Beriringan ke Syurga~

Friday, January 27, 2012

Kembali

cek hati sendiri


Graf keaktifan dan kerajinan menulis dan mengarut dalam blog kian menurun secara mendadak.maka saya sedang berusaha menulis sesuatu, moga ianya bermanfaat meski yang bermanfaat itu hanya sepatah kata.InsyaAllah.

Melihat facebook dan blog dengan hati yang kosong, itu yang saya alami sejak dua menjak ni.tak tahulah apa yang tidak kena.kadang- kadang saya sampai melihat facebook dan blog saya seolah- olah itulah keadaannya ketika saya sudah mati, melihat keadaan fb dan blog seolah-olah saya sudah pergi dari dunia ini.bukan kerana tidak diupdate status dan postnya, tapi entah. Saya selalu menyoal diri, boleh atau tidak saya menulis sesuatu di ruang maya tanpa apa- apa pun yang terkesan di hati?( suka dilike, merasa penulisan sendiri baik dan sbgainya) berusaha untuk menepis tapi untuk benar- benar kosong dari hati yang begitu, Allah tahu saya tidak mencapai tahap sebegitu lagi. Mungkin itu antara sebab kenapa saya malas untuk update segala bagai benda di ruang maya ini. Tapi untuk hari ini saya menguatkan hati untuk mencatat sessuatu di sini. Dan juga entah kenapa.

KOSONG..

Saya mendengar kisah dari seorang sahabat, kisah bagaimana dirinya hilang semangat untuk hidup kerana terlalu rindu pada Allah, ya pada Allah. Ia mengingatkan saya kepada kisah Srikandi Rabiatul Adawiyah yang terlalu mencintai Allah sehingga digadaikan segala miliknya didunia ini, mengenepikan segalanya meskipun rasa cinta dan ingin dicintai oleh manusia didunia ini, ya , anda jangan terkejut, masih ada manusia yang sebegitu di zaman serba serbi moden katanya ini. Dan tentu sekali saya terharu, cemburu dengan hatinya yang begitu ikhlas, dan risau dengan keadaan hati saya yang begitu rosak ini. Ya, saya perlu perbaiki semuanya, harus bermula dari awal sekali. Ketika Rasulullah bersabda :

“ Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakanhati”


(H.R. Bukhari dan Muslim)

Ramai yang tidak setuju bila kita selalu berbicara soal hati sehingga mengenepikan segala yang harus didahulukan terlebih dahulu. Terlalu berfikir soal hati bisa membuat banyak kerja yang lebih besar tertangguh dan lambat.

Itu doktrin yang saya terima sejak sekian lama.

Sehingga kini saya faham, akhlak yang buruk oleh para pengaku daie, ukhwah yang dirosakkan oleh mereka yang mengaku dalam perjuangan islam, segala- galanya berbalik pada hati.

Ibadah sekalipun sangat banyak, ketika ikhlas tidak ditempa dihati, maka ia sia- sia.

Bersahabat serapat manapun, ketika hati tidak bersih dari iri, mengadu domba, cemburu, marah dan sebagainya, maka usah berpura- pura lagi.

Berjuang selaju manapun, bila hati sering merendah- rendahkan manusia lain, maka silalah sama- sama kita berubah.

Berdakwah sekerap manapun, bila hati merasa lebih mulia dari orang lain, maka itu tanda rosaknya hati.

Malanglah diri kita ini, diri kita ini, diri kita ini, bila segalanya dimulakan dengan hati yang membusuk. Maka segala yang kita lakukan akan turut menjadi rosak, AllahuRabbi.

Sama- sama bersihkan hati, nanti boleh aman sentosa je dunia ni (^ _ ^)

Oh ye sejak dua menjak ni makin malas menulis benda berat2.huhu. demam asigment banyak kot agaknya=)

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena