Al-Syifa Hospital, Gaza
16 januari 2009
Setiap pagi saat Sumayyah berjalan masuk ke Hospital Al- Syifa ini, keriuahnnya memekakkan telinga, membuatkan hatinya ditekan- tekan ketakutan, entah dia masih mampu bersabar dengan tangisan anak- anak yang tercedera dalam serangan sepanjang dia bertugas hari ini, dilorong- lorong masuk ramai yang menangis- nangis terduduk dan ada yang masih daya berdiri, , bau darah hanyir menusuk hidungnya, dua buah ambulan yang membingitkan telinganya dengan siren berlalu pergi semula, doktor dan jururawat yang lain bergegas – gegas membantu menyelamatkan manusia- manusia yang cedera parah berbantukan peralatan yang memang tidak pernah cukup, Sumayyah kesal bila melihat pesakit yang mati hanya kerana lewat dirawat, dan nyata yang lebih parah, tidak ada bahan untuk merawat! Luka- luka dibalut dengan kain- kain perca yang hanya untuk menghentikan pendarahan, dan koridor- korodor sudah dipenuhi dengan katil- katil usang bagi keperluan merawat pesakit.dia lansung menuju ke kaunter utama menulis namanya dalam buku panjang yang dijaga oleh Saleema jururawat yang bertugas setiap pagi dikaunter yang masih tersenyum seperti biasa pagi ini, dia membalas senyum Saleema, sekadarnya sahaja.
Dia kemudian menghampiri wad kanak- kanak, wad tempat dia bertugas, lewat malam semalam sebelum pulang, dia berhadapan dengan seorang kanak- kanak kecil yang tercedera di peha ditembak peluru getah yang tidak mengeluarkan isi tubuh namun mampu mematikan sasarannya , bertukus lumus para doktor menyelamatkannya sehingga dia kembali stabil dengan keizinan Allah, jangkanya kanak- kanak itu komanya pasti lama, dia menolak hujung bibirnya dengan dua jari, dibetulkan tudungnya yang herot, kemudian masuk dengan senyuman, dia membina semangatnya sendiri.
Kanak- kanak rata- ratanya masih lena dalam kesakitan, semalam keadaan kelam kabut, hampir- hampir dia tidak mahu pulang, mahu bekerja lagi dan lagi, mengenangkan tubuhnya juga perlu direhatkan setelah bekerja 48 jam tanpa henti, awal- awal lagi dia tekad bekerja hanya untuk membantu merawat ribuan warga Palestine yang tercedera dihantar ke Hopital paling utama di Bandar Gaza ini, jadi dia harus bertahan dan bertahan.dia melihat sayu seorang ibu muda yang sedang menangis dihujung sana, Sumayyah hanya memandang sekilas, dia tidak menuju kearah Ibu Muda itu, air matanya sudah kering, bukan hatinya yang keras.
“Assalamualaikum Sumayyah” Sumayyah berpaling, Dr Dababish Ketua Jabatan Kecemasan di Al Shifa masuk dengan wajah letih, lebam di bawah matanya bukti bahawa dia sudah tidak tidur dalam beberapa malam, duga Sumayyah, Doktor Dadabish telah bekerja tanpa henti sejak 17 hari yang lalu, dan dia hanya pulang kerumah untuk dua jam dalam dua hari sahaja untuk melihat keadaan keluarganya, rehatnya dalam masa yang dicuri- curi.
“ Boleh kamu buatkan saya teh” Sumayyah mengangguk, dia akui, mejadi sukarelawan sepertinya, bukan sekadar membantu para doktor merawat pesakit, tapi juga merawat keletihan mereka. Doktor Dadabish duduk di sebelah katil yang menempatkan seorang kanak- kanak lelaki yang berbalut kepalanya, kemudian dia mengusap dan mencium dahi kanak- kanak itu, wajahnya berkerut, kedut diwajahnya menceritakan kisah hidupnya yang penuh kekecewaan sepanjang bertugas di Hopital ini, hanya kekuatan yang dipinjam dari Allah menjadi penyebab untuk dia masih mampu berdiri, Sumayyah memerhatikan Doktor Dadabish dengan hujung matanya, air teh yang sudah siap dibancuh diberi pada Doktor yang mungkin sebaya dengan Ayahnya itu.
“bagaimana dengan keadaan hari ini Doktor?” Sumayyah berbasa basi, dia kemudian membetulkan selimut kanak- kanak yang masih terbaring kaku dikatil sebelah tempat duduk Doktor Dadabish yang kelihatan tenang menikmati teh panas yang dibancuh Sumayyah.
“Today I can say it is calm, “We don't have that many injured people coming in compared to yesterday” Doktor Dadabish menyandarkan badannya ke kerusi, Sumayyah tersenyum, entah apa maksud tenang menurut kamus minda Doktor Dadabish, hidup yang dikelilingi tangisan dan raungan serta tangan yang dibasuh dengan darah hampir setiap saat dalam hidupnya mungkin membiasakannya dengan keadaan ini.
“saya semakin risaukan keadaan peralatan yang tidak mencukupi di hospital ini, saya tidak mahu lagi ramai nyawa yang terkorban” luah Sumayyah.
“jujurnya saya menghadapi keadaan tekanan yang luar biasa untuk merawat semua pesakit yang memerlukan, lebih- lebih lagi sewaktu pesakit- pesakit yang tidak Berjaya dirawat meninggal di kaki- kaki lima, Cuma kita harus yakin dengan bantuan dari Allah, Syukurlah beberapa bantuan perubatan kini telah memasuki Gaza melalui penyeberangan sempadan termasuk peralatan dan ambulans dibawa oleh Islamic Relief.” Terang Dr Dadabish dengan sinar wajah penuh harapan, itulah kegembiraan bagi mereka di Hospital ini.
“Our main priority is to ensure the person is breathing, then we have a chance of saving their life” sambung Doktor Dadabish, kemudian dia bangun.
“Doktor mahu pulang?” Soal Sumayyah, Doktor Dadabish tersenyum.
“itu yang saya mahu lakukan setiap saat untuk meihat anak- anak saya, namun saya harus terus menyelamatkan nyawa- nyawa disini..” Kemudian Doktor Dadabish keluar, Sumayyah terangguk- angguk, beberapa orang- kanak- kanak sudah mula bangun, mungkin terganggu dek perbualan mereka yang tidak berhati- hati memperlahankan suara sebentar tadi, lebih- lebih lagi dalam wad sederhana kecil dan serba kekurangan itu, pasti tidur mereka tidak nyenyak, Ah~tidur mereka tidak pernah nyenyak.
Sebahagian kecil mereka dibiar berseorangan, kerana dalam kondisi mereka yang agak stabil, mungkin orang tua mereka perlu menjaga adik- beradik mereka yang lain sehingga terus percaya kepada pihak Hospital untuk menjaga anak- anak mereka yang tercedera, atau tidak mustahil mereka sudah tidak mempunyai sesiapa lagi didunia ini, jadi Sumayyah harus menjaga mereka sebaik mungkin, ibu muda yang menangis dihujung sana tadi sudah terdiam, dan dia tidak memperdulikan sesiapa disekelilingnya, Sumayyah terus memujuk beberapa orang kanak- kanak yang merengek- rengek mencari ibu mereka sebaik bangun dari tidur, beberapa ibu lain saling berbual sesama mereka.
“ Siapa namanya” Sumayyah memberanikan diri bertanya, dia mahu berbual dengan seseorang, hanya dia yang bertugas diwad ini setiap hari kerana jururawat atau sukarelawan sepertinya yang lain punya tugas lebih penting membantu para doktor merawat pesakit.
“ Mohamed” Sepatah, masih dalam sendu kecil.
“ umurnya?”
“ tujuh bulan” tangan ibu muda itu mengusap lembut dahi anak kecilnya yang terbaring kaku di atas katil, kakinya berbalut.
“ dia anak pertamaku setelah kami menanti hampir lima tahun” luah ibu muda itu, Sumayyah terangguk- angguk.
“bersabarlah ummu Mohamed, Allah bersama dengan kita” Sumayyah menyuntik kekuatan, Ummu Mohamed cuba untuk senyum.
“kamu punya anak?” soal Ummu Mohamed pula.
“Ada,imad namanya, ini gambarnya” segera Sumayyah mengeluarkan dari poket bajunya gambar seorang kanak- kanak yang sedang berada dalam pelukan seorang lelaki, iaitu suaminya.
“ dia sudah besar” Sumayyah mengangguk- angguk, diambil gambar tersebut dari tangan ummu Mohamed semula.
“aku mahu melihat dia membesar, seperti imad” sambung Ummu Mohamed.
“InsyaAllah, Allah akan merahmatinya” Sumayyah mengawal perasaan, tidak mahu titisan air mata pertamanya untuk hari ini jatuh.
“kamu sudah makan?”
“aku berpuasa” ringkas jawapan Ummu Mohamed, Sumayyah mengangguk.
“Aku keluar sebentar, sudah tiba masanya kanak- kanak ini dirawat, aku perlu memanggil doktor” Ummi Mohamed mengangguk.matanya dialihkan semula kewajah polos anak kecilnya yang masih lena dalam kesakitan.
Beberapa minit kemudian, Sumayyah masuk dengan seorang doktor wanita, mulut doktor itu terkumat kamit, entah apa yang diucapkan pada Sumayyah, wajahnya tampak letih.
“Terima kasih Sumayyah, entahlah, kami memerlukan lebih ramai sukarelawan seperti kamu, yang sanggup bekerja siang dan malam walaupun tanpa elaun.” Doktor wanita pertengahan umur itu cuba untuk senyum, tangannya ligat merawat luka- luka diseluruh tubuh kanak- kanak dalam wad itu dari satu katil ke satu katil, sesekali kelihatan dahinya berkerut melihat luka- luka yang merata di tubuh pejuang- pejuang kecil itu,
“aku semakin risau dengan peralatan yang tidak mencukupi di hospital ini, aku tidak mahu lebih ramai kanak- kanak ini mati akibat tiada ubat untuk merawat mereka.” Sebentar tadi Dr Dadabish yang meluahkan resahnya, dan kalinya Doktor Amina pula yang meluahkan perasaannya, Sumayyah tersenyum pahit.
“Sudahlah Doktor, kita hanya berusaha merawat mereka, tentang hidup dan mati mereka, kita serahkan pada Allah” berat sungguh hatinya mengucapkan soal matinya kanak- kanak comel dihadapannya kini, namun rasa simpati itulah yang harus ditelannya sehari- hari, hingga dia menjadi kebal, lebih- lebih saat teringat wajah Imad anaknya, Ah~
“oh ya, masih terdapat beberapa orang kanak- kanak yang baru tiba di wad kecemasan malam tadi, setelah keadaan mereka stabil, mereka akan dibawa kesini, kamu sediakan beberapa katil tambahan ya” pinta Doktor Amina, Sumayyah terangguk-angguk meski dia tahu payah untuk dia dapatkan katil tambahan dalam kadar segera, namun dia akan usahakan.
“Doktor!! Doktor!!” Ummu Mohamed tiba- tiba menjerit, suasana wad menjadi hingar bingar, pantas Doktor Amina berlari ke katil terletaknya tubuh kecil Mohamed.
Sumayyah cuba untuk mententeramkan Ummu Mohamed, dipeluk wanita itu erat, Mohamed..bayi kecil itu sudah tidak bernafas lagi, akhirnya, peluru getah yang menembusi pehanya malam tadi menjadi penyebab kepulangannya menuju Syurga.
“Allah!! Allah!!” Ummu Mohamed terjelepuk ke lantai, saat mendengar bicara Doktor Amina, Mohamed sudah tiada!
Sumayyah memeluk Ummu Mohamed, air matanya ditahan dari keluar, dia tidak mahu tewas hari ini, dia mahu melatih hatinya manjadi kalis dengan kesedihan yang harus dia tempuhi dimasa- masa akan datang.
“Allah bersama kita, Allah bersama kita” diucapkan kalimah itu berkali- kali, buat Ummu Mohamed dan- buat dirinya.
Sumayyah berdiri di koridor hospital, hatinya benar- benar sakit akibat dia menahan tangisannya dari terhambur keluar, dia memandang langit gaza yang baru reda dari hujanan phosphorus, langit ini tidak pernah sepi dari menjadi saksi penderitaan mereka di bumi suci ini, namun langit yang tergantung tidak bertiang itu jugalah yang menjadi penguat semangat mereka, untuk yakin akan janji Allah, Tuhan pencipta alam yang terlakar indah didalam Al- Quran.
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapatkan rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahwa tidak ada kekhuatirann terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati .” (Ali Imran: 169-170)
Doktor Amina keluar ke koridor, memahami luka dihati Sumayyah yang masih berdarah, perlahan dia menuju ke sebelah Sumayyah.
“ Sudah sumayyah, hilangkan kesedihanmu, Ummu Mohamed sudah mahu pulang, ucapkan selamat padanya, yang baru merasa kehilangan” Doktor Aminah menggosok lembut bahu Sumayyah.
Sumayyah memandang wajah Doktor Amina yang selalu sahaja menenangkannya, kemudian dia menuju kedalam wad semula, berdiri dihadapan Ummu Mohamed, Si Syahid kecil sudah berada didalam pelukan suaminya, mahu dibawa pulang dan disemadikan, semoga Allah mengurniakan kekuatan luar biasa buat pasangan suami isteri itu.
“ Aku tidak sempat melihat Mohamed membesar seperti Imad, semoga dimasa lain akau akan dapat bertemu dengannya”
“Imad…, sudah terlebih dahulu melalui jalan yang dilalui Mohamed kini”mereka berpelukan, diamata sumayyah terlakar lukisan memori pahitnya, saat pulang dari Hospital suatu pagi dan melihat rumahnya telah hancur dibedil, dan suami serta anaknya telah biru dibawah runtuhan.
Titisan air matanya yang pertamanya untuk hari ini menitis jua akhirnya..
0 comments:
Post a Comment