Beriringan ke Syurga~

Monday, February 15, 2010

Gaza- The killing Zone

Gaza Pictures, Images and Photos
anda senang dengan reality ini?

Hari ini, anda bangun, solat subuh, sarapan, dan berehat dengan keluarga, dalam keadaan tenang, tanpa bunyi tembakan melata, tanpa bunyi buldozer, tanpa bunyi teriakan, dan bunyi tangisan, dan hati anda, penuh dengan keriangan.

dokumentari ini mampu menggugat ketenangan anda, jadi saya klasifikasikannya sebagai filem wajib tonton,reality- jika selalunya, kita sukar membayangkan entah apa yang terjadi di Gaza sana, entah apa yang berlaku dengan saudara kecintaan kita disana, dan dokumentari ini saya kita cukup jelas, meskipun dibuat oleh wartawan barat, namun ia sudah cukup menceritakan tentang penderitaan yang dialami saudara kita dibumi nan suci itu.

ayuh, tonton sampai habis, biar terobek hati yang sudah puas dimanja keamanan!







ns: saya mahu menjadi seperti wartawan yang berani itu~

Read More

Saturday, February 13, 2010

Andai saja..

Mahu bertatih kembali




Dengan nama Allah pencipta sekalian Alam, Maha Melihat apa yang tersimpan dilubuk paling dalam hati saya, maka DIA lebih mengetahui apa yang memberat di jiwa hamba-Nya.

Saya sebenarnya benci menulis perihal diri, tapi kadangkala terlepas juga bila jemari bertemu cinta hati si keyboardnya, maka seperti tidak mahu berhenti, terus menekan, mencurah entah apa yang terbuku dihati, hingga akal dicampak ketepi, jadi bila- bila melihat kembali, jadi malu sendiri.(^ -^)

Oh, bukan bermaksud hari ini saya akan mula cerita hal peribadi, Cuma hari ini tangan masih gatal nak menulis meski buku belumpun saya hadamkan untuk persediaan exam khamis ini, - maka itulah kisah peribadinya yang buat semua tahu saya akan exam khamis ini.

Asal pembinaan blog ini mulanya bukanlah untuk diari hidup saya sehari- hari,, malah saya pernah berjanji untuk tidak menulis tentang diri, apatah lagi meletakkan gambar-gambar peribadi, malah saya benci megaitkan penulisan cerpen saya dengan kehidupan saya, sebab seakan- akan sudah tidak ada privasi, lebih- lagi untuk yang mengenali diri, kerana itulah saya kurang gemar berkongsi alamat blog dengan sahabat- sahabat yang saya kenali, dan saya sebenarnya takut bertemu dengan sahabat- sahabat maya, dunia maya dan reality, saya betul- betul mahu pisahkan dua dunia ini.tapi ini bukanlah sebab mengapa saya kurang bersama dengan adik- beradik iluvislam, ini disebabkan hal- hal lain yang selalu bertembung yang membuatkan saya perlu mengaulakan hal lain itu.

Tapi, hari demi hari, penulisan mengenai perjalanan hidup itu nyata lebih memberikan kepuasan, tentang apa yang saya lihat, saya hadapi dengan air mata mahupun senyum dan tawa, maka tanpa sedar, saya telahpun menulis tentang diri , -sesuatu yang saya benci tadi.

Dan semakin hari saya semakin sedar, saya makin menjauh dari matlamat saya mahu berjihad menggunakan pena, matlamat yang satu semata- mata kerana Allah, dan saya tersungkur dalam kelemahan diri yang tak mampu saya tepis dengan kekuatan iman.
Mahu tahu, cinta saya pada bumi Palestin (boleh lihat diawal penjebakan saya dalam penulisan blog yang rata- ratanya berkisar Palestin) makin hari- makin kelam, makin melupakan~ dek jiwa yang bertuhankan keduniaan, saya akui kelemahan diri, hancurlah perjuangan Islam andai sayap kirinya semuanya mirip saya,

Dua tahun pembabitan dalam dunia ini, saya mula bersoal kembali pada diri, Andai saja saya tidak membina blog sendiri, Andai saja saya tidak kenal dengan dunia blog, Andai bisa saya mengundur masa kembali, Astaghfirullah~manusia memang gemar mengandai- andai.

Tutup blog? Bukan tindakan bijak saya kira, penulisan cinta hati saya, Cuma saya harus membaiki setiap yang keluar dari hati saya itu dengan rasa bertuhan! Dengan gaya muslimah tuntutan agama kecintaan, oh ya~ dan bukan mengharapkan setiap mata yang melihat akan berpuas hati, jika saya namakan jihad dengan pena(mungkin jauh lagi bagi saya untuk sampai ketahap itu), saya harus menempuhi kritikan, herdik, maki, keji, dan mengatur penulisan saya dengan lebih berpandu Al- Quran dan As-sunnah.

Saya mahu jadi srikandi islam yang teguh menegak kalimah kebenaran, itulah jiwa saya, (Cuma mungkin jiwa ini nakal kadang kala), maka bantulah saya, kita berjuang sama- sama.

Saya tidak tahu, langkah perubahan ini hanya setakat mana, atau mungkin kemuncaknya blog ini hilang dialam maya, tapi itu bukan yang saya mahu seperti yang saya katakan tadi, Cuma saya akan berusaha untuk mengubahnya, supaya tidak keanak- anakan lagi, sekali lagi, mohon dibantu kerana diri ini terlalu lemah bila sendiri.

Oh~nampaknya saya menulis tentang peribadi diri lagi..(- _ -)tapi tak mengapa tentang diri yang bermanfaat(andai bermanfaat) kan.







Read More

Friday, February 12, 2010

satu janji




Menjadi muslim adalah perjanjian untuk kita sedar akan satu hakikat, tubuh kita ini, apa pun yang kita perbuat, akibatnya kita yang akan tanggung diakhirat kelak

- nessasyahirah


Masa sekolah dulu, suka- suka hati je kami sambut valentine, tapi bukan dengan lelaki, tapi akan bagi- bagi hadiah atau note yang tulis happy valentine days pada kawan- kawan perempuan, hujahnya, valentine bukan untuk disambut untuk manusia yang bercouple je, tapi untuk cinta kita pada sahabat-sahabat, bila ingat balik, aduyaii~

Masa hari ibu, masing- masing sibuk nak wish pada bonda masing- masing, katanya walaupun hari ini berasal dari barat, kita tetap mengembirakan hati ibu kita dengan ucapkan hari istimewa itu, hari ibu, masing- masing berusaha nak masak itu inilah, nak tolong mak itu inilah, yang duduk jauh, akan telefon mak semata- mata nak wish happy mother day, waktu lain, dengan mak macam hampeh.

Hari guru? Entah siapalah yang reka hari guru, tapi best, dulu, kat sekolah ada majlis yang sangat best, dan cikgu- cikgu yang garang semua akan jadi sporting habiss..nak buat apa-apa, lantak koranglah..sampai ada pula yang ambil kesempatan yang kurang hajar dengan cikgu waktu hari guru, iyalah, hari guru kan sekali setahun je.

Birthday? Tak tahu pula sambutan hari jadi ni memang jatuh taraf wajib, sampai kalau ada kawan yang tak wish, terasa sangat disisihkan dan dilupakan, oh~.
Hari perkahwinan? Yeah~ tak taulah, sampai yang sanggup cukur kening dengan alasan, alah~ sekali seumur hidup je.berabis sakan, sampai ada yang sanggup berhutang sini sana, sekali seumur hidup kan..

Isu boikot, kita bermati- mati pertahankan makanan yang kita suka, hujahnya, alah~ HPA punya mahallah, ala, ada halallah, yang lain tak adalah, ni je yang ada dekat rak tu~cuba bayangkan, waktu anda keluarkan duit untuk beli colgate, atau pergi makan di starbucks, penjual tu bagitau, terima kasih, wang yang anda sumbangkan adalah untuk membeli senjata untuk membunuh rakyat palestin, terima kasih.

Facebook? Saya Cuma harap ada yang buka mata, saya tak anti lansung facebook, Cuma..takut, bayangkan apa yang dikatakan setengah pihak tentang facebook itu benar, selamatkah kita sewaktu dipersoalkan di hadapan Allah kelak? Sedangkan kita sudah diberitu, ya, kita sudah diberitahu, nanti depan Allah nak masih nak jawab tak tahu, saya Cuma berhati- hati, atau mungkin saya kurang mengkaji, jadi saya tidak terus menghukum.

Menjadi muslim adalah perjuangan kita berlumba- lumba menjadi yang terbaik dihadapan Allah.
Menjadi muslim adalah perjanjian untuk kita menerima hakikat, tubuh kita ini, apa pun yang kita perbuat, akibatnya kita yang akan tanggung diakhirat kelak.



Kita selalu katakan yang maju itu barat, hingga kita lupakan sumbangan ulama’ ulama terdahulu dalam setiap kemajuan itu, ya, kita memang mudah lupa.

Jihad, mengapa sampai ada yang katakan penjihad itu terrorist, sedangkan kalimah jihad itu perlu ada dalam diri setiap dari kita, sampai bila mahu berlepas diri dari jihad, ingatlah islam tak pelukan kita, kitalah yang perlukan islam itu, kita yang harus mencari jalan untuk mati sebagai
kekasih Allah! Jangan sampai kita tidak pernah berniat untuk mati syahid, Nau’zubillahiminzalik..ya Allah, bebaskan kami dari tipu daya dunia.

Kita hidup semakin jauh, kita bermati- matian mencari hujah pada sesuatu yang kita tahu dari barat, oh~ saya rindukan hidup dalam lingkungan islam yang sempurna, buleh tak kalau kita sama- sama usahakannya? Boleh tak kita sama- sama perjuangkannya? Boleh tak?

NS: sedih sangat melihat gambar bayi perempuan yang dibuang (dihurung semut) yang terpampang depan utusan malaysia hari ni.oh~ dunia.





Read More

Friday, February 5, 2010

Menanti Hanan siri 9

“Uwais, boleh kita berbicara sebentar?” Uwais Al-Qarni berpaling, sosok kecil Hikari
bersarung baju kelawar merah lengan panjang tegak dipintu, diubah posisi dirinya yang tadi mengarah kepantai dari beranda rumah, angin petang mula mengencang, Uwais menjawab dengan anggukan kecil, matanya menunduk, Khaulah yang ralit menaip sesuatu di Laptop mendiam diri, Uwais mula pelik dengan sesuatu yang menghinggap di hatinya kecilnya, cepat-cepat dia beristighfar, dibuang jauh-jauh perasaan itu, sementara Hikari masih mendiam diri meskipun sudah bergerak kesebelahnya dalam posisi yang dijarakkan, Hikari mula memahami Uwais, atau mungkin rasa kurang selesanya dengan Uwais masih belum mengendur, Uwais menelah sendiri.

“Esok aku sudah mahu kembali ke Tokyo..” ringkas, Uwais masih bingung dengan apa yang ingin disampaikan Hikari sebenarnya, Uwais terangguk-angguk kecil, sekurang-kurangnya.

“Dan aku tidak mahu pulang dengan kepala yang berat dengan perasaan” Uwais tersenyum, mendengar pertembungan dua entiti berbeza, kepala dan perasaan, anak jepun ini sasteranya terlalu tinggi.


“ aku hanya ingin memohon maaf, sekiranya kedatanganku kesini membuat kau kurang selesa, aku mula memahami tuntutan agamamu yang perempuannya semua bertutup, hingga jadi engkau langsung tidak mahu memandangku” Hikari terasa mungkin, sejak dia mula menatap buku-buku agama sejak dua menjak ini.

“ secara jujur aku katakana bahawa jiwaku seakan mengarahku untuk berselindung disebalik selimut yang besar sewaktu berhadapan dengan kau, kerana aku mahu engkau berinteraksi denganku dalam kondisi yang selesa.” Panjang lebar, Uwais masih tidak bertindak balas dengan kata-kata.

” Cuma..aku terlalu ingin sampaikan sesuatu sewaktu mula-mula sampai dan mengetahui tentang kesedihan yang menimpa keluarga ini” Uwais memandang Hikari sekilas.

” Apa?” Sepatah.

” Sewaktu melihat engkau berduka hampir setiap hari, lebih-lebih lagi sewaktu aku mengetahui tentang perihal ayahmu, aku ingin kongsikan bahawa aku juga sebenarnya seperti dirimu, yang hidup tanpa kasih ibu sejak aku kecil lagi, dan aku memahami betapa dukanya menerima kehilangan orang yang kita sayangi” Uwais terkedu, bicara panjang itu menumpahkan simpati yang menggunung buat Hikari.

”Maaf, aku tak tahu, mungkin aku sangat kasar dalam melayan kamu” Uwais mula memberi reaksi, dua tangannya santai dimasukkan kedalam poket seluar.

”Uwais, aku bukan bercerita untuk menimbulkan rasa bersalah dalam hatimu, aku hanya ingin memberi engkau semangat bahawa kehilangan orang tersayang bukan penamat hidup kita, bahkan manusia yang tinggal disekeliling kita adalah lebih berharga”

” dan cinta mereka ternyata lebih memerlukan kita untuk disempurnakan..”

Uwais Al-Qarni sedar, selama ini dia hanya mementingkan perasaannya sendiri, tanpa memikirkan bahawa Ummi dan Khaulah juga turut bersedih akan pemergian Arwah Abah.

”Aku tahu, aku bukanlah orang yang layak menasihatimu, tapi percayalah, mungkin Tuhan menghantar aku untuk menjadi pemujuk hatimu, kerana aku adalah orang luar yang pernah mengalami perasaan sama seperti apa yang pernah engkau lalui.”

”Terima kasih, mungkin aku tidak perasan dengan semua ini, maaf sekali lagi, harap-harap engkau tidak pulang dengan perasaan marah kepadaku” Uwais senyum, mungkin ini yang sepatutnya dia perbuat sejak dulu sewaktu melayan tetamu.

”kalau engkau baik seperti ini sejak mula-mula aku kesini, aku pasti senang” Hikari tergelak kecil.

” Hauchumm!!!” dua pasang mata berpaling kebelakang.

” hehe, sorry..” Khaulah buat muka tak bersalah.

Tawa mereka pecah~



”Hikari, sudah siap kemas baju?” Khaulah merapati Hikari, bilik tetamu berukuran sederhana besar itu masih dipenuhi baju dan barang-barang Hikari untuk dibawa pulang.

”maaf~ masih belum, aku sudah mula bimbang, ini salahku kerana melambat-lambatkannya’ Hikari menggaru kepala, baju sejuk besarnya menggeleber menutup keseluruhan tangannya, comel~

” aku bantu” senyum, Khaulah melipat baju yang bertaburan di atas katil.

”terima kasih ya, aku amat memerlukan kamu” Hikari memasukkan barang kedalam kotak.

” Banyakkan, pasti rakan-rakanku marah nanti, itulah, semua tempat yang aku lawati semuanya pasti aku berbelanja” wajah Hikari meraut gusar, Khaulah tergelak kecil.

” sudahlah, jangan risau, yang pasti engkau pulang dengan gembira” Khaulah memujuk.

”Pasti, setelah aku menerima kata maaf dari abangmu, aku gembira sekali” Hikari tersenyum indah.

” susah tahu, abangku mahu memohon maaf ” Khaulah menambah gula-gula buat Hikari.

” ya, engkau pernah beritahuku sikap abangmu” Hikari terangguk-angguk, Khaulah pula mula pelik dengan sikap Hikari, atau mungkin..Hikari sudah mula menyukai Abang?

”oh ya, aku sebenarnya sudah lama mahu bertanya tentang ini, erm.., Bahasa Melayumu sangat sempurna, hampir tiada kesalahan langsung, bukan seperti setahun belajar yang engkau beritahuku dulu, mungkin sebelum itu lagi kau sudah memperlajarinya?” Khaulah cuba mengubah Topik perbualan mereka, Hikari mendiam lama.

”ya..aku akan beritahumu, tapi ini rahsia tahu.” tersenyum, tangannya terhenti dari melakukan sebarang perkerjaan, dia memusatkan pandangan pada Khaulah, dia bersimpuh di sisi katil, Khaulah pula masih meneruskan kerja melipat baju, dia terangguk-angguk.

” Dahulu, kata ayahku, Ibuku seorang wanita Melayu, namun dia hidup sebatang kara tanpa sesiapapun di Malaysia, dan sewaktu ayahku berkerja di hospital di Malaysia suatu ketika dahulu, dia berkenalan dengan Ibuku, dan mereka kejepun bersama-sama” Khaulah nampak terkejut, Hikari meneruskan kisahnya.

” Kata papa, wanita Melayu baik hati, seperti Ibuku, malangnya aku tidak sempat bertemu dengan Ibuku, hanya melihat gambarnya sahaja, sayangnya aku tidak membawa gambarnya kesini.” Khaulah malas mahu memotong bicara Hikari, dia memilih untuk mendengar dengan teliti.

”kerana itulah, papa menyuruhku mendalami budaya melayu, malah sejak kecil aku diajar bertutur dalam bahasa Melayu, kerana itulah aku tidak kekok bercakap dalam bahasa Melayu, malah, dek cinta papa kepada ibuku, kami gemar bertutur dalam bahasa Melayu bersama-sama, kata papa, supaya Ibu tidak meluput dari jiwa kami, sewaktu aku memberitahu bahawa aku akan kesini, papa sangat gembira, katanya dia juga mahu kesini lagi suatu hari nanti”

”tapi wajahmu tidak sama dengan wanita melayu sedikitpun..” Khaulah mengerutkan dahi, masih terkejut dengan kisah pelik ini.

”sukar untuk dipercayai bukan, aku juga bingung sewaktu disuruh belajar bahasa melayu pada mulanya, namun sedikit demi sedikit papa menerangkan hal ini kepadaku, katanya, aku harus mempelajari budaya Ibu dan budaya jepun supaya Adil”

”kamu pasti tiada saudara mara ibumu yang tersisa di Malaysia?”

”Aku tidak tahu, tapi kata papa, kedua orang tua Ibu mati dalam kemalangan, dan ibu tinggal di pusat kebajikan sejak kecil” Khaulah terangguk-angguk.

Cuma..Khaulah tersentak dengan satu perkara sejak diawal pemceritaan kisah tadi- bermakna Ibu Hikari menukar agamanya?.

” kalau dah jodoh, tak kemana bukan?” soalan tadi Khaulah simpan dalam hati, dia menyambung perbualan.

” bila di Malaysia, aku seperti lebih dekat dengan ibuku” Hikari tersenyum pahit.

”mungkin Ibuku baik seperti Ummimu” senyum berbalas senyum.

” Semua ibu adalah yang terbaik disisi anaknya Hikari, yang penting kamu tidak melupakannya” Hikari terangguk-angguk.

”Sudah, aku masukkan kedalam beg ini ya?” cadang Khaulah, Hikari sekadar mengiyakan, persoalan tentang status agama ibu Hikari masih mengusik mindanya.

”maaf ya jika aku bertanya?” Hikari mendongak kembali, keningnya berkerut.

” tentang agama ibumu?”

”Agama?itu tidak penting kan, yang penting cinta, mereka saling mencintai, dan mereka bahagia, pendapatku, agama tidak penting lagi, lagipun, tidak pula papa berkata apa-apa tentang agama anutan ibuku, yang pasti, aku dan papa mengamalkan ajaran Kristian Katolik.” terang Hikari panjang lebar.

”okey..tapi untuk pengetahuanmu, kalau kamu ingin berkahwin dengan jejaka yang beragama islam, kamu harus memeluk agama islam terlebih dahulu..” Khaulah senyum tersirat, sengaja di terangkan suaranya sedikit pada perkataan jejaka beragama islam, Hikari ini, sebenarnya sudah dilamun cinta, ayatnya berkisar cinta sahaja dari tadi, omel Khaulah dalam hati, pasti.

”iya?, ” terbuntang mata Hikari, haruskah?

”na~ kamu menyukai Abangku bukan?” jerat Khaulah mengena, dia tersenyum puas.

”haaa ~” kali ini Hikari ternganga, pipinya memerah, Khaulah ketawa besar, ada ’can’ nak kenakan Abangnya.


Muhammad Al-Fateh memeluk Aisyah kejap, Fateh sering mempersoal dirinya, benarkah dia harus melepaskan mereka pergi? perlukah dia akur dengan ketentuan ini dengan selapang-lapangnya? Sedang hatinya begitu memberat seakan sedang ditimpa batu yang besar, dan meskikah semua ketentuan itu memihak dirinya, dan patutkah dia terus menghukum ketentuan dengan pancaindera yang serba terbatas ini? Fateh memilih untuk akur pada kehendak Allah, Fateh yakin, akur pada ketentuan itu juga adalah satu antara pilihan yang mengandungi Hikmah yang besar buat dirinya, Fateh terasa Allah itu begitu dekat dengan segenap urat nadinya. Air matanya hampir tumpah.

“ Kak Long gerak dulu..” Melati mematahkan hiba Uwais.

“ Kak Long rasa angah tak payah balik kampung dalam sebulan ni, tumpu perhatian pada pelajaran, lepas ni angah boleh balik.” Melati sembunyikan kesedihan dalam tegasnya.

“Kak Long jaga diri, jaga Adik elok-elok” pesan Fateh.

“ Abang ngah nak pergi mana Kak Long.”Aisyah terpinga-pinga.

“Abang ngah nak pergi tinggal kat Asrama sayang.” Tangan kecil itu digengam kemas.

“ Abang ngah tak ikut kita balik rumah Makandak?” Aisyah mendongak memandang Melati, melati menggeleng perlahan.

“Ala..tak dapatlah Aisyah mandi laut dengan Abang ngah..” Fateh tergelak perlahan, dia duduk, Aisyah dah tarik muka.

“Nanti Abang ngah balik..kita mandi laut ya, jangan mandi laut lagi tau, tunggu Abang ngah balik.”

“ Abang Ngah balik esok ya?”

Melati diam, Fateh pun.

“ Aisyah, jom kita naik kereta ye..nanti Angah balik ye” Makandak mengangkat Aisyah dan mendukungnya.

“Babai Abang ngah..” Aisyah melambai, Fateh hampir tidak berupaya mengangkat tangan pun.

“Kak Long, hati-hati Drive ya”

“ Angah jaga diri elok-elok, jangan risaukan Kak Long, jangan keluar KL sorang-sorang ye dik..” Melati memandang Fateh hiba, cepat-cepat dia menarik tangan Fateh, Fateh mencium tangannya.

“ apa-apahal, tentang yuran ke, atau apa-apapun, cepat-cepat telefon Kak Long” Melati masuk kedalam kereta.

“Assalamualaikum”

“ Wa’alaikumsalam”

Fateh berjalan menuju kebangunan Asrama walaupun kereta Melati masih belum berlalu pergi, dia mengesat air matanya pantas, mohon Allah menguatkan hati.

Melati sudah tersedu-sedu, perpisahan selepas pemergian Ummi dan Abah terasa begitu memeritkan, belakangnya digosok perlahan Makandak, saat melihat Fateh berjalan pergi tanpa menoleh adalah sesuatu yang memeritkan.

p/s:err..any comment?



Read More

Wednesday, February 3, 2010

tanya sama bintang




Kata dia
Bintang jadi saksi
Pertemuan aku dengannya.
Kata aku
Bintang tak bisa melihat
Andai kita bepisah
Satu hari nanti.

Kata dia
bintang mendengar luahan hati
Ceritakan pada bintang
Segala cerita hati
Anggapkan dia yang mendengar
Supaya aku tenang
Bila dia tidak disisi
Kata aku
Bintang tidak bisa mendengar
Bintang tidak bisa memahami
Yang mendengar
Yang memahami
Adalah dia
Jadi aku mahu dia disisi

Kata dia
Bintang itu indah
Lihatlah bintang
Pasti aku akan ceria kembali.
Kata aku
Bintang tidak mampu menceriakanku
Yang bisa menceriakankanku adalah dia.
Kerana dialah bintangku.

(puisi untuk farhah)







Salam.

Tak payahlah saya menghighlightkan berapa kurun saya tak bermesra dengan blog kesayangan ini, umum mungkin sudah tahu blog ini sedang mengumpul habuk yang berkepuk- kepuk, dan hari ini, saya datang menyembur fabrezz, biar harum semerbak.

Saya pinjam laptop awanys, laptop kesayangan sudah bertukar tangan pada kakak kembali, biasalah, musim serangan asigment yang menggila sudah tamat, dan turn kakak saya pula yang masuk sem lewat sikit dari saya, jadi apalah salahnya buat baik, pinjamlah, amiklah kakakku sayang oii( ayat kipas nak dapat jubah free lagi..huhu), oh ya, kakak saya baru dapat elaun maktab, jadi dia sedang kaya, mintalah dia belanja kamu semua sebab dia pemurah orangnya.err.

Tak ada isu yang nak saya omelkan , sebab itulah saya sudah tak banyak membebel diblog lagi, lagipun, ada sesuatu yang kurang menyenangkan berlaku di blog, maka saya seperti kurang mood nak menulis lagi.oh, adakah saya menimbulkan kontroversi? Tidak kan.

Semalam, sahabat yang belajar dimesir telefon, bahagianya saya, bila dia dimalaysia, tidak pula rasa rindu melampau, tapi bila dia dah kesana, saya rasa seperti mahu terbang …..oh, saya mahu jumpa farhah, kata farhah dia rindu tulisan saya, maka saya menulis hari ini.puisi diatas adalah untuk dia.

Oh ya, minggu depan saya final, mohon sahabat- sahabat doakan saya, maklumlah, baru degree sem satu, masih panjang masanya, jadi doakan saya agar kuat.

Maafkan saya, buat sahabat- sahabat yang ‘memfollow’ blog saya ‘beriringan ke syurga’, saya mohon maaf diblog ini, tak apakan.sebenarnya blog itu penulisan saya untuk menghasilkan sebuah buku, waktu laptop diformat, semua hasil penulisan itu hilang, dan saya sedang cuba untuk menulis kembali, jangan Tanya kenapa tak backup, sila tanya abang saya yang baik hati itu.

Buat yang tahu tentang penulisan novel saya yang bertajuk menanti hanan(atau mungkin akan ditukar tajuknya), novelnya hampir selesai, Cuma mohon doanya juga untuk saya Berjaya terbitkan novel itu dengan mudah, maaf sudah lama tidak postkan sambungannya di blog, sebab tak ada orang yang sudi baca pun.(ayat merajuk).

Sudah.

Saya tidak berniat nak bercakap panjang.

Jadi nanti kita bertemu lagi.

Suatu masa nanti.


Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena