SANG PEMIMPI
Semua orang tahu, yang kehidupan ini ada pengakhirannya, kita bakal kembali ke satu Alam yang menyedarkan kita dari lena yang panjang, justeru, andai seringnya kita merasakan bahawa hidup inilah sebenar- benar kehidupan, kita salah, kerana kita selama ini sedang tidur di dunia realitinya, dan kita akan tersedar ketika mati kelak.
"Sesungguhnya semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini sedang TIDUR. Dan apablila mereka MATI, barulah meraka akan terjaga(SEDAR)!”.
- Saidina Ali Karramallhu wajhah.
Hakikatnya manusia itu lebih yakin andai sesuatu yang digembar- gemburkan itu sudah terbentang didepan mata, maka yang dicerita didalam Al- Quran iaitu yang kita tidak pernah lihat, rasa, hidu, bahkan bayangkan pasti berat untuk diterima, melainkan yang Tahu, faham, yakin, bahkan mahu memperhambakan diri kepada Allah.
Kita diberitakan tentang nikmatnya syurga, azabnya neraka, sakitnya mati, perpindahan dari dunia ke alam barzakh, huru hara hari Pengakhiran, ringan dan beratnya hisab, dan banyak lagi yang kita tidak pernah lihat. Sungguh, bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.
Bahkan kita wajib yakin pada Allah, yang wajib kita tunaikan perintah-NYA dan tinggalkan larangan-NYA, sungguh ia sesuatu yang berat, kerana kita disuruh, dalam waktu yang sama, terdapat halangan- halangan didalam perjalanan kita, sewaktu melakukan sesuatu yang diperintahkan Allah, maka terkadang jalannya terlalu sukar untuk dilalui.
Itulah hakikat, itulah realiti.
Kita sedang dalam lena yang panjang, terkadang mimpi yang indah menghiasi tidur, dan terkadang kita diganggu oleh mimpi buruk, sikit masa lagi kita bakal terjaga, dan sesuatu yang tidak pernah kita lihat dan hanya diberitakan, pasti akan dibentangkan di hadapan dan kita akan hadapinya. Dan ingat! Itu bukan waktu untuk kita kembali ‘tidur’ kerana ia tidak mungkin akan terjadi lagi sekalipun kita bersungguh- sungguh memohon kepada Allah untuk di’tidurkan’ kembali.ya, kita manusia yang sering lalai dan leka, dan akan terus lalai sekalipun Allah mengembalikan kita lagi didunia. Jadi hidup ini, adalah peluang terakhir sebelum kita tersedar. Tidak akan ada peluang kedua, ketiga mahupun keempat!ini- PELUANG TERAKHIR.
Kita bakal kembali, dalam waktu yang lama, atau esok, mungkin juga hari ini!
Allah S.W.T berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar”.
(Al- Mulk : 12 )
THE REAL GAME
Kalau boleh saya analogikan kehidupan dengan permainan ‘exprolace’, setiap peserta dikhendaki ke checkpoint demi checkpoint dan akan diuji dengan persoalan atau halangan tertentu. Dan ada juga peserta diberikan ujian ‘kesenangan’ dan diminta membuat kesimpulan sebagai contoh diberi makan sepotong kek beramai- ramai, untuk melihat kekuatan ukhwah peserta. Diawal permulaan permainan, semua peserta tersenyum, bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan permainan. Kerana, peserta telah dijanjikan dengan habuan dan hadiah tertentu dihujung permainan. Cumanya, setelah halangan demi halangan dilalui, peserta mula letih, mula hilang mood bermain, bahkan ada yang ingin berhenti di pertengahan jalan, hingga terlupa dengan hadiah yang diinginkan sebentar tadi. Hanya yang benar- benar yakin boleh mencapai kejayaan akan berusaha sehabis mungkin, untuk memperolehi hadiah yang dijanjikan. Kehidupan masakan boleh disamakan dengan permainan, cumanya disertakan disini sebagai perumpamaan untuk penjelasan.
HIDUP- bukan permainan.
Dalam hidup, sewaktu diuji dengan halangan yang memaksa kita memilih jalan penyelesaian syurga dan neraka. Kita tidak boleh berhenti, tidak berpeluang untuk lari tidak ada ruang lansung untuk meninggalkan ujian itu dan tidak boleh bunuh diri. Yang kita ada, HADAPI- dan pilihan penyelesaian hendaklah bertepatan dalam redha Allah. Itulah peserta- peserta permainan explorace yang terus teguh menghabiskan permainan dengan kemenangan bermakna. Bagai hamba- hamba yang berusaha kuat untuk mati sebagai kekasih-NYA.
Dalam Al- Quran Allah berfirman :
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
(Al Mulk: 2)
GARISAN PENAMAT
Tidak semua yang mati punya pengakhiran yang baik, disana tersedia Syurga dan Neraka. Sepanjang jalan didunia, ada ujian penentu untuk destinasi kita yang seterusnya. Ada manusia yang bahagia didunia, sengsara di akhirat. Ada yang derita didunia, kebahagiaan menantinya di akhirat, usah lupa, ada manusia yang bahagia didunia dan akhirat, dan ada pula yang sengsara dunia dan akhirat.
Dalam menghadapi halangan yang bertimpa- timpa, ada manusia yang begitu tenang menghadapinya, kerana hatinya begitu dengan dengan Allah, maka dia bahagia meskipun ujian yang dilaluinya kelihatan sangat berat. ada pula manusia yang begitu sukar hidupnya didunia, dan dia menyalahkan Allah pula diatas kesusahannya, maka hidupnya menjadi kosong, ujian yang sebenarnya mampu mendekatkan dirinya dengan Allah, dinafikan dengan mentah- mentah, dikatakan usahanya sia- sia dan Allah tidak memandangnya lagi, sedangkan tidak ada seorang hamba pun yang terlepas dari pengawasan Allah.
Untuk pengakhiran yang baik, usaha yang amat- amat keras diperlukan, konsep bersusah- susah dahulu dan bersenang- senang kemudian adalah paling sesuai digunakan dalam situasi kehidupan kita.
Siapa kata solat malam itu mudah?, siapa beritahu amalan- amalan sunat itu semudah abc?, siapa bilang berjuang di jalan Allah itu bagai angin lalu?,solat fardhu pun sering kita ringan- ringankan, susah, memang susah, berat memang berat, maka usaha keras yang kita lakukan itulah bakal menjadi pemberat neraca amalan kita diakhirat kelak. Kerana kita bersusah didunia, silakan bersenang- senang diakhirat, selagi setiap amal yang kita lakukan dibawah lingkungan ikhlas dan ilmu, dan tidak dihalangi halangan- halangan pemusnah amalan kita yang lain. Bahkan amalan- amalan itu mampu menjadi ringan setelah ia menjadi kebiasaan dan begitu sebati dengan jiwa dan diri kita.
Berusaha keraslah, beramallah, bekerjalah demi islam dan keredhaan Allah, moga Allah memandang kita di akhirat kelak. Amin ya Rabb.
Kita sudah hampir ke GARISAN PENAMAT! Tiada peluang lagi selepas ini melainkan diri- diri yang menyesal dan meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk memohon keampunan dan beribadat semahunya. Ketika sudah melepasi garisan penamat iaitu mati, hancurlah peluang untuk kembali kepada Allah dan bertaubat.ayuh!
Muhasabah diri sendiri ( ^ -^)
0 comments:
Post a Comment