Beriringan ke Syurga~

Monday, August 1, 2011

Ramadhan~

Ramadhan Kareem~


Satu hal yang begitu kukuh dalam minda saya menjelang ramadhan adalah memori sewaktu kami adik- beradik masih di bangku sekolah, usai solat subuh, kami akan dikerah bertadarus bersama Abah, biasanya kami berempat, abang saya yang sulung, abang yang kedua, kakak dan saya, memandangkan dua adik lagi jaraknya agak jauh dan masih kecil. Seingat saya, sewaktu saya berumur lapan atau Sembilan tahun, hampir setiap kali selepas tadarus, saya akan menangis, sebabnya, sewaktu yang tiga diatas( biasanya saya yang terakhir dalam giliran membaca) membaca Al- Quran, gurunya hanyalah Abah, tapi sewaktu tiba giliran saya, guru saya ada empat, semua abang dan kakak termasuk menjadi guru, ada sahaja yang nak ditengkingnya, seolah- olah sudah sepakat, sudahlah teguran bacaan yang salah dari Abah sudah membuat hati sebu dan mata berair, dicampur dengan yang tiga manusia itu, akhirnya tangisan saya terhambur juga.jalan terakhir, Abah akan suruh saya berhenti dan dan saya menangis dan menekup muka dengan bantal, waktu itulah mak bersuara dari jauh “ dah kalau menangis esok tak payah mengaji dah, asyik nak tengking adik tu, esok tak payah mengaji “ huhu, anda tahu ayat itu untuk siapa kan.yup, manusia tiga orang diatas yang kaki buli itu dah tergelak- gelak tengok saya menangis tersedu- sedu.cisss..


Senyum segaris.


Memori..yang pahit itu sebenarnya yang paling diingati.


Kadang- kadang yang pahit jadi manis dimasa akan datang.


Saya diajar berpuasa juga seperti anda, mula- mula dengan pujukan, dan akhirnya dengan tegasan.


Pernah satu hari, dengan suka hatinya saya berlari kearah abah yang baru balik dari kerja, dibulan ramadhan. Dengan bahagia saya katakan pada Abah bahawa saya, (yang berumur enam tahun waktu itu)berjaya puasa – setengah hari, tahu? Satu tamparan mengajar hinggap dilengan.


“kenapa puasa setengah hari, abah kata puasa penuh sehari kan!”


Tegas.

Dan saya menangis


Tapi biasanya tangisan saya akan disusuli dengan pujukan emak, membahagi tugas dalam mendidik=)


Kita diajar ikhlas dengan paksaan,dari kecil, diajar berpuasa dari kecil oleh ibu dan ayah, dan bila dewasa, kita belajar memupuk ikhlas berpuasa. Kita dipaksa solat dari kecil, maka ikhlas itu hadir bila kita semakin meningkat usia.


Setiap didikan, dari ibu dan ayah adalah nilai tertinggi, saya pernah bertemu dengan seorang ibu muda dalam sebuah program, dia bertanyakan mak yang berada disebelah saya “ macamanalah akak jaga anak- anak, risaulah kak” jawapan yang selalu keluar dari mulut mak jika ada yang bertanya soalan seumpama ini adalah “ biasalah, kecik- kecik memang susah nak jaga, macam- macam perangai, bila dah besar senanglah, rasa sekejap je” saya tersenyum, melihat kerisauan ibu muda tersebut, dan melihat dua orang kanak- kanak kecil disebelahnya yang sudah disarungkan dengan baju kurung dan tudung, comel!, Tahniah buat kakak tersebut, moga tiap- tiap ibu muslimah juga begitu.dalam zaman ini, ibu manalah yang tidak kecut perut dalam membesarkan anak- anak.


Doakan saya, dan saya doakan anda- moga Allah menetapkan hati- hati ini dengan islam hingga keakhir hayat.Amin.


Juga buat ibu dan ayah kita semua yang bersusah payah mendidik- semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang tak ternilai buat mereka.


Terima kasih Mak dan Abah.

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena