Beriringan ke Syurga~

Saturday, August 29, 2009

Seruan 'saya cinta islam'- jom masuk!

Saya sangat sedih sebab tak dapat joint pertandingan ni, lagi-lagi hadiah yang ditawarkan menarik, jadi, seruan untuk semua followers blog nih(sape suruh~kan dah kena), wajib masuk!!!ngeee..hehe.

MERIAH RAMADHAN@ILUVISLAM


(Anjuran Event Team@iLuvislam.Com)

Kategori A : Bawah 12 tahun
Kategori B : 13 - 18 tahun
Kategori C : 18 tahun ke atas

Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)

2. Mengarang Esei (Semua Kategori)

3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)

Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Semua pemenang akan diumumkan pada 19 September 2009 (sehari sebelum Raya) di
iLuvislam.Com.

2. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada
Karangkraf.

3. Semua pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya bersama Krewkrew
iLuvislam.Com pada bulan Oktober nanti.
Syarat- syarat Umum
i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja.
ii. Krew iLuvislam.Com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
iii. Setiap penyertaan yang dihantar adalah hak penulis, tetapi iLuvislam.Com berhak
menyiarkan mana-mana penyertaan yang dirasakan sesuai di iLuvislam.Com atau di
mana-mana dengan meletakkan kredit nama peserta.
Syarat-syarat Khas


1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)
- Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi
HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)
- Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat,
memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin
disampaikan.
- Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya yang pernah
diterbitkan.
www.iluvislam.com
ILuvIslam Consultancy & Services ● Event Team Malaysia
- Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja, samada
bewarna atau tidak.
- Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja
- Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan
dan menarik minat.
- Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.
- Emelkan komik anda kepada iluvislam.program[at]gmail.com (tukarkan ‘[at]’
dengan ‘@’), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12
September 2009.
- Pemenang akan ditentukan oleh Krew Designer iLuvislam.Com
- Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).


2. Mengarang Esei Ramadhan

- Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja

- Esei bertemakan :
Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan
Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga
Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam
Negara berbilang bangsa

- Panjang esei :
Kategori A : 250 hingga 500 patah perkataan
Kategori B: 1000 hingga 2000 patah perkataan
Kategori C : 3000 hingga 5000 patah perkataan

- Setiap petikan idea dan rujukan mesti disediakan nota kaki.

- Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,
- Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan
bahan rujukan, pengolahan bahasa.
- Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja
- Setiap halaman perlu ditulis muka surat.
- Setiap penyertaan perlu bertaip computer.
- Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada
iluvislam.program[at]gmail.com (tukarkan ‘[at]’ dengan ‘@’), dan mesti diterima
selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
- Pemenang akan ditentukan oleh Panel Krew daripada Krew Article Analyst dan
Moderator Umum serta Agama.
- Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi
setiap kategori)
www.iluvislam.com
ILuvIslam Consultancy & Services ● Event Team Malaysia


3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

- Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan.
(Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)
- Lukisan perlu bertemakan “Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan” ATAU “Ria
Syawal dengan Bersederhana”
- Setiap penyertaan adalah hasil lukisan dan warnaan peserta sendiri.
- Setiap lukisan mestilah diwarnakan. Sebarang material pewarnaan boley
digunakan, termasuk pewarnaan menggunakan computer.
- Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi
kehendak tema.
- Lukisan hendaklah di’scan’ dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima
selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
- Emelkan lukisan anda kepada iluvislam.program[at]gmail.com (tukarkan ‘[at]’
dengan ‘@’).
- Pemenang akan ditentukan oleh Krew Designer iLuvislam.Com
- Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)


4. Multimedia presentation (Semua Kategori)
- Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.
- Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit
- Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan
kreatif
- Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube
atau Metacafe.)
- Emelkan link download video anda kepada iluvislam.program[at]gmail.com
(tukarkan ‘[at]’ dengan ‘@’), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh
malam 12 September 2009.
- Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.Com dan 50% dari juri
dari kalangan Krew.
- Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap
kategori).
www.iluvislam.com

ILuvIslam Consultancy & Services ● Event Team Malaysia
Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]
1. Semua penyertaan mestilah diemelkan kepada iluvislam.program[at]gmail.com
(tukarkan ‘[at]’ dengan ‘@’), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12
September 2009.
2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan
Multimedia, sila berikan link untuk download).

3. Sila sertakan maklumat berikut :
1. Nama Penuh :
2. Nickname di iLuvislam.Com :
3. Umur :
4. Alamat Semasa :
5. No. Tel :
6. Jenis Pertandingan :
7. Kategori Pertandingan :
8. Jumlah Penyertaan yang Dihantar :
4. Pada ruangan Subject, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori
pertandingan yang anda sertai].

*Maklumat Lanjut sila hubungi Wann (0199587052/0129387052) atau Aina (0148003202),
atau emelkan kepada kami di iluvislam.program[at]gmail.com (tukarkan ‘[at]’ dengan ‘@’),
atau lawati kami di www.iluvislam.com
Read More

Thursday, August 27, 2009

Menanti hanan siri enam~

Hijab Pictures, Images and Photos




MH 1 SINI
MH 2 SINI
MH 3 SINI
MH 4 SINI
MH 5 SINI




Peluh memercik, matanya makin mengecil tewas menentang terik matahari menegak dikepala, 11.30~ sempat dikerling jam ditangan, bersungguh dia menggosok kereta Kancil putih tinggalan Arwah Abah, tangan ligat menyimbah Air dari getah paip, sudah hampir dua minggu kereta kesayangan ini bermandi lumpur musim hujan disegenap jalan kampung, Uwais tergelak kecil mengingat bebelan Ummi pagi tadi, kalau tak dipaksa, malas Uwais nak memenatkan tubuh tengahari ini, Khaulah entah kemana, macam-macam alasan diberikannya untuk tidak mencuci kereta semalam, matanya melirik pula keatas rumah, sepi. pulang dari membeli lauk tadi terus dibasuhnya kereta, Uwais mengalih pandang pada Ummi yang ralit menyiang sayur di pangkin bawah rumah.

“Ila mana mi?”

“Entah, kata nak ke Perpustakaan.dengan Zahra” Uwais mengangguk kecil, terdiam lama.

“Hikari ke Pantai, ada sukan katanya” Ummi tersenyum kecil, matanya memandang Uwais sekilas, Uwais dah mula perasan, Ummi dah lain macam.

“Rindu nak gaduh dengan Hikari ke?” Usik Ummi.


“Ha?” apa ni Ummi~

“ mana tahu dapat menantu jepun Ummi ni..” Ummi gelak besar, Uwais buat muka tak faham, ada-ada saja Ummi ni.

Uwais Al-Qarni kembali memberus tepi tayar kereta. Dibiar Usikan Ummi melayang kelangit.

“Abang, Abang Uwais!” Uwais terkejut, dia bangun, pantas.

“ ada apa Muiz..” kanak-kanak berumur tujuh tahun itu masih tercungap-cungap, Uwais tutup paip.

“Abang..” ayatnya masih tak berjaya dihabiskan, Uwais sabar.

“Abang..Abang Uwais” jari telunjuknya bergerak-gerak kearah jalan.

“kenapa kau ni Muiz,cuba cakap..” Ummi pula yang hilang sabar dengan anak Pak Cu Mat yang terkenal satu kampung dek nakalnya ini.

“Eh, Ummi, Assalamualaikum Ummi” Muiz angkat tangan pula kali ini, Uwais tarik nafas, Budak ni..Ummi geleng kepala.

“Abang Uwais, Tok Aki nak jumpa..” Akhirnya, Uwais tergelak kecil pula kali ini, dia tunduk sedikit dan mengosok kepala Muiz.

“Itu je pun..” Ummi yang menjawab, Muiz berlari semula.


“Kenapa Ummi?” Uwais berpaling pada Ummi.

“Rindu pada kamu lah tu..” Uwais kerut dahi, RINDU? Bukan subuh tadi baru berjumpa dimasjid? Itupun, Tok Aki macam cuba lari dari Uwais, baru Uwais bangun nak bersalam waktu tengok Tok Aki dari jauh, cepat sahaja Tok Aki mengatur langkah, Uwais meneruskan kerjanya.

“Ummi, dah kilat..” Uwais angkat kening dua kali.

“Dah, naik tukar baju, pergi jumpa Tok Aki lekas..” Ummi bangun, mahu masuk melalui pintu dapur.

“tu je, buat lah riak muka terkejut ke apa ke..” Uwais mengusik Ummi.

“Wah Uwais, cantiknya, kilatnya, , pakai Clorox ke..” Ummi berpaling sebentar, melayan sekali-sekala, pecah tawa keduannya.
Uwais berlari naik dan menukar baju, seluar jeans dan t-shirt hitam disarung ketubuh dengan kadar pantas.

“pergi mi..” Uwais keluar melalui pintu dapur.

“Kopiah dah terbang?”

“hehe, Assalmualaikum” Uwais menyusun langkah.

“Wa’alaikumsalam”

“Zahra, sampai bila nak senyap..” Khaulah tak sedap hati, dari tadi Zahra Amirah, satu-satu sahabat baiknya itu mendiam, tiada tindakbalas, Khaulah mencebik, kemudian memandang sekeliling, sunyi, cuma ada suara bisikan dari hujung sana yang terselindung dari rak yang penuh buku, Khaulah menggeleng kecil, kecewa dengan mereka menjadikan Perpustakaan ini sebagai tempat memadu kasih haram, pandangannya kembali pada wajah Zahra yang tidak beriak, hanya asyik sibuk menulis, atau, buat-buat sibuk menulis, Khaulah kembali menatap buku sejarah tingkatan lima dihadapannya, tapi tak lama, dipandang Kak Siti yang duduk dikaunter hadapan pintu perpustakaan, kemudian dialih pandangannya pada Zahra Amirah semula, Bosan.

“Zahra marah pada Ila ya?” Zahra menggeleng, sebagai jawapan bagi Soalan Khaulah, untuk kali ini, hampir sepuluh kali dia memberi jawapan itu.

“ Habis, Zahra kena marah dengan Ibu Zahra ya?” menggeleng lagi.Khaulah menongkat dagu, mengeluh kecil, matanya beralih memandang Kak Siti yang bangun menuju ke hujung, mengekor langkah Kak Siti dengan matanya.

“korang ni, pergi duduk depan-depan sikit, entah belajar ke apa duduk sini, cepat bangun, pindah depan sikit.” Kak Siti yang memang terkenal dengan kegarangannya mula bersuara, bangunlah dua orang itu, tapi sambil mengomel kecil, tanda tidak puas hati, dan tidak berpindah tempat, sebaliknya terus keluar.

“ hai, nak jadi apalah budak-budak kampung ni,” Kak Siti mengadu pada Khaulah sebaik pasangan tadi hilang dari mata, Khaulah hanya angguk mengiyakan, malas mahu menambah.

“harapkan korang berdua ni lah, yang baik sikit.yang lain datang nak berdating je kerjanya, ingat ni zon selamat lah kononnya” Kak Siti belum berhenti, Khaulah tersenyum kecil.

“Sabar ya Kak Siti..” Zahra bersuara buat pertama kali sejak dari tadi bertemu Khaulah.

“dahlah, studylah..”Kak Siti berlalu kehadapan semula.

“Aik, ada suara rupanya..” Khaulah menjeling, gilirannya pula buat hal.

“okey, okey,” Zahra Amirah angkat dua tangan menyerah, manakan tidak, dia pun tidak mahu bergaduh dengan sahabat comelnya dihadapan ini.

“kenapa?” Khaulah angkat jari telunjuknya mengarah ke Zahra,Zahra mengeluh berat.

“Ila dipinang Abang Hafiz?” dua-dua mendiam, agak lama.

“Oh~” kemudian dipecah tawa besar Khaulah.

“Syhhh..” Kak Siti dikaunter menjeling, Khaulah kembali meneutralkan keadaannya.

“wah, kenapa Ila yang paling lambat tahu?” berbisik, wajah Zahra merona merah, diangkat buku melindung wajah.

“Zahra tanya je..” suaranya hampir tenggelam.

“ Dah la, nak selindung dengan Ila ya, jangan risau, Ila tolak dah..”ditarik buku yang dipegang Zahra, tawanya masih bersisa.

“kenapa Ila tolak?” Zahra serius.

“sebab, Ila kan dah janji dengan Zahra nak sambung study kat UM sama-sama..”

“ingat Ila dah lupa..”

“eleh, cemburu ye?”

“taklah, eh jom balik, nanti ibu bising.” Zahra mahu lari dari topik asal, bangun.
“nanti nanti, hilangkan dulu pemerah pipi tu, haha” nah, satu cubitan mendarat dilengan Khaulah.

“Auch~”

“Padan muka”

“Dah nak balik?” Kak siti memusing tubuhnya yang gempal, sedang menyusun buku mengadap rak sebentar tadi.

“kirim salam mak ye.” Zahra dan Khaulah terangguk-angguk, dan menyusun langkah pergi.

* * * * * * * * *

“Ummi..” tubuh kurus Ummi dipeluk kejap dari belakang.

“ eh, terkejut Ummi, Awal balik, kata nak duduk sampai Zohor..” wajah Ummi berpaling sedikit, anak gadisnya yang bongsu ini memang manja.

“um, Zahra kata takut Umminya bising, Ummi tahu..” Khaulah terhenti disitu, dia beralih tempat ke sebelah Ummi, mencuri hirisan Timun untuk dibuat Ulam makan tengahari nanti, disua kemulut, dan bersandar kedinding sebelah Ummi.

“hemm..”Ummi menanti ayat seterusnya.

“Zahra sukakan Abang Hafiz..”Senyum Khaulah masih belum mati dari tadi, dengan Ummi tidak pernah disimpan apapun setakat ini.

“iye, baguslah tu..” tanpa riak.

“Ummi ni takde perasaan lah mi..” Khaulah memuncungkan mulut.

“iyalah, tadi pun abang kamu kata Ummi ni takde perasaan.” Ummi buat-buat merajuk.

“yalah, sepatutnya Ummi kena cakap, eh, ye ke, wah, bagusnya..” Ummi gelak melihat khaulah bercakap dengan penuh perasaan.

“Ummi jangan bagitau orang lain tau, ni rahsia kita dua”

“ iye..dah, tukar baju cepat, tolong Ummi pulak.”

“Okey, Abang mana mi?”

“Rumah Tok Aki”

“oh, nak cakap pasal tu ea?”

“tu apa?”

“tu la..”

“Apa?”

“Baitul Hannan”





Baitul Hannan.
Sebuah Taman Ilmu yang didirikan oleh Arwah Abah dan Tok Aki suatu ketika dahulu, waktu Uwais masih kecil benar, minda kanak-kanaknya waktu itu hanya melihat ramai orang berbondong masuk menadah ilmu dengan sistem pondok yang diberi nama ‘Baitul Hannan’ itu, disebelah abahlah tempatnya jika Abah sibuk mencurah mutiara buat para pelajar diBaitul Hannan, hingga saat umurnya mencecah keangka yang sudah mengenal baik dan buruk, dia turut sama-sama dibarisan penuntut jika punya kelapangan dan tidak kesekolah rendah kebangsaan, belajar ilmu Tauhid, fekah, Sirah dan pelbagai Ilmu yang lain, jika diingat-ingat, Baitul Hannan lah tempat orang kampung mula mengenal Islam yang sebenar, Arwah Abah dan Tok Akilah yang berjerih payah menarik orang kampung lari dari Taufan jahiliyyah yang waktu itu menyerang ganas orang kampung, hingga ada yang tidak mengenal Syahadah, arak tuak menjadi minuman biasa di hujung-hujung kampung, berjoget lambak hingga pagi, anak-anak gadis musnah, meremang bulu roma Uwais jika mengenang kembali zaman hitam itu, angin hidayah kembali menyinar saat orang kampung kembali taubat dan mula sedar yang mereka sudah menyimpang jauh, Arwah Abah, Tok Aki dan beberapa sahabat merekalah yang menjadi penunjuk jalan waktu itu, mulalah masjid surau bersinar kembali, waktu itu umur Uwais sudah sembilan tahun, masih segar diingatannya senyum Arwah Abah yang terukir indah saat bercerita kepada Ummi bahawa Pak Aziz, seorang lelaki yang sering mencaci maki Arwah Abah dan memburuk-burukkan Arwah Abah memohon maaf kepadanya, bukan kata maaf itu sebenarnya yang diharapkan Arwah Abah, tetapi niat Pak Aziz untuk kembali kepangkal jalan dan mahu Arwah Abah membimbingnya, meriahnya Baitul Hannan waktu itu, selain kelas untuk pelajar tetap Baitul Hannan sendiri, turut dibuka kelas untuk wanita dan anak-anak gadis kampung yang ingin medalami ilmu agama pada sebelah petang.

Baitul Hannan umpama sebuah taman yang sangat indah, dikelilingi pokok bunga-bungaan yang ditanam Ummi dan Isteri tenaga pengajar disitu, diseri dengan pelajar-pelajar yang jernih raut wajah berkat hafazan Al-Quran, suasana menjadi begitu menenangkan, Arwah Abah sudah tidak lekat dirumah, sering menghabiskan masa disitu, walau kawasannya tidaklah sebesar mana, hanya tanah wakaf yang boleh dianggap sekangkang kera, tetapi luasnya pada mata yang tenang memandangnya, kasihnya jatuh pada yang cintakan agama.

“ pelihara Baitul Hannan Uwais, nanti bila abah dah tiada” suara Arwah Abah membisik di telinganya.

Uwais jadi tidak sedap hati, seakan dia baru tersedar dari mimpi yang sangat panjang, mimpi yang membuatkan dia lupa, ada satu pesan Arwah Abah yang tidak langsung membekas dijiwanya, berbanding pesan-pesan lain yang begitu melekat likat dihatinya, dan dia baru tersedar, pesan Arwah Abah yang satu ini bukan sebarang pesan, pesan yang seharusnya dia genggam padat ditangannya dan tidak dilepaskannya kerana itu pesan atas usaha Arwah Abah yang paling tinggi nilainya, dalam sakit pedih Arwah Abah membawa orang kampung ke jalan Tuhan, dan sekarang..

dada Uwais sesak, terhimpit perasaan rasa bersalah yang tidak beri ruang sedikitpun untuk dia melepaskan diri, teringat perbualannya dengan Ummi saat baru pulang kekampung ini.

“ Uwais balik dari Baitul Hannan Ummi, sepi, kenapa Baitul Hannan ditutup terus Ummi?”

“ takde siapa yang nak belajar disitu Uwais, orang sekarang mahu belajar tinggi..” nada Ummi lain macam.

“ sedih Uwais Ummi, dulu selalu jalan dengan Arwah Abah dekat sana”

“ dahlah, jangan kenang orang yang dah takde, yang penting doakan Arwah Abah, ingat..doa anak yang soleh tu antara harta paling berharga untuk Abah disana”

Uwais akur, tujuan untuk bertanya lebih banyak mati, perbualan melencong ke topik yang lain.

Dan hanya setakat itu, Uwais Al-Qarni dilanda rasa menyesal, betapa dia abaikan pengorbanan Arwah Abah begitu sahaja, senang saja dia melupakan terus Baitul Hannan yang ternoktah diakhir perbualan dia dan Ummi.

Keindahan taman Ilmu itu terus luput, kemeriahannya terus ditelan sepi, mengapa Uwais tidak pernah bertanya sedalamnya pada diri bagaimana Baitul Hannan ditutup dengan begitu sahaja, pasti ada sesuatu yang berlaku.

Ya, Tok Aki, pasti Tok Aki kunci persoalannya, dan tujuan Tok Aki memanggilnya tengah hari ini pasti berkisarkan tentang Baitul Hannan.

Uwais memulas stereng kereta ke kanan, memasuki perkarangan Rumah Tok Aki, rumah itu masih sunyi seperti dahulu, anak-anaknya sudah merantau kebandar, jarang sekali pulang kekampung melainkan waktu dua hari raya.

Tubuh tua Wan Temah yang masih ligat membuat kerja rumah sedang terbongkok-bongkok menyapu daun-daun kering yang gugur dari pohon rambutan rendang disisi kiri rumah itu, Wan Timah bingkas mencampak penyapu ketepi, melihat Uwais dengan senyuman, seperti sudah bersedia menerima tetamunya itu.

“ Assalamualaikum Wan..”

“Waa’laikumsalam, dah, cepat, masuk, Tok Aki kamu tunggu dah lama tu”

Uwais mengangguk, debarannya masih belum kebah sejak tadi, perlahan dia menaiki anak tangga, susuk Tok Aki sedang ralit membaca Al-Quran bersila diruang tamu, Uwais memberi salam, Tok Aki sekadar memberi Isyarat tangan mengarah Uwais masuk, usai membaca ayat yang terakhir, Tok Aki memandang Uwais, tanpa senyum, serius seperti Tok Aki yang biasa, kemudian dijawab perlahan salam Uwais sambil mengarah Uwais duduk dengan matanya, Uwais cuak, dihulur tangan pada Tok Aki, Tok Aki menyambut kemas sambil berselawat keatas Rasullullah perlahan, diletak Al-Quran diatas meja bersebelahannya.

“Dah berapa lama kamu balik Malaysia” Tok Aki masih serius.

“dekat sebulan Tok” Tok Aki mengangguk- angguk, Uwais tidak senang duduk.

“Kamu tahu, kenapa Baitul Hannan ditutup?” nah, itu agenda utamanya, terus sahaja Tok Aki~Uwais menggeleng perlahan, hatinya dipijak-pijak persoalan yang maha berat itu.

“kamu tahu peristiwa hitam yang memakan semua keindahan di Baitul Hannan?” Uwais jadi takut untuk menggeleng lagi.

Tok Aki melepas nafas berat, matanya memandang keluar, tidak ke Uwais, Seperti ada rahsia yang membeban dirinya, dan usianya yang menjangkau tujuh puluh lapan tahun itu membuatkan dirinya begitu tersiksa dengan bebanan itu dan seakan ingin dicampak beban itu kepundak Uwais yang dikira lebih ampuh, Uwais menanti dengan penuh sabar, untuk menerima bibit perkataan seterusnya dari mulut Tok Aki, dan Tok Aki masih memandang keluar dengan mata berkaca-kaca, ya, Tok Aki sedang memikirkan peristiwa itu, peristiwa yang tidak mahu diceritakan sesiapapun padanya, hatta Ummi sekalipun masih diam membisu hingga kini, Tok Aki mengalih pandang pada Uwais, ingin melepaskan bebannya, sedikit demi sedikit….


Malam hitam pekat, Guruh berdentum dilangit, hujan mencurah-curah bagai tiada petanda untuk reda, Kampung seri Maharani dilanda ribut menggila, semua penghuni kampung kecut menikus didalam rumah, berserah entah apa akan berlaku, Tok Aki duduk tenang didalam rumah, lewat jam 1.30 pagi, dia terus menerus membaca kalam suci yang dipegang kemas, tiada rasa mengantuk yang menyerang, jadi dia tidak terus masuk tidur, Tok Aki mengurut dada perlahan, hatinya berat, rasa kurang enak, resah, entah kenapa, ditenangkan jiwanya dengan Ayat- ayat Al-Quran yang meniti dibibirnya.

Jam 2.30 a.m., Tok Aki bangun dari duduknya, menuju kejendela diruang tamu, dikuak luas, hujan masih menghentam keras bumbung rumah ,kilat dan petir masih sambar menyambar, Tok Aki melaungkan azan, dia harus ke Baitul Hannan, hatinya meronta-ronta untuk kesana, setulus hati dia berdoa pada Allah agar hujan akan reda dalam masa yang terdekat.

Kira jam 3.15a.m., hujan mula reda, Tok Aki masuk ke kamar, memberitahu Wan Timah yang dia ingin ke Baitul Hannan, Wan Timah terpinga-pinga, malam-malam begini bahaya didepan mata pun sukar dilihat, akhirnya Wan Timah akur, berpesan supaya Tok Aki agar berhati-hati.

Nah, naluri Tok Aki benar, Baitul Hannan dikerumuni orang kampung, yang semuanya lelaki, ada Seman, Jamil, jusoh, dan yang lain, semuanya hampir lima belas orang dengan kemarahan yang menggila, Tok Aki berjalan pantas kearah kumpulan itu.

“hah!datang kamu, nah, tengok apa yang anak murid kamu buat”Tok Aki melihat ketanah, Zaid sudah berlumuran darah merah pekat, bercampur lumpur tanah merah.

“astaghfirullahala’zim, kamu dah gila ke!” Tok Aki berlari mendakap Zaid, pelajar-pelajar di Baitul Hannan adalah anak-anak kecintaanya, Zaid memanggil-manggil nama Tok Aki dalam sakit yang amat.

“Tok..Zaid tak salah tok, bukan Zaid Tok..” Zaid masih mahu bercakap walau tersekat-sekat menahan sakit.

“ah..!, nak dinafikan lagi, hey, budak kau nak kena lagi!” Seman menjerkah ganas.

“kenapa, cuba cakap dengan aku!” Tok Aki menjerit.

“anak murid kau ni, kami tangkap..mencuri enjin bot si Jusoh ni..hah, nilah balasannya untuk si pencuri..” sinis, menjelekkan suara dari seman yang gemuk dan hitam itu, Tok Aki menggengam jari jemarinya.

“ kau dah ada bukti yang dia yang mencuri, ha!” Tok Aki hilang sabar.

“eh eh..kemain membela kau lagi ya, mentang-mentang anak murid kau, hey, mat, kau dengar sini baik-baik! Kami dah sepakat satu kampung nak hapuskan medan ajaran sonsang dan sesat kau ni, dah lama kami bersabar, ni hah, buktinya, entah apa lagi yang budak-budak luar ni akan buat.!” Giliran jamil pula bersuara, dia mengekek mengejek, ditunjal-tunjal kepala Zaid yang telah didudukkan Tok Aki.

“ dah..aku siasat dulu, Amin, Umar, bawa Zaid masuk!” beberapa orang pelajar Baitul Hannan yang hanya menyaksikan dari tadi dek takut turut dibelasah orang kampung mara sedikit kehadapan mengangkat perlahan Zaid, Zaid mengerang kesakitan, parah lukannya.

“dah..takde siasat-siasat, aku nak..esok pagi suruh budak-budak tu balik, tutup tempat sesat ni, kalau tak aku bakar, dengan kau orang sekali aku bakar!”jusoh, ketua Kampung Sri maharani yang bermisai tebal dan gempal itu menjerit sekali lagi, marah benar.

Orang kampung bersurai, Tok Aki masuk ke pondok kediaman Baitul Hannan, semuanya berwajah sugul, Tok Aki duduk, disisi Zaid yang dibaringkan, Zaid cuba bangun, menghormati Tok Aki, bukan, bukan dia yang bersalah, dia diperangkap.

“Bukan Zaid Tok…” Tok Aki menahan Zaid dari bangun.

“cerita dengan Tok..” Tok Aki menanti cerita sebenar.

“ tadi sebelum tidur, jam 11.30,Zaid dapat mesej dari Lokman, katanya dia tunggu di tepi pantai, ada hal yang nak dibincang, mulanya Zaid tidak sedap hati untuk pergi, tapi berkali-kali Lokman hantar mesej, Zaid pergi akhirnya, tapi, waktu sampai di tepi pantai, Zaid duduk, tapi Lokman takde, akhirnya datang sekumpulan orang kampung, katanya Zaid yang mencuri rupanya, dan sebelah Zaid waktu itu ada enjin bot, Zaid lansung tak perasan Tok..” suara Zaid tersekat-sekat, tumpah air matanya waktu bercerita tentang apa yang berlaku tadi.

“Lokman yang mana?” Tok Aki mengerut kening, setahunya tiada pelajar Baitul Hannan yang bernama Lokman.

“ Lokman yang datang dari singapura Tok, bekerja kelaut bantu Tok Seman, sejak akhir-akhir ni, dia rapat dengan pelajar di Baitul Hannan, katanya nak mendalami ilmu agama..” Umar menerangkan, Tok Aki terangguk-angguk,

“Tok, Umar yakin, Zaid difitnah”

“Tok akan siasat lagi..”

“Tok tak percaya pada Zaid?” Zaid hampir menangis, menanggung sakit akibat dibelasah teruk tadi dan menanggung pedih dihati jika tidak dipercayai Tok Aki.

Tok Aki berlalu, tanpa bicara, terus keluar berjalan sendiri, Amin dan Umar saling berpandangan, Zaid tunduk, ada air jernih terbit dari matanya.

Sampai di Masjid, Tok Aki menunaikan solat sunat dua rakaat, air matanya mencurah-curah saat sujud, dipanjatkan doa pada Sang Pencipta yang menyaksikan segala-galanya, yang menyaksikan usahanya dan sahabatnya yang lain bertukus lumut membawa agama suci ini kedalam masyarakat kampung yang mabuk jahiliyyah, yang ketagihan dosa maksiat, dan DIA lah yang sedang menyaksikan konspirasi tercipta yang tujuannya mahu menghapuskan Baitul Hanan, tempat masyarakat berkumpul untuk mencari cahaya Hidayah.

Tok Aki hampir rebah berdepan dengan pelbagai ujian, sudah beberapa kali Baitul Hannan hampir musnah dengan pelbagai rancangan licik mereka, tapi berjaya dipertahannya, dek sokongan para sahabat yang masih setia dengannya di Baitul Hannan, namun, untuk ujian kali ini, terlalu berat untuk dilalui, Zaid, dia yakin bukan Zaid yang melakukannya, Zaid pelajar harapan yang sering kehadapan dari pelajar yang lain dalam hafazan Al-Quran dan Hadith serta lebih cepat pemahamannya dalam matapelajaran berbanding pelajar yang lain, masakan Zaid tergamak melakukan perkara terkutuk itu.

Tok Aki beristigfar, berkali-kali menyebut nama Allah, dalam kesedihan amat ini, dia mula bertanya pada diri masih mampukah dia mempertahankan Baitul Hannan, dia mula merindukan Rasulullah saat mengenang kembali pengorbanan baginda yang diserang ujian maha hebat dalam dakwah baginda, bersesuaian dengan darjah kerasulannya, nah, Allah tidak membebankan manusia itu melainkan yang setimpal dengan kemampuannya bukan?, Allah yang memberinya ujian, Allah jugalah yang menunjukkannya jalan, Tok Aki teringat kisah Rasullullah saat baginda diusir dari makkah, kampung halaman baginda, yang lalu pergi ke Thaif mencari perlindungan, justeru disambut pula dengan kejian dan makian, saat itu, air mata baginda bercucuran ,baginda berdoa sambil menangis mengadu pada Allah.

Tok Aki menadah tangan ke langit dengan cucuran air mata hingga basah janggutnya, mengalunkan perlahan doa Baginda Rasullullah saat musibah itu tiba.

Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu pada-Mu akan lemahnya kekuatanku ,kurang rekadayaku, dan remehnya aku dimata orang lain.Engkau maha Penyayang diantara Maha Penyayang, Tuhan orang-rang yang tertindas, Engkau adalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku, apakah kepada kerabat yang memusuhiku, atau kepada musuh yang Engkau kuasakan kepadanya urusanku. Akan tetapi aku tidak peduli, dengan semuanya selama Engkau tidak murka terhadapku, sedang pemaafan-Mu kepadaku lebih luas (daripada murka-Mu), aku berlindung kepada cahaya Zat-Mu yang menerangi kegelapan, dari urusan dunia dan akhiratku, menjadi baik kerananya, agar jangan Engkau turunkan murka-Mu kepadaku atau Engkau titip akan kemarahan-Mu kepadaku, hanya kepada Engkaulah aku memohon belas kasihan hingga Engkau redha, tiada daya untuk menghindar dari kemaksiatan, dan tidak ada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan-Mu..



Pagi hitam itu meninggal kesan yang mendalam buat Tok Aki, Seman mengumpul hampir sebilangan besar orang kampung membawa obor yang marak, menyerang Baitul Hannan, menghalau semua pelajarnya, dan mengugut untuk membakar Baitul Hannan jika mereka tidak keluar dari kampung itu dalam masa terdekat, orang kampung yang telah diracun pemikirannya turut terjerit-jerit mengiyakan kononya kesesatan telah menular di Baitul Hannan, Tok Aki akhirnya menyerah dalam keperitan.

“pergilah anak-anakku, ada masa kita jumpa lagi..” air mata mengiringi pemergian mereka selepas subuh itu.


“ sekarang, selepas tiga tahun, orang kampung mula lupakan peristiwa tu..” Tok Aki menamatkan kisah ‘kemusnahan’ Baitul Hannan dalam sendu, Tok Aki lebih banyak berdiam dari bercerita, Uwais tahu, peristiwa itu begitu berat untuk ditanggung Tok Aki.

“Maafkan Uwais Tok, selama ni Uwais terlalu remehkan Baitul Hannan, Uwais lupa yang Baitul Hannanlah medan Tarbiyah penduduk kampung, Uwais tak pentingkan masalah runtuh akhlak masyarakat sekeliling kita” Uwais menunduk, mula menyesali khilaf diri.

“harapan Tok pada Uwais sekarang, teruskan perjuangan kami ya..” Tok Aki bersuara lemah.

“Uwais akan berusaha Tok, Uwais akan pastikan Baitul Hannan berdiri semula, tapi Uwais perlukan pertolongan Tok”

“Uwais kumpul beberapa orang anak muda kampung yang ada fikrah nak tegakkan islam, lepas tu bina strategi untuk tarik kembali orang-orang kampung yang dah dirosakkan si seman tu” Tok Aki tunjuk jalan.

“ parah benar apa yang dibuat Tok Seman ya Tok, makin hancur orang kampung ni Uwais tengok” yang ini Uwais tidak dapat nafikan, dari anak remaja hinggalah ke tua bangka makin terjerumus ke lembah hina, kearah suasana yang mereka pernah lalui dahulu, bergelak sakan syaitan melihatnya.

“Uwais masih ingat kan sejarah masyarakat kampung ni..”

“ya Tok, walaupun waktu tu Uwais kecil lagi, Uwais masih ingat macammana rosaknya orang kampung waktu tu, dan macammana susahnya arwah Abah dan Tok Aki berdakwah pada orang kampung”

“ Tok seman kamu dah bina asas kemusnahan semula masyarakat kampung ni selama empat tahun dia bergelar penghulu kampung, kita masih ada masa sebelum mereka terjerumus jauh, lagipun sekarang bukan dia lagi penghulu, walaupun pengaruh jahatnya masih utuh dalam masyarakat”

“perancangannya memang licik, benarlah kata Saidina Ali radhiAllahua’nhu: kebatilan yang berstrategi akan dapat memusnahkan kebenaran yang tidak berstrategi, Tok akui, kami sangat selesa dengan keadaan waktu itu sehingga lupa pada tangan-tangan yang merancang dengan teratur untuk memusnahkan agama Islam,walaupun mereka mengakui yang mereka adalah orang islam” sambung Tok Aki penuh semangat, Uwais terangguk-angguk.

‘eh, dah lama berbual, mana wan kamu ni, tak dibawakannya air..”Tok Aki terjenguk-jenguk kearah dapur.

“ni hah..malas nak mangacau, serius benar nampaknya” Wan Temah muncul dari dapur menatang dulang berisi dua biji cawan dan sepiring pisang goreng dengan senyuman, diletakkan diatas meja depan Uwais.

“makan Uwais..” jemput Tok Aki, Uwais jadi kekok berhadapan dengan dua orang yang beza jarak umur sangat jauh dengannya, diambil cawan dan diminum airnya, Wan Temah berlalu kedapur semula.

“ Tok yakin Uwais dapat lakukannya, sebab tu Tok suruh Uwais kemari..”

“ Tok doakan Uwais ya, Uwais akan cuba..”janji Uwais, ada semangat rasaksa menerjah dalam dirinya.

“ kamu tu, rapatkan diri dengan Allah, itu kunci kekuatan bila berhadapan dengan ragam manusia nanti.” Uwais angguk bersetuju, Tok Aki tampak lega, seperti berjaya melepaskan sesuatu yang amat berat, ya, seperti Uwais fikirkan tadi.



Usai solat Zohor dimasjid Al-Falah, kereta kancil berwarna putih yang dipandunya meluncur laju menuju ke Baitul Hannan, mencari ketenangan, atau, mahu berfikir-fikir tentang langkah yang harus dimulakan dahulu, kereta diletakkan di tepi jalan besar, dan Uwais menapak menuju kejalan kecil yang akan membawanya ke Baitul Hannan, dari jauh, dilihat ada susuk seorang pemuda yang begitu khusyuk menyapu daun-daun kering yang gugur dari pokok sekeliling Baitul Hannan.

“Assalamualaikum” Uwais mulakan salam, pemuda itu nampak terkejut, ralit benar menyapu.

“ Wa’laikumsalam..” tangan menyambut huluran salam dari Uwais.

“Uwais..Al-Qarni?” kali ini Uwais yang terkejut.

“Abang ni siapa?” Uwais berbasa –basi.

“Abang Umar..Uwais dah tak ingat?” dua kening Uwais hampir bercantum.

“bekas pelajar Baitul Hannan?”Uwais sudah ingat-ingat lupa.

“ya, sekali dengan Abang Hafiz..” oh Hafiz~ benak Uwais berlari mencari wajah Hafiz, anaknya Pakandak Ali.

“Abang buat apa kat sini?”

“ saje..bersih-bersihkan tempat ni, rindu pun ia jugak, eh, kau ni, datang sebab apa pulak?”

“sama..rindu.” dua-dua ketawa.

Kemudian mereka terdiam lama, Uwais duduk diatas bangku di bawah pokok rambutan yang sedang berbunga, Umar mengekori dari belakang, disandar penyapu ditepi pokok rambutan.

“Uwais nak buka balik Baitul Hannan bang.” Umar tampak terkejut, masakan?

“Uwais dah tahu kisah sebenar?”Uwais mengangguk.

“Tok Aki dah cerita semuanya, Abang setuju?” Umar terdiam.

“Abang takut?”sambung Uwais.

“bukan” cepat Umar menangkis.

“Uwais faham..” Uwais meneruskan bicara cadangannya, Umar masih tampak bingung.

“ antum semua dah banyak harungi pahit, kita mesti teruskan bang..ini soal perjuangan agama bang” Uwais cuba memprovok.

“Cuma..”Umar bersuara, kemudian menunduk.

“Abang masih belum nampak jalannya”

“kita usaha bang, sama-sama Usaha” Uwais mengasak semangat.

“Baik, kita sama-sama”Umar tersenyum memandang Uwais.

“ya, sama-sama”senyum mereka bertaut, semangat baru muncul membakar jiwa.


Uwais melambai pada Umar, dan masuk kekereta dan enjin dihidupkan, dia memanjat syukur kepada Allah, menemukannya dengan Umar, mujur Umar sememangnya penduduk tetap kampung ini, sama seperti Hafiz, jadi saat semua pelajar Baitul Hannan diusir dari kampung, mereka masih tinggal dikampung ini, Cuma menurut Umar, mereka teruk dipulau, Cuma akhir-akhir ini penduduk kampung sudah mula melupakan peristiwa hitam itu. Kereta kancil putih meluncur lagi , berkira-kira mahu mencari Hafiz, Uwais harus pantas bertindak, Allah menghadiahkannya jiwa yang penuh dengan cita-cita untuk memartabatkan islam kembali di kampung ini, mana mungkin dia harus mensia-siakannya, Uwais berhenti di tepi pantai, melihat kelibat Hafiz yang sedang bersandar di bawah pokok rendang mengadap jauh ke pantai, Uwais bergegas kesana.

“Assalamulaikum.” Sepatah sebagai muqaddimah, Hafiz berpaling pantas, dengan riak wajah terkejut.

“kau Uwais, Waa’laikumsalam..” Hafiz memberi isyarat mata menyuruh Uwais duduk.

“buat apa?” sambung Uwais.

Hafiz tergelak kecil, menyangka Uwais sedang memperlinya.

“masih fikir hal Ila?”

“entahlah Uwais, lagi mau tanya ke?”Hafiz membuang pandang jauh ke tengah laut.

“kau okey ke?” Uwais tak berpuas hati dengan jawapan Hafiz.

“sakit oo..” Hafiz masih belum barpaling ke arah Uwais.

“Aku faham..tapi kau kena faham juga, si Ila tu nak belajar lagi.” Uwais memujuk.

“Aku okey je, tapi proses nak berubat tu lambat sikit la..” Hafiz ketawa kecil , kali ini dia berpaling kewajah Uwais.

“sebenarnya, aku malu Uwais” sambung Hafiz, kemudian mendiam.

“sebab?” tak ada sebab untuk malu bagi Uwais.

“malu pada semua orang, dan pada kau sekali” pecah tawa Uwais.

“apa la kau ni, aku biasa je la, kita dah kawan lama kan..”

“ tau..tapi apa kau akan buat kalau kau kat tempat aku?”

“Aku akan meraung sekuat hati dan tidur dari pagi sampai petang..” Uwais gelak besar.

“lawak je lah~” dipegang bahu Hafiz.

“aku buat biasa je, alah..biasalah tu Fiz..”

“betul?”

“habis kau ingat aku tengah buat lawak ke?”

“kau ni Uwais..tak habis-habis dengan lawak sengal kau..” Hafiz mula lega, sepatutnya dia bertemu dengan Uwais dari awal.

“dah-dah, tak mau layan-layan jiwa macam ni, aku ada misi lagi penting dan mustahak untuk kita.” Uwais masuk jarum.

“apa?” Hafiz terpinga-pinga melihat semangat lain macam Uwais.

“misi membuka semula Baitul Hannan.” Uwais angkat kening dua kali, berkerut kening hafiz.

“jap-jap, yang ni lawak jugak ke?”Uwais senyum, dan geleng.

“kita dua?”

“kau, aku, Abang Umar dan beberapa orang lagi..”

“beberapa orang lagi?”

“nanti kita carilah orang lagi..lambat la kau ni..”

“okey-okey, kira perang lah ni?”

“terpulang pada serangan.”

“maksud kau?”

“kita mula, kalau nampak macam diserang, kita lawan, kalau tak, layan.”

“takde hal,lagipun aku makin risau dengan orang kampung ni”

“tau takpe..”

Uwais makin bersemangat, Ya Allah, permudahkan urusan kami~

Read More

Tuesday, August 18, 2009

Kembara cinta Ramadhan.




Musim musim Ramadhan ni, indahnya kalau berpeluang menunaikan Umrah, merasa berpuasa dan beribadah dengan penuh ketenangan disana, pasti seronoknya bukan kepalang dan pasti berbeza jika menunaikan pada bulan yang lain, ini nada suara kesan rasa cemburu pada Kak Tiqah yang kesana dan berpeluang menunaikan Ibadah puasa disana.

Akhir-akhir ini, perasaan untuk menunaikan Umrah dah Haji membuak-buak, hingga saya berkira-kira untuk membuka perniagaan kecil-kecilan (bersesuaian dengan status sebagai pelajar) untuk mengumpul duit kesana, namun segalanya saya serahkan pada Allah, kembali padanya untuk meredakan ombak kerinduan yang makin menghempas pantai jiwa saya ini.

Terlalu banyak lagi impian yang belum tercapai, saya tiba-tiba menjadi begitu berminat untuk mengembara lebih-lebih lagi ke negara yang menyimpan khazanah yang tercatat dalam Al-Quran, doakan impian itu tercapai.

Tertarik hati melihat video dari youtube sewaktu mengunjungi blog Ustaz Syaa’ri, berkisarkan tentang Ramadhan-the battle of ramadhan, mengquote kata beliau, - video ini sangat membakar semangat dan merubah paradigma kita tentang Ramadhan, saya mengambil keputusan untuk turut menghidangkannya disini, buat tatapan semua sahabat.

Kalau sambutan Ramadhan kita yang sebelum ini hanya biasa-biasa sahaja, ayuh luar biasakannya, jika sebelum ini melihat ramadhan hanya sebagai bulan perlu kita lebihkan ibadat dan menunaikan azam Ramadhan yang tidak terlunas di Ramdhan yang lepas, mari kita tukar sejenak, menyingkap tirai sirah dalam barakah ramadhan.



PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Tarikh : 20 Ramadhan tahun 8 hijrah

Tarikh peristiwa Pembukaan Mekah. Peristiwa besar ini berlaku dan memberikan kepada kita banyak pengajaran dari sudut haraki dan tarbawi. Pengajaran yang banyak tersebut menjadikan peristiwa ini sebagai salah satu peristiwa penting di dalam bulan Ramadhan selain dari peristiwa Perang Badar dan peristiwa Nuzul al-Quran.

Kemenangan di peristiwa Pembukaan Mekah mempunyai banyak lagi pengajaran lain dari sudut yang pelbagai. Kemenangan ini tidak disambut oleh Rasulullah s.a.w. seumpama bangsa lain menyambut kemenangan tentera mereka. Sebaliknya Allah mengajar satu sunnah di dalam menyambut kemenangan di dalam firmanNya:

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (an-Nasr: 1-3)



PERANG BADAR KUBRA


Tarikh: 17 Ramadhan, Tahun kedua Hijrah.
Bilangan tentera Islam: 313 Orang
Berkenderaan kuda: 2 orang
Berkenderaan Unta: 70 Orang

Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra’bin Azib)
Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Ansar.

Firman Allah swt didalam Al-Quran:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123)





PERANG AIN JALUT

Tarikh : 25 Ramadhan tahun 658 H

Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 H di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds.
Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam.



PERANG HATTIN

Pertempuran Hattin pada tahun 1187 merupakan kekalahan besar bagi Pejuang Salib, dan penguasaan kota Jerusalem berpindah dari orang Nasrani kepada orang Islam dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubbi.

Pertempuran Hattin berlaku di tempat berhampiran dengan Tiberias, di kawasan dimana ciri-ciri geografik utamanya adalah bukit berkembar, sebenarnya gunung berapi mati, ("Tanduk Hattin") sebelah laluan melalui pergunungan utara antara Tiberias dan jalan dari Acre di sebelah barat.

Jalan Darb al-Hawarnah, dibina oleh orang-orang Rom, menjadi laluan utama timur-barat antara teluk (ford) Jordan, Laut Galilee dan persisiran Mediterranean. Salahuddin Al-Ayubbi telah menawan bandar Tiberias, di sebelah timur, pada 2 Julai 1187 dengan hanya sebahagian kecil tenteranya. Raymond III dari Tripoli, yang isterinya, Eschiva dikepung di kubu di Tiberias, dan Raja Guy dari Jerusalem berada di Acre dengan sebahagian besar tentera Salib, yang mengandungi 1200 kesasteria, kemungkinannya hampir seramai 20 000 tentera berjalan kaki, dan sejumlah besar tentera upahan yang diupah dengan wang yang didermakan kepada Kerajaan Jerusalem oleh Henry II dari England. Raymond menekankan bahawa pergerakan dari Acre ke Tiberias merupakan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Salahuddin dan Sephoria merupakan kedudukan yang kukuh untuk dipertahankan oleh tentera salib, tetapi akibat pertelingkahan dalaman istana dan tuduhan pengecut, Raja Guy memerintahkan tenteranya bergerak menentang Salahuddin di Tiberias. Ini merupakan apa yang dirancang oleh Salahuddin, kerana dia mengira bahawa dia hanya mampu mengalahkan tentera salib di pertempuran lapangan, dan bukannya dengan mengepung kubu mereka.

Tentera Salib memulakan pergerakan mereka dari Sephoria pada 3 Julai dan hampir serta-merta diganggu oleh tentera berkuda Muslim. Pada waktu tengahari, Salahuddin bergabung dengan tenteranya di Cafarsett dan menghantar tenteranya untuk bertempur dengan tentera Salib yang keletihan dan semakin sedikit. Tentera Salib telah dibahagi kepada 3 bahagian dan pasukan belakang (rearguard) telah dipaksa berhenti oleh serangan yang berterusan, dengan itu memberhentikan keseluruhan tentera Salib. Tentera Salib selepas seharian tanpa air, terpaksa berkhemah ditengah-tengah padang rumput, dikelilingi oleh tentera Salahuddin, yang menyalakan api di sekeliling khemah pada waktu malam bagi mengganggu tentera Raja Guy.

Pada pagi 4 Julai tentera Salib, dahaga dan patah semangat, membongkar khemah dan bergerak ke arah matair Hattin, tetapi pergerakan mereka yang tidak sekata diserang oleh tentera Salahuddin yang menghalang pergerakan ke hadapan dan sebarang cubaan untuk berundur. Count Raymond melancarkan dua serbuan untuk meloloskan diri. Serbuan keduanya menyebabkan dia terpisah dari badan tentera utama dan memaksa dia berundur. Kebanyakan tentera berjalan kaki Salib melarikan diri ke Tanduk Hattin. Tanpa perlindungan tentera infantri, kuda kesasteria dibunuh oleh pemanah tentera Muslim dan mereka terpaksa berjuang berjalan kaki dan mereka juga turut berundur ke Tanduk Hattin. Tentera Salib dikepung dan, walaupun tiga kali menyerbu ke arah kedudukan Salahuddin, dapat dikalahkan. Pihak Muslim berjaya menawan khemah diraja Raja Guy, dan juga Salib Sebenar (True Cross), barangan reninggalan yang suci bagi tentera Salib. Salahuddin menawan Raja Guy, termasuk Raynald dari Chatillon, yang dibunuh Salahuddin sendiri, memenuhi ancamannya yang dibuatnya apabila Raynald mengganggu perniagaan orang Islam dan laluan haji pada awal abad tersebut. Gerard de Ridefort, Grand Master bagi Kesasteria Templar, dan Grand Master Kesasteria Hospitaller turut ditawan. Kemungkinannya 3,000 pejuang Salib lepas lari. Dari mereka yang ditawan, hanya mereka dengan keluarga yang kaya ditebus, yang bakinya dihadikan hamba abadi dan kesasteria kumpulan bersenjata (military orders) dihukum bunuh.

Pada pertengahan September, Salahuddin telah menawan Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon, dan Jerusalem jatuh ke tangan tentera Muslim pada 2 Oktober 1187, menandakan berakhirnya kehadiran Nasarani di Outremer.
Berita kekalahan teruk di Hattin merupakan pendorong kepada pembentukan Perang Salib Ketiga.



Sumber

http://satuperkongsian.wordpress.com
http://khairolkhalid.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertempuran_Hattin

++++++++++++++++++++

Semoga setiap kemenangan yang semestinya dibawah pertolongan Allah diambil kita sebagai iktibar dalam berjuang berperang dengan nafsu di bulan Mulia ini, jom ramai-ramai..

-Imarahkan Masjid
-Khatam Al-Quran
-Tadarus
-Memperbanyakkan sedekah
-dan pelbagai Ibadah yang lain.

*jangan Ibadah terhenti waktu ramadhan habis sudahlah.


Read More

Wednesday, August 12, 2009

Kasih Sayang Allah dalam Dua Marhalah.


Menonton Drama ‘Dua Marhalah’, di saluran Astro Oasis, ibarat mengajak saya merenung kembali kesilapan diri, menjemput saya agar sentiasa mengingat kelemahan diri yang sangat hina, menegur diri agar tidak telalu merasa senang dengan keupayaan diri mampu menutup aurat hingga saat ini, entah esok , masih bertudungkah saya?Nauzubillahiminzalik..

Saya pernah melihat, yang orangnya tidak pernah solat, tapi, tiba-tiba minta diajarkan solat, dan tidak sampai tiga bulan, dia kembali mengadap Illahi, ada juga manusia yang sangat Alim, tapi saat akhir hidupnya, dosa menjadi peneman setia, entah esok atau lusa giliran kita, kalau hari ini kita beramal siang dan malam, entah saat kematian menjemput, Amal itu masih disisi atau sudah pergi, kalau hari ini kita sering merasa jelik dengan orang yang tidak menutup aurat, berzina, buang anak, entah saat dia mengadap Allah, taubatnya telah diterima, berbanding kita, yang kembalinya nanti dalam keadaan apa? masih baik atau buruk?

Sejak kecil saya dihidangkan dengan kisah dua beradik, si abang yang sangat Alim dan si Adik yang sangat mencintai Maksiat, di Akhir hidup mereka, si Abang tiba-tiba teringin melakukan dosa kerana menyangka yang pahalanya sudah menjamin syurga, Akhirnya mati saat melakukan Dosa, dan si Adik yang tiba-tiba merasa menyesal, Akhirnya menemui Allah dalam keadaan suci.SubhanaAllah.

Kasih sayang Allah..tiada apa tandingannya, bergunung mana dosa yang dilakukan hamba-Nya, keampunan Allah jugalah yang melebihi. Kita sering melupakannya, tetapi Allah tidak pernah melupakan kita, sejauh mana kita berlari darinya, semakin dekat Allah menghampiri kita.

DUA Marhalah mengisahkan perjalanan taubat seorang wanita bernama Kamsiah Mansoor lakonan Zizie Izzete. Kamsiah adalah anak tunggal Mansoor dan Kesuma yang berasal dari sebuah keluarga pasca kolonial yang kaya. Kehidupannya dilitupi kegembiraan dan kebahagiaan.

Kamsiah mendapat pendidikan di kolej Singapura dan menjadi wanita Melayu awal 70-an yang berpendidikan dan menjaga tatatertib budaya ketimurannya. Sehinggalah suatu hari kehidupannya mula berubah apabila terbabit dengan pelbagai masalah sosial sehingga melakukan semua dosa besar yang dilaknati Tuhan.

Selepas menyesali dosa besar yang pernah dilakukan suatu masa lalu, bermulalah perjalanan taubat Kamsiah dengan melalui pelbagai dugaan sebelum kembali ke jalan asal.
-dipetik dari sini

Jom saksikan kisah hebat ini.



Read More

Friday, August 7, 2009

Demi sebuah cinta

Cinta Pictures, Images and Photos

Saat saya mengimbau kenangan kira-kira tiga empat tahun dahulu, masih segar dalam minda bila masa saya dipanggil untuk memberi Tazkirah untuk sekitar seratus lebih pelajar dalam Musolla kecil Aspuri Maahad darul Anuar yang berbahang dan padat, untuk masa itu, yang kerap saya Tazkirahkan hanyalah tentang persahabatan, ya, persahabatan, berkali-kali, entah mereka perasan atau tidak, jika saya yang dipanggil kehadapan , tajuk itulah yang sering saya ambil, kerana saya hanya memerlukan sebuah hadith pendek tentang saya telah hafaz sejak di tingkatan satu lagi.

“Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)


Cuma dahulu, makna “Saudara” yang Rasulullah sebutkan dalam hadith itu hanya sekitar sahabat-sahabat saya, saya tidak pandai keluar dari lingkungan itu pada waktu itu, biasalah, jika diasrama, kawan-kawanlah segala-galanya bagi saya.

Bila saya makin meningkat usia, saya mula belajar erti persaudaraan yang melangkau batasan fikiran saya, melangkau sempadan dunia.”oh, saudara yang Rasulullah sebutkan itu termasuk seluruh Umat islam”,bentak hati saya.

Hingga tiap-tiap yang berlaku pada saudara seislam saya diluar sana begitu menyentak hati dan jiwa saya, saya mula menyesal untuk mengetahui makna saudara yang begitu besar, namun turut merasa bertuah dan rasa begitu kuat dengan saudara-saudara yang berada diserata dunia.

Kasih buat Palestin

Palestine Pictures, Images and Photos

Isu tentang palestin mula bermesra dengan diri saya sejak disekolah menengah lagi, namun pada waktu itu, saya hanya mampu menangis dan menangis bila video tentang kekejaman palestin ditayangkan jika ada program di sekolah, bermula dari itu, saya mula menyimpan impian untuk menjadi seorang wartawan yang mampu bersuara tentang isu kekejaman Israel dengan lantang sekali, itu dulu, waktu itu saya sangat terpengaruh dengan kisah As-Syahidah Aayaat Muhammad Al-Akhras yang begitu menyemarakkan semangat saya, dengan sebaris kata yang mampu meruntun semua jiwa.

Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad”.
Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain, bukan sebaliknya”. (As-Syahidah Aayaat Muhammad Al-Akhras)



Dengan kisah seorang ‘Aayat’, saya merangkak mendalami sedikit demi sedikit isu tentang palestin, hingga jiwa saya terasa begitu dekat dengan Bumi berdarah itu, dan sedikit demi sedikit, saya mula mengetahui, jiwa saya harus bersatu dengan semua ‘saudara’ saya, hingga terhasil beberapa cerpen yang saya karang dengan jiwa penuh kasih buat saudara di Palestin, tiap cerpen yang saya tulis, pasti beriring air mata yang tanpa segan menyentuh pipi saya.

Hari ini, jika saya bertanya pada diri, masih seperti dulukah kasih itu, saya terasa begitu malu untuk menjawabnya.hari hari yang saya lalui menelan cinta saya buat mereka.

Tragedi Berdarah Dr. Marwa Al-Sherbiniy.




Tidak lama selepas isu umat islam Xinxiang, saya tersentak dek kisah seorang Mujahidah yang ditikam sebanyak 18 kali demi mempertahankan Hijabnya, dalam keadaan memeluk anaknya, dan si suami yang hendak mempertahankan isteri yang sangat dicintai turut ditikam dan akhirnya ditembak oleh polis kekejaman itu kembali membuka mata saya, mula memaki-maki diri saya yang kerap melupakan isu saudara-saudara saya diluar saya, sering hanyut dengan kehidupan sendiri, mula bertanya pada diri, apa yang harus saya lakukan agar saya tidak dipersoalkan dihadapan Allah nanti?apa?

Isu ini saya ketengahkan di laman Web Iluvislam.anda tahu, sejak 12 julai 2009 yang lalu, hingga hari ini saya belum mendapat apa-apa respond, adakah ini bermakna yang kes ini bukan lah isu besar untuk anak muda kita berbanding jika diminta memberi komen untuk isu yang lebih ringan sepeti cerita keliwon misalnya, atau ini bukti remaja masa kini tidak cukup masa memikirkan hal-hal berat, hal-hal umat islam kita diserata dunia, oh, tidak, saya tidak marah untuk post saya yang tak berbalas, Cuma haya secebis terkilan, entah ya, isu ini tidak penting mungkin?

Duhai hati-hati yang andai masih punya rasa, masihkah mahu berdiam diri saat melihat saudara kita dilenyek, ayuh!fikirkan sesuatu.

ISA: Bukan urusan kita?

Kekejaman ISA bukan isu yang harus dipolitikkan, saya keluar berdemonstrasi bukan kerana saya menyokong kuat PAS, dan jika ada yang tidak keluar hanya kerana pemimpin yang mereka cintai tak benarkan, itu silap besar bagi saya, ini isu kemanusiaan, entah minda manusia normal mana yang mampu menerima kekejaman demi kekejaman itu, saya berdamping dengan mangsa kekejaman ISA selama tujuh tahun, saya melihat sendiri air mata yang keluar dari isteri mangsa tahanan ISA saya melihat anak-anaknya bermain layang-layang sambil berharap layang-layang itu mampu terbang kearah ayah mereka.

Jika tidak mahu berfikir jauh, saya lambakkan isu saudara kita yang jelas didepan mata kita, jangan Tanya saya kalau saya cakap saya sangat benci Najib! Anda tahu apa yang dia katakan?

“Kalau tiada ISA, akan berlaku perkara seperti di Mumbai, akan berlaku perkara seperti di …….”

Anda tahu siapa yang ditahan di ISA, ya, saudara seislam kita yang hanya disyaki, ya , kemudia mereka dilepaskan selepas tujuh tahun menderita dalam tahanan dengan alasan tidak bersalah.

Yang penting ‘orang islam’ sendiri mengaku yang orang islam itu terrorist.


Saya sangat takut, takut Allah akan bertanya pada saya apa yang saya lakukan untuk mempertahankan saudara saya di Akhirat kelak, dan saya diam membisu seribu bahasa,saya takut.

Saya semakin pelik jika ada hati yang tidak tersentuh sedikitpun melihat mangsa tahanan ISA, hingga saya terbaca ayat Al-Quran ini,

“Dan ALLAH LAH YANG MENAUTKAN HATI-HATI mereka. Jikalau ENGKAU MEMBELANJAKAN segala apa yang ada di bumi, nescaya engkau TIDAK akan dapat menautkan hati mereka, tetapi Allah telah menautkan hati mereka. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfaal:ayat 63)

Sampai bila mahu berdiam diri?

Cukupkah kalau hari ini kita sekadar belajar dan ke kuliah, ke café, tidur, chatting, berbual di telefon, assignment, ke library, jogging, dan pelbagai aktiviti itu yang tidak keluar dari rutin kita? Hingga bila diajak berbincang tentang isu saudara kita, kita malas memikirkannya kerana merasakan Asignment lebih penting, hingga ditanya tentang pendirian kita tentang isu umat islam kita masih tergagap untuk bertegas dengan pendapat kita.sampai bila?

“Maaf kak, saya kelas full hari ni, tak dapat datang Usrah”

“Kak, saya mid minggu ni, tak dapat datang Usrah petang ni, ada study group”

“Sorry kak, saya penat sangat, lagipun saya rasa taknak dah terlibat dengan mana –mana usrah, sorry ye kak..”

Untuk ini, sayakah pesalahnya? Maaf, jika benar, saya muhasabah diri.

Sampai bila mahu lesu? sampau bila mahu bisu?sampai bila?

Teruskanlah berdiam diri, teruskan…


Read More

Thursday, August 6, 2009

Pada-Mu Ku Bersujud # Afghan







Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Read More

Sunday, August 2, 2009

‘Demo’ lo ni tak seghupo mulo~



Alhamdulillah diberi kesempatan menghadiri Demonstrasi membantah ISA yang telah diadakan di Kuala Lumpur, kalau blog lain memaparkan gambar sekitar demo, saya hanya mampu mempublish pengalaman sepanjang demo sebab takde duit nak beli handset ada kemera apatah lagi membeli kemere digital.

Ini kali dua menghadiri demo, dulu demo palestin, tapi kali ni demo bantah ISA, yang penting demo kali ni risikonya bukan seperti yang dulu, water canon mula main cak-cak dari awal lagi, jadi doa sentiasa mengiringi tak henti-henti~


9.00 pagi

Mula bergerak.

9.30 pagi

Tiba di KTM Kuala Lumpur.
Kehadiran ramai SB memang dah dijangka, SB menunggu dipagar depan KTM dan menghalang orang ramai menuju ke Masjid Negara, ramai yang hanya menunggu dan duduk-duduk di tepi-tepi landasan Komuter,kami? Hehe, gerak sorang-sorang ikut jalan menuju ke restoran dan lintas sampai selamat tiba ke Masjid Negara, polis pandang-pandang, tapi Alhamdulillah tak Tanya apa-apa, ni kali pertama lalu selamba depan puak-puak FRU, fikir balik apalah nak takut..

11.30 tengahari

Tiba di masjid Negara, setelah dua jam ulang alik kat stesyen Kuala Lumpur memikirkan strategi nak lepas.kami(saya dan dua orang sahabat) selamat sampai ke Masjid, sahabat yang lain masih tersangkut di stesyen Kuala lumpur.

Dimasjid, sudah ada dua tiga orang makcik-makcik yang sedang solat hajat, SB ramai kat Masjid dok berkeliaran, jadi makcik-makcik tu nasihat hati-hati, dan buat macam orang yang bukan nak joint Demo, kami sama-sama solat hajat, makin lama makin ramai yang dah lepas, Masjid mula penuh, berita penahanan beberapa pimpinan dah mula kami terima.

1.20 tengahari

Solat Zohor, masjid dah penuh, laungan Allahukabar seiring bunyi helli kat atas bumbung masjid makin menyemarakkan semangat,usai solat, Imam doa dengan semangat, dan orang ramai lagi semangat mengaminkannya, hati saya begitu tersentuh melihat semangat yang ditunjukkan oleh semua.

Habis doa, semua keluar, saya dah Nampak kelibat Abah, tapi tak sempat nak panggil, tadi Abah telefon, nasihat suruh hati-hati.

1.45 tengahari

Perarakan dimulakan, kami berlapan pegang tangan erat-erat dan jalan.laungan takbir dan ‘mansuhkan ISA ‘ dilaungkan.lama berjalan, Abah telefon, Tanya saya dimana, Abah dan hampir tujuh puluh orang yang lain terperangkap di Masjid Negara, dihalang dari menyertai perarakan, dan individu yang begnya mengandungi alat-alat seperti baju ada lambang anti ISA, mula ditahan.

Perarakan dihalang FRU, dengan trak water canon, beberapa das gas pemedih mata mula dilepaskan, pertama kali dalam hidup terkena nikmat gas pemedih mata, huisyo..memang best tak ingat dunia.

Semangat kami tak Berjaya dilemahkan, kami berkumpul semula.

Handset habis bateri dan mati, saya mula tak tau jam dah pukul berapa.

Air mula disimbah, semua orang lari, termasuk kami, pak-pak cik tu pangggil masuk satu semak atas bukit, saya terpisah sorang-sorang dengan sahabat yang lain.jalan-punya jalan, kena lagi sekali gas pemedih mata, saya terduduk tahan sakit hidung, mata, tekak, pastu sambung balik jalan dan tembus di Stesyen Komuter depan SOGO, kena panjat pagar pulak, pengalaman, oh pengalaman.

Jumpa sorang Classmate, mintak handset dengan muka tak malu, nak Call Abah, cakap handset habis bateri.

Tak lama, jumpa balik sahabat yang lain, dari atas jejantas dapat tengok tempat lain yang masih tak reda, kami tunggu disitu.

Kami mula beli tiket balik, sampai KL sentral saya turun, sahabat yang lain meneruskan perjalanan.

Ramai polis di KL sentral, sampai situ diorang jaga?Isyh isyh.

Lepas hampir sejam setengah tunggu, baru abah sampai, rupa-rupanya jalan masih disekat.

Penutup(baca ala-ala pembaca berita)

KUALA LUMPUR-TV3 menyiarkan peniaga tak puas hati dengan aksi berani mati semua pihak yang sama-sama menjayakan misi suara rakyat yang begitu ingin memansuhkan ISA, akta ikut suka aku ini begitu jelas diteruskankan dari zaman komunis dulu demi kepentingan pemerintah. seorang penentang ISA tegar berkata, “perhimpunan ini tidak sepatutnya dihalang kerana ia adalah suara rakyat dari isi hati yang dulu demi dasar kemanusiaan dan bukan dasar nak tunjuk terel dengan aksi berperang dengan polis”, berbalik kepada peniaga tadi, simpati kami hulurkan, dan maafkan kami jika itu benar-benar perbuatan kami, tetapi jika itu sebenarnya berlaku dari sebuah perancangan, lu fikirlah sendiri. Beberapa penentang ISA tegar yang lain tidak Berjaya ditemuramah kerana tidak pandai bercakap dalam bahasa melayu, dan ada sesetengahnya yang tidak mampu berkata-kata kerana terlampau terharu setelah terkena gas pemedih mata, buat semua diluar sana yang tidak berkesempatan menghadiri Demonstrasi, doa anda pastikan sentiasa mengiringi, walau apapun yang berlaku, perarakan ini diharapkan dapat membuka mata ramai pihak supaya lebih mengkaji tentang kezaliman ISA, sekaligus menyokong tindakan kami menentang ISA. Akhir kata dari saya, jom sama-sama tentang ISA- laporan dari nessasyahirah.blogspot.com. sekian.


LAGI ISU INI:http://nikabduh.wordpress.com/


Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena