Beriringan ke Syurga~

Sunday, June 24, 2012

si daie pemalas



Memaksa menulis semata- mata ingin dilihat kerap ‘update’ blog bukan sifat saya, sebetulnya saya lebih gemar ‘berlapang- lapang’ dalam menulis, dan saya ingin sekali menjadi penulis yang menulis dari hati, dan setiap yang berlaku didalam hidup saya, bukan semuanya terkesan untuk saya coretkan menerusi penulisan, tetapi dalam beberapa kisah yang saya lalui beberapa bulan ini, ingin sekali saya ceritakan disini, kalau- kalau ada yang sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini.
Hari ini adalah hari kesedihan (baca: bukan malang), tentang perpisahan dengan seorang sahabat, yang saya ingatkan dia bukanlah siapa2 dalam diri saya, tetapi rupa- rupanya pemergian dia menyelaputkan rasa bersalah didalam diri, terima kasih buat dia yang meninggalkan jejak disini.
“ kak, ila (bukan nama sebenar) nak jumpa akak, boleh ila datang bilik akak”, mesejnya petang itu mungkin agak mengejutkan, pertemuan kali pertama di kaunter klinik guaman syarie yang kami buka dikampus sebagai latihan subject beberapa hari lalu rupa- rupanya tidak terhenti disitu, ya, ini kes pertama saya(tidak rasmi).
“okey je, meh la datang bilik akak” lekas saya membalas, sudah mengagak, gugupnya dalam siri pengakuan yang pertama, pasti punya kesinambungan.
Lewat petang itu, dia tiba, dan perbualan tidak lama kemudian disusuli dengan tangisan- dan pengakuan itu adalah pengakuan zina.
Bagi saya dia luar biasa, manusia memang sifatnya sedaya upaya disembunyikan keaiban dirinya, lebih- lebih lagi yang berkaitan dengan dosa- dosa besar ini. Tetapi, ila yang saya baru saja kenal beberapa hari itu bertemu dengan saya dan menceritakan segalanya. Mulanya perbualan lebih kearah ingin saya menyelesaikan permasalahan ini, katanya mahu saya bertemu sendiri dengan lelaki itu dan menasihati lelaki itu supaya tidak lepas tangan dan bertangunggjawab, kemudian saya bantah, bukan kerana tidak berani, tapi saya nasihatkan ila supaya tidak datang bertemu saya untuk dia lanjutkan lagi hubungan dengan lelaki tersebut,kemudian akan dipermainkan lagi dan kemudian akan kecewa dan putus asa,- itu pengakhiran paling malang bagi manusia. Sekalipun dimulut keduanya beralaskan kata sesalan dan cuba kembali memandu cinta mereka.
Tetapi saya ingin dia hadir akan kesedaran untuk berubah, untuk dia benar- benar menyesal, bersedia bertaubat dan sepenuh hati bersedia melupakan lelaki itu tanpa dendam. Tegas, saya suarakan, dan dia menangis, memberitahu kepada saya, melupakan lelaki yang cuba melarikan diri dari perbuatannya itu adalah sesuatu yang mustahil, maka tugas saya bermula saat itu adalah berusaha membuat ila berhenti berharap kepada lelaki itu, dan bertaubat, meninggalkan lelaki itu sejauhnya dan kembali dan menggantung setinggi- tinggi harapan hanya kepada Allah. Ya itu tugas yang sukar!
Bagi saya pada mulanya ila datang kerana malu dengan perbuatannya, dan dia tidak berupaya lagi menanggung masalah tersebut, dan dia juga datang kerana dendam dengan lelaki tersebut yang tidak mahu bertemu dengannya lagi dan mahu melepaskan masalah jauh- jauh. Tetapi ila sendiri yang mengikat dirinya dengan masalah tersebut, saya tidak salahkannya, kerana manusia yang sedar dirinya berdosa sering bertanya- Tanya samaada Allah akan memaafkan dirinya atau tidak, dan melupakan dosa itu adalah mustahil melainkan ila menggantikannya dengan redha, dan yakin bahawa Allah mengampunkan kesalahannya, saya cuba menasihatinya menerusi mesej sekerap kemampuan saya. Saya katakana berhenti mengingati lelaki tersebut dan kembali pada Allah, jujurnya balasan yang saya terima adalah ‘mustahil untuk ila lupakan dia kerana dia sangat baik’ itu sedikit sebanyak menjemukan saya. Dan akhirnya saya menjadi semakin susah hati dan hampir putus asa untuk menasihati dirinya lagi.

Berlanjutan dalam beberapa ketika, semakin lama, mesej saya berbalas ‘ insyaAllah kak, ila cuba lupakan dia’. Kemudian saya mendiamkan diri, waktu itu, saya dengar khabar di pulang ke kampung, untuk menenangkan hati katanya, dan berlanjutan selepas itu dengan cuti semester, seingat saya, hanya dua atau tiga mesej yang saya kirimkan sepanjang cuti. Tidak lama sebelum buka semester, dia menghantar pesanan kepada saya, “ Akak tak suka dengan ila ya, kenapa akak senyap lama?”
Nah, tentu sahaja ayat sebegitu menebak diri saya sendiri, sesekali saya diberi kepercayaan sebegitu, tapi saya seolah- olah tidak bersungguh- sungguh, sesalan mula bermain- main diminda, dan sesekali menyesakkan dada saya. Sukarnya, sungguh sukar untuk membawa manusia kembali.
Islam hadir untuk manusia, bagaikan serkupan untuk membawa manusia kembali ke pangkuan Tuhannya. Dan perjalanan kehidupan manusia itu berbeza- beza. Ada yang Allah uji dirinya sebagai ‘penyeru’ (nama lainnya dipilih) dan ada manusia yang diuji dengan pelbagai cabaran dan jatuh, dan Alhamdulillah akhirnya dia kembali. Ditengah- tengahnya ada garisan halus, sekalipun kau di ceruk sana, aku diceruk sini, siapapun tidak dapat putuskan dimana hujung jalan kita kecuali Allah.
Para daie yang pemalas (teguran buat diri), malu untuk diri sendiri yang malas untuk menyampaikan, sekalipun Allah telah kurniakan ilmu yang sewajibnya disebarkan semula, Allah menguji saya dengan ila, atau akan datang akan lebih ramai, menunjukan sejauh mana saya mampu bersabar untuk menyebarkan.
Kesedihan saya tiba kekemuncak, ia bukan sejenis kesedihan lagi saya kira, ia lebih kepada penyesalan.
Hari ini saya terserempak dengan ila, dari jauh saya ucapkan Alhamdulillah dengan wajah cerianya. Kemudian kami bersalam dan berpelukan.
“ ila nak balik dah, dah berhenti belajar” saya terkedu.
“ berhenti?” sepatah.
“ Ila dah buat keputusan, selagi ila ada kat sini, dia kat sini, ila tak akan boleh lupakan hal tu” saya tersenyum kelat, perihal diri si daie yang pemalas.
“ terima kasih kak, kalau akak tak bagi kekuatan pada Ila, mesti ila tak boleh hadapi benda ni” hentukan kali ini lebih kuat di kepala.
“ akak si daie yang tak mampu bersabar, maafkan akak ye ila” sungguh ingin saya katakan sebegitu pada ila, tapi tersekat di kerongkong.
“Akak minta maaf banyak- banyak, semoga ila terus kuatkan diri, akak sendiri tak mampu nak kuatkan ila, hanya ila je yang boleh berusaha untuk lupakan dia, orang lain tak akan boleh, lepas ila dah buat keputusan ni (berhenti belajar), jangan pandang belakang lagi, mulakan hidup baru yang bebas, InsyaAllah akak yakin Allah dah ampunkan ila ( selepas melihat kesungguhan taubatnya)”, hanya itu yang mampu saya ucapkan.
“ Terima kasih kak” Ila mula menangis, sudah banyak kali saya melihat air matanya menangis sepanjang kisah ini berlaku.
Kami berpelukan semula, kemudian dia pergi.
Saya berjalan ke kelas, dengan ketukan demi ketukan di kepala, buat si daie yang pemalas dan tidak penyabar, ah, saya malas ungkapkan perkataan kalaulah..




1 comments:

Nurulain said...

best n menarik..gaya penulisan bagus.aku nak bagi 60peratus je sbb gaya penulisan asal hang lebih bagus sbnrnya.. gaya kat atas tu gya pnulisan ala2 orang..tpi the best ialah gaya ko sndiri n orang lebih suka style sniri ko..ayat yg cntik, hidup dan berbunga..huhu

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena