Beriringan ke Syurga~

Sunday, June 27, 2010

Menerjah Pemikiran Munshi Abdullah.






Baru- baru ini penulis berkesempatan menghadiri satu seminar bertajuk "Itegrasi Ilmu- Realiti dan Cabaran ", panel utamanya ialah Profesor Dr. Abu Hassan Hasbullah yang terkenal dengan pemikiran futuristiknya, membincangkan perihal Abdullah Musyi yang namanya agak asing dikalangan anak muda masa kini.

Siapa Abdullah Mushi?

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Mushi (1796- 1854M) dianggap sebagai bapa penulisan moden, beliau telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sahaja sekadar memperlihatkan perkembangan Bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusateraan. Beliau juga menyedari buku betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.
Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus- peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi bila apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan tujuan membuat kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu. Beliau juga melihat bahawa nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Kritikan Sosial.

Jika Filem yang disajikan hari ini kebanyakkan dibentang ke mata penonton kononnya untuk menyerlahkan realiti masyarakat yang berlaku hari ini, malangnya, penyampaiannya disalah ertikan dan menjadi serang balas kepada pemikiran penonton dengan bukannya mengubah realiti buruk yang berlaku, sebaliknya diangkat menjadi sanjungan Masyarakat atau setidak-tidaknya hanya sekadar menjadi tontonan kosong semata- mata.

Jika Tidak lama dahulu Tun Dr. Mahadhir Muhammad mengkritik sinis orang Melayu dalam "The Malay Dilemma", sebelum itu,Abdullah Munyi pernah menulis dalam hikayatnya tentang realiti Masyarakat Melayu dizamannya yang hidup dalam tekanan penjajah, sepanjang siri kembaranya. Malangnya apa yang cuba disampaikannya menjadi sampah dalam masyarakat, meskipun Hikayatnya di buku dengan penuh teliti, namun ia dijual dengan harga yang mahal dengan alasan karyanya karya agung, akhirnya karyanya di simpan berhabuk dalam almari emas tanpa kajian teliti dibuat kepada Hikayatnya, sesetengah pihak percaya, pemikirannya mengancam kepentingan politik pemerintah pada masakini, jadi buku yang teratur tulisan mengenai pandangan pemikirannya dihijab dari masyarakat.

Banyak yang dicatat dalam hikayat Abdullah Mushi tentang sikap Orang Melayu yang dilihat sepanjang pengembaraannya, diantaranya, Abdullah Munshi pernah mengkritik orang lelaki melayu kelantan yang bersikap pemalas, hanya duduk di wakaf- wakaf sedangkan wanitanya yang mengangkat barang- barang yang berat, nyata apa yang dinyatakan Mushi Abdullah suatu ketika dahulu berada dalam sikap segelintir orang- orang lelaki melayu masakini, tidak perlu dihidang bukti, nyata, ia dapat dilihat dengan jelas.


Abdullah Mushi juga dikritik kerana rapat dengan penjajah, mungkin inilah yang menyebabkan dia dikecam hebat, beliau juga dikatakan ingin keluar dari agama islam kerana beliau telah bertindak menterjemahkan bible kedalam Bahasa Melayu, namun ramai pemikir hari ini menyifatkan Abdullah Mushi berfikiran 'lain dari yang lain' sewaktu zamannya, beliau juga telah mengkritik keras golongan yang menyatakannya begitu yang turut dicatatkan didalam hikayatnya.

Melahirkan Orang baru

Profesor Dr. Hassan Hasbullah juga menekankan betapa perlunya melahirkan "manusia baru" di kalangan masyarakat, bukan melahirkan Ibnu Sina, Al- Farabi dan pelbagai tokoh lain, tetapi melahirkan 'orang baru' yang lebih ajaib.

Dahulu, disaat masyarakat melayu berada dalam keadaan ketakutan, maka Abdullah Mushi melangkahkan kakinya memulakan pengembaraan pertamanya ke Kelantan, menjadi manusia yang baru dan tidak bersikap seperti orang Melayu yang biasa, malah mengkritik sikap orang Melayu dizamannya.

Namun jika dilihat tabiat Mahasiswa masa kini, saat-saat yang paling digemari Mahasiswa adalah cuti semester, seharusnya Mahasiswa melakukan kerja yang lebih berfaedah seperti mengembara mencari ilmu pengetahuan meskipun hanya didalam Negara Malaysia sahaja, pasti sekurang-kurangnya mereka akan menemui sesuatu yang baru.

Inilah yang dimaksudkan, Masyarakat memerlukan Mahasiswa baru yang tidak terikat dengan pemandangan biasa seorang Mahasiswa, bahkan lebih dari itu.

3 prinsip Munsyi Abdullah yang seharusnya diteliti Mahasiswa masa kini.

Yang pertama seharusnya mahasiswa bijak membuang prinsip asal- berfikirlah dengan lebih kehadapan, misalnya jika melihat sesuatu perkara, cubalah untuk berfikir sesuatu yang luar dari pemikiran yang biasa- biasa, jika anda melihat bangunan, maka anda akan berfikir untuk membuat bangunan yang lebih luar biasa, jika anda melihat tasik, fikir bagaimana ingin menerangkan tasik itu dari dalam dan pelbagai contoh lain.

Yang kedua adalah Penerokaan idea atau bersifat reformis, Mahasiswa seharusnya menjadi lebih idealistik dan tidak tunduk pada takuk lama, malah lebih berani menyatakan pendapat mereka.

Ketiga, Penjajahan kedunia baru, Sebagaimana Musyi Abdullah, maka seharusnya Mahasiswa lebih bersikap ghairah untuk mengetahui sesuatu perkara dan beriringan dengan tindakan yang jitu dan tidak mudah putus asa.

Mushi Abdullah berkawan rapat dengan Stanfort Raffles, yang dikatakan sebagai pembuka singapura oleh pemerintah singapura masakini, suatu ketika dahulu stanfort raffles pernah menawar diri untuk menghantar anak raja Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara agar mereka suatu ketika kelak akan dapat menjalankan pemerintahan tanah Melayu dengan lebih tersusun, namun ianya ditolak oleh Maharani kerana tidak mampu berpisah dengan anak kesayangannya, jelas, inilah mentaliti Masyarakat Melayu yang tidak mahu berdepan dengan perubahan suatu ketika dahulu, bahkan masih terbawa- bawa sehingga kini.

Sewaktu Stanfort Raffles meninggalkan tanah Melayu dia turut membawa pulang kitab- kitab Ilmu dari Tanah Melayu, malangnya kitab- kitab tersebut tenggelam kedalam laut, maka menagislah Mushi Abdullah mengetahui perkara itu, betapa dia begitu cintakan Ilmu Pengetahuan.

Namun jika dilihat pada masa sekarang, orang Melayu sudah gilakan hiburan yang dipelopor barat sehingga tidak begitu mementingkan Ilmu pengetahuan, berapa ramai jika ditanya ada mempunyai perpustakaan sendiri dirumah, maka amat sedikitlah yang akan mengangkat tangan, yang ramainya tersipu- sipu malu diatas khilaf diri.

Anak muda dan perjuangan.

Maka adakah seharusnya kesalahan diletakkan dipundak anak muda? Atau sistem pembelajaran itu yang seharusnya dirombak, persoalan diletakkan kepada anda yang membaca kerana ianya memerlukan pembacaan yang teliti agar tindakan yang dibuat adalah tindakan yang baik, meskipun begitu pendapat penulis, bukanlah anak muda itu yang seharusnya disalahkan kerana anak muda masakini telah dikongkong pemikirannya sehingga lahirlah anak- anak muda yang lemah dan lembik untuk menghadapi tekanan, tidak berpejuangan dan malah lansung tidak mahu mengambil tahu hal- hal disekelilingnya, yang tahu dia dan hidupnya, ditambah dengan sihir- sihir yahudi yang telah berjaya menjarum kedalam minda anak- anak muda masa kini, sehinggakan bila berbicara soal perjuangan, maka kecut menikuslah hati anak- anak muda.

Sewaktu sesi syarahan diadakan, seisi dewan yang terdiri dari mahasiswa Institut pengajian tinggi disoal tentang siapa yang pernah membaca kitab hikayat Munshi Abdullah yang tersimpan naskhah berharga itu dan beberapa nama kitab lain turut disebut oleh moderator forum, sekali lagi seisi dewan senyap membisu, tanda tiada siapapun dikalangan anak muda mahu mengkaji tokoh bangsanya, namun begitu gah mengangkat bangsa barat, amatlah malang sekali.

Jika kita melihat betapa masyarakat dari dahulu dihidangkan oleh hikayat- hikayat karut marut yang sebenarnya masih ada didalam buku yang menjadi bahan pembelajaran anak- anak masyarakat kini disekolah, tentang lembu besar yang memuntah muntah hitam dan mengeluarkan manusia yang berserban besar dan kota dilanda todak dan sebagainya, maka Mushi Abdullah amat mengkritik karya- karya yang tidak membina minda seperti ini, lihat betapa kehadapannya pemikiran Munshi Abdullah yang tidak terjerat dalam kotak pemikiran biasa masyarakat melayu dizamannya.

Maka pendapat penulis, anak muda seharusnya lari dari kongkongan yang melilit dimindanya, maju dan melangkah keluar menjadi manusia baru yang ada berjuangan berteraskan skriptual atau syariat agar langkah perjuangannya tidak sia- sia dan tersasar, ayuh anak muda- kita membina sejarah!

* Penulis menulis berdasarkan forum yang dihadirinya, bahkan penulis juga tidak pernah mengkaji Hikayat Abdullah Mushi sama sekali, kritikan dan pandangan amatlah dialu- alukan, semoga mendapat manfaat bersama.





4 comments:

akhi azam said...

saya ada membaca buku hikayat abdullah..kritikan yg agak jujur kepada org melayu. tetapi saya agak kurang senang dgn sikap beliau yg terlalu memuji british..

Abd said...

Seorang pengumpul kitab dan artifak melayu yg kononya terbakar
Hakikatnya melayu tidak lagi tahu kegemilangan dan pengetahuan tinggi bangsanya supaya senang di tukar identiti, budaya tingginya menjadi budaya penjajah yg lebih senang dikawal. Allah saja yg tahu.

Abd said...

Seorang pengumpul kitab dan artifak melayu yg kononya terbakar
Hakikatnya melayu tidak lagi tahu kegemilangan dan pengetahuan tinggi bangsanya supaya senang di tukar identiti, budaya tingginya menjadi budaya penjajah yg lebih senang dikawal. Allah saja yg tahu.

Abd said...

Seorang pengumpul kitab dan artifak melayu yg kononya terbakar
Hakikatnya melayu tidak lagi tahu kegemilangan dan pengetahuan tinggi bangsanya supaya senang di tukar identiti, budaya tingginya menjadi budaya penjajah yg lebih senang dikawal. Allah saja yg tahu.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena