“ kau
jangan nak mengarut, ini saat kemuncak kemasyhuran kau, cuba kau bagitahu aku
sekarang, apa benda yang kau tak ada, duit kau mencurah- curah, tawaran filem
kau menderu- deru masuk, berebut- rebut orang panggil kau buat konsert, dan
sekarang kau bagitahu aku kau nak bersara, nak bertaubat? Apa ni?”
Sepi.
Wajah
wanita berwajah bengis itu dipandang sekilas, kemudian dia menunduk semula.
“Najla!”
“Najla
nak bertaubat Ibu, Najla dah terlalu banyak buat dosa, Najla ni kotor ibu,
seluruh tubuh Najla jadi tatapan orang, Najla takut ibu, takut!”
Suaranya
masih tersimpan paras kerongkong, mana berani dia melawan wanita dihadapannya
ini, ibu, bila saat dia marah, semua orang tahu, tidak pernah ada yang berani
membantah, semalam dan kelmarin, dia menyembunyikan diri di bilik, dua acara
penting yang seharusnya dia jayakan ditinggalkan begitu sahaja dengan alasan
dia demam panas, sedangkan dia baik- baik saja, Cuma sedikit letih seminggu ini
sebaik pulang dari dibawa mengerjakan umrah oleh keluarga angkatnya dan dibawah
ke Palestin.
Palestin,
ya, Palestin.
Dia
dibawa masuk kedalam Masjid Al- aqsa, dan dia bersujud didalamnya.
Yang
sebulan sebelum itu, yang namanya bersujud itu mungkin sudah dia ingat lupa
bacaannya.
Yang
mulanya dia bersetuju kesana atas nama kemanusiaan, terselit dihatinya supaya
para peminat menjadi semakin cinta dengannya.
Yang
mungkin dia bakal peroleh anugerah artis cinta keamanan, bukankah namanya akan
terus melonjak setelah itu, bahkan sempat dia menyuarakan kepada ibunya untuk
menjadi seperti artis barat anggelina jolie, maka ibunya bersetuju untuk dia
kesana, oh ya, dengan syarat, dia tidak pulang dengan kanak- kanak kecil yang
akan dikelek kesana kemari selaku anak angkatnya.
Dia-
Najla Mellissa, artis muda berbakat besar, sedang berada di puncak
kemasyurannya, ada yang bilang dia permata yang dinanti- nantikan dalam dunia
hiburan, para wartawan tidak berhenti memuji kecantikan dan kelunakan suaranya,
juga betapa besar bakatnya dalam bidang lakonan.
Air
matanya tumpah, menderu- deru, jengkel dengan paksaan ibunya, dan dia masih
teringat- ingat dengan kejadian yang berlaku didepan matanya sewaktu melawat
al- Aqsa.
Oh
Tuhan.
Manusia
apakah aku ini?
********************************
Setelah
itu Najla terus mendiam dari dunia seni, seingatku, dia menjadi manusia yang
cukup berbeza dari seluruh dunianya sebelum itu.
Dia
gadis yang cukup lincah di sekolah dahulu, ya, aku mengenalinya di sekolah
seawal kami di tingkatan satu. Kecantikannya yang diwarisi dari bapanya yang
berasal dari England sering menjadi tajuk perbualan teman- temanku, kemerduan
suaranya disetiap pertandingan nyanyian anjuran sekolah juga menjadi kegilaan
hampir seluruh para pelajar, sehingga satu saat dia berpindah ke kuala lumpur,
dengar cerita dia hendak menggapai cita- citanya, di kampung ini dia tinggal
bersama neneknya, dan aku juga mendengar cerita dari orang- orang bahawa ibunya
kembali untuk menjaganya setelah mendapat tahu tentang kelebihan anaknya ini,
sebelum ini menjenguk pun jarang sekali, kesan perceraian ibu dengan bapanya. Kemudian dari itu sekolah kami menjadi sebagai sekolah bekas tempat pengajian
seorang artis terkenal tanah air.
Tiga
tahun setelah aku pulang dari mesir , aku bertemu dengan Najla Mellissa secara
tidak sengaja, ketika dia dibawa ke hospital tempatku bekerja setelah mengalami
kemalangan kecil, kami berbual agak lama, itupun setelah aku perkenalkan
diriku, sebagai yusuf, ketua kelasnya ketika ditingkatan tiga dahulu, mujurnya
dia ingat, katanya tidak sangka aku sudah menjadi seorang doktor sekarang. Dan
esok, berita ‘kemalangan kecil’nya tersebar. Aku masih teringat senyumku ketika
membaca akhbar selang sehari selepas kejadian.
*************************
Biarpun
seluruh dunia mengecamnya, Najla tekad mahu berhenti dari dunia hiburan, hari
ini dia membatalkan sebuah konsert lagi, yang akan diadakan dua bulan hadapan,
tiket sudah mula terjual, marah besar pihak penganjur kepadanya.
Biarlah,
biarlah!
Entah
kuasa apa yang meresap kedalam hatinya, tidak pernah dia setegas ini dalam
segala hal pun, bahkan semua orang
mengenalinya sebagai Najla yang lemah lembut dan mahu mendengar kata, lebih-
lebih lagi kata ibunya, sekalipun sering dilayan dengan kasar.
“ you
dah tarik diri dari konsert ‘demi cinta’
tu?” soalan dari Iera syakira, teman artisnya menerjah ke gegendang malam itu,
saat itu baru selepas dia memberi salam usai solat fardhu isyak dibilik banglo
mewah tiga tingkat yang dibelinya.
“ya, I
dah tarik diri” malas mahu berdalih- dalih.
“serius
you dah gila I rasa, tak boleh ke you fikir semula apa
yang you dah buat ni, peluang besar, ini rezeki Allah nak bagi kat you tahu
tak”
Najla
Mellisa tersenyum, agak sinis.
“ini
keputusan I”
“artis
lain pun ramai pergi mekah macam tu, buat umrah, ramai pun yang buat haji, okey
je diorang I tengok, balik dan teruskan buat kerja, Cuma tutup lebih
sikit tu pun okey dah, you memang tolak tuah tahu tak? Atau you dah
gilakan sangat anugerah tokoh artis cinta
keamanan tu”
Najla
Mellissa beristighfar, memejam mata, cuba dikawal perasaannya. Saat itu dia
hanya merasakan hanya Allah lah tempat untuk dia bergantung, Maha suci Allah
yang Maha mengampuni hamba-Nya, sekalipun aku yang dah terlalu jauh jalannya
ini.
“you
ada apa lagi nak cakap selain hal ni, I mengantuk, nak tidur” malas,
penat, letih, Najla sudah muak melayan kerenah manusia sekelilingnya tidak
tidak henti memujuknya untuk terus bergelumang dalam dunia hiburan ini, dia
benar- benar tekad, suaranya akan disimpan mulai saat ini, lenggang suaranya
dan gerak tubuhnya menerusi lakonannya yang akan disaksikan oleh seluruh negara
akan terhenti mulai saat ini.
“ye
lah, I ni nak nasihat je, ikut suka you lah” akhirnya perbualan
dihentikan.
Najla
menarik nafas panjang, dia menadah tangan, memohon diberi kekuatan oleh Allah,
usai solat dia mengambil sebuah buku dari deretan buku agama yang dibelinya di
MPH siang tadi, buku bertajuk, 50 wasiat Rasulullah kepada wanita itu dibuka perlahan. Esok dia mahu mencari
guru agama, dia tekad!
*********************
“salam
doktor, ni aku Najla, ingat lagi tak? Aku nak jumpa kau boleh?”
yusuf
menggosok mata, pagi- pagi buta lagi
sudah dapat mesej, dari Najla Mellissa, mana tak terkejut dibuatnya.
“Mengigau
ke Najla ni” telefon bimbit diletak ketepi, yusuf melangkah ke bilik air.
Selesai
sarapan barulah dia mahu membalas, dia tersengih, sudah jatuh cintakah Najla
Mellissa dengannya selepas pertemuan mereka di hospital tempoh hari.
“aku
off hari ni, boleh, kat mana?” mihun goreng disua
kemulut.
“cantik,
jumpa di rose café dekat jalan belimbing, dekat dengan hospital kau kerja tu
kan?, aku nak bagitahu kau sesuatu”.
“okeh”
sepatah dibalasnya, dengan artis popular ni kena jual mahal sikit, Yusuf tidak
lekang senyum, disua air Nescafe ke mulut. Nak meluahkan cintakah Najla
Melissa, hati Yusuf berdetik nakal.
“
Najla Mellissa batal konsert demi cinta setelah membatalkan dua konsert sebelum
ini”
Tersedak.
“Kenapa
bang?” adiknya memandang dari ruang tamu.
“
ulang ayat dalam surat khabar yang lia baca tadi”
“
Najla Mellissa batalkan konsert, tak ada kaitan dengan abang pun”
“okey,
akan ada kaitan, akan ada kaitan”. Bisiknya, dan tersenyum.
*****************************
“aku
tahu kau belajar kat mesir kan, aku tahu dulu kau budak paling alim kat
sekolah” Yusuf menanti, akan apa yang akan Najla bicarakan, oh ya, dia cantik
hari ni, berselendang ungu.
“ aku
nak belajar agama, kau boleh ajar aku?” oh begitu.
“ aku
kat mesir ambil medic Najla, bukan bidang agama pun” risau juga Yusuf
dibuatnya, tapi kasihan melihat kesungguhan Najla Mellisa. Dia tahu, minggu
lepas kecoh dalam ‘melada dunia hiburan’, rancangan gossip hiburan paling
popular yang ditonton adiknya tentang berita penghijrahan Najla Mellisa, Cuma
dia hanya menganggap ini adalah penghijrahan seperti yang dilakukan artis-
artis sebelum ini.
“entahlah,
aku hanya ingat untuk call kau je bila aku terfikir nak cari guru agama, atau
kau boleh carikan guru agama untuk aku?” wah, istimewa terasa bila Najla
Mellisa teringatkan dirinya, yusuf tersenyum.
“nanti
aku tanyakan isteri..”
“oh
kau dah kahwin?” terkejut Najla Mellissa, tidak pasal- pasal timbul isu keluar
dengan suami orang tanpa si isterinya.
“isteri
abang aku, dia ustazah” Yusuf beriak serius, menyambung bicaranya, dan hatinya
berdetak riang.
“oh
Alhamdulillah, terima kasih Yusuf”
“boleh
aku tanya sesuatu?” Yusuf memang sudah berniat untuk bertanyakan hal ini
sewaktu mengetahui tentang berita penghijrahan Najla Mellissa lagi.
“apa
yang buat kau nak berubah, aku tahu ni hidayah Allah, tapi apa penyebabnya ya”
Yusuf
serba salah, Najla Melissa menangis dengan soalan itu.
“ada
satu peristiwa yang berlaku sewaktu aku di palestin, keluarga angkat aku bawa
aku melawat kesana, aku tak boleh ceritakan, biarlah hanya aku dan Allah yang
tahu”
Yusuf
menghormati, dan akhirnya tangisan Najla Mellissa siang itu berhenti sendiri
tanpa dipujuknya, tapi ada satu yang buat dia tahu, Najla Mellissa benar- benar
ingin berubah, dia benar- benar luar biasa!
**********************
Sejak
pertemuan di Café tempoh hari, aku memperkenalkan Najla Mellisa dengan
keluargaku.Sangka mereka, aku yang menjadi penyebab perubahan Najla, lantas aku
menyangkal, mana mungkin, aku hanya doktor gila- gila, bukan ustaz idaman gadis
persis anna Althafunnisa’, lagi- lagi aku juga bukan fahri, yang menjadi pujaan
ramai wanita solehah. Aceceh, pandai jugak aku bermadah kan.
Sungguh,
yang paling aku kagum dengan Najla adalah semangatnya memperlajari agama, kakak
iparku dianggap seperti keluarga sendiri, yang sedihnya aku pula yang semakin
dipinggirkan, Najla oh najla, lama kelamaan, cerita dan gossip tentang najla di
dunia hiburan semakin menghilang, dan mungkin hampir lenyap, kisahnya yang
pernah gemilang suatu masa dahulu, kini suram ditelan hari.
Suatu
hari diruang dapur, Kak farah menegurku, mengajakku duduk, oleh kerana jarak
usia kami yang agak jauh, aku tidak segan- segan dengan dia bahkan kuanggap
seperti kakakku sendiri, lia menjeling, tangannya ligat membasuh pinggan
mangkuk usai makan malam sebentar tadi.
“ateh
pernah tanya najla yang dia dah berpunya
ke belum?” serius gaya kak Farah, aku pantas menggeleng, memang soalan ini yang
bermain difikiranku, jujurnya agak kerap seminggu dua ini.
“tak
nak cuba tanya?” Kak Farah mengukir senyum.
“akak
yang tanyakan?” pintasku.
“waa..
ada hati rupanya, lambatlah bang teh ni” sampuk Lia.
“dia
memang baik, sangat baik..” setuju, kak farah akan tanyakan bagi pihak aku.
“semalam
dia datang kat kak Farah habis usrah muslimat, tahu dia beritahu apa?” aku
menggeleng lagi, mahu kak Farah bercerita cepat- cepat.
“ dia
menangis, katanya dia benar- benar nak pergi berjihad” aku mengangguk kagum.
“
akak jawap apa?” soalku.
“akak
beritahu dia boleh berjihad menerusi pelbagai cara, penulisan Najla pun sangat
baik akak tengok, jadi akak minta dia serius menulis, menyampaikan kebenaran,
lagi- lagi sebagai seorang yang pernah mengalami sendiri pengalaman hijrah
begitu” terang kak farah.
“tapi..lagi
kuat dia menangis, katanya pernah dulu di Palestin, dia bertemu dengan seorang
kanak- kanak lelaki, koceknya penuh dengan batu, bila dia menyoal, budak tu
jawab dia nak hancurkan askar Israel, dan sehingga kehari ni najla masih ingat
peristiwa tu, dan hal tu jugak yang buat dia bertekad untuk berubah, syukurlah,
Allah beri hidayah pada Najla disana” aku mengangguk, bersetuju sahaja, dalam
diam sebenarnya aku bagai dihentak dengan batu besar di kepala, siapa aku nak
melamar Najla? Layakkah seorang gadis yang sangat tinggi azamnya untuk berubah
dan akhirnya kini menjadi lebih baik dari setakat yang aku sangkakan, sedangkan
hari- hari aku yang kononnya dulu lebih baik dari para artis sedikit pun tidak
berganjak menjadi lebih baik, jadi sekali lagi, layakkah aku nak melamar Najla?
************************
“ Kak
farah sudah beritahu aku tentang lamaran kau, aku sekarang di café hospital kau” - Najla
Aku sekarang didepan Najla, sepuluh minit tadi
dia mesej beritahu dia menunggu di café hospital, berlari aku kesini, sudah
gila agaknya, nasib baik doktor, boleh berlagak sangat sibuk mencuri- curi
masa.
“jadi
apa jawapan kau, setuju?” berani sungguh aku bertanya, memang berani, sampai
aku sendiri yang malu, ciss.
“
Terima kasih yusuf” Najla tersenyum, positifkah jawapannya.
“Tapi
ada sesuatu yang aku nak sampaikan pada kau” aku hampa.
“Minggu
depan aku akan ke Gaza, Alhamdulillah sekali lagi aku berkesempatan kesana ikut
rombongan Muslim care, tugasanku sebagai guru bahasa Inggeris akan
bermula lagi dua minggu, aku akan mengajar di sekolah di Bandar gaza, selama
lima bulan” aku terkedu, menelan air liur.
“jadi
aku minta maaf Yusuf, sekarang duniaku dan gaza terasa begitu hampir, seolah-
olah aku hanya ingin mati disana, aku teringin sungguh nak syahid” gadis cantik
ini tertawa kecil.
“
tapi siapalah aku kan, masih jauh perjalanan mendekati Allah, rindu betul aku
pada DIA” ada air membening dimatanya.
“aku
betul- betul minta maaf Yusuf”masuk kali ini sudah tiga kali dia meminta maaf,
aku masih terdiam selepas soalan pertama yang memalukan aku sebentar tadi.
“tapi
kau akan balik kan?” Najla tersenyum lagi, barangkali dia mahu ketawa besar
melihat aku yang sudah seperti manusia hilang malu ini.
“kau
doakan aku syahid ya” yang ini aku benar- benar terdiam, aku dah jadi seperti
semut yang melihat gajah, dia gadis luar
biasa yang Allah aturkan untuk aku berkenalan, berpisah, kemudian jumpa
kembali, dan aku jadi kasihkan dia, oh Tuhan, atas aturan- aturan ini, manakah
kesudahannya, bukankah ia akan berakhir dengan kegembiraan?.
“aku
yang patut minta maaf Najla, aku memang tak layak dengan kau” tak sangka aku
akan keluarkan ayat ini.
“bukan
macam tu Yusuf, kau dahlah doktor, alim pulak tu, walaupun nampak je sempoi,
tapi kau sangat banyak ilmu, aku tahu ramai gadis yang lebih baik dari aku
untuk kau, semalam waktu kak farah beritahu tentang perasaan kau, aku nak
menangis fikirkan tak layaknya aku”. Sejuk sikit hati aku mendengarnya.
“jadi
kau memang tak akan terima aku, maksud aku lepas kau balik dari gaza?” aku
berani- berani lagi, sungguh memang tak pernah seberani ini aku depan
perempuan.
“cukup
kau doakan aku syahid, hati aku ni, tak tahulah kenapa, walaupun rasa tak
pernah layak nak syahid, tapi itu yang aku doakan hari- hari, mesti kau pun
akan gelakkan aku kan” Najla menunduk.
“ Aku
doakan engkau syahid, amin” ya aku doakan dia Syahid, dan aku tak akan gelakkan
dia, bahkan aku pulak terasa patut digelakkan.
*************************
Selepas
pertemuan 3 bulan yang lalu itu, aku dan Najla seakan terputus hubungan, pada
awalnya aku agak terasa dan pedih hati dengan keadaan ini, tapi akhirnya aku
dapat terima, dia masih berhubungan dengan Kak Farah, Cuma kadangkala dia akan
mengutus salam untukku, aku masih doakan dia Syahid disana dalam keadaan semasa
Gaza yang agak stabil berbanding waktu- waktu tidak amannya, dan aku doakan
juga dia kembali menyambut hati aku.
Suatu
pagi, ada bungkusan yang begitu memeranjatkanku, yang penting ia atas namaku,
dari jauh, dari Najla, tersenyum lebar aku menyambut bungkusan tersebut, ada
senaskah penulisan setebal 200 mukasurat dan sekeping cd yang mungkin
mengandungi isi yang sama seperti dihelaian kertas- kertas yang dikirimkan,
lebih menyebabkan aku tersenyum adalah surat darinya, perlahan- lahan aku
membuka dan membaca.
“Assalamualaikum,
Untuk
Yusuf,
Jujurnya
aku tak mahu balik ke Malaysia semula dalam masa terdekat, biar jika ada
kontrak yang berterusan lamanya untuk membenarkan aku tetap tinggal disini, aku
akan tandatanganinya, jadi aku nasihatkan jangan sekali sekali kau tunggu aku
balik.
Yusuf,
Aku
kenal kau sejak di Tingkatan 1 bukan, aku berani untuk katakan aku teringin nak
berkawan dengan kau sejak dari awal kita kenal sebagai kawan sekelas, tapi
disebabkan kau terkenal, jadi aku simpan sahaja niatku.
Jadi
Yusuf, kalau kau tanya aku tentang perasaan aku pada kau, kau sudah tahu
jawapannya sekarang bukan?
Yusuf,
Aku
selesai menulis 9 buah cerpen dan beberapa sajak bertemakan bumi suci yang aku
pijaki sekarang, aku harap kau boleh usahakan untuk diterbitkan, dan aku harap
semua dari hasilnya akan diberikan kembali kepada rakyat Palestin, aku doakan
dipermudahkan urusan ini.
Yusuf,
aku ingin beritahu kau sesuatu,
Ketika
aku simpan hati untuk berubah, aku amat berharap punya seseorang yang dapat
menguatkan aku dijalan ini, dan Allah tunjukkan aku engkaulah orangnya, dan
terima kasih kerana kenalkan aku dengan Kak Farah, dari dia aku belajar banyak
perkara, oh ya, dari kau juga.
Tapi
Yusuf, ada sesuatu yang lebih penting untuk aku beritahu.
Kalau
sekalipun memang betul, aku pernah cintakan seseorang, itu adalah engkau, sebab
tu waktu kita jumpa semula di Hospital, aku sangat gembira kalau kau perasan,
walaupun luka di kaki aku waktu tu boleh tahan sakitnya.
Tapi,
aku paling nak ucapkan terima kasih pada kau sebab tunjukkan jalan aku untuk
lebih dekat dengan kekasih sejati aku, iaitu Allah, waktu hampir semua orang
sekeliling aku mencemuh dan bencikan aku termasuk peminat aku, aku lega bila
kau dan keluarga kau ada, aku rasa lebih selamat, dan waktu itu aku mula simpan
hasrat untuk kembali ke Palestin, dan Alhamdulillah Allah bukakan jalan bila
ada satu rombongan aktivis kemanusiaan tawarkan sesuatu hadiah yang paling
berharga untuk aku seumur hidup, iaitu mengajar dan dapat bertemu dengan
kanak- kanak disini, merekalah cahayaku
sekarang, dan aku menjadi tempat menumpang kasih, akulah ibu kanak- kanak yang
telah kehilangan keluarga disini sepanjang tempoh pergolakan ini, jadi memang
takkan aku tega meninggalkan mereka lagi setelah kasihku tumpah disini.
Yusuf,
tanamlah tekad sekuatnya untuk membantu disini, ruang kau cukup besar kerana
engkau doktor, usah takut mati, kerana dimana- manapun kita akan mati, dengan
apa cara sekalipun, disini jika kau terpilih untuk syahid, kau sedang didalam
taman para pencinta Tuhan, dikelilingi manusia yang menguis dunia ketepi, hari
hari mereka ditelan kerinduan mereka pada Akhirat.
Terima
kasih Yusuf.
****************************
“ Ada
sesuatu untumu Najla” Najla berpaling, Doktor Jamilah tersenyum, ditangannya
ada sebuah bungkusan kecil.
“apa
tu Doktor” Najla bangun, meninggalkan seorang bayi perempuan yang dikendongnya
diatas katil wad kanak- kanak Hospital Assyifa Bandar Gaza.
Bungkusan
kecil bertukar tangan, dikoyakkan bungkusan tersebut pantas.
“Alhamdulillah…”
dikucupnya sebuah buku itu berkali- kali, tidak sangka hasil penulisannya
berjaya menjadi sebuah buku, cantik, muka depannya berwarna putih, ada seorang
gadis menjadi model muka depan buku tersebut, dibaca tajuk buku itu perlahan, ‘Menjemput
Bidadari’?
“pandai
sahaja yusuf mereka tajuk buku ni” getus hatinya.
“Dari
Malaysia?” Najla mengangguk pantas, senyumnya masih belum lekang.
“jauh
buku tu menempuh takdirnya” usik Doktor Jamilah,
sambil mengusap seorang bayi di atas katil, Najla masih tersenyum, dia membelek
buku tersebut.
“eh,
ada sepuluh cerpen?” pelik, sedangkan dia hanya menulis sembilan cerpen sahaja.
“Menjemput
Bidadari?” matanya difokuskan pada tajuk cerpen ke sepuluh, dan dibuka ke muka
suratnya.
“
Najla? Yusuf?” watak- watak dalam cerpen itu dikenali.
Dibaca
perenggan terakhir cerpen tersebut,
Najla,
sudah hampir setahun kau disana, sebaik buku ini sampai ketanganku dari
syarikat penerbitan, aku terus bungkuskan dan usahakan untuk ia sampai kepada
kau.
Najla,
kalau
aku katakan aku juga ingin berhijrah, tentu engkau fikir kerana ingin menarik
perhatian engkau pada aku, tapi aku bukan muhajir umm qais, aku bukan berhijrah
kerana wanita, aku berhijrah kerana Allah, tapi engkau adalah sebabnya, aku
ingin terus mendekat pada Allah setelah melihat betapa besar pengorbanan kau
merebut cinta Allah, betapa banyak wang dan dunia yang kau tinggalkan, dan aku
jadi terinspirasi, Terima kasih Najla, membawa aku ke jalan ini, tunggu aku di
Gaza, aku akan sampai sedikit masa lagi, tapi bukan kerana engkau, tetapi aku
juga ingin kenal dengan kanak- kanak kecil yang engkau ceritakan, aku akan cuba
membantu sedayaku, moga inilah titik permulaanku mengejar syahid, doakan aku
syahid, sepertimana aku mendoakan engkau”
Najla
tersenyum, sudah lama rasanya hari harinya dimulakan dengan air mata, sebu hati
melihat penderitaan hamba- hamba Tuhan yang cintakan syurga disini, dan dia
belajar bersama- sama mengharungi penderitaan itu, duit- duit yang masih ada
dalam simpanannya digunakan sebaiknya sepanjang setahun, walaupun banyak
halangan yang ditempuhinya sepanjang disini, bahkan banyak usaha yang ingin
membawanya pulang ke Malaysia, Allah masih mengabulkan doa Najla untuk tetap
tinggal di bumi suci ini. Dan hari ini dia bahagia, bahagia yang luar biasa.
TAMAT
Dan
benar Najla tersenyum, dan benar Najla bahagia, bahagia yang luar biasa, tidak
disangka cerita- cerita yang dikongsinya bersama kak Farah lewat perbualan
telefon bijak diolah Yusuf menjadi cerpen yang kesepuluh dalam koleksi
cerpennya, Najla tersenyum lagi.
“Terima
kasih Allah..”
0 comments:
Post a Comment