Beriringan ke Syurga~

Saturday, August 14, 2010

exam + puasa




Ini bukan kali pertama saya menempuhi imtihan dalam musim puasa, seingat saya sewaktu semester satu atau dua, saya pernah exam sewaktu sedang menjalani ibadah suci ini, jadi InsyaAllah, ia bukanlah masalah besar kecuali jika sesuatu yang berat berlaku (nau’zubillahiminzalik)

Masih diawal Ramadhan, maka belum terlambat untuk saya ucapkan Ramadhan Kareem, semoga akedemi Ramadhan yang sedang ditempuhi membawa kita menjadi juara dan terus mengamalkannya hingga ke bulan- bulan seterusnya.


Ibrah dari Perang Badar

Sahabat- sahabat,

Setahun terasa cukup sebentar, hari – hari yang dialui semakin lama semakin singkat, petanda kita ini sangat hampir dengan penghujung usia dunia, semoga kita pulang dengan keimanan yang teguh pada Allah, Amin.

Teringat saat Rasullullah berdepan dengan peperangan Badar yang berlangsung dua tahun selepas hijrah dalam bulan Ramadhan dan merupakan peperangan paling penting dalam sejarah umat Islam. Sementara itu, menurut riwayat Ibnu Ishaq, Rasulullah saw keluar bersama 314 sahabatnya pada suatu malam di bulan Ramadhan dengan membawa 70 ekor unta- apalah yang kita boleh bandingkan antara perjuangan Rasullullah dan para sahabat dengan ‘peperangan kita’ didewan exam yang sejuk dan selesa, namun contohilah hero- hero Ummah, Rasullah, Abu bakar dan sahabat- sahabat yang lain dengan bersungguh- sungguh menuntut ilmu dan mengembalikan kegemilangan islam melalui ilmu yang kita milik dan amalkan- amalkan.



Pasakkan kebergantungan pada Allah tanpa berbelah bagi, andai tangan sudah diangkat kedada memohon doa, maka keyakinan pada Allah tiada tandingan lagi, ingat lah janji Allah:-

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina"


Ramadhan di Gaza

Dalam kegembiraan berpesta ibadah di bulan Ramadhan, jangan sesekali kita lupakan saudara- saudara kita di Palestin, tanpa elektrik (membawa kepada kepanasan yang melampau), dalam keadaan diblok kiri dan kanan, kesukaran mendapatkan makanan dan seribu satu penderitaan yang dihadapi mereka, usah kita biarkan diri diulik nafsu melakukan pembaziran sewaktu berbuka, Ramadhanlah medan mentarbiahan diri kearah lebih baik, bukan medan menjerumuskan diri kelembah kemurkaan Tuhan, kita hanya ada waktu sebulan ini untuk menempuhi bulan- bulan akan datang dengan hati yang kuat, InsyaAllah, maka hadapilah bulan Ramadhan ini dengan persedian menyerahkan segala kehambaan kepada Allah, kesediaan beribadat seikhlas hati, moga Allah mempermudahkan jalan- jalan dihadapan.

Sehingga bertemu lagi, mohon doa untuk saya menempuhi imtihan dengan baik dan tenang.Mohon maaf ditasa segala salah dan silap sepanjang kita berblog.


Read More

Saturday, August 7, 2010

Belajar dari Filem Kung fu.

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.


Assalamualaikum.



Bagi peminat filem kung fu, pasti sudah dapat mengagak, apa sebenarnya yang akan saya bawa, kali ini, setiap kali menonton filem mengenai kung fu, saya jatuh cinta dengan wataknya, dengan kata- kata nya, dan yang paling penting, dengan semangatnya, bukan niat saya untuk mengagung- agungkan filem- filem yang bukan berimej islam ini, tapi, bagi saya, tiada salahnya jika jika mengambil sesuatu yang positif darinya, hanya yang positif.ok.

Sebut sahaja dengan filem bertema kung fu dengan tajuk apapun, misi yang dibawa adalah- jangan putus asa!

There’s are no accident.



kungfu panda Pictures, Images and Photos

Quotation yang diambil dari filem kung fu panda sangat bertepatan.

Anda pernah mendengar orang berkata

“aku tak minat dengan kos ni, so apa yang aku nak buat”

Biar saya ceritakan pengalaman saya, walaupun taklah berharga mana, tapi bagi saya ya.

Sebenar, sebelum masuk ke KUIS, saya diterima sebagai pelajar jurusan kejururawatan, sebab, saya betul- betul berminat untuk ke Palestin dan merawat mangsa- mangsa disana
(itu mindset saya waktu itu), tapi bila saya berada di depan pintu pusat konvokesyen untuk urusan pendaftaran, Abah panggil saya, dan suruh saya fikir balik, secara sekelip mata je, saya tukar pilihan saya, kepada jurusan perundangan, sebab itu pilihan ayah saya.

Saya tak fikir panjang, tak siksa diri, just accept that, saya teruskan belajar, tanpa berfikr, ini bukan pilihan aku, sebab ini adalah sesuatu yang Allah tentukan untuk aku.

Sebagai perbandingan untuk pencerahan, saya bawakan satu kisah seorang sahabat sebagai pengajaran, bukan celaan.

Saya ada seorang sahabat yang pernah menjadi roommate saya, pendek cerita, dia belajar dalam jurusan Al- Quran dan sunnah hanya kerana dipaksa oleh ayahnya, dalam semester ketiga atau keempat, dia memberontak dan mahu menukar kos, tak pergi kelas, hanya sebab nak gagalkan subjeck dan untuk membuktikan pada ayahnya yang dia memang tak suka kan kos tu.

Ini yang saya maksudkan menyiksa diri, hanya sebab nak pertahankan pendirian, dia sangggup merosakan, sebenarnya boleh sahaja jika dia terus tumpukan perhatian pada pelajarannya, dan membina masa depannya dengan kos itu juga.

- saya doakan dia terus Berjaya, walau apapun yang dia lakukan kini.


Empty you mind, focus!

Jackie Chan and Jaden Smith Pictures, Images and Photos

Watak Mr. Han yang dibawakan oleh actor kung fu terkenal,Jacky chan mengeluarkan kata- kata ini sewaktu menghantar anak muridnya, ke pertandingan Kung fu.- dalam filem baru. Kung fu Kid.

Dalam Kung fu, anda hanya perlukan fokus yang lebih untuk menang, jika anda berjaya mengalih fokus lawan anda, maka peluang untuk anda menang adalah lebih besar.

Realitinya dalam kehidupan, manusia sering jatuh atau berputus asa sebelum sampai sampai ke matlamat, pinjamlah semangat mereka yang mengamalkan kung fu, mereka bukan hanya berlatih kung fu dan berhenti setelah perlawanan mereka berakhir, tetapi terus meningkatkan mutu perlawanan mereka sehingga ke akhir hayat.


Sebagai seorang islam, matlamat akhir kita adalah untuk mati sebagai seorang islam yang istiqamah mengamalkan islam sebagai cara hidup, atau mati sebagai kekasih Allah, mati kerana Allah, dalam keredhaan Allah.

Dan manusia sering tersilap langkah kerana lupa dengan matlamat hidupnya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah tidak berputus asa, fokus dengan matlamat akhir hidup dan mendekatkan diri pada Allah, InsyaAllah anda akan terus istiqamah hingga ke akhir hayat, Amin, persetankan apa yang menjentik jiwa anda untuk terus cintakan kehidupan, dunia adalah dunia, hanya sementara, letaklah dunia dibawah dagu anda- biar tak Nampak, sedang dia dekat, letakkan akhirat di depan mata, biar jelas meski ia jauh.focus pada matlamat kita iaitu untuk mencapai kebahagian di akhirat.-InsyaAllah!

See ya!
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena