Beriringan ke Syurga~

Sunday, July 26, 2009

Tak ku maaf dosa ini

muslimah Pictures, Images and Photos

Petang itu mendung, entah akan hujan atau tidak, kalau semalam, langit bagai hendak runtuh, namun hujan tidak kunjung tiba, DIA sebaik perancangan bukan?, Sumayya bingkas menutup tingkap utama dapur, angin yang kuat mengganggu api dapur, cepat-cepat dia menghiris kasar daun sup, hendak ditabur kedalam sup ayam yang direnehnya, sekejap-sekejap wanita itu mengerling jam, sudah jam satu suku, zohor akan masuk tidak lama lagi, hatinya mula gundah, biasanya, waktu-waktu begini dia sudah pulang, ya, dia, Uwais Al-Qarni, suaminya yang sah sejak setahun lalu, mereka bernikah sewaktu suaminya menuntut di Bosnia, Negara tumpah darahnya, mati-mati ayah menghalang, akhirnya sewaktu melihat Uwais Al-Qarni yang juga sahabat baik abangnya, cair hati Ayahnya, Malaysia?itu Negara yang sangat jauh bukan? Itulah ayat yang keluar dari mulut ayahnya sewaktu melihat peta dunia, jodoh abi, itukan ketentuan Allah, sahut akhi dari jauh sewaktu mendengar omelan Abi, sumayya tersenyum Indah, bahagia~ peluh memercik didahi, segera disapu dengan hujung lengan bajunya.

“Engkau akan menikah atas jalan dakwah sumayya, dia kesini atas dasar menuntut ilmu, dan untuk menambah staqafahnya dalam jalan dakwah, dan dia memilih engkau diatas jalan dakwah, bertindaklah sebagai seorang isteri seorang pejuang islam”




Pesan akhi Khaleed sehari sebelum mereka diijab kabulkan oleh abi, dalam hati sedihnya bukan kepalang mengenang dia akan berpisah dengan Ummi, Abi dan Akhi, tapi entah kekuatan dari mana datangnya yang menelan segala tekadnya untuk mengangguk bersetuju saat akhi bertanya tentang lamaran Uwais Al-Qarni.

Sumayya mula tersedar, gundahnya bertamu kembali, Uwais yang bekerja sebagai seorang ustaz di Maahad tahfiz tidak jauh dari kediaman mereka wajib pulang kebiasaanya untuk makan tengahari, Uwais tidak betah makan di warung-warung mahupun kedai-kedai mewah yang tidak tentu hala tukang masaknya, ah~mungkin dia ada urusan sumayya, engkau terlalu cepat berprasangka.

Usai Solat zohor, Sumayya membaca Al-Quran, sehingga selesai satu juzuk, Uwais Al-Qarni masih tidak pulang.Mungkin Uwais tidak pulang untuk tengahari ini, mungkin dia ada urusan penting hingga tidak sempat menghubungku, mungkin dia terlalu sibuk hari ini, ya, terlalu banyak kemungkinan, adakah aku perlu menghubunginya?, tidak-itu akan mengganggu urusannya, Sumayya menyambung bacaannya, kitab suci itu digenggam kemas, menghalau jauh perasaannya, naluri isterinya dijentik bimbang.

Lewat petang, susuk Uwais Al-Qarni masih belum muncul, Sumayya duduk membungkam diruang tamu, buku bertajuk ‘Diatas sejadah Cinta’ karya sasterawan Indonesia-Habiburrahman El-Shirazy yang dibacanya langsung ditutup, rasa risaunya menghalang mindanya menterjemah tiap isi dari naskah berharga itu.diletak buku itu diatas meja dihadapannya, bangun, memutuskan untuk menghubungi Suaminya.

Sumayya memejam mata, berkeluh, telefon dimatikan-bukan, mungkin kehabisan bateri, Sumayya cuba bersangka baik, telefon bimbitnya diletak kembali, kali ini bersandar, Duhai suamiku, engkau dimana~

Malam mula menjengah, Sumayya segera solat maghrib kemudian disusuli solat hajat dua rakaat, dia berdoa semahunya, mohon Allah menyelamatkan Uwais dalam setiap keadaan, dan malam kian larut, kini sudah jam sepuluh setengah, bimbang Sumayya bukan seperti tadi, kali ini gundahnya lebih dahsyat, seakan menegangkan setiap uratnya terus melahirkan rasa sakit dihatinya.

* * *

“Aku mahu hubungi keluargaku!” tegas Uwais, lelaki bertubuh sasa, berwajah hitam lengkap berpakaian seragam itu terkekek-kekek ketawa.

“esok mungkin, malam ini engkau boleh tidur, berehatlah, sebelum esok, mungkin esok hari hitammu.” Hati Uwais panas, dia tahu dia dimana sekarang, dia ditahan sepasukan manusia berseragam sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah, keadaan kalut waktu itu.

“encik ditahan, atas kesalahan yang akan kami terangkan nanti, sila beri kerjasama” tangan Uwais ditarik kebelakang dan digari, dia cuba meronta.

“ nanti, saya tak akan beri kerjasama, penahanan tidak jelas!” rontaan Uwais makin kuat, Uwais dimasukkan kedalam kereta dengan keras, akhirnya dia terpaksa akur, dibawa ketempat yang agak jauh, perjalanan mereka melangkau empat jam.

“ encik ditahan demi keselamatan Negara, encik disyaki terlibat dalam aktiviti pembuatan senjata, sementara ini, encik akan ditahan disini.” Lelaki berpakaian seragam dan botak yang sedang duduk dihadapannya bersuara, garau, mungkin dia yang berpangkat paling tinggi disini.

“Disyaki?, kalau disyaki tempatnya bukan disini, bicarakan, saya akan lantik peguam saya, bukan ditempat yang kami tidak akan dibicarakan seperti disini!” tengking Uwais.

“ tukar pakaiannya, masukkan kedalam bilik 22!” lelaki botak itu mengeluarkan arahan, dan arahannya segera dituruti, Uwais diperlakukan seperti binatang, ditarik dengan kasar, kesana kemari oleh beberapa lelaki bertubuh besar.

Bilik 22, Uwais Al-Qarni dicampak masuk kedalam bilik kecil itu, dia ditelan kegelapan, hanya ada cahaya kecil yang masuk dari celah tingkap disebelah kiri bilik kecil itu, Uwais duduk, bibirnya tidak henti-henti berzikir, hatinya tidak henti-henti memanjat doa, agar dia dipelihara Allah dari mereka.

Pintu bilik dibuka kasar, sesusuk tubuh masuk, pintu ditutup kembali.

“Assalamualaikum”Uwais Al-Qarni bangun, bersalaman dengan manusia yang tidak dapat dilihat wajahnya dalam kegelapan itu, Uwais cuba mengamati.

“ Waa’lakumsalam, subhanallah, Ustaz Saiful, anta juga ditahan..” mereka berpelukan erat, tidak sangka, mereka tamat pengajian dipakistan bersama-sama dahulu, dan baru hari ini, setelah lima tahun mereka bertemu kembali, hanya di kem ini.


“ ini kepentingan politik dalam Negara ini, sabarlah, banyak-banyak berdoa, ini baru sedikit ujian buat kita, berbanding pejuang-pejuang islam diluar sana” mereka terus berbincang mengenai penahanan mereka.

“ anta ditahan dihadapan isteri dan anak, sungguh tak berperikemanusiaan!” Uwais melahir rasa tidak puas hatinya.

“alasannya kerana kita menyertai jihad di Pakistan dahulu, sungguh tidak munasabah” giliran Ustaz Saiful pula bersuara.

“ Anta kan anak tokoh politik pembangkang, jelas ini salah satu kepentingan politik menjelang pilihan raya yang tidak berapa lama lagi” Uwais mengangguk lemah, wajah jernih Ayahandanya menyambar benak, disusuli wajah bonda, serta adik beradiknya, juga yang paling penting, Isteri kecintaannya itu-Sumayya.

“Ayuh Uwais, kita berehat, nanti kita bangun untuk Tahajjud, esok entah apa yang akan kita tempuhi.”

“ Hasbunallah wani’mal Wakil” Uwais turut berbaring, dalam bilik kecil itu, rasa sejuk mencengkam ke tulang hitam, Uwais memperbanyakkan beristighfar, nama-nama seperti Syed qutb, Zainab Al-Ghazali dan beberapa tokoh lain yang juga terperosok di penjara yang lebih dahsyat dari ini silih berganti, Ya Allah, jadikan Destinasi terakhirnya seperti dimana letaknya pejuang-pejuang agama-Mu seperti mereka, Ameen~


“ Sumayya! Buka pintu sayang” Sumayya berlari kepintu, pantas dibuka segera, suara Ibu mengurangkan bimbangnya sedikit.

“ Uwais belum pulang Ibu” Tubuh Ibu terus dipeluk erat, air mata yang ditahan sedari tadi bercucuran.

“Sabar, Abang Umar dan Abang Aziz pergi carinya di Maahad,sabar ya..” Ibu menggosok belakang Sumayya perlahan, ditarik, gundah hati ibunya juga hebat, entah kemana anaknya menghilang, saat Sumayya menghubungi mereka tadi, terus mereka bergegas kesini, Sumayya melepaskan rangkulan, dia bersalaman dengan bapa mertuanya dibelakang Ibu.

“ Sabar, InsyaAllah dia tak apa-apa” Ubun-ubunnya digosok Abah perlahan.

“ Kamu dah makan?” Sumayya menggeleng perlahan.

“ish, kenapa tak makan, tu, anak dalam kandungan tu kena jaga, jom ke dapur, makan sikit..” Sumayya mengekor Ibu bagai anak kecil, sungguh, dia terlupa tanggungjawabnya yang satu ini dek kerisauan yang menggila.

Suapannya terhenti saat terdengar suara dua abang iparnya diruang tamu, bergegas dia mencuci tangan dan kedepan, Ibu menggeleng kecil.

“ Motor ada Abah, di simpang hujung sana, kata orang yang duduk di warung tu, Uwais ditahan Polis.” Mereka kelihatan tenang, Polis? Kenapa?, Sumayya makin bingung, dia terduduk, tak mengapa, sekurang-kurangnya Sumayya tahu Uwais berada disebuah tempat, bukan ghaib dibunuh atau kemalangan yang lain, Nau’zubillahiminzalik~

“ Ini semua perancangan mereka, Astaghfirullahala’zim” Abah mengeluh, wajah jernihnya sedikit berkerut.

“Kita tunggu disini sampai siang, yang letih boleh tidur, nanti mungkin mereka akan menghubungi rumah ini, Zakiah, pergi tidur dulu dengan Sumayya.” Abah memberi arahan, segala arahannya diikut Ibu tanpa banyak soal, bagaimana untuk tidur? Untuk menutup mata pun mereka berdua tidak mampu, Sumayya mengambil Al-Quran dan membacanya, Ibu sekadar mendengar dengan penuh Khusyuk, Malam hitam yang penuh dengan tanda Tanya itu berlalu dengan gerak yang sangat perlahan.

Benar, benar tekaan Abah, Uwais ditahan ISA, baru sekejap tadi mereka dihubungi, hancur luluh hati Sumayya, cepat-cepat dia beristighfar saat teringat kata-kata suaminya suatu saat.

“ Abang menikahi Sumayya kerana Abang tahu Sumayya boleh tabah menghadapi segala kemungkinan dan risiko dijalan juang ini”

Setahun mereka bahagia, dan baru kali ini mereka diuji dalam keadaan yang mengejutkan, ya, dia harus bersedia dalam keadaan tidak bersedia.

Namun tuduhan mereka yang Uwais terlibat dalam pembuatan Bom untuk menyerang sesetengah tempat dalam Negara langsung tidak boleh diterima akal, benar kata Abah, ini perancangan yang begitu licik, Uwais dighaibkan begitu sahaja, ISA, Sumayya akan mengkaji tentang itu mulai saat ini, sekarang, dia harus bersiap ke Kem Kemunting, itu yang diberitahu Abang Umar sebentar tadi, Abah dan Ibu tidak ikut serta, Abah ada prinsipnya sendiri, Uwais tidak bersalah, jika Abah dan Ibu pergi, seakan Abah mengakui kesalahan Uwais, Sumayya sampai lupa menjaga dirinya sendiri dek terlalu gusar.

“ Apa khabar Sumayya” Sumayya hanya mampu mengangguk, mereka dipisahkan dengan jaringan yang begitu padat, hanya mampu menghulurkan dua jari sahaja, Sumayya memegang dua jari Uwais kemas, usaha dia memaniskan wajah, tidak mahu menangis dihadapan suami kecintaannya biar rindu itu itu begitu mencengkam .

“Abang sihat, sudah makan, sedap?, Abang tidur dimana, ada katil,selimut?” Uwais tergelak kecil, soalan bertubi-tubi dari Sumayya begitu menyenangkannya.

“jangan risau tentang abang, doakan abang dibebaskan sedikit masa lagi, buat masa ni , Sumayya tinggal dengan Ibu dan Abah, jaga diri, jaga anak abang baik-baik, jangan lupa makan, ya” Sumayya terangguk-angguk, sedayanya dia cuba untuk senyum.

“ Sumayya boleh tolong Abang?” mata Sumayya bercahaya, dia mengangguk lagi.

“ Abang ditahan bersama Ustaz Saiful seorang kenalan sewaktu Abang menuntut di Pakistan dahulu, lawat keluarganya di Alamat yang akan abang beri nanti, berilah sedikit bantuan, isterinya baru sahaja melahirkan anaknya yang keenam, dan yang lainnya masih kecil, mereka hanya bergantung pada Ustaz Saiful”terang Uwais panjang lebar.

“ Subhanallah~mereka sebegini kejam abang?” Sumayya betul-betul tidak menyangka.

“ Sabarlah, ALLAH sedang melihat segala perbuatan kita”

“Baiklah, Sumayya akan melawat mereka, Abang jaga diri”

Masuk kedalam kereta, Sumayya menangis semahunya, Air mata yang disimpan sedari tadi terhambur keluar, kata-kata semangat dari kakak iparnya terlalu sukar untuk dicerna, tiap detik dalam perjalanan pulang begitu menyakitkan.

Dua tahun berlalu dengan pantas, tapi tidak bagi Sumayya, Dua tahun bagaikan dua puluh tahun baginya, Anak kembar mereka, Hanan dan Hanin sudah menjangkau usia setahun lima bulan, penat lelah menjaga mereka dibantu Ibu dan Abah, menuntut kesabaran yang bukan biasa-biasa, minggu lepas, pertama kali anak kembarnya dibawa masuk kedalam ruang tahanan yang begitu jauh dan perbagai halangan untuk memasukinya, Uwais begitu gembira, itu pertama kali dia melihat air mata Uwais menitis, itupun, kedua bayi kecil itu hanya dapat disentuh dengan dua jarinya, dia pula berusaha untuk tidak menitiskan air mata sedikitpun, dia tidak mahu menambah kerisauan Uwais melihatnya berduka, kali ini dia turut membawa Isteri Ustaz Saiful bersama, anak-anaknya yang masih kecil kelihatan begitu gembira, seperti sebelum-sebelumnya, setiap kali ingin melawat Uwais, dia pasti bertanya kepada Isteri Ustaz Siaful samaada ingin mengikuti atau tidak.

“ Ini Abi Hanan dan Hanin..” dia bersuara lembut ‘mengenalkan’ Hanan dan Hanin kepada Ayahandanya, rengekan kecil kedua bayi tersebut mencetus riang dihati Sumayya, tempiasnya juga buat Uwais.



Ujian Sumayya bertubi-tubi, setiap malam, pasti ada lelaki yang menghubunginya mengucap kata yang mengarut, malah dari nombor yang berlainan, memintanya meninggalkan Uwais , memfitnah Uwais dan sebagainya, sedikitpun tidak menggugat setia Sumayya, dia tahu ini juga perancangan jahat mereka, Sumayya tidak pernah bercerita susahnya pada Uwais, tidak mahu menyusahkan Uwais.


Dipertengahan malam, Sumayya terus mengadu pada Allah, seperti malam-malam yang sebelumnya, terus bermunajat, moga Allah terus mencekalkan jiwa mereka, hingga kini, sudah lima tahun Uwais Al-Qarni ditahan di Kem Kemunting, segala pahit ditelan sedayanya, begitu juga Uwais, dia tahu, pelbagai siksaan Uwais tempuhi disana, tetapi tidak pernah sedikitpun Uwais bercerita mengenai siksaan itu saat mereka bertemu, Uwais makin kurus, makin cengkung, tapi senyumnya tidak pernah berubah, senyum itulah yang menemani tiap malam Sumayya, usai solat sunat witir dan membaca Al-Quran, Sumayya menulis diari, seperti yang dilakukan hampir tiap malam, Bila Uwais kembali, akan diberikan Diari itu pada Uwais untuk dibaca.

Jumaat
31 julai 2009.

Abang,

Hanan dan Hanin makin nakal, semalam Hanan menangis tidak mahu kesekolah, Sumayya jadi serba salah, saat Sumayya menyoal hafazan juzu’ amma mereka, ternyata Hanin mendahului hanan, Hanan masih di surah Al-Kauthar, Hanin sudah mendahului disurah Al-Fiil, Sumayya jadi risau, andai abang ada, pasti abang akan menasihati Hanan, mungkin dia rindukan Abang, berkali-kali dia mengajak sumayya melawat abang, dia masih belum faham dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk melawat abang.

Abang,

InsyaAllah esok pagi Sumayya akan turut serta dalam demonstrasi mansuhkan ISA, semalam Abah bersetuju untuk pergi, Sumayya akan pergi dengan Abah, kami akan duduk dibarisan hadapan, kalau Sumayya bertemu Abang hari ini, Sumayya akan suruh abang doakan kami.

Abang,

Kesihatan Ibu makin teruk, Ibu terlalu rindukan Abang, entah berapa lama lagi abang akan ditahan, Sumayya sentiasa berdoa abang akan segera pulang, Sumayya akan cuba minta Abang Umar uruskan prosedur untuk abang pulang sebentar melawat ibu, Sumayya tahu, itu tidak mudah bukan?




Abang,
Perlukah Sumayya memaafkan mereka yang melakukan kita begini?
Nanti esok Sumayya menulis lagi.Assalamualaikum.

Saat menutup diarinya, sehelai kertas yang dilipat kemas terjatuh, Sumayya tersenyum kecil, dibuka lipatan itu dan diamati bait-bait indah tulisan tangan yang diberi suaminya setelah beberapa bulan dia ditahan dulu, kata-kata itulah yang memberi seribu semangat buat dirinya, lebih-lebih lagi saat baru melahirkan Hanan dan Hanin.


For my Princess,
You never once complained when you know that we would have nothing
You were content on having only what little that you needed
Where others would left or moaned, you never once let out a sigh
You understood that what was written was what we would eat
I never once complained about what was put in front of me
As I knew it was your hands that brought it to me
When I had nothing, I had you
You put your trust in you Rabb and in turn you followed me
Never did I have to wonder about you as my secret , my honour and my Deen were save with you
We both know what hardships you face just by being with me
But not a word did you speak
You were strong and in turn made me strong
Like a vanguard for this Ummah, you concealed yourself
Where others would rush to please their desires, you were the essence of taqwa
Life was easy with you and it come so naturally
You were the extension of me and I would never need to finish my word as who knew me better than you
You knew your place which was by my side
It is the little thing that make the person and you would easily have kept me going for a life time
The way you would look at me with fire in your eyes showed me that I was the only one for you
You stole my hearth and hide it away
I love you jealousy and I love to tease you with the thought of others just so I could know how dear I was to you
What chance did shaytan have when you would ensure that fajr was the easiest of the salahs
I loved that you would forsake me in and instant to fast a voluntary fast
I loved that the Haq was dearer to you than my life and those of our jewels
Don’t think I left you
Don’t think that in this world anything is dearer to me than the minutes that I walk home knowing what waits for me behind closed doors
I went to find a better place to us
I went to fulfill the best of deals
I saw in written that if you give your life
Eternity would be ours
I saw in written somewhere that this was all a test and I have no doubt that the one who promises us and whose word is the truth must love me very much as he gave me you and you were the hardest thing to give up
They say the mind cannot comprehend what await us that sadness will be forgotten and they say that the eye has yet to see and a ear has yet to hear the beauties that await us in our new home
Is it not fitting that I go to see this land afar to take you and our children?
Tell them that the pain will be a pinch and then they will see what I see, they will see the beautiful bird that come to meet them
Tell them the Angles will call them with the best of name and most of All that Allah the one, the Eternal will be pleased with them
I told you once that only two things will have me
You and death
My life was with you but now I must marry again, I must marry what was promised to me the moment I was born , I must marry my fate and in turn I must marry death
After death will come reckoning and if I stand with the best of creation, with the permission of Allah Lord of the Heavens and the Earth I will beg for you
None was worthy enough to stand next to me in this life so why is it that I should desire another in the next?



-Uwais Al-Qarni bin Abdul Aziz




………………………….

Salam jihad, ini cerpen selingan untuk seruan mengajak anda beramai-ramai keluar pada satu ogos nanti untuk demonstrasi mansuhkan ISA.

Jangan fikir saya yang terlalu ‘mengekstreamkan’ kisah tahanan ISA, sebab kisah mereka lebih Ekstream dari cerpen saya, haha~(sebenarnya nak buat ala- ala kisah Syed qutb dan Zainab Al-Ghazali kena sebat masa kena tahan dulu..)

Saya tipu? Tidak, saya hidup dalam suasana melihat Ustaz saya ditahan ISA, saya lihat sendiri kehidupan isterinya, saya lihat sendiri air mata Isterinya, ya, Ustazah saya begitu tabah membesarkan dua orang anak lelakinya, saya hanya ‘meminjam’ sedikit kisahnya untuk menulis cerpen ini.

untuk semua muslimah, bersedialah untuk menjadi isteri seorang mujahid.

1 comments:

AsNiza said...

subhanallah~

sebuah perkongsian menyentuh hati yg di olah dengan begitu menarik sekali..

keep it up! teruskan menulis, membuka mata dan hati 'mereka' yg sentiasa buta..

wallahua'alam

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena