Beriringan ke Syurga~

Thursday, October 8, 2009

kelmarin yang panjang

mother Pictures, Images and Photos



Baitulmaqdis-07/10/2009


"Abi sudah mahu pergi?" Aisyah menyelak sedikit kain langsir yang menutupi pintu pintu biliknya,
Abi mengukir senyum, wajah tua Abi berseri.

"ya Aisyah, sheikh Syeikh Ra’ed Salah mahu umat islam solat lima waktu di masjid Al-Aqsa,
Bangsa yahudi mempertingkatkan serangan pada masjid kecintaan kita itu." ya, Aisyah tahu,
setiap hari pun Abi solat disana.

"Abi cepat pulang ya" wajah Aisyah meraut gusar.

"Aisyah..Aisyah..Ummi dahulu setiap kali Abi mahu kemasjid, pasti dia doakan Abi syahid di Masjid." Abi ketawa kecil.

"Asif ya Abi, Aisyah doakan Abi syahid.."lambat-lambat di bertutur, Abi menuju kearah Aisyah dan menciumi dahinya.

"kamu puteri kesayangan Abi yang manis dan pintar, solehah dan hormat pada orang tua, Abi mahu kamu jadi seperti Ummi ya." Abi kemudiannya berlalu pergi.

Aisyah mengangguk kecil, ada titis jernih lalu di pipinya.

Aisyah kembali berdiri diatas sejadah, meneruskan ibadah malamnya sementara menunggu azan subuh berkumandang dari Masjid kecintaan seluruh umat islam sedunia itu.


selesai solat sunat dhuha lapan rakaat, Aisyah ke dapur, mahu memasak roti buat sarapan Abi, waktu-waktu begini biasanya Abi akan pulang, gandum tinggal sedikit, namun masih
cukup buat mereka pagi ini, usai makan nanti, Aisyah akan kekedai, itupun jika bekalan gandum masih belum habis.

suara kanak- kanak bermain bola riuh diluar, ada kalanya mereka ketawa, dan dalam jangka sekelip mata, tawa itu boleh hilang ditelan bunyi bingit suara mereka melempar batu pada tentera israel
yang tidak jemu-jemu mengganggu umat islam di bumi nan suci ini, lantas bagaimana umat islam boleh berhenti sejenak pun untuk berjuang, Aisyah menggeleng kecil,
lari dari lamunan panjangnya, ah, Abi masih belum pulang.

diterbalikkan roti yang berada diatas kuali leper dihadapannya.

Nah, keadaan tiba-tiba menjadi kucar kacir diluar, Aisyah menjenguk dari tingkap, ada tentera israel lengkap bersenjata mengacukan senjatanya pada seorang kanak-kanak lelaki di hujung jalan sana,
sambil lengannya menjerut kejap leher kanak-kanak itu.

syaitan.

Aisyah berdengus kasar, mahu sahaja dia melangkah keluar saat itu.

Bangsat.

Abi..mana Abi.

Aisyah jadi tidak sedap hati.

itu imad bukan, adik haura', rafiq karibnya.

pemuda-pemuda yang lainnya terus membaling batu, hanya itu senjata keramat mereka, ada lagi, doa.

"Ya Allah, sampaikan padaku khabar Abi" Aisyah gusar.

pintunya tiba-tiba diketuk bertalu-talu, subhanaAllah, Abi, Aisyah menguntum senyum, segera dibuka pintu.

"Aisyah, gerbang Al-Asbat diserang, lima belas syahid, termasuk bapamu." wajah Pak Cik Mohamed suram, bajunya ada kesan darah merah,

Aisyah tergamam, senyumnya mati, Abi..

"jenazahnya akanku ambil bila keadaan reda nanti, tutup pintu ini" pakcik Mohamed berlalu pergi, Aisyah duduk, dipandang suram dua keping roti panas dihadapannya.


"Abi mahu kamu jadi seperti Ummi ya." Senyuman Abi memaksanya untuk tidak menangis.mindanya tidak mampu memikir apa-apa lagi.



"Aisyah..Aisyah.." pintu diketuk bertalu-talu, Haura', pintu tidak bertutup rapat walau dalam saat segenting itu, Haura' menguak daun pintu.

"Aku dengar tentang kesyahidan Abi." ditariknya Aisyah yang seperti orang bingung kedalam pelukan.

"kau masih punya aku Aisyah, jangan bersedih, mujahidah sepertimu kan bukan yang cintakan dunia." Haura' memujuk.

"Imad ditahan." giliran Haura', pelukan mereka kian kejap.

"kini, aku akan tinggal bersamamu." pelukan dilerai sedikit.

"itu bahaya Haura'"

" jangan risau, kata bapaku, dia akan tidur disini pada waktu malam, Aisyah saat Abi hidup, kau juga biasa tinggal seorang" bahu Aisyah digengam kemas.

" Abi adalah kekuatanku Haura'"

"jika kau mencintai Abi, Abi sudah pergi Aisyah, tapi kita cintakan Allah , Allah itu akan wujud sampai bila-bilapun." Haura' terus memberi semangat.

"Aku melihat saat Imad dipukul, maafkan aku ya Haura', aku tidak bertindak apa pun." keduanya mengalirkan air mata, Aisyah mengesat titisan yang mengalir laju dipipi Haura'.

" sudahlah Aisyah..bersabar ya." Aisyah mengangguk lemah.

jenazah Abi dibawa masuk, Aisyah terduduk, dia tidak mampu menjadi seperti Ummi,yang sudah kehilangan tiga orang Abangnya, tetapi masih mampu tersenyum, Abi..
pagi tadi baru dia lihat senyum Abi, baru merasa hangat ciuman Abi didahinya, dan kini gilirannya mencium dahi Abi.

"Sampaikan salam Aisyah pada Ummi, Akhi khaleed, Akhi Ammar dan Akhi Sa'id ya Abi." Air matanya mencurah-curah, diseka dengan kain tudungnya.

kemudiannya jenazah yang masih hangat darah yang mengalir dan mengukir senyum itu dibawa pergi, mereka sudah mengarakkan kelima belas jenazah yang syahid sepanjang jalan diiringi
laungan takbir.

"Allahuakbar!" semesta turut bertakbir mengiringi roh mulia menuju janji Allah.



* * * * *

usai solat sunat ba'da zuhur, mereka bertadarus dalam esak tangis, air mata terlalu murah untuk mengalir.

naskah suci itu ditutup perlahan dan diletak diatas meja, rumah yang dindingnya berlubang-lubang kesan peluru dan ditampal kertas pada lubangnya itu sepi,

"tentu Abi bahagia sekarang ya" Aisyah menghela nafas berat.

"sudahlah.mari makan, Ibuku hantar makanan sebentar tadi." Haura' menarik tangan Aisyah .

"Alhamdulillah" Aisyah teringat pada keluhannya yang kehabisan bekalan makanan pagi tadi, sejak HAMAS memerintah Palestin selepas menang dalam pilihan raya
ciptaan Amareka itu, mereka sentisa berlapar, hanya pada Allah tempat mereka berserah, untuk menyetujui puak penceroboh dan sekutu mereka itu supaya memilih pemerintahan FATAH,
tidak akan mereka lakukan sama sekali.

"Maafkan aku ya Haura'" suapan pertamanya kelat.

"kenapa?" Haura' bingung.

"aku tidak menenangkanmu yang turut dalam kesedihan." Aisyah teringatkan Imad, entah berapa tahun mereka akan kehilangan Imad.

"Aku sebenarnya sangat cemburu padamu" Haura' menunduk.

"Allah mengangkat semua ahli keluargamu kembali pada-NYA, dan aku, masih belum seorang pun ahli keluargaku yang Allah syahidkan, ah, dunia tiada makna apapun bagi kita Aisyah"

" kekuatan kita berbeza Haura', malah ujian Allah buat hambanya juga berbeza"

"ujian yang bertimpa itu, bukti Allah lebih sayangkanmu Aisyah"

"dan orang mukmin itu, bukan yang meminta Ujian.." Haura' beristighfar.

" eh, kamu tahu zionis sudah memulakan pembinaan 105 lagi rumah di Jabal Al-Mukabir ." Aisyah sengaja mengubah topik.

"aku tahu, si Yahudi bangsat itu tak mengenal erti kasihan, lihat saja berapa buah rumah orang islam yang telah mereka musnahkan" api kemarahan Haura' membara.

"katakan mereka akan memusnahkan lagi beberapa penempatan" semangat jihad membawa Aisyah lari dari terkenang Abi.

"ya, dan sekali lagi, alasannya tetap dengan yang pengganasnya ada di dalam rumah itu." Haura' menggeleng-geleng kepala.


"aku yakin pada Isamael haneyya, aku yakin dengan pemerintahannya, dan akau yakin dengan perjuangan kita, aku yakin, tak seperti aku yakin pada mahmoud Abbas." Aisyah yakin.

" kita yakin pada Allah" mereka mengungkapkannya bersama.

" hari ini aku mahu menyertai demonstrasi di bandar Al-quds" semangat Aisyah kian membara, sheikh yusuf qardawi menggesa seluruh Umat islam menjadikan hari jumaat sebagai hari kemarahan.

"ya, bahasa mereka bukan dengan bahasa perdamaian, tapi bahasa kekerasan" Haura' turut bersemangat.

"jangan mereka berani sentuh Al-Aqsa, seluruh umat islam sedunia akan bertindak" Aisyah yakin dengan kekuatan seluruh umat islam sedunia, dia lihat dalam video yang ditayangkan oleh gururnya disekolah,
sewaktu serangan fosforus dulu, seluruh umat islam bangkit berdemostrasi, semangat dia dan rakat sekelasnya terus melonjak, yakin dan terasa begitu rapat dengan umat islam diseluruh dunia, dia yakin mereka
sekarang tidak pernah melupakan mereka disini, dan masih terus berdemosntrasi disana, masih tidak melupakan mereka disini..Aisyah yakin.



mereka lantas bersiap, berjalan kaki sejauh tiga kilometer, bersama keluarga Haura', umat islam sudah membanjiri Bandar Al-quds, semangat mereka membara, dan terus membara, mereka bangkit, terkesan dengan apa yang berlaku
sewaktu solat subuh di masjid Al-Aqsa pagi tadi, mereka menggugurkan beberapa butir bom di masjid sehingga mengorban lima belas orang termasuk Abi Aisyah.
mereka mengarak gambar mangsa yang terkorban, dan Aisyah, membawa gambar Abi, dipeluk erat gambar itu, air matanya tidak mengalir, marahnya yang mencengkam jiwa, terus mencarik-carik jiwanya, syaitan tentera israel yang berdiri dengan kereta kebal dihadapan mereka,
akhirnya berundur dengan segera, ketakutan Allah jatuhkan dihati hitam mereka, meskipun umat islam hanya berbekal batu-batu kecil dan laungan " Allahuakbar!!"

"Aina jundul muslimin!!" mereka bersorak, ramai wartawan dihadapan mereka.

"Allahuakbar!!Allahuakbar!!" suasana gamat.

"beberapa pemimpin umat islam memberi ucapan, dan yang lain bertakbir sahut-sahutan.

tidak lama kemudian, bunyi bising tiba dari arah langit, mereka mendongak, jet-jet tempur F-16 menerjah biru langit, suasana jadi huru-hara, tangan Aisyah ditarik seseorang dengan kuat.


* * * * * *

"Akhi khaleed!" dalam suasana tidak tentu hala, Aisyah dibawa lari seorang pemuda berpakaian putih, dari susuk belakang, seperti Akhi khaleed, abangnya yang syahid lima tahun lalu, Aisyah tiada pilihan suasana terlalu kucar kacir, dua letupan kedengaran, tapi Aisyah masih selamat.
Aisyah ditinggal dihadapan sebuah rumah yang agak tersorok dihujung jalan bersama muslimat lain, pemuda itu terus diam dan berlari semula dalam lautan manusia.

"Akhi!!" air mata Aisyah tumpah, 'pemuda' itu sudah menghilang.

"Aisyah..Aisyah.." suara Haura dari belakang.

"Akhiku Haura', itu Akhi Khaleed" Aisyah menunjuk-nunjuk kearah kumpulan pemuda disana.

"bukan Aisyah, masuk, cepat, masuk.!" Haura' menarik Aisyah kasar.

mereka yang berada didalam rumah itu yang muslimat dan kanak-kanak, Aisyah terjelepuk di hujung dinding.

"kau harus tabah Aisyah, Allah meminjamkanmu Akhi Khaleed sebentar, buat menyelamatkanmu" Haura' memeluk Aisyah.

"subhanaAllah, subhanaAllah" hanya itu yang mampu Aisyah luahkan, masih terasa sejuk tangan 'akhi Khaleed' yang menggengamnya tadi.

"Sudahlah saudariku, ayuh, kita solat asar berjemaah.." mereka didalam rumah itu, bangun dan solat, mereka kebiasaanya sudah berwudhu', ada yang bertayamum terlebih dahulu.

usai solat mereka bersungguh-sungguh berdoa, pertempuran masih berlaku diluar, " Allah.. hantarkan tenteramu buat kami, kurniakan kemenangan buat kami.."

Aisyah terasak-esak, rindunya pada Ummi, Abi, dan semua Abangnya menggunung, ya, orang islam seluruh dunia sudah mula melupakan mereka, itu hakikat yang harus dia telan, perlahan, dengan tidak bermaya, dia menuturkan.." Aina jundu muslimin?.." Aisyah pengsan kemudiannya, dia terlalu letih, sejak dari pagi menahan rasa, Haura' bimbang.

* * * * * *

saat membuka mata, Aisyah bingkas bangun dengan persekitaran yang asing baginya, dia dikelilingi beberapa ibu tua.

" Aina Haura'?" Aisyah mencari-cari sahabatnya itu.

" dia solat anakku, sudah masuk waktu magrib, tidurlah disini malam ini, Alhamdulillah, suasana sudah reda, namun bahaya untuk kubiarkan kamu berdua pulang" wanita tua disisnya bersuara.

" Aisyah..kau sudah bangun.." mereka berpelukan.

" Haura', mimpiku sugguh indah sahabatku" Aisyah tersenyum bahagia.

"Aku mimpi Ummi menyuapkanku makanan, aku mimpi Abi dan abang-abangku, mereka senyum padaku Haura'.." Air matanya bercucuran, bahagia.

" SubhanaAllah.." Haura' turut merasakan tempias bahagianya.

"Aku mahu solat." Aisyah meminta diri, dia kini dengan semangat yang baru.


malam sudah larut, sepi diluar tidak mampu menjanjikan ketenangan hingga ke pagi,Aisyah dan Haura baring, berkongsi bantal.

" Aisyah, hari ini adalah hari yang panjang bukan.."

" ya, hari ini adalah hari duka, dan bahagia buatku"

" Aisyah,antara kita siapa yang akan syahid dahulu ya?"

" kita akan syahid bersama, kita berdoa pada Allah.."

" engkau semangatku Aisyah."

" dan kau adalah adalah kekuatanku."

"aku sudah mahu tidur, moga saat kita bangun kita sudah disyurga.." Aisyah ketawa kecil.

" dan aku ingin melihat senyummu lagi esok" mereka melelapkan mata.



cairo- 9/10/09

Azan subuh mengejutkan Haura', dia tersenyum, malam tadi dia mimpikan Aisyah yang tersenyum padanya, Aisyah..Aisyah ,
hingga kedalam mimpi kau ingin menggangguku, Aisyah tiada disisinya, pasti Aisyah sempat berqiamullail.dia bingkas bangun,
tetapi ada yang menghalangnya untuk bangun, bersusah payah untuk dia duduk.

" ya Ukhti, kamu harus berehat.." seorang wanita masuk, ya, ini bukan rumah yang mereka inapi malam tadi, dia dimana?

"kamu dihospital cairo, kamu dibawa kesini semalam, rumahmu dijatuhkan bom, sudah sehari kamu tidak sedarkan diri.." dahinya berkerut, apa semua ini.

"ya Ukhti..kakimu sudah terlebih dahulu menjengah syurga" lembut, dia dipeluk wanita yang berpakaian jururawat itu.

Haura' terkejut, dilihat kakinya dibalik selimut, Allah..

"Allah menyayangimu Ukhti.." Haura' menangis.

" Aisyah..aina Aisyah?" mana Aisyah yang selalu memeluknya saat dia bersedih.

" ada yang berpesan pada kami, sahabat yang bersamamu malam itu syahid.." dunianya gelap.

"Aisyah.." Haura' bingung.

" sabarlah Ukhtiku, kamu adalah seorang gadis yang kuat.

" bila kau akan pulang ke palestin, aku mahu segera pulang.." jururawat itu turut menangis, kagum dengan semangat Haura'.

" hantar aku pulang segera, aku mahu terus berjuang.." jururawat itu menggosok-gosok bahu Haura'.

"Aisyah, aku ingin melihat engkau tersenyum lagi." Haura' mengesat air matanya. lemah.


1 comments:

aku bukan aku said...

sangat mengharukan..

T.T

tp dgn hanya kesedihan tu..
takkan dpt ubah apa-apa..

apa harus aku buat??

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena