Beriringan ke Syurga~

Tuesday, November 8, 2011

Bahagia dalam Redha~




“ Semuanya jadi kalau kita tak sembahyang”

Kata putus. Dari mak, saat kami membincangkan soal kepincangan dalam institusi kekerluargaan disekeliling kami yang semakin merisaukan.

Suami malas kerja dan bergantung dengan isteri, isteri suka melawan, anak- anak terbiar. Bahkan is berlaku terlalu dekat dengan kami.

“semuanya jadi kalau kita tak sembahyang” suara mak kedengaran lagi.

Allahurabbi, peliharalah keluarga ini.Amin.

Hidup usah berlagak boleh selesaikan masalah sendiri sedang kita hamba yang lemah terlalu bergantung pada Allah, mengapa mudah melupakan DIA diwaktu senang dan mula mencarinya kembali ketika ujian menyapa?

Bahagia dalam Redha.

Kehidupan bagaikan roda, itu klise bukan? Naa~ sungguh hidup itu bagaikan roda, sekejap kita bahagia, sekejap lagi sudah berduka. Yang benar klise adalah kita manusia yang hanya mencari Tuhan ketika air mata sudah menitis dipipi, hanya ketika batas asa sudah sampai kemuncaknya.

Ketika bahagia?

Sukarnya diri untuk lebih dekat dengan Allah.

Sukarkah menggapai bahagia dalam redha?

Memaknakan Syukur

“Bersyukurlah kalian kepada Allah jika hanya kepada-Nya kalian menyembah.”

(Al-Baqarah: 172)

Bersyukurlah ketika dilimpah bahagia, walaupun ramai dikalangan manusia meninggalkan Allah ketika dikurniakan nikmat oleh-Nya, bersyukurlah dengan amal ibadah yang dilakukan ikhlas semata- mata kerana Allah, bersyukur bukan semata- mata dengan hanya mengucapkan “aku bersyukur” tetapi diterjemahkan oleh amal.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha ia berkata:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun di malam hari sampai pecah-pecah kedua kaki beliau lalu ‘Aisyah berkata: ‘Ya Rasulullah, kenapa engkau melakukan yang demikian, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang telah lewat dan akan datang?’ Beliau menjawab: ‘Apakah aku tidak suka menjadi hamba yang bersyukur?’” (HR. Al-Bukhari no 4660 dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha)

Mengingati-MU hati tenang

Sudah Allah nyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud :

“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (ar-Rad, 13: 28 )

Maka ketika Allah melimpahkan rahmat-Nya usah pernah berpaling, hiduplah bahagia dalam redha Allah.

Satu hari saya dan mak menonton kisahku- tentang artis kembali kejalan Illahi, dan kisah hijrahnya dikongsi semula dalam kisah ini.

Untuk episod yang kami tonton, ia berkisar tentang seorang artis- sham kamikaze, bukan saya berniat untuk menulis keseluruhan kisahnya, tetapi sedkit untuk dikongsi sebagai pengajaran, Subhanallah, takjubnya hati ketika isteri sham kamikaze bercerita tentang suaminya yang memang bersikap panas baran, sehingga satu hari selepas penghijrahannya, gitar kesayangan sham jatuh kelantai, si isteri sudah bersedia untuk dimarahi kerana memang itupun yang sering terjadi jika barang kesayangan milik sham jatuh meskipun kesalahan berpunca darinya, tetapi isterinya terkejut apabila mendengar sham mengucapkan istighfar sambil mengangkat kembali gitar kesayangannya.

Sungguh dengan mengingati Allah hatikan tenang!

Ketika dikurnia keputusan peperiksaan yang baik, ingatlah Allah yang beri, ketika dilimpah kasih dan sayang keluarga, ingatlah itu milik Allah, ketika dilimpahi kemewahan dan harta, ingatlah itu hanya pinjaman sementara.ingatlah Allah pada bila- bila masa.

Hiduplah bahagia dalam redha, usah jadi hamba yang menjauh dari Allah ketika dikurniakan kebahagiaan.

Sehingga bertemu lagi.

Salam ukhwah ^ -^

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena