Thursday, December 18, 2008
Cerpen: Menanti Hanan~ siri satu
Bayu pantai membelai lembut wajah, awan berarak perlahan-lahan, gumpalan-gumpalan kelabu dilangit meluas bergerak menyelimuti cerah mentari yang menyinar, petanda rahmat hujan akan melimpah ruah sebentar sahaja lagi, beranda rumah kayu berciri rumah melayu melaka itu menjadi lokasi istirehatnya hampir setiap tengah hari sementara menunggu waktu asar menjengah sejak pulang bercuti sebulan lalu, setelah tiga tahun menyimpan resah rindu pada adik dan ibunya yang hanya tinggal berdua setelah kematian Arwah Abah sebelum dia berangkat ke mesir melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tahun ini dia mengambil keputusan untuk pulang ke malaysia, cuti yang bersisa hanya tinggal dua bulan ini akan dimanfaat sebaiknya, e-book Riyadhus shalihin - Imam an Nawawii yang terpampang di skrin laptopnya sudah sampai ke Bab 20-tolong – menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , di teliti sedalamnya, malam ini Tazkirah di Masjid Al-Falah,masjid kampungnya akan berkisarkan tentang itu.
“Uwais, tolong Ummi boleh” tubuh Mak cik Amnah muncul di depan pintu.
“Tolong apa mi?”Uwais Al-Qarni segera berpaling.
“Angkatkan kain, dah nak hujan dah ni”Uwais angguk, menuruni anak tangga laju.
“Manalah adik kamu ni..”Mak cik Amnah memanjangkan leher, dahinya berkerut, risau kan satu-satunya anak perempuannya, Khaulah.
“Sekejap lagi baliklah tu Ummi..Ha, anak angkat Ummi tu bila sampainya?”Uwais melonggokkan baju diruang tamu, kebiasaannya,disitulah tempat Khaulah melipat baju-baju yang sudah kering.
“Entahla..katanya lepas Asar..”Ummi berlalu kedapur , menyiapkan makanan.
“Ummi, dah ada anak angkat jepun jangan lupa Uwais dengan ila pulak”Uwais mengusik.Mak Cik Amnah menggeleng kecil, itulah yang disebut-sebut Khaulah sejak semalam.manalah nak dicampak dua buah hatinya ini, diganti selaut permata pun takkan sama.
Uwais kembali ke Beranda, melihat kalau-kalau Khaulah sudah pulang,sangkaannya tepat , Khaulah sedang meletakkan basikalnya dibawah rumah.
“Abang, tengok ni!”Khaulah berlari laju memanjat anak tangga.menghulurkan kertas di tangan kanannya kepada Uwais.
Kening Uwais Al-Qarni hampir tercantum.
“ohaio gozaimasu…”Uwais menyebut perlahan.
“Apa ni?”
“Ni namanya..bahasa jepun.apalah abang ni,lambat betul, semangat ila naik tau tak.” Uwais tergelak kecil,macam-macam..
“Dah pergi tukar baju, tolong Ummi masak..”Uwais berlalu keberanda semula,mengambil komputer ribanya dan masuk kedalam, bersiap ke masjid untuk solat Asar, sempat digosok kepala Khaulah, gadis berumur 17 tahun yang lengkap berjubah dan bertudung labuh hijau pucuk pisang berdengus kecil.
“Ummi nak ke Masjid sekali?”Uwais Al-Qarni yang sudah lengkap berjubah dan berkopiah putih berdiri di pintu dapur.
“Ye..ye ..sekejap,Ila..hidangkan lauk-lauk ni ye.!”Jerit Mak cik Amnah, Ila berlari-lari kecil dari arah biliknya.
“Hujan lebat ni..takut lah Ila duduk sorang-sorang”
“Eh, eh..sejak bila jadi penakut ni..cakap la nak mengorat mamat-mamat jepun kat balai Raya nanti kan..”Uwais tak habis-habis mengusik.
“Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh wahai Abangku Uwais Al-Qarni.”selamba, Ila berlagak seolah-olah sedang berkhutbah,pecah tawa Uwais dan Mak cik Amnah.
"cek balik makna fitnah dalam bahasa arab dik oii.."sempat Uwais berpesan sebelum berlalu.
“Dah..dah , ila sediakan lauk, hidangkan yang mana patut.Ummi terus ke Balai raya nanti,katanya rombongan pelajar dari jepun tu dah dekat dah..”Ila memuncungkan bibir, sungguh,dia memang takut tinggal berseorangan waktu hujan lebat begini.
“Hafal la bahasa jepun tu ye..nanti boleh berborak panjang dengan orang jepun tu..” Uwais gelak tak henti-henti.
“iterashaii~”Khaulah melambai ala ratu Universe.
“Papela~”Uwais julingkan mata
“Ummi , pilih anak angkat lelaki tau!”Jerit ila, mahunya Uwais nak bagi.
“Diorang dah siap bagi-bagi dah, Ummi ambil yang mana dapat..”
Kereta kancil putih peninggalan Arwah Ayah meluncur laju, Muncung dibibir Khaulah tak surut-surut. Sabar je la..
Khaulah berlari kemuka pintu sebaik terdengar deruan enjin kereta, Uwais masuk mengg
alas beg besar berwarna hitam.
“Lelaki ke perempuan” Sempat Khaulah bertanya sambil menjenguk ke Muka pintu.
“Waa…cun la Abang..” Khaulah kenyit mata,Uwais mencebik.
“Domo~ konnichiwa~”Khaulah berbasa basi, wajah gadis jepun berkemeja putih dan berseluar jeans ditatap dari atas kebawah, tertarik dengan kecantikan wajah gadis berambut paras bahu dan bertubuh genit itu.
“Hai~Selamat petang, saya sakura Hikari ” Khaulah menekup mulut.cepat-cepat tangan dihulur untuk bersalaman.Uwais tahan gelak .
“Pandai cakap bahasa Melayu?”Akhirnya pertanyaan dimindanya terungkap dibibir.
“Pandai..sudah tiga tahun belajar..”Agak takut-takut,Hikari menyambut huluran salam, Ummi membawa Hikari ke bilik.tawa Uwais dan Khaulah berderai, punyalah semangat Khaulah berlatih cakap bahasa jepun,akhirnya..jadi macam ni..
“Ohaio gozaimasu~” Uwais tarik sedikit tudung Khaulah dan berlalu ke dapur..lapar~
“Abang jahat!”
“Banyak program disediakan sepanjang dikampung ini Hikari”semua orang dah tukar cakap jadi bahasa baku, termasuklah Ummi..
“Banyak..tak sabar rasanya, nanti ke sekolah Khaulah pula”walaupun agak pelat,tapi,oklah~khaulah sempat menemuramah Hikari sedikit sebanyak dibilik tadi.
Uwais Al-Qarni diam seribu bahasa, selalunya dimeja makan lah medan paling galak sekali dia mengusik Khaulah.
“Abang Uwais belajar dimana?”Hampir tersedak Uwais,cepat-cepat disambar air.
“Mesir”sepatah.
“Jadi , Pulang bercuti?” Uwais sekadar mengangguk,geram Khaulah jadinya, ditendangnya perlahan kaki Uwais dibawah meja.
“Hikari, disana belajar jurusan apa?” sungguh skema, Uwais tahan senyum, Khaulah cuba menarik perhatian Hikari dari ‘kedinginan’ Uwais.
“Saya Ambil jurusan perubatan, datang kemalaysia untuk mengenali lebih dekat Malaysia,kerana itu saya menyertai program pertukaran pelajar ini, kawan-kawan saya sudah ramai yang datang ke Malaysia, mereka kata, bagus”Hikari menggerak-gerakkan ibu jarinya.
“Owh..samalah dengan Abang” Hikari terangguk-angguk. Lelaki ‘gila’ ni bakal doktor rupanya.Entahlah~ dia mula berpandangan negatif pada Uwais.
“Disini banyak lembu..”Hikari senyum, teringat kereta yang dipandu Uwais hampir melanggar sekawan lembu sebentar tadi, berderau darahnya sebentar.
“Banyak,biasalah..sini kampung..”giliran Ummi melayan Hikari, dicedokkan Kuah asam pedas ikan pari ke pinggan Hikari, terpaksa diberinya Hilari sudu dan Garfu sebaik melihat kekoknya mizuki makan menggunakan tangan.
“Nanti Khaulah bawakan saya berjalan-jalan ya.”Khaulah Angguk.
“Esok,kalau tak hujan kita jalan-jalan okey?”makin wujud keserasian antara keduanya.
“Suara apa itu Khaulah?” Khaulah menutup semua tingkap sebaik Azan magrib berkumandang, Uwais Al-Qarni dan Mak cik Amnah sudah berangkat ke masjid dari tadi, hari ini , seperti biasa, giliran Uwais menjadi Imam sekaligus memberikan tazkirah selepas magrib. Selalunya, Khaulah akan turut mengekor Ibu dan Abangnya, tapi untuk hari ini, dia diarah menemani Hikari di rumah sahaja.
“Itu Azan, Azan berkumandang untuk menandakan masuknya waktu solat bagi orang islam.”Hikari terangguk-angguk, entahlah, dia malas bertanya dengan lebih lanjut, baginya , agama adalah kepercayaan dan hak individu. Dibiarkan sahaja Khaulah menyarung kelubung putih dan terduduk terbangun di atas sehelai permaidani kecil. Dia mengalihkan semula pandangannya ke Album Gambar yang diberi Khaulah. Sesekali bibir merah delimanya merekah melihat telatah Uwais dan Khaulah didalam gambar.
Hikari senyap, Suara sayup-sayup dari kejauhan itu meresap ke jiwanya, entah apa jenis alunan , biar berbeza dari tadi, suara itu seolah-olah menenangkan dirinya. Dahinya berkerut mengamati, dia menuju ke ruang tamu, meninggalkan Khaulah yang masih belum selesai dan masih senyap duduk diatas permaidani kecil itu. Hikari membuka pintu dan duduk di atas kerusi malas di beranda, Angin membelai rambutnya, matanya dipejam menghayati Alunan itu.
“Hikari..”Suara Khaulah memecah kesunyian, Khaulah masih menutupi Rambutnya dengan sehelai kain yang dilipat dan dijahit tengahnya seperti siang tadi, dia teringat sewaktu melihat sebuah rencana mengenai wanita di Afganistan,
, semua wanitanya berselubuh lebih dahsyat dari Khaulah.Rimas dia melihatnya, lagi-lagi dibawah panas terik .
“Kenapa?”Hikari geleng, pertanyaan Khaulah diterbang angin lalu~
“Kamu lapar?” geleng lagi.dia senyum
“Saya masuk dulu, kamu tak apa-apa kan kan duduk disini?” Kali ini Hikari mengangguk pantas.saat berseorangan begini dan dengan suasana tenang begini, dia mula teringatkan ibunya yang telah pergi meninggalkan dirinya akibat penyakit Barah hati, Mutiara jernih itu menitis laju, pantas Hikari menyeka, bimbang Khaulah keluar secara tiba-tiba, hanya tinggal ayahnya sahaja yang menjadi pengubat duka lara, itu sudah memadai, mujurlah mereka dari keluarga senang, Ayahnya pula bijak menghiburkan hatinya.
Kehilangan Ibu sebenarnya menjadikan dia seorang gadis yang kuat menempuh ranjau kehidupan.Suara tadi semakin menghilang~
“itadakimasuu~”Roti canai disua kemulut, roti canai menjadi juadah sarapan mereka pagi ini.Hikari yang makan dahulu, terlalu gembira ingin mencuba makanan yang diceritakan oleh kawan-kawannya yang pernah datang ke Malaysia.
“Makan Hikari, Ummi beli banyak ni..” Mak cik Amnah menambah sekeping lagi roti canai ke pinggan Hikari.
“Wah…Roti canai mi..”Khaulah baru selesai menyidai baju.
“Ha, panggil abang kamu.”
“Abang Dhuha mi..lepas ni turun la tu..”tak sampai seminit, uwais muncul .
“Ha..kan dah cakap.”
“Apa..”Uwais duduk.mengambil sekeping roti canai dan diletak ke pinggannya.
“Hikari , program hari ni sampai jam berapa?”
“Sampai jam empat Ummi~” Ummi senyum, Hikari sudah boleh menggelarkannya
‘Ummi’.
“Bolehlah Khaulah bawa Hikari jalan- jalan petang ni..”pinta Hikari.
“Boleh..”
“Khaulah, Abang kamu dingin kan..”Hikari memeluk tubuh, berjalan sepanjang pantai ditiup bayu , sejuknya menikam ke tulang hitam.Khaulah tergelak kecil.
“Ha’ah..tapi dulu tak macam tu..”Khaulah memandang matahari yang makin condong ke barat, matanya mengecil.
“Maksud Khaulah?” Khaulah berpaling semula kearah Hikari.
“Hanya selepas Abah pergi..”
“Maksud kamu, bapa?”Khaulah angguk.
“Abang terlalu rapat dengan Abah, lepas Abah pergi, Abang seolah-olah hilang separuh tubuhnya, bagi abang, Abah adalah jiwanya,semangatnya, baru-baru ni saja baru Abang mula ceria semula, tu pun hanya dengan saya dan Ummi”
“Tu Abang” Khaulah menghalakan jari telunjuknya kearah Uwais yang sedang berdiri memerhati laut yang terbentang luas.
“Abang!” Khaulah berlari mendapatkan Uwais, Hikari tertinggal dibelakang, sekadar memerhatikan kemesraan dua beradik itu.
“Nak nyanyi lagu negaraku ke apa”Uwais senyum, sibuk je budak ni..
“Tak..nak nyanyi lagu cindai, nak ikut zapin?” Khaulah ketawa, tak habis-habis.
“sekeh karang..”Khaulah mencebik.
“Ila nak cari siput..”
“17 tahun duduk sini tak puas-puas cari siput?carilah kucing ke, ayam ke pulak..”
“Sibuk je” Khaulah terbongkok-bongkok mencari siput.
“cepat sikit balik, dah nak senja, budak perempuan keluar senja-senja tak elok..”
“Ok bos!”Uwais turut membantu Khaulah, itulah permainan mereka waktu kecil.
“Kamu terlalu teliti dalam menjaga Khaulah Uwais, kebebasannya seakan disekat”
Entah kenapa lancar sahaja mulutnya mengeluarkan pertanyaan itu. Hanya selepas memerhatikan beberapa situasi, Uwais menegur Khaulah yang memakai seluar untuk menyidai kain, disuruh Khaulah masuk menyarung kain, lagi sewaktu makan , Khaulah terlupa dan keluar dari bilik tanpa penutup kepala, Uwais pantas menyuruh Khaulah masuk semula dan menyarung penutup kepalanya, Hikari makin ingin tahu tentang diri mereka, kepercayaan mereka, fahaman mereka,lagi-lagi selepas Uwais menyuruh Khaulah segera pulang hanya kerana waktu senja, apa masalahnya dengan waktu senja, di jepun, senja tidak membawa apa-apa erti, melainkan kesibukan mereka pulang dari kerja.
Uwais berpaling, tak disedari, bila pula Hikari dibelakangnya dengan berselimut sehelai kain seperti selendang tebal berwarna putih.
“Dia satu-satunya adikku..” Uwais merengus kecil,Matanya dialih melihat matahari semakin terbenam diufuk barat, matanya dikalih ke jam di tangan kanannya, 6.20~
“Bukan itu maksud aku, terus terang saja, ceritakan aku tentang pantang larang disini..” Hikari kurang senang dengan cara Uwais menjawab soalan itu.
“Ini bukan adab, ini perintah agama kami,cara hidup kami.”
“jadi, Agama kamu melarang wanitanya mencari bahagia mereka, mencari erti bebas.”
“Itu pendapat kamu.. Akhir – akhir ini Dunia baru sedar, wujudnya dua golongan wanita.kamu perlu tahu itu” Dahi Hikari berkerut.
“Golongan pertama , golongan bebas atau mencari kebebasan seperti yang kamu minta, golongan yang sentiasa muncul di kaca-kaca televisyen dengan pelbagai fesyen terkini, alat solek , berpeleseran, ke pawagam, kononnya mencari erti sebenar kebahagian dalam hidup” Uwais masih berlagak selamba seperti tadi, Cuma sekali-sekali dia berpaling.
“Dan satu lagi, golongan Muslimah, golongan yang sentiasa mencari redha Tuhannya, iaitu Allah.”
“Jadi kamu mengajak aku berdiskusi tentang agama, tentang anutan”
“Ya~boleh saja”Hikari makin geram dengan jawapan selamba Uwais Al-Qarni.
“Mencari redha Tuhan? Jadi mengapa wanita dalam agama kamu seolah-olah ditindas, dikurung, menderita..”
“Jadi kamu melihat seperti Khaulah menderita.?”Hikari kaget, tentang agama?entah sejak bila dia mengambil berat tentang agama dia tidak tahu, tapi Nalurinya menyatakan Alam ini punya pencipta, jadi dia bukan dari golongan Free Thinker, bahkan, dia mahu berkahwin di gereja.Khaulah?Dia nampak bahagia dalam diri Khaulah, jadi apakah dia harus menyatakan itu pada Uwais Al-Qarni, Ah~lelaki ini menjeratku.
“Kamu mahu Khaulah menjadi seperti Paderi Wanita ?mengabdikan diri kepada Tuhan dan tidak berkahwin”
“Kamu terkeliru, dua jasad ini berbeza, sangat berbeza, Bagi Nun, hidup ini hanya tertumpu pada ‘tunang rohaniah’nya atau spiritual bridegroom , Jesus dan hal ehwal keduniaan dianggap
perangkap syaitan, manakala bagi Muslimah , disamping beribadah, mereka digalak mencari dan menikmati kenikmatan yang hakiki, mereka berhak mendapat kasih sayang dari suami yang Taat pada Tuhannya, kenikmatan menjadi seorang ibu, memakai baju yang cantik dan berhias diri, tetapi masih dibawah garis Syariat.Jadi pendapat kamu untuk menganggap Khaulah adalah seperti Nun adalah salah, dia juga akan berkahwin satu hari nanti.” Terang Uwais panjang lebar, entah kenapa Hikari semakin tertarik mendengarnya, walaupun semakin pening.
“Perjuangan dan lantangan suara dari wanita bebas ini adalah sekadar perjuangan ediologi mereka untuk merealisasikannya tidak kira ia benar atau salah, bagi Wanita Islam pula, kesukaran yang mereka hadapi menambahkan keyakinan aqidah mereka, bahkan sebenarnya , kebebasan yang wanita-wanita itu laungkan adalah hanya sekadar kepalsuan, kamu lihat sendiri, mereka tidak tenang jika ada yang lebih cantik, sentiasa mengkritik sesuatu yang tidak menyenangkan mereka, hati mereka penuh dengan dengki, jadi itu kebebasan yang kamu mahukan?”Uwais berbicara selagi ada yang terlintas di benaknya, dia menelan air liur sesaat.Hikari diam, haha..diam itu kan tanda setuju.
“Kamu tidak lihat ketenangan yang muncul dalam wajah mereka yang bergelar wanita islam yang mentaati Tuhannya?..kamu harus akuinya Hikari…”buat pertama kalinya Uwais menyebut nama Hikari.ya, Hikari setuju yang ini, dia tenang melihat wajah Ummi dan Khaulah, tidak setenang melihat wajah wanita-wanita di negarannya, tapi tak bermakna setujunya itu harus menerjah keluar dari bibir merahnya, Rambutnya yang sedang dimain angin dikuak kebelakang, Khaulah masih ralit mencari siput, Ah~ Khaulah..kau bijak mendiamkan diri.
“Nak magrib dah ni..jom balik”Khaulah tiba-tiba bangun dan menuju kearah keduanya.
“Aku balik dulu”Hikari berlalu pantas.entah kenapa, dia sendiri tidak tahu, tapi yang pasti, pipinya mula merona merah.Mata Khaulah dan Uwais hanya mengekor langkah Hikari.
“Tak kasar sangat ke bunyinya~”
“Bijak merebut peluang menyampaikan Dakwah”keduanya masih tidak lepas memandang Hikari.
“By the way..bahasanya bagus sekali” Khaulah rosakkan mood serius.
“hem hem..Dia satu-satunya adikku”Khaulah menggaraukan suaranya, mengajuk Uwais.
“Diam ah~” Uwais mula melangkah laju, dia perlu bersiap ke masjid.Khaulah masih ketawa memegang perut dibelakang.Uwais senyum.
“Hikari dah nak tidur?” Khaulah masuk setelah mengetuk pintu bilik tetamu beberapa kali, Hikari duduk bersila diatas katil memegang sebuah buku.
“Tidak, saya tidak mengantuk..mungkin kerana terlalu penat bersukan dibalai raya siang tadi”Hikari senyum menjawab.
“Orang penat la tidur awal..”Khaulah ketawa kecil.dia mengambil tempat dihadapan Hikari, turut menilik buku yang dibaca Hikari.
“Kamu baca buku apa?” Hikari menunjuk muka depan buku yang dipegangnya
“Siti Khadijah, saya ambilnya disitu.”Hikari memuncungkan bibirnya kearah rak yang berada disebelah kepala katil.Khaulah senyum.
“Saya nak minta maaf bagi pihak abang Uwais, saya tahu kamu kurang senang”Hikari pantas menggeleng, sebuah lagi senyuman dihadiahkan pada Khaulah.
“Itu pandangannya, saya suka mendengar dia berbicara panjang begitu , dari berdiam diri, walau intonasi suaranya agak kurang menyenangkan..” Khaulah lega.Mak cik Amnah yang menyuruhnya meminta maaf bagi pihak Uwais.
“Oh ya, boleh perincikan tentang Khadijah sebentar?” Khaulah memegang tangan Khaulah.
“Oh~Dia Isteri ..”Khaulah memikirkan tentang perkataan yang paling sesuai untuk digunakan.
“Muhammad?, Utusan tuhan untuk menyampaikan risalah buat Umat? Aku sudah membacanya sedikit tadi.”Khaulah angguk beberapa kali.
“Khaulah~..”mak cik Amnah memanggil Khaulah dari dapur.
“Ye mi..”sambut Khaulah, dipandang Hikari, Hikari mengangguk.
“Pergilah, aku akan sambung bacaanku.”Hikari senyum lagi, Ah~gadis ini murah dengan senyuman manisnya.Khaulah sempat memegang tangan Hikari erat, dan melepaskan pelahan, menuju kearah dapur, ralat juga hatinya tidak sempat berbincang panjang tentang ‘Siti Khadijah’, teringat kata Abangnya.”bijak merebut peluang menyampaikan dakwah” , tapi permintaan Ummi supaya membantunya mengemas dapur harus diutamakan.
“Abang…” Khaulah mengetuk pintu bilik Uwais.
“Masuk lah” jawab Uwais dari dalam.Uwais masih berdiri mengadap tingkap yang terbuka luas sambil menela’ah kitabnya. Seperti selalunya.
“Ummi panggil”
“Kenapa?”
“Pasal abang tadilah, Ummi cakap Hikari balik dengan mata merah”
“Ye ke”
“padan muka, nak kena marahlah tu..”
“Ummi sayang abang, dia takkan marahnye..”
“perasan, cepatlah”Khaulah berlalu keluar dari bilik.
sambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
=)
4 comments:
cik nessa, cepat sikit publish sambungannye taw...nice story..leh lawan novel tautan hati ni..
mak cik nessa...
sila keep it up u r work k...
eheh..may Allah bless utk karya islami ini..insyaallah..
hehe, setakat nih semua fakta betul..
cuti 3 bulan..
bulan 7-9..
and then ape lg?
xde loghat Mesir pun..
ape nih..
xmnarik r..
:))haha
p/s: ni rase cam nk cilok nih. cume bukan budak medik yg buat. haih~
pencinta ilahi
lam proses tok..tautan hati..wuuu, jauh tu..
imtiaz sofea
ameen..kat dah bagitau tadik , tak siap lagi, atau dgn kata lainnya, ending de nak buat camne ek?
hafiz adam.
ok2 tq, loghat mesir tu camne?leh bagi sepatah dua?bukan bhsa arab ke?
x menarik? sarkastik ayat..
takleh cilok sbb ni bdk law buat!
Post a Comment