penat rupanya jika kita menulis dan kemudian menaip semula apa yang ditulis, dan hasilnya kadangkala berbeza, banyak pula yang ditokok tambah.
'Wangian Kasturi di neraka' adalah cerpen kelima saya berkaitan isu pencerobohan keatas palestin.
* * * *
Neraka dunia – manusia hidup dalam penderitaan yang tidak cerna aqal, kehidupan dirasakan terlalu kejam hingga tidak mampu terlintas dalam norma pemikiran insani, bumi nan suci yang disimbahi cairan merah pekat menukar rona alam, menjadi sendu tidak berpenghujung, ratap tangis sudah menjadi irama yang sentiasa menguasai pendengaran, sudah menjadi kalis! Kesedihan adalah perasaan yang hadir secara dipaksa- paksa, bagai tiada ruang untuk gembira itu mencelah, hingga hidup bagai didalam neraka- Neraka dunia.
“ Assalamualaikum, Aku Rania, wartawan dari Gazatv, aku akan membantumu sepanjang kamu disini, percuma.” Adam Harith mengangguk kecil, mengukir senyum tipis, professional.
“princess Rania?” spontan terpacul dengan mulutnya, Rania, gadis Palestin kurus tinggi itu tidak seperti yang dibayangkan dalam mindanya sebelum ini sebagai seorang gadis palestin, dia hanya berjeans, berbaju labuh putih paras bawah lutut dan berselendang litup berona hitam, dan bukan berselubung hitam seluruh tubuh, seperti sangkaannya. Gadis itu tergelak kecil.
“ ya..namaku seperti ratu Jordan itu..” sahut Rania dalam Bahasa Inggeris yang fasih, tidak terbelit lidahnya, melayan gurau Adam Haris.
“ Waa’laikumsalam.” Adam Harith menyangkut kemera ketangkai lehernya, ya, gadis itu anggun, tampak moden, seperti ratu Rania yang popular itu, cuma bezanya Rania gadis Palestin ini memakai tudung.
“bila boleh mula kerja?” sambungnya.
“ hari ini.” Rania mengambil kemeranya dari atas meja, melangkah mahu menapak keluar dari pejabat gazatv yang terletak dipinggir Bandar Gaza, pejabat yang sederhana namun selesa.
“aku Adam, Adam harith” Rania berpaling pantas, tersenyum, tidak sedar dia belum bertanya nama lelaki itu.
Mereka berjalan keluar, menyusur jalan berkerikil yang menyimpan memori duka berlapis- lapisan dalam hati manusia yang melaluinya hari- hari.
Adam Harith- wartawan dari channelfour Malaysia ditugaskan untuk membuat liputan di Palestin. Kerja gila!, itulah tanggapan pertamanya sewaktu diberi tugasan ini oleh ketuanya, Dato’ Hisyam, sudahlah mereka pergi hanya berdua, mujurnya yang seorang lagi adalah wartawan yang lebih senior darinya dan berpengalaman membuat liputan di Negara yang dilanda peperangan, Tuan Haji Ibrahim. Malangnya Tuan Haji Ibrahim diserang demam dan dibiarkan berehat didalam bilik dipejabat Gazatv yang mereka tumpangi sejak petang semalam, lengkap dengan tilam nipis penghilang letih tubuhnya yang sudah mula sakit- sakit bahana perjalanan yang panjang. Pagi- pagi lagi dia membuat keputusan untuk bergerak sendiri, tiba- tiba pula muncul gadis dihadapannya kini yang sudi membantunya, meringannya tugasannya.
“ Aku bayangkan jalan- jalan ini tidak pernah aman” langkah mereka makin jauh, namun keduanya hanya berbicara sendiri, Adam Harith berbasa- basi.
“ dunia luar memang gemar berfikir itu dan ini” Rania menjawab tanpa berpaling, langkahnya makin laju, tercungap- cungap Adam Harith dibuatnya, sudahlah beg galas dibelakangnya ini bagai menekan- nekan penatnya.
“ err..boleh kalau kita berjalan perlahan sedikit, aku perlukan masa untuk menulis laporan sepanjang perjalananku disini ” niatnya mahu memohon simpati Rania, tapi..
“ seorang wartawan bukunya disini, bukan disini” telunjuk Rania menyentuh dahinya, kemudian beralih kearah buku kecil yang digengam Adam Haris, kemudian Rania berpaling kehadapan semula dan kembali melangkah, dua kening Adam Harith hampir bercantum, gadis cantik tapi
pelik.
“ Dihadapan itu ada tentera, tegas dengan jawapan yang akan engkau berikan, katakan dengan jelas kita adalah Wartawan, namun mereka sebenarnya amat sukar untuk membenarkan wartawan membuat liputan, lebih- lebih lagi untuk memasuki kawasan dihadapan itu”, tahulah Adam Harith mengapa Rania berubah emosinya secara tiba- tiba, bukan mudah untuk menghadapi perkara ini meskipun sudah kerap kali, pastinya meninggalkan kesan parah dalam diri, Adam Harith menarik nafas panjang, bersedia merempuh pengalaman baru dalam mindanya, bukan dibuku kecilnya, buku kecil itu dimasukkan semula kedalam poket seluar jeansnya, dan lebih- lebih lagi untuk bergelar seorang ‘wartawan berpengalaman’!- yang akan dipandang tinggi, itulah cita- citanya meski harus terbang ke melata pelosok dunia.
“Kami wartawan!” tegas Rania, FN Minimi dihala ketubuhnya, wanita itu menjadi bertambah beremosi, berani!
“tunjukkan kad pelepasan kalian!” salah seorang tentera biadab itu menolak tubuh Rania dengan kasar, Rania berdengus kasar, Adam Harith terdiam seribu Bahasa, peluh memercik keseluruh tubuhnya.
“ saya wartawan dari channelfour Malaysia” tentera itu berkerut, Adam Harith menelan air liur yang memahit.
“ Malaysia, bukankah itu Negara yang jauh?” suaranya garau, badannya yang gempal sudah cukup mengecutkan seluruh urat nadi Adam Harith, oh- senjata itu ditala rapat ketubuhnya pula.
“ Ya, dia dari Malaysia!” Suara Rania bergetar, dua tentera zionis itu mengamati dua kad yang diberikan kepada mereka.
“tiada gambar yang akan diambil, faham!” lelaki yang tadi memberi amaran, pantas Adam Harith mengangguk, dipegang kemas kemera yang melekap didadanya, bimbang dirampas, mujurnya tidak.
Pagar yang dilengkapi dawai berduri disekelilingnya dibuka, dua batang tubuh itu masuk, mata kedua- duanya masih melirik- lirik kebelakang, si bangsat Zionis ini bukan boleh percaya!
“ ini kawasan milik islam, dan yang dibelakang tadi sudah dirampas yahudi” wajah Rania masih tegang, hilang sudah senyum yang menghias wajahnya pagi tadi.
“ tembok tinggi inilah yang biasa aku lihat dalam media massa” sahut Adam harith yang sudah ketinggalan beberapa langkah dibelakang.
“ lorong – lorong kecil itu yang biasanya merakam pertempuran antara zionis laknatullah dengan umat islam” sambung Rania, dia berpaling kebelakang.
“ Runtuhan yang engkau sedang lihat ini adalah kesan peperangan akhir tahun lepas” Rania mendepakan tangannya, seolah- olah mengarahkan Adam Harith melihat dengan mata kepalanya sendiri akan apa yang berlaku, Adam Harith melihat sekelilingnya- hancur. Puing- puing dedebu halus berterbangan saat angin menyapa lalu, Adam Harith menggeleng kecil, sayu hatinya, teringatkan video- video peperangan yang dilihatnya dalam televisyen sewaktu tempat ini dihujani phosphorus, ada gambar bayi yang kepalanya ditebuk peluru, yang tersepit dibalik runtuhan, masih terngiang- ngiang suara jeritan ibu yang kehilangan anak mereka, dan kini dia benar- benar disini.
“ dan engkau Adam, mesti sampaikan tentang apa yang engkau lihat sepanjang engkau disini kepada rakyat Malaysia!” tegas, Adam Harith tersentak, seperti dibebani batu besar dipundaknya, spontan mengangguk, Rania melangkah lagi.
“Assalamualaikum” Rania mendekati sekumpulan kanak- kanak yang sedang bermain.
“Waalaikumsalam” Sahut mereka, tawa mereka berganti senyuman, tersipu- sipu melihat Adam Harith, Adam Harith menghulur tangan seorang demi seorang menyambutnya.
“Apa Khabar Muhammad” Rania membongkok, menyapa seorang kanak- kanak dihadapan sebuah rumah, Adam Harith mengalih pandang, Kanak- kanak itu buta?.
“Rania? Aku sihat.” Senyumnya indah, menjawab pertanyaan Rania, Adam Harith kembali berbual dengan kumpulan kanak- kanak dihadapannya, tidak ubah seperti itik dan ayam, macam- macam ditanya mereka tentang Malaysia setelah Adam Harith memperkenalkan dirinya dengan bahasa rojaknya.
Tiba- tiba mereka dikejutkan dengan bunyi sahutan tembakan yang kedengaran tidak jauh dari mereka, kumpulan kanak- kanak itu serta merta bangun, bukan lari menyelamatkan diri dan masuk kerumah masing- masing, tetapi berlari mencari arah bunyi itu, berlari mencari medan pertempuran! Darah menderu menyerbu kekepala, Adam Harith takjub dengan kuasa Tuhan , bukankah mereka itu masih kanak- kanak yang jika di Malaysia masih disekolah rendah?
Perlahan – lahan Adam Harith mengekor dari belakang, debarnya menggila, terasa longgar lututnya menghadapi pengalaman kali pertama dalam sejarah hidupnya ini, pengalaman antara hidup dan mati. Rania berlari laju kesana, Muhammad si buta itu juga, berlari memegang dinding, mereka ini manusiakah? Atau manusia yang dicipta tanpa rasa takut dihati , langkah Adam Harith tersekat- sekat, takutkah dia? Soalan mennyerang mindanya bertubi- tubi seiring bunyi tembakan yang masih tidak henti- henti, entah berapa ramai yang sudah terkorban, bunyi laungan takbir semakin dekat, Adam Harith menyembunyikan diri dibalik runtuhan, melindungi dirinya, ya, dirinya yang sangat berharga ini, nyawanya Cuma satu, adakah mereka disana tidak mengerti hal ini?
Pemuda- pemuda yang lain berlari- lari keluar dari rumah, seperti digerakkan penggera, Automatik. Rania sudah hilang dari pandangan, Adam Harith masih bersembunyi dibalik dinding yang runtuh itu, dia memberanikan diri mengintai apa yang terjadi didepan sana, apa yang dilihatnya selama ini di internet dan media massa yang lain bagai video yang berputar didepan mata kepalanya sendiri, ya, dia sedang melihatnya sendiri, dia ada disini, ditanah ini, Adam Harith meyakinkan dirinya, kemudian dia ternampak Rania, sedang berani mati mengambil video dan gambar secara depan- depan, gilakah gadis itu, ya, dia memang gila, kemudian Rania berlari melindung diri dibalik kereta, kemudian dia bangun lagi mengambil gambar, oh~ Rania hanya seorang wanita, kenapa dia yang tidak seberani itu, tiba- tiba muncul pula persoalan itu dibenaknya, Adam Harith mengeluh dalam debaran yang tidak surut- surut, Adam Harith rasa tercabar, dia bangun memberanikan diri, berlari- lari anak mara kehadapan, gilirannya mengambil gambar pula, biarpun peluh takut membasah keseluruh tubuhnya.
Keadaan semakin kucar kacir.
bersambung.
0 comments:
Post a Comment