Beriringan ke Syurga~

Saturday, September 26, 2009

Menanti Hanan-siri Tujuh~

...............Boring, semua dah balik, tinggal saya seorang diri dirumah, (mak dan abah hantar akak dengan saleh ke perhentian Bas) sebelum buat apa-apa yang patut, saya post dulu siri menanti Hanan untuk yang sudi membacanya, dan harapan ada yang sudi mengkritik.

For Simon - Scrapblog Pictures, Images and Photos



Sesampai di rumah, Uwais terus ke bilik bujangnya, menukar baju, sudah berpeluh benar, cuaca biasanya akan panas waktu-waktu begini, dan hujan akan menyimbah bumi pada waktu selepas asar, Uwais hampir dapat menghafal kerenah cuaca musim tengkujuh begini, namun semuanya kuasa Allah, tidak semua ramalan manusia itu benar, disarung seluar sukan dan t-shirt putih ke tubuh, kemudian keluar menuju ke dapur, Ummi dan Khaulah sedang sibuk menghidang makanan, bau makanan yang menusuk hidung membuatkan rasa lapar yang hampir tidak terasa tadi menyerang, Uwais mengambil tempat duduk, Ummi berpaling.

“apa kata Tok Aki?” Uwais angkat kening.

“Baitul Hannan?”giliran Khaulah bersuara, Uwais mengangguk kecil.


“Ummi..Uwais lapar~”Ummi tergelak kecil.

“ye lah, makan, nanti Uwais ceritakan ya.” Ummi meletak pinggan berisi nasi ke hadapan Uwais.

“mengada, sekeh karang.”Khaulah tarik muka.

Uwais gelak.

“ Hikari, mari makan..” Hikari muncul dari pintu dapur yang bersambung dengan tangga.

“ya, Ummi” Gadis kecil molek itu turun, mengambil tempat di tengah-tengah Khaulah dan Ummi.

“apa ini?” Hikari mencedok kuah masak lemah cili api ikan keli.

“ini masak lemak cili api”terang Khaulah.

“pedas tau, macam wasabe” Khaulah teringat wasabe yang ditontonnya dalam drama jepun, Hikari mula menyuap nasi.

“tidak, wasabe lebih pedas..” hikari menghadiahkan senyum.

“nanti Ummi nak ke jepun, nak makan wasabe” Ummi gelak, Uwais masih dengan wajah selambanya.

“ni ha..pedas” Khaulah menunjuk pada sambal belacan.

“pedas..”Hikari mengakui kepedasannya selepas merasa sambal belacan.

“saya pulang ke Tokyo tiga hari lagi” intonasi suaranya mencerun.

“tiga hari, bukan lagi seminggu?” Khaulah tampak terkejut.

“perlu dipercepatkan tarikhnya” jawab hikari.

“ tak bestlah..” Khaulah mencebik.

“nanti Hikari datang lagi ya..” giliran Ummi menjawab, kelihatan sedih.

“giliran Ummi pula kesana” Hikari senyum.

“wah, nak ke jepun tu entahlah, mahal kan”Ummi memandang Uwais yang sedang khusyuk mengisi perut.

“mahal jugaklah Ummi, matawang diorang paling tinggi tak silap Uwais, Hikari kena belanja gamaknya” Uwais senyum.

Tiga pasang anak mata menentang Uwais, terkedu.

“Apa?” Uwais mengusap mulutnya, tawa mereka pecah, gamat ruang dapur sederhana besar itu.


************


Deringan Alarm dari telefon bimbitnya mengejutkan Uwais Al-Qarni tepat jam 4.30 pagi, matanya mengecil, pedih sedikit menentang cahaya dari skrin telefon bimbit, Uwais bingkas duduk, jika tidak akan jadi seperti semalam, mahu tidur sebentar, tetapi hanyut hingga ke Subuh, Uwais mengeliat, dipetik suis lampu dihujung katil, serta- merta ruang bilik sederhana besar itu terang- benderang, sejuk, Uwais mengosok lengannya, kemudian bangun mencapai tuala, menapak ke bilik air di dapur, keriut – keriut lantai papan yang dipijakinya menemani sunyinya malam itu, waktu melintasi bilik Ummi, dilihat Ummi sedang sujud, seperti kebiasaannya, Ummi akan terjaga lebih awal, meneruskan rutin hidupnya sejak Arwah Abah masih hidup lagi.

Angin dari celah- celah atap zink menerjah menyucuk hingga ke tulang hitam, Uwais tidak jadi mandi, tewas dengan kesejukan , diletakkan tuala ketepi kemudian berwudu’.

Usai salam selesai solat sunat tahajjudnya, Uwais beristigfar, matanya melayu, diserang mengantuk, digonyoh matanya sedikit, kemudian mengangkat tangan memanjat doa, kemudian dia bingkas bangun, mahu meneruskan ibadahnya malam itu, namun niatnya terganggu, pintu utama diruang tamu diketuk bertalu-talu, berderau darah Uwais.

Uwais berjalan pantas keluar, bertembung dengan Ummi yang jelas terpancar gusar diwajahnya, mereka segera menuju kepintu, Uwais mengintai di celahnya.

“ Hafiz mi..” Dahi Ummi bercantum.

Uwais buka pintu perlahan dengan degup jantung yang menggila, bimbang sesuatu yang tidak elok dilakukan Hafiz, ketukannya tadi luar biasa, seperti orang ingin melepas amarah.

“Assalamulaikum!” nafas Hafiz turun naik, dahinya dibasahi peluh.

“Tok Aki..Tok Aki meninggal Uwais..” Uwais tergamam, bahunya dicengkam Ummi kuat.

“Innalilliahiwainnailaihirajiu’n..”Uwais meraup wajahnya, kenyataan ini sukar ditelan.

“Tok yakin Uwais dapat lakukannya” hanya ayat itu menjengah mindanya.

“Baitul Hanan..”



Read More

Friday, September 25, 2009

Tanah Kubur

pagi satu syawal



Andai jiwa kau singgahkan di kuburan
Pasti bertamu keinsafan
Andai nanti kau tapaki ke tanah suram ini
Benarkan segenap nadimu meledak ketakutan
Mengenang kuasa Tuhan
Menghidup dan mematikan

Sesekali bertandang ke pusara warisan
Doa kudus menjadi serahan
Andai hati kau beri pada Tuhan
Mati bukan ketakutan
Tetapi peringatan
Pemergian bukan kesedihan dan ratapan
Tetapi pengajaran buat insan
Kita didunia bukan destinasi berkekalan
Tetapi sekadar perhentian
Menuju noktah penghabisan
Yang diberi pilihan.


p/s: jangan pergi kubur pagi-pagi raya sebab orang ramai, dan hari raya bukan untuk kesedihan tapi kegembiraan, ni kali pertama kami ke kubur nenek dan atuk pagi syawal, sebab nak tengok suasana kubur di pagi raya(ada ke patut?)

Read More

Demi Cinta

city busy Pictures, Images and Photos

Demi dunia.
Anak-anaknya tenggelam dalam kesibukan.
Dalam ilusi mencari senyum dusta
Kehulu kehilir mengusung beban berzahir kosong
Menyeret jiwa berbatin tersiat
Menelan derita likat
menggendong duka berkarat

Demi cinta.
Izinkan kasih bertamu.
Dalam waktu yang berhimpit

Demi kasih
Izin cinta bertandang
Dalam jiwa berkepam

Demi kasih sayang
Usah diabai jiwa yang mencelah
Mendamba pujukan gusar sang hati

Demi diri
Cari bahagia yang Abadi
Bukan hanya disini
Juga buat ukhrawi
Menempuh jalan penuh duri
Menyusur denai mencari Illahi



dalam kesibukan meniti arus kehidupan, jangan diabaikan insan sekeliling yang mengharapkan kasih dari kita.

Read More

Thursday, September 17, 2009

Mencari Diri yang Hilang, saat detik Syawal menjelang.

kad raya Pictures, Images and Photos


Menghitung Detik, Syawal bakal menjelang untuk dua hari lagi, dan Ramadhan, terasa begitu berdesup pergi, Ramadhan kali ini terasa begitu berbeza dari Ramadhan – ramadhan 19 tahun dahulu, atau mungkin, 8 tahun dahulu, saat diri mula tahu mengenal diri sendiri, Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling istimewa, seiring satu perubahan yang dilakukan keatas diri, Alhamdulillah, hampir berhasil, ternoktah saat fajar syawal menyinsing nanti, doakan moga Istiqamah.

Ramadhan kali ini bukan seperti Ramadhan yang dulu, kali ini ianya mencoret senyuman dihati ini, Terima kasih buat anak-anak muridku, kalian kini buah hatiku.

Hati yang benar-benar sempurna adalah hati yang menangisi pemergian Ramadhan, saya masih belajar untuk menangisinya, mungkin keseronokan Pagi Syawal yang sudah sebati dilalui sejak kecil sedikit sebanyak melitupi jiwa ini, saya masih bertatih melupakan sejenak keseronokan pagi syawal sebelum ia berlaku untuk berlajar rindukan Ramadhan yang akan datang, bukan rindukan suasana bersahur dan berbuka dengan hidangan enak, tetapi belajar merindukan diri yang berusaha untuk mencari redha Allah di bulan Ramadhan yang hilang bila melalui bulan-bulan yang lain, dan berusaha melakukannya untuk sepanjang tahun,Semoga kita sampai lagi untuk Ramadhan yang akan datang.Amin.

Selamat Tinggal Mentari Ramadhan, Selamat tiba Fajar Syawal.

Selamat Hari Raya buat semua Sahabat, maafkan salah dan silap sepanjang kita berblog.

Read More

Friday, September 11, 2009

‘Datang Bulan’- 10 Malam Akhir Ramadhan.

Moon4 Pictures, Images and Photos


Firman Allah S.W.T. :


“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) itu pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin RABB-nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(Surah Al –Qadr)


........................


Wanita mana yang tidak galau hati jika disaat ‘pecutan akhir ramadhan’, tiba-tiba didatangi haid, yang akan menghalangnya dari solat fardhu, terawih, tahajjud, membaca Al-quran, dan sesetengah ibadat yang lain.

Tak hairanlah jika ramainya muslimah diluar sana yang sentiasa berdoa-doa agar tidak didatangi haid diakhir Ramadhan seperti waktu sekarang.

Lebih-lebih sekali kita sering dihidangkan dengan ayat-ayat Allah dan sabda dari Rasulullah s.a.w. yang menceritakan tentang keistimewaan lailatul qadar yang menjadi idaman dihati insan-insan yang sentiasa merindukan redha dari- Nya.

Justeru, saya kupaskan disini, mengapa anda tidak perlu merasa ‘sangat kecewa’ jika didatangi haid saat-saat akhir ramadhan.

Haid adalah keadaan fisiologi yang bertindak sebagai penanda aras kesihatan wanita, ringkasnya, untungnya wanita kerana mempunyai darah haid yang tidak ada untuk kaum Adam.

Islam sebagai agama Kamil yang mengatur hidup kita sehingga Bab Haid pun diceritakan didalam Al-quran.(Al- Baqarah-222)

Kita dikhabarkan dengan pelbagai Ibadah yang dibolehkan ketika haid,


Wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.

Imam al-Bukhari telah memberi sebuah judul dalam kitab sahihnya dalam persoalan yang berkaitan dengan perkara ini (perempuan duduk atau tidur di masjid):


بَابُ نَوْمِ الْمَرْأَةِ فِى الْمَسْجِدِ

“Bab: Tidurnya Perempuan di Dalam Masjid”.

Dan berikut ini adalah hadis sahih berupa penjelasan dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha iaitu tentang seorang hamba perempuan berkulit hitam, ia menjadikan masjid sebagai tempat tinggalnya (duduk menetap) di masjid, ia bekerja sebagai pembersih masjid maka ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha ia berkata: Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan berkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian ia pun tinggal bersama mereka. Berkata ‘Aisyah: Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan masuk Islam. Berkata ‘Aisyah: Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid (sebagai tempat penginapannya)”.

(H/R Bukhari, 439)


Tentunya perempuan (hamba berkulit hitam) yang diceritakan oleh ‘Aisyah sama seperti perempuan-perempuan yang lain, setiap bulan pasti kedatangan haid, tetapi tidak pernah ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar dari masjid semasa beliau kedatangan haid. Ini menunjukkan bahawa perempuan yang kedatangan haid (sedang berhaid) tidak dilarang (tidak haram) masuk dan duduk di dalam masjid. Sama ada untuk belajar atau mendengar ceramah atau kulliah.


Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis seterusnya:

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu beliau berkata: Bahawasanya ada seorang lelaki berkulit hitam (atau seorang perempuan berkulit hitam), yang bekerja membersihkan masjid telah meninggal, lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertanya tentang perempuan tersebut, mereka berkata: Ia telah meninggal. Baginda bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahu kepadaku berkenaan kematiannya, tunjukkanlah kepadaku kuburnya. Lalu baginda pergi kekubur lelaki tersebut (atau perempuan tersebut) kemudian baginda bersolat untuknya”. (H/R Bukhari 458,460 dan 1337)


Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, bahawa hamba yang meninggal yang bekerja sebagai pembersih masjid tinggal (menetap) di dalam masjid, dia adalah seorang hamba perempuan. Oleh kerana tidak ada larangan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk hamba ini tinggal (menetap lama) di dalam masjid, walhal sudah dimaklumi setiap perempuan pasti kedatangan haid disetiap bulan, namun tidak ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar semasa kedatangan haid, malah tidak pernah ada perintah agar hamba ini keluar semasa kedatangan haid. (Lihat: Fathul Bari, syarah hadis 458. Ibn Hajar) Maka dengan kenyataan ini, amat jelas bahawa tidak ada larangan bagi perempuan yang berhadas besar dan kedatangan haid untuk duduk, belajar atau mendengar ceramah di dalam masjid.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menyuruh ‘Aisyah radiallahu ‘anha masuk ke masjid yang mana beliau sedang dalam keadaan berhaid, sedangkan baginda tahu hal keadaan ‘Aisyah sebagaimana kenyataan dari hadis sahih di bawah ini:


“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadaku: Ambilkanlah untukku sehelai sejadah (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata: Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya haidmu itu bukan di tanganmu”.

(H/R Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii, Ibn Majah, Ahmad dan selain mereka)

Terdapat juga pendapat yang menyatakan larangan bagi wanita untuk duduk dimasjid, walaubagaimanapun, Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah membuktikan bahawa semua hadis-hadis yang melarang (mengharamkan) wanita haid duduk di dalam masjid adalah dhaif/lemah.

Berdasarkan Hadis diatas, jelaslah mendengar kuliah yang sering diadakan dimasjid-masjid selepas solat terawih adalah dibenarkan, bahkan ia adalah wajib berbanding solat terawih yang hanya sunat dilakukan.

Sementara menunggu jemaah masjid yang lain menunaikan solat isyak dan terawih, eloklah sekiranya wanita yang haid menghabiskan masa dengan berzikir, membaca buku agama, membantu jemaah wanita lain yang mempunyai anak kecil dengan menjaganya, dan sebagainya.

Dan dipertengahan malamnya pula, saya saran anda bangun, basuh muka dan berzikir, lebih mudah kerana ia boleh dilakukan dengan apa posisi sekalipun, jangan hingga tertidur sudahlah.

Apa sekalipun yang Allah beri pada kita, Redhalah, kerana setiap satu itu tersirat hikmahnya, jangan jadikan Haid sebagai Alasan untuk kita bermalas-malasan, makan di hadapan kawan perempuan lain yang berpuasa, dan pelbagai perkara negatif yang lain.

Akhir kalam, mari kita panjatkan berjuta kesyukuran kerana dikurniakan iman, dan diletakkan didalam deen yang cukup-cukup lengkap ini.

Wallahua’lam.

__________________________________________________________

Rujukan:

- Al-Quran ( terjemahan).
- http://fiqh-sunnah.blogspot.com.



Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena