Beriringan ke Syurga~

Thursday, March 11, 2010

Wangian Kasturi di neraka ( final )


“ Menjadi Muslim adalah seperti engkau menjadi seorang pekerja, jika hari ini engkau berusaha memenangi hati ketuamu, menjadi muslim juga adakah engkau berusaha menjadi hamba terbaik dihadapan Tuhanmu”

Rania duduk tidak jauh darinya, diruang tempat duduk tetamu pejabat gazatv, Adam Harith teragguk- angguk, fokus pada ayat seterusnya dari gadis itu.

“ Apa yang membuat engkau ingin menjadi seorang wartawan?”soal Adam Harith tiba- tiba.

“ ermm, engkau kenal dengan Ayat Al- Akhras?” soalan yang dijawab dengan soalan, Adam Harith menggeleng.

“ dia adalah tokoh muslimat yang berani, kini dia sudahpun meraih syahid yang menjadi cita- cita kami, dia adalah seniorku di universiti, cita- citanya juga ingin menjadi wartawan, dan aku mengambil inspirasi dari wanita itu, meneruskan perjuangnnya, aku ingin memberitahu tanpa jemu pada dunia luar tentang apa yang sedang berlaku di sini, dibumi yang menjadi tanggungjawab setiap manusia yang mengaku muslim untuk memeliharanya” terang Rania panjang lebar.

“ meskipun akan mengorbankan dirimu sendiri?” duga Adam Harith.

“ aku tidak pernah kesal hidup di neraka dunia, kerana aku yakin dapat menghidu kasturi disyurga nanti jika aku terus berjuang dijalan ini!” tegas Rania.

“ pekerjaan ini adalah jihadku, bahagianku, yang lain meneruskan jihad mereka dengan cara masing- masing, Rasullullah pernah berkata: Berjihadlah keatas orang musyrikin dengan harta dan lidah kamu, dalam hadith riwayat Ahmad, abu daud dan Nasai dalam hal ini, dan aku rela mengorbankan seluruh diriku untuk Allah dengan jalan ini,” terang Rania lagi.

“ kamu tidak takut dengan kematian?” soal Adam Harith, persis kanak- kanak baru ingin mengenal erti kehidupan, Rania menguntum senyum.

“setiap manusia akan bertemu dengan kematian yang pasti, dan aku, lebih sukakan dengan kematian dihancurkan senjata dalam perjuanganku berbanding kematian atas sebab yang lain, jadi aku memilih jalan ini” Rania memandang kehadapan, merenung jauh, matanya berair.

“ Dunia terlalu singkat Adam, kita akan bertemu dengan kehidupan yang kekal disana, Cuma kita diberi dua jalan untuk dipilih, samaada kesana dengan jalan yang diredhai-Nya, atau yang dimurkai-Nya’ Adam Harith terangguk- angguk memahami perjuangan gadis dihadapannya kini.

“ dan aku hanya ingin hidup disisi Tuhanku yang amat kucintai” air matanya akhirnya tumpah, Adam Harith tersentuh, kata- kata dari Rania begitu menginsafkan, dia membulat tekad, menghadapi segala rintangan yang akan dihadapi dalam perjalannannya meraih cinta Allah dengan segenap kekuatannya, demi sebuah kebenaran.

* * * * * *

“Adam, Tahniah, saya memilih awak untuk menjadi host anugerah bintang popular 2010 bulan hadapan, tahniah Adam, ini satu lagi kejayaan atas kerja keras awak selama ini” Dato’ Hisyam gelak besar, baru minggu lepas Adam Harith pulang dari Gaza, hari ini dia diberi pekerjaan yang tidak disangka- sangka, bukan anugerah bagi Adam Harith kini, tapi musibah!

“ Tapi Dato’..” Adam Harith menelan air liur pahit.

“ jangan segan- segan Adam, saya amat berpuas hati dengan mutu kerja awak, jadi anggaplah ini hadiah dari saya untuk awak, ingat bayarannya lumayan, peminat awak pasti melonjak naik” lelaki pertengahan umur itu tergelak lagi, mengekek- ngekak.

“ maaf Dato’, bukan sebab itu, tapi saya terpaksa menolak.” Sambung Adam Harith. Riak wajah Dato’ Hisyam berubah serta- merta.

“ Adam, awak tahu cara saya bekerja bukan, saya yang berhak menaikkan populariti awak, dan ingat, saya juga mampu menjatuhkannya dalam sekelip mata sahaja.” Dato’ Hisyam memberi amaran, wajahnya memerah menahan amarah.

“ maaf Dato’, saya tak mahu kerja ini, dan terus terang saya katakan, saya mohon tidak lagi diberi tugasan dalam majlis seumpama itu lagi” entah dari mana kekuatan itu, yang menyeludup masuk dalam hatinya.

“ awak jangan berani- berani berkata tidak pada saya, awak majikan atau saya, awak yang harus mengikut arahan saya, dan sekarang, ikut arahan saya atau awak boleh berambus sekarang juga!” marah Dato’ Hisyam sudah tidak dapat dibendung lagi.

“ maaf Dato’, saya ada pendirian saya” tegas Adam Harith lagi, dia nekad.

“ baik, awak ada pendirian awak, saya ada pendirian saya, sekarang awak jangan tunjuk muka pada saya lagi, berambus!!” Adam Harith bangun.

“ Baik Dato’, saya harap, Dato’ akan sedar diri tidak lama lagi, ingat Dato’ kita hidup ni tak lama” sebelum melangkah pergi, Adam Harith beranikan diri mengungkap kata- kata itu.

“ Berambuss!!” saat dia membuka pintu, puluhan mata melihatnya, Adam Harith berjalan keluar dari tempat itu, dengan perasaan bercampur baur, dia tahu dia akan dibenci ramai manusia, yang pasti dia tahu ini langkah pertamanya dalam perjalanan mencari Redha Allah!

“Dunia terlalu singkat Adam, kita akan bertemu dengan kehidupan yang kekal disana, Cuma kita diberi dua jalan untuk dipilih, samaada kesana dengan jalan yang diredhai-Nya, atau yang dimurkai-Nya” suara Rania berirama lagi ditelinganya, menjadi penguat semangatnya, menerpa kesegenap urat nadinya!

Usai solat maghrib, Adam Harith membuka televisyen, kemudian dia melangkah kedapur membancuh kopi, dan kehadapan semula, hasratnya mahu menonton siaran berita, dia duduk di sofa dihadapan tv, fikirannya menerawang, esok dia harus pergi mencari kerja lagi, dia tidak boleh melewat- lewatkannya.

Berita semasa di Palestin, sebenarnya itulah yang ditunggu- tunggunya, entah mengapa dia terlalu rindu pada bumi suci itu, seakan- akan jiwanya berada disana, dia mahu kesana lagi! Adam Harith menguatkan suara televisyen.

Lagi- lagi tentang berita mangsa- mangsa serangan terbaru, kali ini seorang wanita maut, wartawan, Adam Harith menghirup kopinya, kelat, hatinya tiba- tiba resah.

“Serpihan dari Bedilan Meriam rejim Zionis ke atas Beit Lahia telah mengorbankan nyawa seorang wartawan dari stesyen televisyen gazatv, Rania qassem, 23 tahun yang dikatakan sedang membuat liputan tentang kejadian Pasukan pencerobohan pasukan tentera israel di pekarangan Masjid Aqsa di mana sedozen warga Palestin masih berjaga-jaga dan menolak untuk meninggalkannya kerana bimbang serangan daripada ekstremis Israel”



“ dan aku hanya ingin hidup disisi Tuhanku yang amat kucintai”

Cawan ditangannya jatuh, airnya tumpah diatas karpet, dan air mata Adam Harith menderu- deru keluar, dia terkesima, hanya bait- bait ucapan Rania menyinggah dibenaknya.Allahuakbar!



0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena