Memaksa menulis semata- mata ingin dilihat kerap ‘update’ blog bukan sifat saya, sebetulnya saya lebih gemar ‘berlapang- lapang’ dalam menulis, dan saya ingin sekali menjadi penulis yang menulis dari hati, dan setiap yang berlaku didalam hidup saya, bukan semuanya terkesan untuk saya coretkan menerusi penulisan, tetapi dalam beberapa kisah yang saya lalui beberapa bulan ini, ingin sekali saya ceritakan disini, kalau- kalau ada yang sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini.
Hari ini adalah hari kesedihan (baca: bukan malang), tentang perpisahan
dengan seorang sahabat, yang saya ingatkan dia bukanlah siapa2 dalam diri saya,
tetapi rupa- rupanya pemergian dia menyelaputkan rasa bersalah didalam diri,
terima kasih buat dia yang meninggalkan jejak disini.
“ kak, ila (bukan nama sebenar) nak jumpa akak, boleh ila datang bilik
akak”, mesejnya petang itu mungkin agak mengejutkan, pertemuan kali pertama di
kaunter klinik guaman syarie yang kami buka dikampus sebagai latihan subject beberapa
hari lalu rupa- rupanya tidak terhenti disitu, ya, ini kes pertama saya(tidak
rasmi).
“okey je, meh la datang bilik akak” lekas saya membalas, sudah mengagak,
gugupnya dalam siri pengakuan yang pertama, pasti punya kesinambungan.
Lewat petang itu, dia tiba, dan perbualan tidak lama kemudian disusuli
dengan tangisan- dan pengakuan itu adalah pengakuan zina.
Bagi saya dia luar biasa, manusia memang sifatnya sedaya upaya
disembunyikan keaiban dirinya, lebih- lebih lagi yang berkaitan dengan dosa-
dosa besar ini. Tetapi, ila yang saya baru saja kenal beberapa hari itu bertemu
dengan saya dan menceritakan segalanya. Mulanya perbualan lebih kearah ingin
saya menyelesaikan permasalahan ini, katanya mahu saya bertemu sendiri dengan
lelaki itu dan menasihati lelaki itu supaya tidak lepas tangan dan
bertangunggjawab, kemudian saya bantah, bukan kerana tidak berani, tapi saya
nasihatkan ila supaya tidak datang bertemu saya untuk dia lanjutkan lagi
hubungan dengan lelaki tersebut,kemudian akan dipermainkan lagi dan kemudian
akan kecewa dan putus asa,- itu pengakhiran paling malang bagi manusia. Sekalipun
dimulut keduanya beralaskan kata sesalan dan cuba kembali memandu cinta mereka.
Tetapi saya ingin dia hadir akan kesedaran untuk
berubah, untuk dia benar- benar menyesal, bersedia bertaubat dan sepenuh hati
bersedia melupakan lelaki itu tanpa dendam. Tegas, saya suarakan, dan dia
menangis, memberitahu kepada saya, melupakan lelaki yang cuba melarikan diri
dari perbuatannya itu adalah sesuatu yang mustahil, maka tugas saya bermula
saat itu adalah berusaha membuat ila berhenti berharap kepada lelaki itu, dan
bertaubat, meninggalkan lelaki itu sejauhnya dan kembali dan menggantung
setinggi- tinggi harapan hanya kepada Allah. Ya itu tugas yang sukar!
Bagi saya pada mulanya ila datang kerana malu dengan
perbuatannya, dan dia tidak berupaya lagi menanggung masalah tersebut, dan dia
juga datang kerana dendam dengan lelaki tersebut yang tidak mahu bertemu
dengannya lagi dan mahu melepaskan masalah jauh- jauh. Tetapi ila sendiri yang
mengikat dirinya dengan masalah tersebut, saya tidak salahkannya, kerana
manusia yang sedar dirinya berdosa sering bertanya- Tanya samaada Allah akan
memaafkan dirinya atau tidak, dan melupakan dosa itu adalah mustahil melainkan
ila menggantikannya dengan redha, dan yakin bahawa Allah mengampunkan
kesalahannya, saya cuba menasihatinya menerusi mesej sekerap kemampuan saya.
Saya katakana berhenti mengingati lelaki tersebut dan kembali pada Allah,
jujurnya balasan yang saya terima adalah ‘mustahil untuk ila lupakan dia kerana
dia sangat baik’ itu sedikit sebanyak menjemukan saya. Dan akhirnya saya
menjadi semakin susah hati dan hampir putus asa untuk menasihati dirinya lagi.
Berlanjutan dalam beberapa ketika, semakin lama, mesej
saya berbalas ‘ insyaAllah kak, ila cuba lupakan dia’. Kemudian saya mendiamkan
diri, waktu itu, saya dengar khabar di pulang ke kampung, untuk menenangkan
hati katanya, dan berlanjutan selepas itu dengan cuti semester, seingat saya,
hanya dua atau tiga mesej yang saya kirimkan sepanjang cuti. Tidak lama sebelum
buka semester, dia menghantar pesanan kepada saya, “ Akak tak suka dengan ila
ya, kenapa akak senyap lama?”
Nah, tentu sahaja ayat sebegitu menebak diri saya
sendiri, sesekali saya diberi kepercayaan sebegitu, tapi saya seolah- olah
tidak bersungguh- sungguh, sesalan mula bermain- main diminda, dan sesekali
menyesakkan dada saya. Sukarnya, sungguh sukar untuk membawa manusia kembali.
Islam hadir untuk manusia, bagaikan serkupan untuk
membawa manusia kembali ke pangkuan Tuhannya. Dan perjalanan kehidupan manusia
itu berbeza- beza. Ada yang Allah uji dirinya sebagai ‘penyeru’ (nama lainnya dipilih)
dan ada manusia yang diuji dengan pelbagai cabaran dan jatuh, dan Alhamdulillah
akhirnya dia kembali. Ditengah- tengahnya ada garisan halus, sekalipun kau di
ceruk sana, aku diceruk sini, siapapun tidak dapat putuskan dimana hujung jalan
kita kecuali Allah.
Para daie yang pemalas (teguran buat diri), malu untuk
diri sendiri yang malas untuk menyampaikan, sekalipun Allah telah kurniakan
ilmu yang sewajibnya disebarkan semula, Allah menguji saya dengan ila, atau
akan datang akan lebih ramai, menunjukan sejauh mana saya mampu bersabar untuk
menyebarkan.
Kesedihan saya tiba kekemuncak, ia bukan sejenis
kesedihan lagi saya kira, ia lebih kepada penyesalan.
Hari ini saya terserempak dengan ila, dari jauh saya
ucapkan Alhamdulillah dengan wajah cerianya. Kemudian kami bersalam dan
berpelukan.
“ ila nak balik dah, dah berhenti belajar” saya
terkedu.
“ berhenti?” sepatah.
“ Ila dah buat keputusan, selagi ila ada kat sini, dia
kat sini, ila tak akan boleh lupakan hal tu” saya tersenyum kelat, perihal diri
si daie yang pemalas.
“ terima kasih kak, kalau akak tak bagi kekuatan pada
Ila, mesti ila tak boleh hadapi benda ni” hentukan kali ini lebih kuat di
kepala.
“ akak si daie yang tak mampu bersabar, maafkan akak
ye ila” sungguh ingin saya katakan sebegitu pada ila, tapi tersekat di
kerongkong.
“Akak minta maaf banyak- banyak, semoga ila terus
kuatkan diri, akak sendiri tak mampu nak kuatkan ila, hanya ila je yang boleh
berusaha untuk lupakan dia, orang lain tak akan boleh, lepas ila dah buat
keputusan ni (berhenti belajar), jangan pandang belakang lagi, mulakan hidup
baru yang bebas, InsyaAllah akak yakin Allah dah ampunkan ila ( selepas melihat
kesungguhan taubatnya)”, hanya itu yang mampu saya ucapkan.
“ Terima kasih kak” Ila mula menangis, sudah banyak
kali saya melihat air matanya menangis sepanjang kisah ini berlaku.
Kami berpelukan semula, kemudian dia pergi.
Saya berjalan ke kelas, dengan ketukan demi ketukan di
kepala, buat si daie yang pemalas dan tidak penyabar, ah, saya malas ungkapkan perkataan kalaulah..
1 comments:
best n menarik..gaya penulisan bagus.aku nak bagi 60peratus je sbb gaya penulisan asal hang lebih bagus sbnrnya.. gaya kat atas tu gya pnulisan ala2 orang..tpi the best ialah gaya ko sndiri n orang lebih suka style sniri ko..ayat yg cntik, hidup dan berbunga..huhu
Post a Comment