“semua orang bisa menulis, tapi tak semua
berhasil menjual penulisannya”
Entah kenapa, dialog filem nan satu ini,
sering sahaja bermain di fikiran saya, dan
selalu sahaja memberi semangat kepada saya untuk terus menulis.
Kata orang sekarang bukan lagi zaman blog,
tapi tidak bagi saya, minat membaca tidak tertakluk pada karya dari penulis
bestseller sahaja, tetapi kadang- kadang berjam- jam masa yang saya habiskan
untuk membaca dari blog ke blog, saya berminat dengan kehidupan manusia yang
jelasnya berbeza, meneliti kehidupan orang
lain yang meskipun tidak dikenali secara fisic itu juga merupakan bidang minat saya (^_^)
Sesiapapun bisa sahaja menulis, bahkan
menulis tentang kehidupan sendiri itu selalunya tidak mengecewakan, meskipun perkongsian
sering dilihat sebagai mencari populariti mahupun menebar keaiban diri, tetapi
khalayak pembaca menilai penulisan melalui hati, kerana ramai orang membaca
menerusi hati. Kehidupan yang disusuri dengan kesungguhan disetiap perjalanan
sering sekali memberi inspirasi, manusia yang sering bersemangat menjalani
hidup sebenarnya menghadiahi semangatnya kepada orang lain, maka teruslah menulis! Lebih-
lebih lagi berkaitan kehidupan sendiri.
Ya, setiap orang bisa menulis, menjual atau
tidak itu kisah lain, penulis yang tidak punya buku khusus hasil karyanya juga
penulis, menulis dilembaran kertas- kertas nota juga penulis, menulis di blog
juga penulis, yang penting setiap dari manusia yang membacanya jadi terjebak
untuk terus membaca kerana penulisan itulah yang membawa perubahan keatas
dirinya.
saya berkesempatan membaca kisah oki setiana
dewi menerusi bukunya melukis pelangi, menanggapi oki seorang wanita biasa
yang hanya bekerjaya sebagai seorang
pelakon yang bezanya lebih muslimah berbanding yang lain merupakan
persepsi utama saya ketika menonton lakonannya di beberapa buah filem dan
sinetron. Namun selepas membaca kisah
kehidupannya menerusi penulisannya ini, saya menjadi lebih tahu siapa dia
sebenarnya dan selayaknya dia mengecapi apa yang dianugerahkan kepadanya pada
masa kini, dan lakonannya menjadi lebih berkesan buat saya sekalipun itu filem
yang sama sebelum saya membaca kisah kehidupannya.
Saya juga selesai membaca kisah ustaz
hasrizal menerusi buku barunya ‘di Hamparan Shamrock kuseru nama-Mu, saya belum
pernah membaca kisah penulis dalam buku- buku sebelumnya, dan untuk kali
pertama ini, saya membaca kisah kehidupannya yang katanya dari sisi yang lain,
dan kehidupannya yang diselubungi pelbagai ujian kehidupan itu menarik,
inspirasi buat manusia yang tidak mahu menghargai kehidupan sendiri.
Menjadi seperti dua ikon penulisan ini sudah
tentu masih jauh, tetapi karya yang bercerita tentang kehidupan sendiri itu berjaya
mengangkat nama mereka sebagai seorang penulis yang baik.
Maka bermulalah menulis, kerana kisah
kehidupan anda lebih menarik jika diolah dengan baik menerusi penulisan. Terlalu
ramai penulis yang menulis di blog juga berjaya menyentuh hati ramai orang.
Cerita tentang kehidupan manusia itu menarik,
maka berceritalah mengenai kehidupan secara telus.
Jika dirumah, bukan sedikit kisah kehidupan
tokoh- tokoh yang mengisi ruang bilik kami, Alhamdulillah saya dikurniakan adik
beradik yang gemar membaca dan berkongsi buku yang kami beli,dalam susunan buku
tersebut, kisah tentang kehidupan manusialah yang lebih diminati.
Kisah perjuangan tokoh gerakan islam, kisah
kehidupan manusia yang diuji, kisah perjalan tokoh- tokoh masyarakat, itu seni
kehidupan yang diceritakan lewat penulisan. Yang begitu memberi inspirasi.
Ingat, menjadi penulis bukan hanya setelah
kita berjaya menulis sebuah buku, bukan hanya setelah kita sudah berjaya mengisi
kolum- kolum khas di majalah popular, mahupun setelah karya kita memenangi
anugerah- anugerah tertentu, tetapi setiap dari kita penulis, jika dia menulis
dari hati. Ayuh menulis, kerana ada yang mereka tidak tahu sesuatu sehingga andalah yang menulisnya ^_^
1 comments:
Saya suka baca tulisan awak...;)
Post a Comment