memisahkan provokasi tanpa disertai emosi, ya-saya sangat bencikan provokasi, dan saya tidak pasti tindakan ini benar atau tidak, saya perlu mendalaminya lagi, tapi jangan segera menghukum saya, saya masih belajar membetulkan diri.

-saya muhasabah diri..

Read More

Wednesday, July 1, 2009

Menyingkap Pemikiran Dr. House

DR House Pictures, Images and Photos

Salam.


Entry ni bukan entry berat kepala, ni entry saje-saje selepas lama menyepikan diri(kononnya), mintak maaf pada followers yang sangat tsabat(erk!) dalam menjenguk bog ini.

Baru melepasi fasa Imtihan, dan resultnya akan keluar seminggu lagi, jadi segala macam jenis mood menjadi-Bad Mood.(hehe..ye sangat la tu), InsyaAllah saya akan bercuti selama 3 bulan 3 minggu, untuk melanjut ke fasa hidup yang seterusnya.

Sepanjang seminggu bercuti(baru seminggu?), saya menjadi penunggu dirumah, TV? Hehe, dah jadi macam hak milik saya, computer?, dah jadi hak milik peribadi, tapi boring, sebab semua cerita tak best, ade, satu yang saya layan pagi-pagi buta lagi-HOUSE.



Saya suka Dr.House, err..bukan, suka wataknya. Saya suka jadi orang yang suka ikut kepala sendiri, tapi kerja tetap menjadi.

Saya ketengahkan lima karakter Dr.House:-

- Tak serius.
- Dr. yang Tempang
- Tak dengar cakap orang.
- Tak suka ikut prosedur.
- Kuat keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.

Lima karakter, tak cukup pun nak gambarkan kegilaan house, memang gila-gila, siapa nak percayakan seorang yang buat kerja ikut sedap dia, rawat pesakit main teka-teka, tak serius, dan macam-macam lagi, tapi orang bawahan tetap salute kat house sebab setiap tekaan house akan menjadi akhirnya, walaupun melanggar banyak ‘pantang larang’ hospital, atau dengan kata lain , buat hospital tu macam milik dia sendiri. sampai kadang dr. cuddy yang skema ikut prosedur pun terpaksa ikut pemikiran house untuk selamatkan pesakit,alaa..cerita, biasalah, mesti nak angkat hero kan.

Setiap orang buat salah, yang tak best, manusia yang tak berani buat salah.hilang nikmat hidup..haha~

Yang penting!

Percaya pada dua perkara.

-Allah
-Diri sendiri.

Saya tak pernah rasa nikmat begitu bergantung bulat-bulat pada Allah selepas gerak kerja sebelum saya melangkah ke ‘medan maut’ ini, dan saya begitu ‘enjoy’ dengan hidup saya sekarang.

Yang part – bergantung pada Allah ni, confirm takde kat house, sebab tu lah untungnya orang islam, sama konsepnya dengan ilmu Psikologi, Islam beruntung sebab boleh mengkaji tentang Ruh yang tiada dalam konsep Psikologi Barat, jadi, inilah kelemahan Barat yang kononnya mengkaji konsep jiwa, tapi mengabaikan hakikat jiwa,sampai mempelajari ilmu jiwa tanpa konsep jiwa, contohnya nak kaji tingkahlaku manusia, tapi pergi uji Haiwan.

Setiap manusia akan melalui fasa ‘kejatuhan’ dalam hidup, saya pernah sampai tahap bila saya datang semua kawan lari,(suatu masa dulu..) phew~ kalau ingat balik memang makan dalam, tapi, tapi siapa suruh ingat, tak keterlaluan kalau saya cakap “ bodohlah manusia yang berjalan mengikut tapak kasut orang lain dalam salji yang tebal” maksudnya, hidup ikut telunjuk orang, sampai jatuh sebab kata-kata orang lain.

House/Cameron Pictures, Images and Photos

Saya bukannya jenis yang skema- tapi sebenarnya penyesalan tetap wujud –diakhir cerita(haisyh~), saya selalu kata pada teman-teman..

“Aku bukan jenis yang tak tidur semalaman sebab nak study”

Bunyi macam ‘Agah’, tapi nak dapat dinafikan, sebab tulah result saya tak sehebat sahabat-sahabat yang lain, nangis tetap nangis kalau result jatuh.~(penyesalan diakhir cerita)

Tak hairanlah kalau muka ni yang selalu turun musalla lambat masa sekolah dulu, tak hairanlah kalau muka ni juga yang selalu kena tulis nama sebab lambat turun prep,panjat pagar asrama?tu benda biasa.. sebab saya memang kebal dengan pandangan sinis dan cakap-cakap belakang orang, yang penting-percaya pada diri, tapi jangan la sampai tak dengar nasihat orang, tu melampauuu...(^-^)


* tapi kawan-kawan selalu cakap saya skema..(haiysh~)


Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena