Beriringan ke Syurga~

Thursday, April 5, 2012

Tentang sesuatu.




Ketika manusia heboh memperkatakan tentang banyaknya manusia yang jahat, ia begitu mengecewakan dan menakutkan.

Dan ketika itu, saya sedar bahawa sebenarnya ramai manusia baik yang saya kenali, sehari demi sehari. Minda penat berfikir, benarkah dunia sejahat itu?

“ dia baik sangat mak, orang pun pelik ada orang baik macam tu” luah saya pada mak pada suatu hari, perihal seorang sahabat yang pengorbanannya sungguh luar biasa.

Dan hari kesehari saya semakin sedar..

Ia bukan sahaja tentang kebaikan yang menghadir dalam diri seseorang.

Tetapi juga tentang persepsi. Tentang bagaimana kita menilai seseorang itu.

Dan saya semakin tahu, perihal jahatnya seseorang juga adalah nilaian persepsi.

Atas dogma drama atau mungkin gambaran hitam yang mencantum diminda sehari demi sehari.

Sedang sebenarnya dunia mengelilingi kita tidak sejahat itu.

Benarlah, bersangka baik tidak pernah mengecewakan.

Dan mungkin Ia juga soal sikap.

Bagaimana kita menghormati sikap manusia disekeliling kita.

Sepertimana dia menghormati sikap kita.

Itu sudah cukup dari paras ukur.

Dan seharusnya kita bersyukur.

Ya Allah, terima kasih atas ‘manusia- manusia’ baik disekelilingku.

Mungkin mencambahnya rasa, tentang manusia- manusia jahat yang hadir didunia, benar, ramai, bahkan semakin ramai. Terkadang syaitan ketawa melihat jahatnya manusia sungguh luar biasa.

Moga kita dijauhkan dari ‘manusia-manusia jahat’ itu.

Namun satu hal yang harus sedar.

Masa depan tidak pernah menjamin kita tidak akan bertemu.

Lantas, syukuri hari ini.

Dan berdoa untuk hari esok.

-terima kasih masa silam, terima kasih semalam, buat ku makin teguh berdiri hari ini, atas duri- duri yang menusuk kakiku dijalanannya, moga hari ini, menguatkan esok untukku.

p/s: berhenti menilai manusia lain, bagaimana kita menilai sama ertinya menggambarkan tidak tenangnya diri kita dan sering merasa tidak puas hati dengan semua orang.bersangka baiklah.sama- sama kita usaha! ^_^-NS

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena