Beriringan ke Syurga~

Thursday, March 11, 2010

Wangian Kasturi di neraka (siri 2)





Kali ini matanya tertancap pada wajah- wajah kanak- kanak yang riang berbual dengannya sebentar tadi, mereka benar- benar sudah berubah, gelak tawa mereka hilang, yang dilihat dengan mata yang terbuntang dikepalanya kini hanya anak- anak singa yang lapar mengejar daging segar dihadapan mereka, ditangan mereka penuh kerikil- kerikil kecil dibuat senjata, ada diantara mereka yang sudah ditangkap tentera zionis dan dihentak dengan hujung senjata, berkali- kali hingga darah merah pekat mengalir membasahi bajunya, Adam Harith berlindung dibalik dinding lagi, dia terduduk dengan nafas turun naik, dia menelan Air liur pahit.

Adam Harith kembali mengambil gambar dengan degup jantung yang kian menggila, air matanya menderu keluar, manusiakah mereka jika sekejam itu, atau syaitan yang memakai kulit manusia, dihujung sana ada kanak- kanak yang berdiri dihadapan kereta kebal yang sedang bergerak menuju kearahnya, dan kanak-kanak itu tidak berganjak sedikitpun.

Tuhan? Adam Harith kembali mengingat Allah Tuhannya, yang sekian lama diabaikan, sekian lama dia hidup seperti manusia tiada harga diri, hidup tanpa rasa kehambaan, bekerja tanpa memikirkan ibadah- ibadah harian yang hanya dilakukan jika punya kelapangan.

Dibumi nan suci ini, Adam Harith kembali mengenal Tuhan, ditengah kelompok manusia yang mabuk dalam cinta Tuhan, dia kembali mengenang Tuhannya, di tepian jalanan yang disimbahi wangian kasturi syurga, dia mengenal Allah Tuhannya!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Laungan takbir menerjah semesta hatinya~

Dia sujud panjang, kain pelekat yang dibuat alas sujud basah dengan linangan air mata taubat , peristiwa yang dihadapinya siang tadi benar-benar menginsafkan, Allah yang memilihnya kesini, melihat wujudnya kelompok manusia yang benar- benar berjuang merebut syurga, usai salam kedua, Adam Harith masih tersedu- sedu.

“ Adam ..” Suara Tuan Haji Ibrahim mengejutkannya, perlahan Adam Harith berpaling, matanya sembab, pipinya basah dengan air mata.

“ Adam masih trauma dengan kejadian siang tadi?” Tuan Haji Ibrahim duduk bersila, sesekali dia terbatuk kecil, demamnya masih belum kebah, tidurnya terganggu dek sendu Adam Harith.

“Adam ganggu pak cik?” pantas orang tua itu menggeleng, merahsiakan.
“ Adam banyak buat dosa Pak Cik..” luah Adam, Tuan Haji Ibrahim terangguk- angguk.

“ selama ni Adam hanya asyik sibuk bekerja, kalau disuruh buat liputan di konsert- konsert dan tempat- tempat maksiat pun Adam terima Pakcik, semata- mata kerana duit dan populariti..”
Adam mengesat Air matanya dengan hujung lengan baju.

“ Alhamdulillah..” ditarik Adam Harith dalam pelukannya, hangat bagai pelukan kasih ayah, Adam Harith makin hiba.

“ Adam..Pak Cik juga dulu seperti Adam juga..Alhamdulillah Allah kurniakan hidayah buat Pak Cik sewaktu Pak Cik ditugaskan dalam satu program keagamaan” terang Tuan Haji Ibrahim.

“ Adam taubat Pak Cik, Adam bersyukur kerana Allah kurniakan Hidayah buat Adam di bumi suci ini..”
“ Allah itu maha pengampun Adam, mohonlah keampunan darinya, nescaya Adam akan memperolehi keampunan dan Rahmat kasih-Nya.
Kedua- keduanya tenggelam dalam tangisan..


*****

“Rania!” Rania yang baru tiba di pejabat pagi itu terkejut, dia mengangkat wajah yang tertunduk sepanjang dia berjalan tadi.

“ Bawakan aku ke Masjid Al- Aqsa” semangat, usai solat subuh tadi lagi, Adam Harith menanti Rania dibangku dihadapan pejabat Gazatv.

“Assalamualaikum” sedikit menunduk, Rania tersenyum- Indah ~

“ Waa’laikumsalam” digaru pelipis yang tidak gatal, malu atas khilaf diri.

“tentu boleh, tapi aku haruskan selesaikan kerjaku dahulu, kemudian aku akan menemanimu kesana” Rania melangkah masuk, menyapa beberapa pekerja di pejabat sederhana besar yang menempatkan lima orang pekerja bersesuaian dengan tarafnya sebagai ‘pejabat kecil’ itu.
Pantas Adam Harith mengangguk, lega, tidak sabar untuk ke Masjid Al- Aqsa, kali perasaannya nyata berbeza dari semalam, hari ini tiada lansung perasaan gentar dihatinya, yang ada hanya semangat yang dipinjamnya dari para pemuda semalam, yang paksinya Tuhan, Adam Harith membuka Al-Quran kecil yang dipinjamnya dari Tuan Haji Ibrahim, dibuka dan dibaca perlahan.

“Ayuh, kita kesana” Adam Harith mendongak, bacaannya dihabiskan hingga kehujung ayat, seperti pesan ustaznya suatu ketika dahulu.

“ kamu sudah makan?” soal Rania.

“ sudah, rakanmu yang menyediakannya” Rania terangguk- angguk, Adam Harith lega, Rania seakan- akan sudah melupakan kejadian semalam, oh bukan, dia sudah terbiasa, jadi dia tidak trauma sepertinya.

“Aku sudah menghubungi Pak Cik ku, dia yang akan membawa kita kesana” jari telunjukknya mengarah pada seorang lelaki berumur yang sedang berdiri disebelah sebuah kereta, Adam Harith menunuduk sedikit, menyapa. Lelaki itu tersenyum.Entah bila lelaki itu tiba, dia yang terlalu asyik melayan perasaan hingga tidak sedar apa yang lalu dihadapannnya.

* * * * *


Adam Harith melangkah masuk, melihat sekeliling, masjid nan suci itu sungguh indah, hatinya sebak tiba- tiba, dia terduduk, menunduk., kemudian tersedu- sedu, empangan air matanya pecah, air mata melimpah ruah, tidak dihiraukan manusia lain yang memandangnya.
Sangkaannya melesat, difikirkan masjid Al- Aqsa adalah masjid dhaif yang terbina ditengah- tengah peperangan dan pertempuran, nyata sangkaannya meleset, betapa insan- insan yang mencintai masjid itu begitu menjaganya dengan mempertaruhkan yang merah dan hitam(nyawa dan darah).

“dunia luar memang gemar berfikir itu dan ini” suara Rania pula yang berirama ditelinganya.
Adam Harith solat sunat dua rakaat, bersyukur dia dipilih Allah untuk solat dimasjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat islam ini, menyahut panggilan bumi nan suci ini, kamudian dia bangkit untuk solat sunat dhuha pula, ya, semua jenis solat sunat pernah dia pelajari disekolah menengah agama dahulu, namun langsung ditinggalkannya saat kaki melangkah kealam pekerjaan, Adam Harith kemudian beristighfar, mohon diampuni dosa- dosa yang menggunung, dia akan berusaha untuk mencari kembali cinta Allah, setelah sekian lama dia kehilangan-NYA.





0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena