Gambar hiasan |
Segenap lapisan manusia sudah tahu, wanita adalah ciptaan Allah yang penting dalam membentuk
peradaban manusia, seiring diri seorang wanita yang merupakan madrasah perdana
buat generasi mendatang.
Jika bagaimana
terbentuknya dunia akan datang adalah dengan penilaian siapa dan bagaimana
anak- anak mudanya sekarang, tidak pernah terkecuali anak- anak kecil juga penting
untuk diserap ilmu mengenal Allah terlebih dahulu, ketika hidupnya sentiasa
berdampingan dengan si ibu , Sedang ketika itu wanita- wanita terutamanya ibu-
ibu sudah bersedia bagaimana mencorak generasinya akan datang.
Maka jelaslah yang
lebih utama adalah mendidik wanita, berperananlah seorang bapa, suami, abang
dan adik lelaki, untuk membentuk masyarakat islam pada masa akan datang, dengan
mendidik wanita- wanita terhormat di sekelilingnya sekarang.
Kewajipan mendidik wanita telah digariskan didalam islam menerusi Firman Allah SWT
didalam Al- Quran, Surah At- Tahrim ayat yang ke 6, “ Wahai orang- orang
beriman, peliharalah diri dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat- malaikat yang kasar,
yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya
kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.
Dari Abu Sai’d Al- Khudri r.a. berkata, Rasulullah
s.a.w. bersabda :
“ Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan,
kemudian dia berbuat baik dalam berhubungan dengan mereka dan bertaqwa kepada
Allah atas (hak) mereka, maka baginya syurga” ( Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu
daud : hanya dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda “ kemudian ia
mendidik, berbuat baik, dan menikahkan
mereka, maka baginya syurga)
Juga hias- hiasan |
Bahkan islam tidak pernah sekali- kali melarang
seorang wanita menuntut ilmu terutamanya dalam bidang ilmu yang lebih
mendekatkan dirinya kepada Allah, dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam
Al- Bukhari, Rasulullah menyatakan bahawa, “ Sebaik- baik wanita adalah
wanita-wanita ansar, rasa malu tidak menghalang mereka dalam mendalami agama”,
bahkan terdapat ramai daripada wanita- wanita salaf terdahulu telah menjadi
gudang ilmu dan sumber rujukan dalam bidang fiqh dan agama islam, namun kembali
kepada seorang wanita itu sendiri agar benar- benar memanfaatkan hal ini dengan
berusaha mendalam ilmu yang bermanfaat dan meninggalkan hal yang tidak
diperlukan untuk lebih fokus pada bidang yang lebih terarah kepada peranan
seorang wanita.
Seorang wanita seharusnya diberikan didikan yang
bersesuaian dengan keberadaanya, seperti membaca, menulis, mengira, mendalami
ilmu agama, mempelajari sejarah salafusoleh(asas) dan sehinggalah kepada bab
yang lebih tinggi seperti dasar- dasar tarbiyah, mengurus rumah, dan bagaimana
mendidik anak- anaknya kelak.
Tangungjawab mendidik wanita inilah yang diletakkan
dibahu seorang ayah, suami, abang, adik lelaki dan juga anak lelaki bagi
seorang wanita. Setiap dari mereka berperanan dalam memberikan pendidikan
kepada wanita dibawah ‘pantauan’ mereka, tidak kiralah dengan mengajar sendiri,
membiayai pengajian, mencarikan guru yang khusus dan pelbagai cara yang
diizinkan syarak demi memberikan pendidikan bermanfaat kepada wanita untuk
diamalkan mereka.
Masa depan islam memerlukan wanita- wanita yang
berkualiti merangkumi kekuatannya dalam bidang agama, keindahan akhlaknya dan
kebertanggungjawaban yang tinggi untuk mendidik generasi akan datang, maka
didiklah wanita, usah diabaikan kerana tingginya nilai wanita dalam membentuk
dunia islam akan datang tidak pernah dapat disangkal lagi.
**Olahan dari sumber rujukan : Majmu'ah Rasail Al- Imam Asy- Syahid Hasan Al-Banna (Mar'ah Muslimah) .
0 comments:
Post a Comment