Thursday, July 9, 2009

Kuasa Persepsi

persepsi Pictures, Images and Photos

Sejauh mana kita melihat gambar ini sebagai sesuatu yang sedang meningkat

Persepsi adalah proses-proses otak yang melibatkan penyusunan dan penterjemahan maklumat deria, sebagai contoh, anda melihat sekeping gambar yang memaparkan seorang pemain bola yang hampir terjatuh, seseorang mentafsirkan bahawa orang itu,ingin menendang bola, tetapi tergelecek kerana padang licin, dan ada juga seseorang yang lain mentafsirkan bahawa orang itu berselisih dengan pemain yang lain, tetapi gambar pemain itu tidak diambil sekali, boleh jadi, orang itu bukan ingin terjatuh sebenarnya, tetapi gambar diambil dari posisi yang menyebabkan orang dalam gambar itu kelihatan seakan ingin terjatuh.


Satu gambar, seribu persepsi, hingga berlaku sesuatu yang tidak diingini- menegatifkan persepsi.

kita sering berminat membaca buku yang kulitnya cantik dan mnarik minat kita, cuba kalau yang kulitnya hanya ada satu warna, berwarna kelam dan tidak menarik perhatian, tentu bukan buku ini yang menjadi perhatian kita sebaik masuk kekedai buku, tapi, anda jangan tidak tahu, buku-buku inilah yang sering menari perhatian sesetengah pembaca.

Persepsi juga boleh diterjemahkan sebagai Proses internal yang membolehkan kita memilih, mengorganisasi, dan mentafsir ransangan dari lingkungan kita dan proses tersebut mempengaruhi perilaku kita.


“ semalam saya tidur pukul empat kerana membincangkan tentang sesuatu perkara dengan dia”

Lihat, pelbagai persepsi akan timbul, sebagai contoh:-

“Ala..tu pun nak cerita”

“tak payah nak berbangga, baik bincang macammana nak selamatkan Umat sampai tidur pukul empat pagi”

“oo..seriusnya dia berbincang tentang isu itu”

Dan ada juga yang tidak terjentik sedikitpun dengan ayat itu, malah hanya sebagai angin lalu.lihatlah, jika terus memakan diri dengan pelbagai persepsi-persepsi itu, seterusnya ia akan mempengaruhi tingkahlaku kita, tak mustahil, beberapa minit kemudian, persepsi itu diterjemahkan dengan kata-kata yang begitu –telus.

Tahniahlah jika ‘orang itu’ benar-benar bangga dengan ceritanya kerana anda dipilih Allah sebagai jalan tengah‘menegurnya’, justeru bagaimana ‘orang itu’ tidak seperti yang dijangkanya, anda mungkin menjadi pisau tajam yang meyucuk-nyucuk kejam hatinya, lebih- lebih lagi anda akan menjadi sangat tidak adil kerana dia tidak berpeluang menerangkan hal sebenar atau menjawab pelbagai persepsi negative itu memandangkan rasa hormatnya yang begitu menggunung pada anda, namun berbalik pula kepada si penerima untuk mempositifkan reaksi yang diterimanya.


Lain orang lain cara pemikiran, penyelesaiannya mudah, untuk tidak terus berselisih pandangan dan pendapat, hormati pandangan orang lain, atau cuba meletakkan diri kita pada orang yang memikirkan begitu,err..tapi semua orang tidak sempurna.

Memetik kata-kata sifu saya, ustaz nik Abduh:

Puji adalah senjata utama membina keyakinan anak – anak. Pujilah anak – anak dan murid – murid anda. Paling tidak anda akan lihat hidung mereka jadi mancung, taklah kemek lepek kepek macam anda..



Saya tidak minta orang memuji saya, tapi jangan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang sangat ‘makan dalm’. Seorang senior yang saya hormati sering menasihati: jangan berpegang pada prinsip, “ persetankan kata-kata orang lain” kalau diri tak mampu, mungkin senior saya berkata begitu meluat melihat saya jatuh.

Saya masuk kedunia penulisan blog pertengahan tahun 2008, masih baru.namun, dunia maya menyebabkan saya kadang-kadang terbiasa bercerita dikhalayak walaupun hal remeh seperti diblog, sehingga timbul pelbagai persepsi yang berbeza yang kadang-kadang menyebabkan saya takut untuk berkata-kata dihadapan ramai, saya sebenarnya amat suka menulis hingga penulisan saya menebak masuk ke dalam hal peribadi tanpa saya sedari, benarlah kata orang, baiklah bercerita tentang masalah kita pada orang yang tidak kita kenali kerana kita akan lebih selesa bercerita kerana dia hanya akan bertindak sebagai pendengar, tetapi, yang perlu berhati-hatinya, bimbang dialah musuh kita dimasa hadapan.

Mungkin silapnya dipundak saya kerana kurang berhati-hati bila ingin menyampaikan sesuatu hingga menimbulkan perbagai reaksi negatif pada diri yang hina ini, sebab itulah dalam teori psikoliguistik tak silap saya, menyatakan bahasa tidaklah menterjemahkan dengan tepat apa yang ada dalam fikiran kita, jadi saranan saya, usahlah terlalu cepat meletakkan sesuatu yang kita tidak pasti tempatnya, takut tersalah letak pada tempat yang kita tidak boleh ubahnya semula.

Saya tidak suka provokasi, kerana ia selalunya akan ‘berkembar siam’ dengan emosi, jarang saya melihat insan-insan istimewa yang begitu berhati-hati memisahkan provokasi tanpa disertai emosi, ya-saya sangat bencikan provokasi, dan saya tidak pasti tindakan ini benar atau tidak, saya perlu mendalaminya lagi, tapi jangan segera menghukum saya, saya masih belajar membetulkan diri.

-saya muhasabah diri..

Read More......

Wednesday, July 1, 2009

Menyingkap Pemikiran Dr. House

DR House Pictures, Images and Photos

Salam.


Entry ni bukan entry berat kepala, ni entry saje-saje selepas lama menyepikan diri(kononnya), mintak maaf pada followers yang sangat tsabat(erk!) dalam menjenguk bog ini.

Baru melepasi fasa Imtihan, dan resultnya akan keluar seminggu lagi, jadi segala macam jenis mood menjadi-Bad Mood.(hehe..ye sangat la tu), InsyaAllah saya akan bercuti selama 3 bulan 3 minggu, untuk melanjut ke fasa hidup yang seterusnya.

Sepanjang seminggu bercuti(baru seminggu?), saya menjadi penunggu dirumah, TV? Hehe, dah jadi macam hak milik saya, computer?, dah jadi hak milik peribadi, tapi boring, sebab semua cerita tak best, ade, satu yang saya layan pagi-pagi buta lagi-HOUSE.



Saya suka Dr.House, err..bukan, suka wataknya. Saya suka jadi orang yang suka ikut kepala sendiri, tapi kerja tetap menjadi.

Saya ketengahkan lima karakter Dr.House:-

- Tak serius.
- Dr. yang Tempang
- Tak dengar cakap orang.
- Tak suka ikut prosedur.
- Kuat keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.

Lima karakter, tak cukup pun nak gambarkan kegilaan house, memang gila-gila, siapa nak percayakan seorang yang buat kerja ikut sedap dia, rawat pesakit main teka-teka, tak serius, dan macam-macam lagi, tapi orang bawahan tetap salute kat house sebab setiap tekaan house akan menjadi akhirnya, walaupun melanggar banyak ‘pantang larang’ hospital, atau dengan kata lain , buat hospital tu macam milik dia sendiri. sampai kadang dr. cuddy yang skema ikut prosedur pun terpaksa ikut pemikiran house untuk selamatkan pesakit,alaa..cerita, biasalah, mesti nak angkat hero kan.

Setiap orang buat salah, yang tak best, manusia yang tak berani buat salah.hilang nikmat hidup..haha~

Yang penting!

Percaya pada dua perkara.

-Allah
-Diri sendiri.

Saya tak pernah rasa nikmat begitu bergantung bulat-bulat pada Allah selepas gerak kerja sebelum saya melangkah ke ‘medan maut’ ini, dan saya begitu ‘enjoy’ dengan hidup saya sekarang.

Yang part – bergantung pada Allah ni, confirm takde kat house, sebab tu lah untungnya orang islam, sama konsepnya dengan ilmu Psikologi, Islam beruntung sebab boleh mengkaji tentang Ruh yang tiada dalam konsep Psikologi Barat, jadi, inilah kelemahan Barat yang kononnya mengkaji konsep jiwa, tapi mengabaikan hakikat jiwa,sampai mempelajari ilmu jiwa tanpa konsep jiwa, contohnya nak kaji tingkahlaku manusia, tapi pergi uji Haiwan.

Setiap manusia akan melalui fasa ‘kejatuhan’ dalam hidup, saya pernah sampai tahap bila saya datang semua kawan lari,(suatu masa dulu..) phew~ kalau ingat balik memang makan dalam, tapi, tapi siapa suruh ingat, tak keterlaluan kalau saya cakap “ bodohlah manusia yang berjalan mengikut tapak kasut orang lain dalam salji yang tebal” maksudnya, hidup ikut telunjuk orang, sampai jatuh sebab kata-kata orang lain.

House/Cameron Pictures, Images and Photos

Saya bukannya jenis yang skema- tapi sebenarnya penyesalan tetap wujud –diakhir cerita(haisyh~), saya selalu kata pada teman-teman..

“Aku bukan jenis yang tak tidur semalaman sebab nak study”

Bunyi macam ‘Agah’, tapi nak dapat dinafikan, sebab tulah result saya tak sehebat sahabat-sahabat yang lain, nangis tetap nangis kalau result jatuh.~(penyesalan diakhir cerita)

Tak hairanlah kalau muka ni yang selalu turun musalla lambat masa sekolah dulu, tak hairanlah kalau muka ni juga yang selalu kena tulis nama sebab lambat turun prep,panjat pagar asrama?tu benda biasa.. sebab saya memang kebal dengan pandangan sinis dan cakap-cakap belakang orang, yang penting-percaya pada diri, tapi jangan la sampai tak dengar nasihat orang, tu melampauuu...(^-^)


* tapi kawan-kawan selalu cakap saya skema..(haiysh~)


Read More......

Saturday, June 13, 2009

Sepi.



salam..

hanya entry pendek, sebenarnya mahu terus sepi sebentar.

Buat saudara seislam di Selatan Thai, terus tabahkan jiwa-jiwamu menghadapi kekejaman mereka.

Buat Saudaraku di Palestin, teguhkan jiwamu.teruskan perjuanganmu.

Buat teman-teman di Mesir, hadapilah kehilangan saudara Ammar dengan tenang.

dan kita kehilangan beliau-Dr. Fathi Yakan


------------------------------------------------------------------------------------

sepi Pictures, Images and Photos


mahu sepi sebentar, hidup terlalu kerap berhadapan dengan pilihan, hingga diri terlalu letih,hingga kerap salah dalam memilih apa yang perlu dilakukan, dan terus menemui kegagalan...demi kegagalan..



-final lagi seminggu-Doakan.
-sayang buat seekerz-sori tak jawab tag.

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Reff
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

lagu buat teman..hehe~

Read More......

Friday, May 29, 2009

Cabaran Buat Muslimat..

salam

muslimah Pictures, Images and Photos

Peranan Muslimah dalam persatuan mahupun gerakan jemaah tidak harus dipandang rendah lagi, sebenarnya, tanggapan muslimat sebagai 'sayap kiri' secara tidak lansung menyebabkan wanita menjadi kurang bersemangat ataupun tidak berani kedepan memberikan idea-idea bernas mereka, muslimat seharusnya melompat lebih tinggi, bukan mahu menandingi muslimin, tetapi bangun melangkah dengan lebih laju lagi, agar pandangan mereka diterima, bukannya terus diperlekeh.


berjalan-jalan di Blog GAMIS, saya tertarik dengan sebuah artikel, berkaitan Muslimat, bagi saya ia merupakan satu peringatan, atau satu cabaran, buat insan bergelar muslimat, saya sebenarnya tidak gemar ..dengan copy and paste, tapi disebabkan sebenarnya saya ingin menulis artikel berkaitan dengan perkara ini tetapi telah menjumpainya terlebih dahulu,apa kata saya kongsikan artikel ini khas untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian.



Perempuan, Wanita dan Muslimah. Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.

Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.

Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.


MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA

‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?

‘Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh’

Malu! katanya bila ditanya.



Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.


KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.

Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.

Malu! katanya bila ditanya.


LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.
Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.


MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!'

Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya! Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.
Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...

Justeru itu....

Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?

sumber-sini

Read More......

Wednesday, May 27, 2009

Misi mustahak





Semalam yang kelam, apapun..Alhamdulillah, kami dapat melakukan satu misi khas untuk para Muslimat yang disayangi di Taman Ilmu ini, walaupun waktunya tidaklah panjang, saya terus mengharapkan setiap teguran yang saya lakukan semata-mata kerana sangat menyayangi insane bergelar-HAWA.masuk ke hati..

Misi menjaga pagar asrama! Hehe..skali tengok memang macam zaman skolah-skolah dedolu, tapi, style yang agak lain, panggil dan terus bagi nasihat-‘ceramah Free’ secara berkumpulan, macam-macam feed back boleh tengok, macam-macam jenis orang boleh tengok, ada yang senyum, Alhamdulillah, ada yang buat drama tengking menengking, MasyaAllah, moga Allah melembutkan hatinya.

“Ala kak..saya pakai la stokin..ni ha..dalam poket..” wajah nampak kurang senang bila saya menghampirinya, saya usap lembut belakangnya,

“Takpela..nanti nak keluar pakai ye” habis bersopan dah susun ayat.

“ala..kan saya cakap saya pakai, tudung saya pakai stoking ada ni, nak apa lagi!” terus berlalu pergi, saya tergamam, sedih juga.

__________________________________________________________________

“Nak pergi mana nih..”saya buat muka terkejut.

“Nak gi tu ..err..sana.. sekejap je..” matanya memandang kearah lain.

“isyyhh..mana boleh pakai macam ni..nak turun kena pakai jubah atau baju kurung je..seluar tak boleh sayang oii..” berbasa basi..

“yek..habis orang lain boleh je..” dia pulak nampak terkejut.

“jangan ikut orang lain..diri kita kita yang kena jaga kan..”aduss..

“Alaa.. cafĂ© je..”

“ naik sekejap boleh..”akhirnya, saya memberi keputusan.

“ye la..”

Alhamdulillah.

_______________________________________________________________________


“nak tegur orang lain kali tengok dulu siapa aku ni..”saya berpaling, saya kenal orangnya.

“ehh..kenapa ni..” saya meluru kearahnya.

“ni..nak pergi meeting jap..”

“boleh, tapi kena tukar baju jap..”saya berusaha untuk senyum dan berpaling kearah sahabat yang dimarah tadi, kami berdua dipagar itu, dan yang lain bertugas di setiap pagar yang lain.

“Alaaahh..encik-? kasi je..”nampak, dia marah.

“encik ? mana tau .dia lelaki...naik sekejap ye..”saya usap belakangnya, tahu-macam menuang minyak petrol ke api. Dia berlalu pergi, sambil mulut tak berhenti menjerit-jerit, 10 minit kemudian dia turut dengan beju kurung dan meluru ke sahabat saya.

“Awak..kalau nak tegur orang..tengok dulu saya ni siapa..!” jari telunjuknya tegak tepat ke wajah sahabat saya.isy..parah ni.

“dah..da..takde apa-apa la..”saya cuba tenangkan dia..last-last dia pergi sambil jerit-jerit, sahabat saya terduduk, kalau saya-menangis.

Errr..

________________________________________________________________________


Nah, inilah gayanya, tapi bila disamping sahabat-sahabat, saya kuat, merekalah kekuatan saya bila hadapi situasi macam ni.semata-mata untuk membawa dan mengenalkan sahabat-sahabat lain dengan Islam yang sebenar. Bukan sekadar mengikut membuta tuli.
Kami jaga pagar bukan untuk menunjuk diri, bukan nak perasan diri bagus dari orang lain, tapi nak nasihat semua sahabat-sahabat dengan apa yang sepatutnya, marahlah kami, dan kembali ke bilik dan berfikir semula sejenak, mana yang baik dan mana yang buruk.

Masih ingat entry saya tentang dimarah depan-depan, tau tak impak positifnya, saya langsung tak rasa apa-apa walaupun dimarah teruk waktu jaga pagar tu..see…(^-~)

Sangat terharu bila kak Syuhada cakap ngan dua tiga orang budak

“Adik-adik sayang islam kan..”budak-budak tu angguk perlahan ..

dan hari ni, dalam meeting, kami dapat teguran rambang dari-tanpanama- disampaikan oleh seorang sahabat-belajar sikit cara nak menegur orang!tapi rasanya semua semalam memang jadi sesopan yang boleh, tak tau pulak depa terasa dengan kelembutan tu.

pening..pening..

Read More......

Sunday, May 24, 2009

Teori Al-Ghazali dalam mendidik akidah kanak-kanak



Satu hari dirumah saya, dengan dipenuhi sanak-saudara, mak anjang yang datang dari luar masuk dan menceritakan dengan tawa, Irfan menyanyi girang mengikut rentak rancak dari telefon bimbit milik anaknya atau sepupu saya, Mira.kami ikut gelak, irfan hanya kanak-kanak berumur 2 tahun lebih, bayangkan kanak-kanak secomel itu mengerak-gerakkan bibir dan menyanyi sambil mengangguk-angukkan kepalanya, namun, jauh disudut hati, saya risau dengan perkembangan Irfan yang sangat mudah dipengaruhi abang dan kakak serta sepupunya.


Petang itu, saya menawar diri untuk menyuap irfan nasi, saya memanggil irfan duduk didepan saya dan sebelum masuk suapan pertama, saya suruh irfan membaca doa, Irfan angkat tangan dan tak sampai sesaat dua dia menyapu muka, saya gelak, pandainye..saya sempat cubit pipinya yang gebu itu, kata makandak ( mama irfan) irfan kalau baca bismillah pun tadah tangan. Satu masa saya mengajar irfan menyebut “ Lailahaillallah”, walaupun hanya kedengaran bunyi “la…”, saya sangat terhibur berbanding saat irfan bergerak-gerakkan kakinya mengikut abangnya menari Shuffel.

.

tapi saya terfikir satu benda, macam mana sebenarnya nak mengajar kanak-kanak tentang perkara berkaitan Akidah?perkara berkaitan keimanan, rukun iman, dan apa langkahnya.

Balik ke kolej, saya menapak ke library dan mencari-cari tajuk berkaitan persoalan saya, dan saya jumpa buku ini : ‘Panduan mengajar Akidah kepada kanak-kanak karya Dr. Abdul Salim Muhammad Shukri.’ Apa kata saya kongsikan sedikit dari pembacaan ini.


Kita lihat teori Al-Ghazali,seorang ulama yang begitu mementingkan persoalan pendidikan untuk kanak-kanak, beliau juga banyak menulis buku-buku terutamanya yang berkaitan dengan akhlak, , beliau juga banyak menyuarakan pendapat yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak termasuk dalam bukunya yang terkenal, ihya’ Ulum al-din, pendidikan akidah bagi kanak-kanak menurutnya mempunyai tiga peringkat, pertama, akidah semata-mata, apabila besar sedikit kanak-kanak diajar memahami sedikit demi sedikit kandungan akidah tersebut, dan peringkat yang terakhir adalah dengan menghalusi isi kandungan akidah tersebut hingga terbentuk akidah dalam diri kanak-kanak tesebut,akidah yang masuk kedalam diri kanak-kanak berbentuk kepercayaan, pegangan dan keyakinan serta pengakuan atau penerimaan realiti dan kebenaran dalam akidah tersebut, dalam kata lain, peringkat permulaan berbentuk hafalan, diikuti dengan kefahaman, dan peringkat ketiga adalah berpegang dengan akidah dan kebenaran yang terkandung dalamnya.


Kalau tak silap saya, PASTI menggunakan pendekatan teori Al-Ghazali dalam silibus pengajian mereka, tak hairanlah, kalau adik saudara saya yang beru berusia 6 tahun sudah boleh membaca doa taubat kerana disekolahkan disitu.


Jadi, tunggu apa lagi jom pakat hantar anak, adik ke PASTI.hehe..promote pulak.

.

Read More......

Friday, May 22, 2009

genocide

palestin Pictures, Images and Photos


Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran
Harun Yahya- Zaman kegelapan dan ketibaan kegemilangan Islam.

Salam kasih tanda cinta saudara buat semua, dalam kesibukan yang melanda, berhenti sebentar, dan renung sejenak hasil penulisan Harun Yahya ini, moga bisa mengetuk kelalaian yang semakin bercambah, untuk hasil yang lebih menarik ditambah dengan gambar-gambar yang real, sila beli atau berlari-lari ke perpustakaan dan cari buku bertajuk seperti yang diatas, untuk kita mengetahui dengan lebih dalam tentang penderitaan saudara kecintaan kita di seluruh dunia, pasti ada air mata yang mengalir melihat betapa hebatnya ketabahan dan yang paling penting iman mereka dalam menghadapi semua ujian yang melanda.saya sekadar menaip sedikit buat renungan.....

Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang mereka temui setiap hari, Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman berlaku, mereka menjadi begitu prihatin, Namun demikian keprihatinan mereka itu hanya menjadi satu perkara rutin tidak lama kemudian.

Peperangan dan konflik yang berlaku didalam dunia yang sedang kita diami ini, adalah kes yang paling jelas dan nyata, Apabila sesebuah Negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (pent: Tiada terjemahan yang tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan, genocide bermaksud pembunuhan seluruh bangsa dan sesuatu kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat berbgai protes anti kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia, Sebagai contoh mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di bosnia, ataupun Chechnya, ataupun palestin…imej seorang kanak-kanak palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunu ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di bosnia,

Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu, walaubagaimanapun, laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak putus-putus itu akhirnya tidak berupaya untuk menari perhatian lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak dan kehilangan kakisetelah terpijak periuk api…walubagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar , mereka lebih suka membaca gossip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan, oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di palestin, Chechnya, Kashmir, ataupun Timur Turkistan, hanya sekadar menjadi satu “Berita rutin”.

Tambahan pula, Propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai satu perkembangan politik sahaja. Akibatnya pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak rusia, apa yang berlaku di palestin hanyalah perjuangan mendapatkan tanah diantara orang-orang palestin dan israel, dan penekanan dari puak hindu keatas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu, Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut.Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada rusia, orang – orang yahudi yang fanatic terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan –kawasan orang palestin sejak berabad-abad lamanya, namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang –orang Chechen oleh pihak komunis rusia. Ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat islam Afrika, ataupun keganasan dan protes pembersihan etnik yang dideritai oleh umat islam di Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab- bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.

Read More......