Tutup mata, urut dada, istighfar..
Astaghfirullahala’zim..
Itu terapi untuk tenang jiwa, bukan dengar lagu, bukan tidur. Allah sebut dah, dengan ingat DIA, hati akan tenang. Walaupun kita selalunya masing- masing ada style sendiri nak hilangkan tekanan, kalau saya sendiri cara nak hilang stress adalah dengan mendiamkan diri, jadi sila jangan bercakap dengan saya kalau tak nak terasa hati..huhu. jadi, banyakkan berzikir, solat, dan ingatlah Allah.
Its not the point.aceceh~tajuk ada kaitan tak?
Hari ni insyaAllah, saya nak kongsikan tentang sesuatu.
Wah~ topik menarik anak remaja masakini, cinta.( faktanya adalah program tajuk cinta sekarang masih lagi releven nak menarik remaja berbanding topik lain).
Dan ianya lebih hangat sebab berkaitan dengan : Andai cinta ditolak.
Amatlah tidak islamik topik ini bagi sesetengah orang, jangan risau saya sedaya mengolahnya masih dari kacamata agama.
Saya tidak mahu bercerita soal; anda jangan bercinta sebab haram, berdosa.
Tapi bercerita tentang, kalaulah anda jatuh cinta, dan mesejnya dah sampai pada penerima, tapi malangnya ditolak, samaada dengan baik atau kasar, maka adakah anda perlu merasa diri terlalu hina? Atau merasa diri tak berguna? Atau merasa diri sendiri tak layak dan tak akan pernah layak dengan semua orang? Atau terus berputus asa?
ANDA SALAH!
Huish...semangat pulak=)
1. - Salahkah jatuh cinta?
Seseorang bertanya pada saya,
“ ukhti, salah tak kalau saya suka pada seseorang ni, sebab suka dengan akhlak dia?”
saya senyum segaris.
“tak salah”
Berani betul dia ni keluarkan fatwa sendiri yerk, kau tahu tak jatuh cinta tu mengotorkan hati, nanti hati jadi hitam, masuk zina hati, habis kau.dush..dush..dush.
Okeh, baiklah.
Tahu?
Saidina Ali telah jatuh cinta pada fatimah Az- zahra sejak kecil, terpikat dengan kelantangan puteri Rasulullah itu saat memarahi orang kafir quraish yang membaling isi perut unta kejasad ayahanda tercinta di hadapan kaabah.
Pernahkah Rasulullah menyatakan, wahai Ali dan fatimah, kamu telah berdosa??
Tidak pernah, bahkan sewaktu Saidina Ali dengan berani bertemu Rasulullah untuk meminang Fatimah Az-Zahra, setelah ditolak pinangan Saidina Abu Bakar dan Umar Al- Khattab, Rasulullah tersenyum penuh makna menjemput Ali masuk, bahkan menjawab pinangan Saidina Ali dengan ahlan wasahlan yang beerti ya, ya.
Bahkan seperti yang anda maklumi, Saidatina Fatimah mengaku telah jatuh cinta pada Saidina Ali sejak lama dahulu.jadi?
Saya faham, kakak naqibah anda mungkin mahu menjaga hati anda supaya tidak jatuh kelembah kehinaan dan lebih jauh, Cuma kadangkala saya merasa ia terlalu diberatkan, bahkan saya, juga begitu, itu soal hati dan perasaan, belum tiba masanya, hati itu hanya perlu ada Allah, jangan duakan Allah dengan yang lain, -kata sesetengah orang pada saya. Maha suci Allah, bagaimana kita akan menduakan Allah hanya dengan mencintai makhluknya setelah Allah sendiri mengurniakan fitrah yang indah itu buat kita? Kalau begitu bagaimana ketika kita mencintai kedua ibu bapa, saudara, sahabat dan lain- lain?
Saya sendiri juga pernah tertanya- tanya, jadi adakah para Sahabat dahulu menuju perkahwinan tanpa sekelumit perasaan cinta?, jika benar cinta itu berdosa.
Pokoknya diri kita yang akan memandunya dengan iman atau sebaliknya.
Jadi jangan rasa anda kotor, jika pernah memberi cinta pada manusia, Cuma jika rasa anda sedang melampaui batas, maka bertaubatlah.
2. Ketika cinta ditolak.
Bagi saya, jika anda jatuh cinta pada masa yang sama dengan manusia yang anda cintai, maka itu adalah keajaiban yang benar- benar Allah kurniakan buat anda.
Sebab ramai orang yang diuji dengan cinta, risiko paling besarnya adalah kemungkinan ditolak.
Saya melihat ramai manusia yang merasa hina ketika cintanya yang begitu suci hendak diberi ditolak mentah- mentah.
Duhai hati, bersabarlah.
Sila singkap sirah, tahu kisah Salman Al- farisi yang jatuh cinta pada seorang gadis bernama fatimah? Maka diluahkan perasaanya pada sahabatnya, Abu Darda’, dengan gembira Abu Darda’ memberi semangat kepada Salman untuk menyunting gadis tersebut untuk dijadikan suri hidup, malah Abu Darda’ berbesar hati untuk menjadi jurucakap bagi Salman ketika bertemu dengan keluarga gadis tersebut.
Anda tahu apa yang terjadi?
Setelah selesai Abu Darda’ menyampaikan pada keluarga gadis tersebut tentang hajat Salman Al- Farisi yang berada disebelahnya, maka ibu si Gadis menjawab bagi pihaknya.
“Anak gadisku menolak pinangan Salman Al- Farisi, tetapi jika yang meminang itu adalah Abu Darda’ sendiri, maka dia akan menerimanya”
Kalau anda?
Nanti, tahu apa jawab Salman al- Farisi?
“segala belanja kahwin dan mahar yang telah ku sediakan akan kuhadiahkan pada Abu Darda’”
Sekali lagi, kalau anda?
Sila jawab sendiri.
3. Kalau sedih, menangislah.
s
Seorang penyair berkata : Cinta bukanlah menabur budi dan menjaga perasaan orang lain, tetapi cinta adalah beban berat yang dipikulkan kepada jiwa.kehilangannya, bagi manusia biasa seperti kita ini, adalah satu kesedihan yang dahsyat.
Memang benar, mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka adalah dua mata iaitu yang berjaga malam kerana Allah, dan yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam.- Rasulullah.
Salahkah menangis jika mengalami kesedihan?
Menangislah jika tangisan itu akan menenangkanmu, Rasulullah juga menangis ketika pemergian isterinya yang tercinta Saidatina khadijah, dan anaknya Qasim.
Ummul Mukminin Aisyah juga tenggelam dalam tangisan sewaktu terjadinya peristiwa hadithsul ifki.
Bahkan, seorang tokoh gerakan islam, Said qutb, turut tenggelam dalam kesedihan sewaktu mengetahui gadis yang dicintainya telah berkahwin dengan lelaki lain, setelah tiga tahun dia kekaherah menuntut ilmu, dan ketika kali kedua dia jatuh cinta denan seorang gadis kaherah, gadis itu mengakui bahawa dia adalah lelaki kedua yang dicintainya, maka said qutb terus tenggelam dalam kesedihan kerana dia inginkan seorang gadis yang perawan jasad dan jiwa, namun tidak lama kemudian sewaktu said qutb sudah menerima gadis itu semula, gadis tersebut menolaknya pula, dan anda tahu? Said qutb meninggal dunia dengan tidak pernah berkahwin setelah mengalami kekecewaan dua kali itu.
Namun pernahnya tokoh ini berputus asa dari rahmat Tuhan? Sekali- kali tidak, malah langkah juangnya terus kehadapan.
Bukankah itu yang sepatutnya?
Sekali lagi, usah merasa diri anda hina setelah cinta anda ditolak.
“ Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
- (Al- Baqarah : 216)
Belajarlah mengenal erti REDHA~dan teruskan langkah juangmu.
0 comments:
Post a Comment