Beriringan ke Syurga~

Thursday, March 24, 2011

Nota buat yang belum Berjaya.




Salam.

Saya bukanlah manusia yang layak berbicara dalam bentuk nasihat bagi menyembuhkan hati adik- adik lepasan spm yang mendapat result yang kurang memberansangkan atau tersasar jauh dari target yang sepatutnya lebih tinggi, Cuma, saya bercakap atas dasar manusia yang pernah bertemu dengan ‘gagal’ –( baca : tak capai target yang diimpikan untuk spm), dan walaupun masih belum menemui kejayaan yang boleh dipandang tinggi atau yang diharap- harapkan, namun, sayalah manusia yang pernah buntu selepas mendapat result spm dan rupa- rupanya ada sesuatu yang sangat indah menunggu dihadapan.dan saya harap adik- adik yang masih belum Berjaya, jangan jadi macam saya dulu yang pernah putus harap dan hampir hilang harapan untuk sambung belajar, sebab Allah dah janji, berdoalah, nescaya akan diperkenankan.

Teringat sebelum kami menduduki spm, Ustaz Nik rahim , memanggil kami calon- calon spm ke maktabah, seingat saya waktu itu spm hanya tinggal seminggu dua, kata- kata ustaz yang saya masih ingat sehingga kini ,



Spm bukanlah penentu masa depan awak, ingat tu, tapi tak bermakna awak tak perlu bersungguh, tapi, SPM bukan penentu masa depan awak semua.


Pheww, look so serius, (ustaz kami sgt serius), tapi betul apa, keputusan exam bukanlah penentu seratus peratus masa depan kita, ( err..sebenarnya menentukan kita nak pergi sambung blaja kat mana) , maksud saya, macam ni, cuba tengok kat IPTA, ramai yang boleh masuk u walaupun dapat dua tiga A, dan cuba mai sat tengok kat kolej, ramai jugak yang tujuh lapan A( pengajaran : isi boring UPU leklok ye) , jadi bukan saya nak cakap kat sini, - silalah jawab main- main sebab kalau dah rezeki kau , dapatlah kau masuk U tuh, em, ayat tu jujur sangat, tapi ayat yang sopan kira macam ni la. Rezeki, maut, jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah, jadi janganlah anda stress tak bercakap seminggu menangis duduk dalam bilik sebab dapat satu A!

berbalik pada ayat ustaz tadi, saya faham, ustaz tak mahu kami terlalu focus jawab exam sebab nak masuk universiti, tapi belajar sebab- Allah, maka semuanya InsyaAllah akan dipermudahkan kalau kita ikhlas.

Okeh, saya dah kelaut.

Ha!

Jangan takut persepsi masyarakat aka mak ayah, adik beradik yang semua genius kecuali anda atau kawan- kawan yang semua best student maka anda menyesal tak sudah masuk geng budak pandai dan buat anda stress sangat sampai anda rasa anda lah paling tak guna dan looser! Bila dapat result yang amatlah mendukacitakan, weh~wake up lah, sila lupakan mereka yang meminggirkan anda apatah lagi yang memandang enteng kepada anda jika anda dapat dua tiga A mahupun takde A., dan bangkit untuk buktikan anda pun bolehlah wei~

ye,anda boleh!

Anda juga boleh mencuba jadi macam orang hilang ingatan dan buat tak tahu seolah- olah anda tak kisah langsung, lagi sekali ye, tak kiiisssaaah langsung dapat sikit A dalam SPM tu, makanya orang lain pun tak terasa nak pandang sengkek pada anda sebab anda pun tak beriya sedih dan nampak macam happy je, er, itu kalau nak test la.okeh.

Ada lagi satu peringatan ikhlas, kalau anda yang terbaca ni mempunyai adik, anak, kakak angkat, jiran, dan sebagainya yang dapat sikit A dalam SPM, silalah support dan bagi semangat sikit, jangan sekali- kali menekan- nekan mereka lagi dan mengejek menjelir lidah sebab, itu masa mereka ditimpa ujian, masa anda??.

Jadi adik- adik sekalian, mahupun ada yang berumur lebih tua, janganlah bersedih, la tahzan, don’t be sad, sebab percayalah~ Allah hidangkan sesuatu yang lebih indah dihadapan.

Samaada ini adalah pengajaran untuk anda yang sangat ‘rajin’ study, atau anda memang sangat rajin study(takde maksud tersirat) maka terimalah ujian Allah sebab Allah sangat sayang pada anda, atau lain- lain hikmah yang Allah nak beri, maka bersyukurlah dengan apa pun result yang anda dapat.

Ada orang Allah bagi result tinggi, tapi nanti masa nak masuk U dia diuji dengan dapat tempat tak best, kos tak kena, susah, hampeh, kawan semua takleh pakai, dan pelbagai ujian lagi (hehe..nak menyedapkan hati yang sedang bersedih), ermm, mungkin Allah taknak bagi anda duduk jauh dari mak ayah, nak bagi anda kawan best, tempat cantik, kat Malaysia ni sebenarnya banyak lagi tempat cantiktau tak ..ha, kan..! Bukan uk, scandanavian je yang cantik, InsyaAllah Malaysia banyak lagi tempat peranginan yang cantik.lagi..lagi.

Dah lah tu ye, saya sebenarnya terdetik nak menulis lepas tengok video di FB siang tadi ada orang cuba bunuh diri di KB mall Kelantan( negeri jatuh bangun sebagai budak sekolah menegah) dan kebetulannya semalam result keluar, harap- harap budak yang cuba bunuh diri tu bukan sebab gagal dalam SPM!



err, layan matlutfi jap.

Read More

Tuesday, March 22, 2011

Let’s make dumpling a.k.a karipap rebus.






Salam.

Apalah mimpi hari ni nak post resepi pulak, biasalah, bila dah sorang- sorang kat rumah, habis semua resepi dalam youtube yang best2 rasa nak cuba, asalkan bahan- bahannya cukup dalam peti sejuk dan cabinet tu, jalanlah~ tipulah kalau zaman- zaman siber ni orang kata tak tahu nak blaja masak dengan siapa, mak jauh, duduk asrama dan segala bagai, klik je mr youtube, masakan macam- macam bangsa boleh tengok, siap tunjuk yang perfect punya lagi, siap dari first step sampailah dan nak ngap dalam mulut tu, semuanya ada, jadi umur pun dah tua, jadi rajin- rajinkanlah diri ni blaja masak, ayat tuju kat diri sendiri ni.

Dulu selalu bagi alasan, budak asrama..biasalah kalau tak pandai masak, tapi apa salahnya meningkatkan prestasi diri ni kan, asyik tahu yang masakan melayu je, apa kata test yang western punya pulak ke..chinese ke.

Mula rasa nak makan dumpling bila bulan ramadhan lepas petang- petang je tengok cite rasa halal orient, yang pengacaranya farah yang ayu je dah bertudung skarang ni, waktu dia pergi Taiwan, kebanyakkan rumah yang dia pergi tuan rumah akan ajar cara nak buat dumpling, biasalah, bulan puasa, semua benda rasa nak makan.=)

Tak susah rupanyan nak buat dumpling ni, macam nak buat karipap je, Cuma intinya lain sikit, guna daging cincang, sayur kobis, daun bawang, garam, sos tiram, kicap, dan masuk sikit lada hitam, nak masuk gula sikit pun okey, gau- gaul dan jadilah intinya.

Sos dia tersangatlah mudah, kicap, campur cuka, campur cili sikit.suka hatilah nak banyak mana, tapi saya lebih suka makan begitu saja, sebab lidah melayu ni takleh terima lah kicap campur cuka camtu.huhu.

Buat doh pulak, senang sangat, campur tepung dengan air, garam sikit, gaullah sampai tepung tak lekat kat tangan dah.okeh!

dumpling ni cara saya, kalau nak tersangat- sangat perfect boleh tengok kat sini.

Cumanya kalau tengok kat youtube diorang kebanyakkan guna daging yang tak halal lah(pork), tapi kalau yang melayu ni tak tahu tak buat guna daging yang macam mana, memang saja je la kan.

Malas cakap banyak, nak tunjuk gambar dumpling yang tangan sendiri buat tak ingat pulak nak tangkap gambar kan,jadi tunjuk je la gambar yang ambil kat cik google ni.(blogger lain jangan tiru sebab nanti orang tak caye yang kamu memang masak benda alah ni=))

Video pun youtube punya.



Huhu~entri saje2 , bila takmo tengok blog sepi- sepian camni.

Read More

Thursday, March 10, 2011

O My hero~

Abdul Halim sadulayev


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat

menyelamatkan kamu dari azab yang pedih(10) Kamu beriman kepada Allah dan

Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu
. Itulah yang lebih baik

bagi kamu(11)"(As-Saff ayat 10-11)


SubhanaAllah, Alhamdulillah, WallahuAkbar.

Sejak kecil, kami adik beradik terbiasa dikenalkan dengan tokoh- tokoh pejuang islam seluruh dunia dari buku- buku milik Abah dan lewat video- video dari internet yang kami download sejak umur belasan tahun lagi, malah kadang kala, jika berkunjung dirumah sahabat- sahabat ibu dan bapa saya, kami akan dihidangkan dengan cd perjuangan umat islam serata dunia seperti di chehnya dan palestin misalnya. Kisah- kisah perjuangan inilah yang selalunya member inspirasi buat saya melakar kisah- kisah ini menerusi cerpen- cerpen yang saya karangi.

kalau kakak saya, tokoh islam yang amat diminatinya adalah Yahya Ayash, seorang jurutera muda tanah suci Palestin yang segala kemahiran yang dianugerahkan oleh Allah kepadaya digunakan untuk menegakkan agama Suci ini, Alhamdulillah, dia telah dijemput Allah dalam sebuah misi dan dia maut disebabkan terkena bahan letupan, InsyaAllah, moga- moga dia dianugerahkan syahid sebagaimana impian setiap insan yang mabuk dalam cinta Tuhannya.

Kalau saya sendiri, entahlah, terlalu banyak untuk saya minati dan saya cintai, cintanya saya pada mereka- mereka yang berjuang atas nama Allah dan demi menegakkan agama islam, takjubnya saya pada anugerah iman yang bergitu menyelubungi mereka, kagumnya saya pada mereka yang hanya melihat dunia sebagai barang tidak berharga dan sanggup menggadaikan nyawa demi merebut syurga.

Duhai pejuang agama Allah.yang telah dijemput Allah atau masih menunggu- nunggu giliran syahid.

Apakah aku yang imannya sekelumit dan sering tewas ini akan bersama denganmu dijalan menuju syurga nanti?

Apakah aku yang sering leka menggadaikan keindahan syuga yang kekal dengan dunia yang sementara ini akan menikmati kenikmatan syurga bersama- samamu nanti.

Duhai pemilik jiwa yang mabuk dalam cinta dan rindu pada Allah.

Apakah aku yang sering lupa dan meninggalkan perjuangan islam ini layak berada dibarisanmu meskipun dibaris paling belakang sekali.

Tentu sekali tidak, selagi aku tidak berusaha untuk menandingi imanmu.

Selagi aku tidak berusaha melonjakkan kecintaanku pada perjuangan.

Selagi aku tidak sedaya upaya melemparkan dunia ini jauh- jauh dan hanya nampakkan akhirat dan kematian dipenglihatan hatiku.

Penulisan kali ini sebenarnya ingin saya perkenalkan tentang seseorang yang telah terbunuh dijalan perjuangan menegakkan agama Allah ini(semoga beliau syahid), yang membuatkan hati saya benar- benar jatuh cinta dan cemburu dengan perjuangannya. Beliau yang saya maksudkan adalah pejuang chehnya, Abdul Halim Sadulayev.

Merupakan presiden termuda dalam sejarah chehnya, menjadi presiden chehnya member maksud pendedahan diri kepada kematian akibat dibunuh oleh musuh- musuh yang sentiasa mencari ketua pejuang sebagai sasaran utama, begitulah nasib presiden- presiden chehnya yang sebelumnya, seperti Djokhar Dudayev, Zalimkhan Yandarbiyev dan Aslan Maskhadov, namun demi Amanah yang telah diberikan, nyawa sanggup dijadikan taruhan.

Sebelum dilantik menjadi presiden, isteri beliau , ibu kepada lima orang zuriat mereka terlebih dahulu telah ditangkap dan disiksa demi mencari tempat dimana suaminya berada, namun berkat asuhan seorang mujahid, dan iman yang kental pemberian Allah, tidak satu maklumat pun keluar dari mulut isterinya pada waktu itu.

Beliau amat menampakkan diri sebagai pemidato dan pemikir yang hebat sewaktu diwawancara oleh wartawan.

Berikut adalah jawapan beliau sewaktu diwawancara.

Wartawan : Dunia islam kini seolah- olah tidak menunjukkan minat terhadap perjuangan pembebasan chehnya, bagaimanakah pendapat anda?

Abdul Halim sadulayev : Dunia hari ini telah berubah, jika sebelum ini operasi jihad hanya dilancarkan hanya dikawasan- kawasan kami, tetapi hari ini, jihad telah dilancarkan ditempat- tempat lain seperti Iraq dan Palestin, jadi tumpuannya terbahagi, dan kita lihat Negara islam berada dibarisan pertama dalam menghantar bantuan, kami tidak pernah merasakan umat islam tidak membantu kami, tetapi kaum muslimin sering menghantar barang- barang berharga merek asebgai bantuan kepad kami, dan kami tahu mereka sentiasa mendoakan kami, itu juga dikatakan sebagai sokongan.

Wartawan : Mujahideen chehnya sering dikritik sebagai selalu meletakkan sasaran serangan kepada warga Awam, bagaimana pandangan anda?

Abdul Halim sadulayev : semakin besar pembohongan yang disebarkan oleh Russia, semakin besar kepercayaan mereka, ini adalah propaganda yang disebarkan keseluruh dunia, sedangkan semua orang tahu yang mengeluarkan arahan untuk membunuh orang awam ini adalah putin dan pasukannya sendiri yang akan membunuh sepuluh orang awam bagi setiap seorang tenteranya yang terbunuh, dan mereka menyatakan itulah caranya untuk mereka mencapai kemenangan.

Tahun lalu, tentera rusia telah membunuh anak dan isteri dari salah satu mujahideen kami, malah dalam berates- ratus kes seperti ini lagi, dunia tidak menyatakan apa- apa, adakah isteri dan anak- anak dari mujahideen kami bukan dari kalangan orang awam dan tidak mengapa membunuh mereka?

Sewaktu dibunuh, seorang dari musuh yang telah terlibat dalam misi pembunuhannya dikatakan terpana melihat cahaya yang tebit dari wajah Abdul Halim Sadulayev, dan terkeluar perkataan “ lihatlah wajahnya” dari mulutnya secara tidak sedar kepada kawan- kawannya yang lain, malah mereka yang menangkap gambarnya yang telah dibunuh tersebut telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai perjuangan Mujahideen, SubhanaAllah.

Read More

Friday, March 4, 2011

Tamu dari Sumatera.

gambar hiasan ambik kat devian art


Wajah kanak- kanaknya polos, bicara selambanya mengundang tawa, baik kanak- kanak sebayanya yang tersusun disaff paling hadapan, mahupun orang- orang dewasa ,memberi penuh perhatian pada isi ceramahnya, saya dan mak disebelah mendengar teliti, takjub saya dengan kuasa Tuhan, kanak- kanak 12 tahun mampu berceramah persis khatib yang berkhutbah lewat solat jumaat dimalaysia, dan dia kanak- kanak dari tahfiz anak- anak yatim sumatera diberi anugerah mampu berbicara lengkap dengan ayat- ayat Allah dan hadith nabi sebagai penguat hujjahnya- mungkin saya terlalu berlebihan, entah, di Malaysia, yang saya temui hanyalah kanak- kanak 12 tahun yang sibuk kesana kemari bermain bola dan mungkin bermain game online di cyber café.Hidupnyalah yang mungkin mematangkannya lebih dari usia sebenarnya.

Petang itu pulang dari kerja, mak mempelawa saya ke masjid al- hidayah bangsar tidak jauh dari rumah, kata mak, seorang daie kecil dari sumatera akan berceramah, tanpa banyak soal saya bersetuju, pastilah, teruja saya ingin bertemu siapa agaknya gerangan kanak- kanak yang cukup istimewa itu.

Takdirnya kami tiba lewat, hanya kurang dari lima belas minit sahaja saya mendengar suara lunaknya mengetuk pintu hati insan- insan yang lebih dewasa darinya, saya berkira- kira andai saja saya mampu membawanya bercaramah ke serata institusi pengajian tinggi, paling tidak dia mampu menyedarkan manusia- manusia bergelar mahasiswa yang pasti seharusnya malu atas perbuatan sendiri yang masih tidak matang- matang berbanding insan kecil yang baru bernafas dimuka bumi hanya 12 tahun itu.

Dari awal saya hadir ke taman diantara taman- taman syurga itu, dari saat saya mendengar suara kanak- kanak itu, yang terfikir dibenak saya hanyalah persoalan penting yang tidak tahu ingin saya ajukan kepada siapa.

“siapa ibumu dik?”

Saya tahu dia adalah anak yatim, meskipun siapa ibunya, jika masih hidup ataupun sudah selamat bersemadi di alam baqa, pasti peratus pahalanya mengalir meresapi ibunya, mahupun ayahnya.

Tenyata dia cukup istimewa.

Solat isyak, seorang kanak- kanak kecil yang lain dalam lingkungan enam atau tujuh tahun pula mengimamkan solat berjemaah kami, yang pasti, makmum tidak diam, esakan- esakan kecil kedengaran, suara lunaknya persis bacaan ahmad saud, seorang kanak- kanak kecil dari timur tengah yang bacaan Al- Qurannya mampu menebak hati sesiapapun.

Dua kanak- kanak ini sungguh istimewa, Allah mentakdirkan untuk saya belajar banyak perkara dari mereka, pertemuan ini dilihat cukup mudah, tetapi memberi impak yang sangat besar dalam hidup saya, dalam hati saya, dua insan ini saya ingin temui lagi, jika tidak didunia, saya memohon pada Allah untuk ditemukan disyurga nanti!dalam taman syurga yang sebenarnya.Amin~

Read More

Tuesday, March 1, 2011

Just another love story..







Saya jarang menulis tentang sesuatu, iaitu cinta, ramai orang suka berbicara tentang cinta, apatah lagi menulis tentang cinta, kerana cinta adalah anugerah buat jiwa yang sangat indah, dan keindahannya hanya dapat dinikmati hanya untuk orang yang benar- benar mensyukurinya.


Bohonglah, dalam dunia ini, manusia yang mukallaf tidak pernah merasai perasaan cinta.
meskipun hanya buat keluarga, atau sesiapa sahaja yang duduk disekelilingnya,namun, cinta itu hanya dilihat cantik dan indah bila ia dipandu kejalan yang Allah redhai, hilangnya keindahan cinta bila ia dipandu jauh tersasar dari kemahuan syariat.


Manusia berbeza pendapat dalam mendefinasikan cinta, sebagiannya menyatakan cinta itu sungguh indah dan mengasyikkan, malah ada juga yang menyatakan cinta hanyalah perasaan yang kejam, yang hanya merasa bahagia bila saat bahagia dan merasa amat menyakitkan sampai waktu ia mengecewakan, maka terpulang anda, bagaiman anda mendefinasikan cinta adalah terserah pada kenangan atau pengalaman yang telah anda lalui.


Indahnya dunia diselubungi cinta jika cinta yang murni berpandu wahyu, maka cinta menjadi sesuatu yang memualkan dan menjengkelkan bilamana ia dicampak jauh dari laluan fitrah yang suci, dan terus diambil alih nafsu yang meraja. Bayangkan perasaan yang nyata berbeza bila anda melihat pasangan halal yang jalan beriringan dengan membataskan perlakuan meskipun sudah sah akadnya dan halal sentuhannya, dengan pasangan yang nyata- nyata belum bernikah tetapi berjalan berpelukan tanpa segan dan silu.oh- mengapa cinta yang sungguh suci itu diperlakukan dengan sebegitu kejam dan menjengkelkan.


Saya bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan cinta dan saya masih sehingga kini melihat cinta adalah sesuatu yang harus saya pandu mengikut yang Allah perintahkan, dan membenci cinta yang dipegang oleh manusia yang tidak pandai menjaganya, saya mahu mempertahankan cinta yang suatu hari nanti hanya akan saya serahkan pada yang halal.InsyaAllah.


Anda yang sedang berbual atau bermesej dengan buah hati yang masih belum punya ikatan yang sah, mari saya beri tips, lihat mesej yang anda hantar di telefon anda dalam- dalam, dan baca satu persatu, masukkan ke hati dan jelmakan persoalan, patut atau tidak anda perlakukan begitu, sudah sejauh mana jalan syaitan itu anda ikuti, jika sudah sejauh manapun, kembalilah, saya mohon cinta itu dipelihara, percayalah cinta yang dirahsiakan akan mencambahkan jawapan yang lebih indah suatu hari nanti, saat sepatutnya engkau meluahkan segala yang ada dalam hatimu dari saat kali pertama engkau melihatnya, iaitu saat anda berdua sudah sah dalam syariatnya.


Hargailah cinta, suatu hari saat anda berjalan, lihatlah sekeliling, melihat cinta menyelubungi dunia, dan pastikan anda adalah penyumbang kepada cinta yang halal dan bukan sebaliknya, agar Allah terus menebarkan rasa cinta yang diredhainya dalam hati hambanya- yang pastikan kekal hingga ke Syurga~


Raikanlah cinta.

Buat Allah dengan taat perintahnya.

Buat Rasul dengan ikut sunnahnya.

Buat keluarga dengan erat ukhwahnya.

Buat sahabat dengan sabar kerenahnya.

Buat semua umat islam dengan cinta sebenar cinta.


Raikanlah cinta.

Anugerah-Nya yang menyatukan

aku cintakan DIA.

Maka harus aku hargai cinta.

Kerana aku adalah hamba.

yang meraikan cinta.

yang mensyukuri cinta.

apa adanya.
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena