“ saya mempunyai seorang sahabat baik, dan
dia seorang lelaki”
“ saya lebih suka bersahabat baik dengan
lelaki, kerana lelaki lebih memahami, dan tidak mengada- ngada”
“kami bukan bercinta, kami hanya bersahabat
baik”
“saya dan dia sudah bersahabat sejak kecil,
sudah hilang rasa malu”
Dialog- dialog diatas sering menempati bibir-
bibir remaja perempuan yang berdepan dengan situasi seperti diatas, ya, memang
tidak dapat dinafikan, sesetengah dari mereka, lebih gemar bersahabat dengan
remaja lelaki, terutamanya rakan sekelas, atau rakan yang sejak dari kecil
sudah biasa bersama, sahabat lelaki dikatakan lebih mudah memahami, tidak mudah
tersinggung dan tidak melecehkan. Dan persahabatan dengan rakan perempuan
dikatakan sukar kerana gemar merajuk, cepat melenting dan suka iri hati dengan
kelebihan sahabat sendiri, justeru, dimanakah pula islam meletakkan kedudukan
situasi ini, adakah dibenarkan, ataupun terdapat tembok besar menghalang hal
ini dari terus berlaku?
Tujuan Allah menciptakan lelaki dan
perempuan diantaranya adalah untuk manusia berkerjasama, saling membantu dan
tolong menolong dalam melakukan perkara kebaikan.
Didalam surah Al- Taubah, ayat ke 71, Allah
menyatakan “ Dan orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian
mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Menyuruh
(mengerjakan) yang makruf, mencegah dari perkara yang mungkar, mendirikan
solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul- Nya..”
Segala bentuk perhubungan di antara
manusia, adalah dengan tujuan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dan dasar kehidupan sosial dalam masyarakat
ialah untuk menghindarkan kerosakan terhadap sesiapa didalam masyarakat sama
ada dari segi pegangan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.
Pertembungan diantara jantina lelaki dan
perempuan yang bukan dalam melaksanakan hal- hal ketaatan mudah untuk
terjerumus ke lembah kemurkaan Tuhan. Daya tarikan terhadap jantina yang
berbeza ini bermula sejak awal usia remaja, apabila perempuan dan lelaki aqil
baligh, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal, hormon, emosi, dan
psikologi, jadi perubahan inilah yang amat perlu difahami. Persahabatan sejak
kecil, ‘sudah terbiasa’ dan ‘tidak ada perasaan’ lagi pada rakan lelaki
bukanlah suatu pengecualian yang dibenarkan syarak. Bahkan sekalipun tidak ada,
perasaan yang aneh, yang sering menjadi penyakit bagi para remaja iaitu daya
tarikan diantara lelaki dan perempuan, ianya bakal ada, dan akan datang
sekalipun dikawal dengan segenap bala tentera ditubuh sekalipun, kerana ianya
fitrah manusia, fitrah yang tidak dipandu dengan syarak, maka ianya bakal
menjadi fitnah.
Persahabatan lelaki dan perempuan juga
tidak akan sama dengan persahabatan yang halal diantara teman sejenis, adegan
sentuh- menyentuh, tampar menampar, sesi luahan perasaan dan tekanan,
perkongsian kegembiraan yang sering menghiasi hubungan persahabatan bukanlah
selayaknya diberikan pada seorang lelaki kerana garisan yang luas diletakan
islam didalam hubungan diantara lelaki dan perempuan.
Allah memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana didalam surah An- Nur ayat ke 30, Allah
menyatakan “ katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya”.
Dan perintah Allah kepada kaum wanita
menerusi surah An- Nur ayat 31 pula, dengan Allah menyatakan “ katakanlah kepada
wanita beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara
kemaluannya”
Didalam hal pandang memandangpun islam
sudah memberikan panduan yang sangat mengangkat martabat manusia kepada yang
lebih tinggi, supaya menjaga manusia dari masalah yang akan datang, kerana dari
pandangan, ia mengundang tarikan dan perasaan yang mengundang syahwat, dan
sudah tentu jika diawal peringkat sudah tidak dipertahankan, mudarat yang lebih
besar bakal menyusul.
Menerusi sebuah Hadith yang direkodkan oleh
At- Thabrani dan Al- Hakim, Rasulullah menyatakan “ Pandangan itu anak panah
beracun dari anak panah iblis. Barangsiapa yang menghindarinya kerana takut
kepada-Ku, Aku akan menggantikannya dengan iman yang ia akan dapatkan manisnya
keimanan itu didalam hatinya”
Di zaman ini, pergaulan lelaki dan
perempuan terlalu jauh berbeza dengan
beberapa zaman terdahulu yang amat menjaga pergaulan diantara lelaki dan
perempuan, anak- anak gadis diasuh dan dididik dalam menjaga tingkahlaku dan
begitu taat pada Allah dan Rasul, begitu mendengar kata kedua ibu dan bapa,
bertepatan dengan ajaran islam yang begitu menjaga dan mengangkat kaum wanita
keperingkat yang mulia.
Menerusi sebuah Hadith yang direkodkan oleh
Ahmad, Ibnu Hudzaimah, dan Ibn Hibban dalam kitab sahihnya, Dari Ummu Humaid,
Isteri Abu Humaid As- Sai’dy bahawasanya ia datang kepada Rasulullah dan
berkata, “ wahai Rasululullah, sesungguhnya aku suka sekali solat bersama
engkau”, Rasulullah bersabda, “ aku tahu engkau suka solat denganku, namun
solatmu dibilikmu itu lebih baik dari solatmu di kamarmu, solatmu di kamarmu
itu lebih baik daripada solatmu di rumahmu, solatmu di rumahmu lebih baik dari
solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu, lebih baik dari solatmu
di masjidku”. Maka ia diperintahkan (untuk melakukan solat seperti itu), lalu
dibangunkan baginya sebuah masjid di tempat yang terjauh dari rumahnya, dan
palin gelap, ia solat disana sehingga bertemu Rabb-nya.”
Dengan berleluasanya percampuran di kelas,
pejabat dan tempat- tempat keramaian, sering mengundang keburukan jika tidak
dikawal dengan keimanan yang diserapkan didalam diri. Pergaulan bebas,
bahkan perbuatan zina sudah dianggap
kebiasaan, hanya iman yang teguh didadalah menjadi benteng di dalam diri.
Didalam Al- Quran, surah al- Israa’ ayat
yang ke 32, Allah menyatakan kepada kita “ Janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang
buruk”.
Allah mengarahkan kita untuk tidak
mendekati zina, bermaksud, segenap perbuatan, seperti bertepuk tampar dengan
sahabat lelaki, sesi luahan perasaan, dan pelbagai lagi yang menjurus kepada
zina adalah dilarang sama sekali.
Seorang wanita yang bebas bercampur dan
bersahabat dengan lelaki akan terdorong mempamerkan perhiasannya, ia akan
terdetik membuat lelaki itu kagum kepadanya, maka hal inilah akan mengundang
kesan negatif yang lebih besar, seperti boros dalam perhiasan, tabarruj, dan
mengundang kefakiran.
Islam membenarkan wanita untuk mengikuti
solat hari raya dan solat jemaah, dan melakukan perkara ketaatan, dengan islam
meletakkan ketentuan tertentu seperti
menjauhi tabarruj(berhiasan berlebihan), melonggarkan pakaian, tidak
nipis, dan tidak duduk berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya dalam
situasi dan keadaan yang bagaimanapun, jelaslah persahabatan diantara lelaki
dan perempuan mengundang pergaulan yang berlebihan dari batas yang dibenarkan
syarak, kerana kata persahabatan itu sendiri menuntut perhatian dari sahabat,
jadi ia hanya berbesuaian dengan sesama jantina sahaja.
Islam melihat percampuran diantara lelaki
dan wanita itu berbahaya, islam memisahkan keduanya kecuali dengan cara
menikah. Islam mengangkat martabat wanita dan menjadikan wanita sebagai
pasangan lelaki dalam melaksanakan hak dan kewajipan, islam meninggikan taraf
wanita dan mengangkat nilai kemanusiaannya, islam mengakui hak- hak peribadi,
hak- hak peradaban dan hak- hak politik wanita secara secara utuh dan sempurna.
Sekalipun ada yang menyatakan islam membezakan antara lelaki dan wanita dalam
banyak situasi dan kondisi, serta tidak memberikan persamaan yang setaraf
diantara keduanya. Pernyataaan itu benar, namun harus dilihat dalam suatu sudut
yang lain, jika terdapat hak wanita dikurangi dalam sudut yang lain, maka islam
pasti mengantikannya dengan yang lebih baik pada sisi yang lain. Atau boleh
jadi pengurangan itu demi kebaikan wanita itu sendiri.
Diantara wanita dan lelaki itu sememangnya
ada fitrah ketertarikan yang kuat diantara satu sama lain, namun begitu, islam
telah mengisyaratkan adanya kecenderungan jiwa ini, menyucikannya, dan
mengendalikan fitrah ini jauh dari makna kebinatangan, iaitu dengan
menyalurkannya kearah yang suci dan terpelihara iaitu dengan jalan pernikahan.
Didalam surah ar- Rum, ayat ke 21, Allah
menyatakan “ dan diantara tanda- tanda kekuasaan-Nya adalah, Dia menciptakan
untukmu isteri- isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikannya diantaramu rasa kasih dan sayang”.
Justeru, apa lagi yang membenarkan
persahabatan diantara lelaki dan perempuan jika bukan didasari hal- hak
ketaatan kepada Allah, jika ia jauh dari tujuan kebaikan, adakah masih ia
dibenarkan. Jika sekiranya ia masih diruang lingkup yang dibenarkan syarak
seperti terlibat dalam persatuan islam, perbincangan yang tidak mengundang
syahwat, pandangan yang sentiasa dijaga, dan mengikut garis- garis syariat,
maka dalam keadaan bantu- membantu menjalankan kebaikan, ianya dibenarkan.
jika ada kawan lelaki anda yang bertanya tentang perubahan anda, katakan saja "kerana engkau lelaki dan aku perempuan" ^_^
3 comments:
Assalamualaik. Tertarik dengan artikel ni. Jzkk kak comey
Sangat sukakan entry ini :')
Assalamualaikum..entry ni menarik skli...klu.kt brshbt dgn lelaki even tak da rsa suka...dan just nak tlong dia berubh cm mn??
Post a Comment