Tiba di kl sentral jam 11.30 tengari.
Kl sentral sibuk seperti biasa, saya menilik telefon bimbit, tiada mesej baru masuk, menanti mesej panggilan ke mesyuarat sebenarnya. Bergegas dari shah alam, menumpang tidur di rumah sewa sahabat di sana, dek kelewatan habis mesyuarat untuk sebuah program malam tadi yang tak mengizinkan untuk saya kembali ke bangi.
Saya tidak terus membeli tiket ke bangi, berhajat membeli sebuah buku di sun@mag di tingkat atas, perjalanan shah alam ke kl sentral dalam train tanpa sesuatu yang boleh dibaca memang menyiksakan. Beberapa kali terlelap, sambil menyesal meninggalkan buku dalam kereta sahabat yang saya tumpang semalam.
Lama juga, saya mencari sebuah buku santai sebenarnya, memandangkan sudah agak lama tidak menyambar novel (dua novel terakhir yang saya baca adalah sang pemimpi dan luka smajo), maka saya membelek ‘cinta fansuri’, karya a.samad said sasterawan Negara, yang sudah beberapa kali dilihat iklannya dalam internet. Mulanya teragak- agak, tapi akhirnya diambil dan terus dibayar. -Habis duit aku. T _T.
Memandangkan masih belum makan, terus sahaja saya masuk ke sebuah kedai, kl sentral masih sibuk, terus sibuk.
Cinta fansuri terus dibuka, bab satu dan dua, saya mengunyah donut dan menyedut ice coffee sambil buat- buat membaca, memang ayat- ayatnya membuat mata saya tak mampu lari dari muka suratnya, tapi entah, masuk ke bab 3 cerita ini masih tak saya faham.saat itu hanya ada dua pelanggan dalam kedai sederhana besar ini. Dua gadis bertudung di kaunter sedang berbual sesama sendiri, cinta fansuri terus saya hayati.
Akhir bab 5 (satu bab tidak terlalu panjang), ada sesuatu yang buat saya tersenyum.
“ setiap karya sastera yang baik pada hakikatnya adalah kisah berkecamuknya fikiran dan pandangan orang yang tidak malu- malu mengakui siapa mereka sebenarnya”.
Padanlah.
Saya mengambil telefon bimbit dari dalam poket beg, masih tiada mesej masuk. Segera saya ke kaunter meminta plastik, tinggal sebiji donut, ice coffee masih separuh, saya bungkus dan bersegera keluar. Kl sentral masih sibuk. Cinta fansuri saya bimbit sahaja di tangan tanpa dimasukkan ke dalam beg.
Setiap manusia di kl sentral ada cerita sendiri, biasanya sebelum- sebelum ini, sambil menunggu abah, saya suka perhatikan manusia di sekeliling kl sentral, entah, hingga saya pernah terlintas menulis sebuah buku bertajuk, aku dan kl sentral- sangat tak berilmiah nampaknya. Sebab kl sentral adalah tempat permulaan, persinggahan dan tempat pengakhiran sebuah perjalanan, yang panjang mahupun yang sekejap.
Di sebuah gerai menjual aksesori tudung, seorang wanita penjaga gerai marah- marah. Kemudian dia kedepan mahu melayani pelanggannya-saya.
“ geram betul saya hari ni kak, maaflah saya memang macam ni kak, dulu kalau saya marah lagi teruk “ saya tersenyum, tak pasal- pasal saya menjadi tempat meluah perasaan.
“kenapa?” sepatah.
“itulah, ada budak kedai depan sana, dia buat sampai saya bergaduh dengan bos saya”
“sabarlah, nak cari rezeki kena banyak bersabar “ acceceh. Macam kaunselor gayanya.
“ itulah kak, saya sabar je ni” marahnya mengendur.
“ ni berapa?” saya halakan pada sebiji keronsang.
“ambillah, kalau akak ambil saya bagi 4 ringgit je”
“takpelah, tengok je “ saya bergerak. Malas mahu keluarkan duit lagi.
Sementara menunggu train ke bangi, cinta fansuri saya belek lagi. Ceritanya masih berpusing- pusing dalam minda. Entah terlalu banyak wataknya. Hebat sungguh a.samad said. Sasteranya tinggi. Ini karya kedua darinya yang saya baca- err.. di sebalik pulau, buku wajib spm. Itu yang pertama.
Jam menjengah ke angka 12. 15 pm. Tiada mesej masuk.
Train kebangi tiba, saya masuk. Alhamdulillah ada tempat kosong untuk saya. Perlahan- lahan train bergerak meninggalkan kl sentral yang sibuk. Dan terus sibuk. Kl sentral yang menyaksikan 1001 satu kisah manusia yang menyinggahinya. Entah usia saya masih ada atau tidak untuk saya ke sini lagi.
Cinta fansuri terus saya ‘kaji’ ( istilah yang saya gunakan untuk sesuatu yang rumit dan perlukan penghayatan yg tinggi). Masuk bab 8 cerita ini makin seronok dengan watak yang makin mesra dengan saya.masih, tiada mesej masuk.
p/s : Perjalanan yang panjang biasanya mengilhamkan sebuah karya seni.peace.
2 comments:
assalamualaikum kak nisa....:)
salam kerinduan dan syg fillah dr faeiza....
best blog akak, fza amik link dari blog MPM...
ape pun kak, fza doakan yang terbaik buat akak dan shbt2 di kuis...
*fza paling suka, post akak ttg DUHAI PENDAMPINGKU...:)
SALAM SYG, FAEIZA
w'salam faiza.amboii lamenye x mai sini.sihat ?insyaAllah sama2 doakan, post tu mmg khas utk sahabat2 akaka terutamanya faiza dan shbt2 kita yg len=)syg juga=)
Post a Comment