Beriringan ke Syurga~

Friday, May 25, 2012

Sahabat : Sesuatu tentang Dia.



Aku kenali dia di jalan dakwah ini, jalan yang aku pernah berjanji untuk terus menapak diatasnya meskipun perlahan, sekalipun terpaksa merangkak, aku ingin terus tetap diatasnya. Dan dia hadir dengan senyuman, memberikan kekuatan, dia terus menceriakan teman- teman disisinya, meski luka yang tertoreh dihatinya bukan biasa- biasa.

Bukan dengan erat tangannya memegang lenganku, bukan juga dari kata- katanya yang bisa membina pohon yang utuh di qalbu.

Tetapi dari kekuatannya menjalani setiap dari ujian yang Allah berikan padanya. Dan dari situ aku nyatakan didalam diri, bahawa, dia teman, yang perlukan diriku, sekaligus dialah yang menguatkanku, untuk terus berdiri dijalan berliku ini, ketika Allah mengujiku, pasti dia yang aku ingati, memikirkan dirinya yang tabah, terus berjalan tanpa henti.

Air matanya yang bergenang sukar dilihat, terlitup dek kain kecil yang menutup wajahnya. Bahkan setiap kali ada air yang bergenang di tubir matanya pasti diseka keras, dan aku pantas menggeleng kecil, melihat gadis solehah temanku itu berusaha mengeraskan hati sendiri, untuk masa hadapan yang entah bagaimana, maka dia harus lebih kuat berbanding semalam, untuk esok yang harapnya berseri bahagia.

“ ha ni kuat macam heroin novel” kataku suatu hari, lewat perbualan di facebook.

“ hehehe, ada- ada aje akak ni” tulisnya, ya dia muda dariku, dan aku sendiri malu dengan kekuatan yang dibinanya meski muda dua tahun dariku.

“ satu hari nanti akak nak buat cerpen inspirasi dari watak ha” mungkin kelihatan berlebihan, tetapi ia memang kata dari hatiku.

Aku ingin ceritakan tentang ujiannya, agar dunia tahu, wujudnya manusia sekuat dia dari dinding kehidupannya, setiap manusia berbeza ujiannya. Tetapi biar aku simpan dahulu, suatu hari ketika dia mencapai bahagianya, akan aku kongsikan. Maka doakan dia terus bisa mengecap bahagia. Kerna dia temanku, kecintaanku.

Aku jarang bercerita tentang sahabat sendiri di ruangan ini, kerana aku tahu ia terlalu peribadi, namun untuk kali ini, jari- jariku seakan terdorong sendiri, ingin terus- terussan menulis tentang dirinya, tetapi perlu disekat dengan hati, agar yang tertulis tidak membawa impak yang tidak sepatutnya.

Allah memberikanku teman- teman yang sangat baik, bahkan aku bersyukur dikelilingi manusia- manusia yang baik. Dan terus berdoa, agar terus aku disamping mereka- mereka yang baik, agar aku yang tidak cukup baik ini, bisa belajar dari manusia- manusia yang baik disekelilingku.

Jika aku bercerita tentang manisnya hidup bersama mereka, pasti terlahir sebuah naskhah hasil dari penceritaanku, tetapi biar sahaja hatiku yang berdoa tanpa henti, kerana itulah yang lebih menguatkan persahabatan kami.

Sesekali persahabatan diuji, itu perkara biasa yang harus diselesaikan dengan jalan terbaik. Mencari solusi terbaik, dan memaafkan dalam keadaan terbaik.

Moga kita bertemu disyurga!

*kata ganti diri ‘aku’ lebih sesuai utk post kali ini ^_^

1 comments:

Qawiem Khairi said...

Salam bahagia dri lautan Rabbani. Terus bertinta.
Moga bermanfaat untuk semua. :)

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena