Beriringan ke Syurga~

Tuesday, September 9, 2008

“Adib tak tau,kak hani ajarkan boleh?”

“Adib tak tau sembahyang terawikh,kak hani ajar boleh?”

Saya senyum,kemudian angguk,

“Ala..tak tau takpe,boleh belajar,ok ape dari orang yang dah tau tapi malas nak buat,”

Balas saya,memujuk gusar adib, rakan yang turut sama berbuka puasa waktu itu juga mengangguk.

Hari ketiga ramadhan ,baru kami berpeluang solat terawikh bersama dimasjid,(lepas dua hari berbuka kat rumah bersama mak ngan abah terchenta=).mulanya adib nampak risau,mujur adib yang sorang ni jenis berterus terang,tau jugakla saya,

Dari kesungguhan adib,housemate saya ,saya kagum,tak tau boleh belajar kan.adib tau yang dia tak tahu,bagus la tu,dari orang yang tahu dia tahu,tapi buat-buat tak tahu.

Habis solat terawikh,adib nampak orang bangun buat solat lagi,adib terus tanya saya,

“diorang sembahyang apa kak hani?”dengan muka pelik.lepas terangkan tentang solat witir,adib terus bangun solat witir.sedang ramai orang yang tahu sembahyang witir dah berborak sakan kat belakang.sekali lagi saya kagum dengan adib.

Adib kata kat saya satu hari nanti dia nak pakai tudung labuh.
Sekarang adib dah belajar pakai tudung bidang 60,walau dia selalu kata dia nampak gemuk pakai tudung tu.

Mana adala adib,ok la tuh!

Adib dah mula pakai sarung tangan sebab adib pernah tanya saya kenapa senior ramai pakai sarung tangan,saya jawabla sebab tak mau bagi tersentuh tangan ngan lelaki waktu bayar kat café.tak lama lepas tuh,adib dengan gumbiranya tunjuk tangannya yang dah bersarung kat saya,Adib..adib…dia selalu cakap kat saya yang kawan –kawan dia cakap dia taksub Sangat waktu dia tanya pendapat ok tak kalau dia pakai sarung tangan.tapi adib ni jenis yang kuat.kadang-kadang adib risau jugak katanya,sebab dia pakai tudung biasa je,ala..takpe adib,berubah sikit-sikit ok?

Satu hari adib cerita yang dia tunjuk kat mak ayah dia yang dia dah pakai stokin,lepas mak dengan ayah dia kata bagus la tu,dia terus happy,adib memang nak berubah,tak tahu kepada tahu.kan adib?

yang tak tahu ,boleh ambil tahu,yang dah tahu,jangan buat-buat tak tahu.-NS

4 comments:

sEeKeRZ said...

bgs la adib ni..kuat~

kirim salam kat dy eh nessa!

nessa syahirah said...

okeh..

Adybb!!ada kakak chomeyl ni kem salam!!
(jerit nessa dari biliknya..)

huhu~

Pencinta Ilahi said...

ni ade abg lg sowang yg nak kem salam same kt adibbb...;p


psl icon comey2 tu...
cik nessa bkn gune shoutmix kan? kalo shoutbox nessa tu, ana xtahu sgt la nak wat cmne..
tp try p usyar kt laman web die, pastu tgk kt setting, then kt icon..
cari la mane2 ikon kt tenet ni, then klik kanan pada ikon tu tuk dapatkan die punye link. pastu paste je kt tempat nak tmbah ikon kt website shoutbox tu.. ni ikut cara shoutmix r, tp lbh kurang je ngn shoutbox cik nessa asenye...

nessa syahirah said...

keh..keh..sume2 nak kem salam kat adyb ni,gano..

nmpknya adib dah makin peymes dari tuan punya blog ni..huhu~

mekaceh ntuk tunjuk ajar tok..nnti nessa cube ek..

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena