“Apakah
kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki
syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan
orang- orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam- macam ujian) sehingga
berkata Rasul dan orang- orang beriman bersamanya : bila datangnya pertolongan
Allah?, Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu hampir”
Zainab
mengalunkan ayat dari Surah Al- Baqarah :214 ketika memeluk ibunya, berita tentang
kesyahidan abangnya telah meluas, Ibunya hilang punca, menjerit- jerit,
bertanya mengapa hal sekejam ini bisa terjadi dalam sekelip mata, sedang
beberapa bulan terdahulu kehidupan mereka aman seperti biasa.
Setiap pagi
mereka akan bersarapan bersama, sebelum abangnya ketempat kerja dan dia
kesekolah, manakala abangnya yang lagi seorang akan menuju ke Madrasah tidak
jauh dari rumah mereka, mengulang hafalan Al- Qurannya dengan syeikh Jamaludin
Sairawan.
Dan kini homs
menjadi tanah hitam yang hancur, sehancur hati penghuninya yang masih bersisa, tiada
lagi senyuman, melainkan ketenangan buat mereka yang benar- benar yakin disana
ada syurga, tersergam indah menanti jiwa- jiwa yang benar- benar berserah,
disana ada bidadari, menanti dengan perhiasan yang indah, buat mereka yang
percaya bahawa janji Allah itu pasti menjengah, tersedia dengan megah.
Hampir
setahun Zainab tidak mampu tersenyum.
Sejak
kebangkitan rakyat negaranya menentang kezaliman dari sang pemerintah berhati binatang,
hingga saat ini, kematian menjangkau keangka 10 000 orang, dan jasad- jasad
kaku bertaburan tanpa belas, seakan kematian dan kehidupan sejarak dua inci,
tiada lagi ertinya kehidupan, melainkan perjuangan mengejar syahid yang menjadi
idaman. Sesaat kau masih bernyawa, dan mungkin sesaat lain kau telah kaku tidak
berhela.
Zainab akur
ini ujian Tuhan buat hamba yang dicintai-Nya.
Zainab yakin
inilah laluan berduri dan kaca tajam yang pernah dilalui oleh umat terdahulu
sebelum dari mereka.
Dan yang
telah dilalui oleh para Nabi dan Rasul.
Juga
saudara- saudaranya di Palestin, yang pernah satu ketika dia sempat bersimpati
dengan mereka.
Dan kini,
tidak pernah termimpi dia pula yang akan melaluinya, sungguh kesenangan itu
lebih menguji mujahadah, dan dia kini semakin hampir dengan Allah, semakin,
seluruh urat dan nadinya terasa berdetak begitu dekat dengan Penciptanya, yang
satu waktu dulu tidak pernah dia merasanya. Benar, memang benar, semakin derita
menghimpit, semakin dekat sang hamba dengan Pencipta. Oh Allah, kuatkan jiwa
hamba menghadapinya. Dulu dia hanya gadis remaja yang rutin setiap harinya
hampir sama, meskipun solat, solatnya masih terasa kosong, meskipun puasa,
puasanya tidak menyuntik cinta pada Allah, begitu juga dengan ibadahnya yang
lain, kerana itu, Zainab yakin ujian yang menimpa dia dan seluruh penduduk
sunni di Syria ini adalah hasil cinta Pencipta. Alhamdulillah.
Kelmarin
sebutir bom meletup di tengah- tengah himpunan anti basyar Bandar Rastan yang
mengorbankan 16 nyawa, dan salah seorang dari itu adalah abang sulungnya, dan semalam mereka telah dihubungi oleh
seorang lelaki yang meminta mereka sekeluarga untuk menuntut jenazah abangnya
dihospital.
Zainab duduk
berdepan dengan ibunya yang sedang menangis teresak- esak, digenggamannya ada
senaskah Al- Quran kecil yang hanya ditekap kedada.
“Duhai Ummi,
bukankah engkau yang sering mengingatkan kami agar bersabar” Zainab sedayanya
ingin mengubati hati ibunya.
Abangnya
Toriq hanya memerhatikan situasi mereka. Sesekali ada juga titisan jernih
yang mengalir dari matanya.
“ Ummi
menangis bukan kerana tidak redha dengan perginya abangmu dari sisi ummi, tapi
hati Ummi terlalu sayu, puas Ummi memujuk dengan ayat- ayat Al- Quran, ianya
tetap sayu, seakan- akan sesuatu yang lebih dahsyat akan menimpa” luah Ibunya
dengan air mata yang menderu- deru. Zainab memeluk ibunya dengan erat, kemudian
dia menatap wajah tua ibunya dalam- dalam, sungguh saat ini tidak pernah
menjanjikan bahawa mereka masih bersama untuk sesaat kedepan.
Bila- bila
masa, segerombolan manusia syaitan berpakaian tentera Syria bisa merempuh masuk
dan menyembelih mereka, meruntuhkan rumah mereka, seperti yang berlaku di
kampung ifs di Wilayah Idlib yang mencatat 8 kematian semalam. Kegilaan apakah
ini wahai Basyar? Layakkah engkau menjadi manusia?!
“bahkan kita
akan bertemu di syurga Ummi, kita akan bertemu di Syurga!” Zainab memegang
tangan Ummi, seperti ianya buat saat- saat terakhir, waktu- waktu sebegini,
bila- bila sahaja waktu itu adalah waktu terakhir aku melihatmu Ummi didunia
ini. Kali ini air mata menderu keluar dari mata Zainab.
Saat- saat
genting menimpa Penempatan Baba ‘Amru, tentera rejim Basyar sudah berjaya
mengepung wilayah Homs yang majoriti penduduknya adalah dari golongan Sunni,
mereka bertempur dengan tentera Syria yang berpaling tadah dan berpihak kepada
orang awam, dan kini mereka telah
kehabisan senjata dan peluru, bahkan seramai 7000 tentera rejim dihantar untuk
bertempur dengan mereka yang berpaling tadah dari pemerintah yang zalim ini.
Lebih membimbangkan, operasi demi operasi terus berjalan oleh pihak rejim
kearah Hayyul Bayadhiyah, Baba Tidmir, dan karam zaitun dalam wilayah Homs.
“ kau harus
segera kesana Zainab, pihak mujahidin yang tercedera kekurangan tenaga perawat,
kau harus segera membantu” ujar Toriq pagi itu, tercungap- cungap masuk dengan
senjata yang tergantung di tangan kananya.
“ jadi
bagaimana Ummi abangku”
“aku akan
berusaha membawa Ummi ke sepadan Lubnan, kita akan berpisah disini dan akan
bertemu di Syurga nanti, keadaan semakin huru hara, berserahlah sepenuhnya
kepada Allah dan berdoakan agar kita terpilih sebagai syuhada’ dijalannya”ujar
Toriq yakin.
“pergilah
zainab, bawalah bersama semangat bapamu dan abangmu yang telah syahid terlebih
dahulu, tiada yang lebih mengembirakan Ummi melainkan jika setiap dari kita
terpilih sebagai syuhada’ dijalan-Nya” Zainab teringat Bapanya yang syahid
setelah disiksa dengan teruk didalam tahanan dengan dicungkil matanya, kemudian
jasadnya dicampak ke kawasan pertanian.
“ Alhamdulillah
kerana Allah mengurniakan engkau sebagai Ummiku” cepat- cepat Zainab memeluk
Ibunya, zainab berlari kebilik dan mengambil peralatan rawatannya yang masih
berada didalam simpanannya sebagai seorang jururawat. Zainab tidak akan
menangis, tidak akan, kerana keyakinannya pada janji Tuhan telah menjalar
disegenap urat nadinya. Wahai Basyar! Bersiap- siaplah kamu berdepan dengan
umat Muhammad yang gilakan keredhaan Tuhannya, sekalipun jasad hancur dilumat
ribuan tangan hina yang tersangkut dibahu bala tenteramu yang tidak mengenal
neraka.
Toriq
runsing, sudah dua hari Zainab hilang di hadapan matanya sejak dia dibawa ke
markaz mujahideen untuk merawat para Mujahideen yang tercedera,. Lewat petang
dihari kejadian, Zainab hilang setelah meminta izin darinya untuk ke kem
perubatan terdekat demi mendapatkan ubat- ubatan yang masih tersisa, dan sejak
dari itu dia hilang dari pandangan mata umum, puas Thoriq mencari, dan siang
tadi, dia sudah ke hospital berhampiran untuk mencari Zainab, mana tahu jika
dia tercedera atau sekalipun terkorban, dia pasti ditempatkan disana. Tetapi gagal,
tiada apa mengenai Zainab adiknya dapat dikesan.
“Ada sesuatu
yang ingin kau beritahu Ummi?” ditangannya ibunya tergantung butiran tasbih,
zikir ada terapi paling indah buat mereka menghadapi tekanan ditengah
pertempuran ini.
Toriq
memandang mata ibunya sedalam- dalamnya. Lidahnya kelu.
“Ummi tidak
akan kesempadan, ummi akan tetap disini, Rabitah Ulama Syria memfatwakan supaya
kita terus tetap dirumah mempertahankannya sekalipun dengan menggunakan pisau” ibunya
menunduk, berat hatinya yang luar biasa sejak dua menjak ini seakan sudah kenal
punca.
“ Adikmu..”
air mata Ummi menderu. Kemudian dia mengesat pantas, begitu takut jika air
matanya ini menjadi saksi ketidakredhaanya atas setiap yang berlaku saat ini di
akhirat kelak.
“Zainab
hilang Ummi, puas kami mencari, tidak juga dapat dikesan” Toriq akhirnya
meluahkan.
Tiba- tiba
pintu utama mereka diketuk kasar, Allah! Adakah mereka para tentera syaitan
yang datang bersedia untuk merenggut kasar nyawa mereka. Toriq mencapai
senjatanya kasar, bersedia diacu kemuka pintu.
“Assalamualaikum!
Toriq!” Suara temannya Hassan agak melegakan. Toriq membuka pintu, ramai teman-
temannya berkawal diluar rumah penduduk yang masih belum berpindah menjaga
keselamatan mereka.
“ ada surat
untuk keluargamu, ada wakil pihak pemerintah yang mengutusnya siang tadi, aku
berdoa ia bukan berita buruk” wajah Hassan sugul, sekalipun dia belum tahu inti
surat itu.
Tuntut mayat Zainab
di Hospital Homs
Toriq
terduduk, emosinya memuncak ke kepala, dia menangis dengan kuat dan menghentak-
hentakkan kepalanya kedinding, perasaan yang sukar digambarkan bila dia tidak
mampu melindungi adiknya sendiri, giliran Ummi membaca catatan ringkas itu,
catatan seringkas itu mampu membuat mereka mati ketika hidup, nafas mereka
terhenti dan dipaksa untuk dihela semula, sakit!
“ Ummi
bermimpikan Zainab yang tersenyum, Alhamdulillah adikmu insyaAllah menyusul
syahid, ayuh kita ke hospital, Ummi mahu melihat wajahnya yang tersenyum melihat
syurga” ibunya tidak sedikitpun beriak sedih, wanita yang sudah berkali- kali
sedih itu mungkin sudah tidak mampu lagi mengalirkan air mata.
“ Jenazah
Zainab ditinggalkan di hadapan hospital di dalam plastik berwarna hitam, dia
dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya di potong kepada empat bahagian,
bersabarlah, sekurang- kurangnya kita menemuiya semula, ada keluarga yang
datang menuntut jenazah yang hilang entah kemana” seorang Doktor yang
mengenalkan dirinya dari mesir menerangkan kondisi jenazah Zainab, kemudian mereka dibawa kesebuah bilik yang menempatkan mayat mangsa- mangsa yang tidak
dapat diselamatkan.
Begitu
berdendam mereka pada keluarganya, Toriq tahu benar, Zainab diculik kerana
peranan abangnya yang cukup besar selaku pemimpin para mujahideen, dan dirinya
yang menggantikan tempat abangnya yang telah syahid, Toriq tahu rancangan
membunuh Zainab ini adalah kerana ingin menggerunkan pihak mujahideen supaya
berundur. Hei tentera Syaitan, bahkan engkau yang akan berundur, bahkan kau
yang pengecut, lihatlah kebangkitan kami atas kesyahidan Zainab ini! Kemenangan
semakin hampir, dan yang batil pasti akan lenyap!
“Dan katakanlah,
telah datang kebenaran (islam) dan hilang lenyaplah yang salah (kufur dan
syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya adalah sesuatu yang tetap
lenyap”
(Al- isra’ :
81 )
Keesokan
harinya tersebar tentang Zainab yang dibunuh kerana perbuatan tidak bermoral,
seluruh penduduk sunni kecewa dan marah dengan hal yang menimpa, mereka yakin,
kemenangan semakin hampir, ujian yang Allah datangkan kepada mereka adalah
hasil cinta dari pencipta, mahu mereka meninggalkan dunia dan cepat- cepat
bertemu dengan-Nya, mereka redha, hidup adalah pentas ujian, sekalipun pentas
yang terhampar dihadapan mereka berbentuk neraka dunia, zalimnya tidak bisa terfikir
dek aqal, keadilan Allah pasti tiba, dihari tiada satupun yang berkuasa
melainkan DIA! Sungguh kemenangan islam hampir tiba!
Ketika Zainab
dan yang lain pergi, rohnya meniupkan semangat buat mereka terus berjuang, para
mujahideen yang sentiasa tersenyum, menanti dengan penuh sabar, bergilir- gilir
untuk hidup dengan Allah yang begitu dirindui!
“ Dan jangan sekali-kali engkau menyangka
orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati,
(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan
mereka dengan mendapat rezeki.”
(A-li’Imraan:169)
Malam itu,
Toriq bermimpi, Zainab tersenyum kepadanya, berlatar belakangkan sorakan
kegembiraan rakyat Syria yang berjaya didalam revolusi mereka. Allahuakbar! Sungguh
kemenangan semakin hampir! Semakin hampir!
0 comments:
Post a Comment