Beriringan ke Syurga~

Thursday, February 26, 2009

Menanti hanan siri tiga~

salam untuk semua sahabat,untuk siri menanti hanan yang ketiga saya makin konfius, cerita ni makin meleret,yang konfiusnya ni cerpen ke novel,apepun,layan je ..InsyaAllah ambil yang baik je,yang tak baik jangan.Doakan kejayaan saya dalam exam ye,untuk seterusnya, saya perlukan khidmat seseorang untuk latar belakang Uwais kat mesir, Hikari kat jepun saya tak jumpa lagi nak tanya siapa,masih dalam pencarian..amaran,cerita ni mungkin makin panjang, kalau rasa-rasa malas nak baca, baik tak payah baca dari sekarang..huhu~





Bayu pantai menghembus keras, petang-petang begini, di pangkin bawah pokok ru itulah tempat Uwais Al-Qarni berehat santai, Uwais mendengus kasar,entah kenapa, bayangan Abah sukar diluput dari mindanya.dia berpaling kesebelahnya,kosong.dulu ada susuk tua abah disitu.dengan kopiah putih dan baju melayunya,abah juga kerap berkain pelekat


“Dah ada dimesir nanti, belajar elok-elok, abah dulu nak kesana juga, tapi duit takde, uwais lah harapan abah.”Arwah abah menggosok belakang tubuh Uwais.


“ye Abah..Uwais belajar betul-betul,nanti uwais dah kerja, Uwais belikan kereta besar untuk abah.”persis anak kecil.Arwah abah gelak besar.


“Abah dah tua, makin rabun dah..kereta kancil tu cukuplah untuk abah dengan Ummi kamu,..”Uwais denyum,entah kenapa kereta pula yang disebutnya.


“Habis,abah nak apa,Uwais belikan.”bersungguh. abah pandang wajah Uwais.


“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa
yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa
barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah
syurga-itu Hadith Riwayat: Tirmidzi Al-Hakim.” Abah diam sebentar,memandang jauh kepantai, Uwais terus memandang Abah tanpa jemu.,abah tak pernah lupa untuk melengkapkan hadith yang dibacanya dengan periwayatnya.Uwais masih menunggu kata dari abah.


“Syurga itu mahal Uwais..pesan abah,teruskan berpegang teguh dengan jalan dakwah ni, walau sepahit manapun,Uwais balik mesir, sambung tugas Abah untuk sentiasa berdakwah pada masyarakat kampung ni, ataupun dimana-manapun.”


“Orang kampung ni selalu buat benda tak baik dengan Abah,Uwais nak bawak abah dengan Ummi pindah lepas Uwais balik nanti.”Abah gelak kecil.


“Bila pulak..kalau adapun,nisbahnya tiga persepuluh tahu, Uwais, halangan dalam dakwah tu biasa, setakat fitnah, tohmahan, itu duri-duri kecil yang menghalang jalan dakwah, bukan pagar besi yang disalut asid.”


“Uwais faham bah..”Uwais mengalah.entah kenapa mindanya mudanya waktu itu sentiasa berfikir negatif,Abahlah yang selalu menasihatinya.


“tuntutlah Ilmu sebanyaknya disana nanti, amalkan, InsyaAllah bila balik dan berdakwah,ianya lebih berkesan berbekal ilmu, Uwais disana nanti jumpalah dengan ramai guru,ambillah ilmunya, ingat pesan Hukama’ yang abah pernah cakap pada Uwais dulu?”


Barangsiapa menempuh sesuatu jalan tanpa petunjuk, maka ia akan sesat. Dan
barangsiapa berpegang pada sesuatu yang bukan pokok, tentu ia akan kecewa.”mereka mengucapkan bersama.seminggu selepas itu, Abah meninggal dunia menemui yang maha Esa.


Uwais kalah dengan emosinya,ada titisan jernih di pipinya,dia mengesatnya kasar dengan hujung lengan baju kemeja berkolar warna putihnya.Uwais kena kuat!


“Uwais..”ada seseorang menyentuh bahunya.Uwais berpaling.


“Ummi..”Uwais menarik nafas panjang,cuba menghapus sisa tangisnya.


“Uwais teringat abah ye..”bahunya digosok lembut ummi.


“Dah la~kalau ingat abah kamu, jangan lupa doakan dia selalu”Uwais angguk beberapa kali.


“Ummi dah jumpa pakandak?”Uwais teringat perbincangan mereka malam tadi.


“dah…”mak cik Amnah mengeluh panjang.


“Apa dia cakap”Uwais pandang Ummi.

......................................................................................

“Kamu ni memang tak kenang budi nah..kamu tahu,kamu ni kalau tak aku yang menolongnya,tak makan kamu,apa yang kamu susah sangat, kahwinkan je la budak-budak tu,hah, anak aku tu pun bukannya, jenis budak penagih ke, merempit tak tentu hala ke,apa kamu nak lagi”gamat suara pakandak leman memecah suasana.


“nak belajar lagi budak tu bang leman..”lemah suara mak cik Amnah,


“Alah.sampai mana sangat,perempuan ke ceruk dapur jugak.”asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya, Mak cik Amnah sesak menahan nafas.


“Abangnya tak bagi, suruh belajar sampai ke universiti”


“oo..jadi sekarang kamu nak kata anak aku bodoh la ye, tak masuk universiti, eh, kamu dah lupa, laki kamu tu, tak kemana-mana tahu!kalau tak kau yang menolongnya carikan rumah-rumah nak bertukang mula-mula dulu, ntah makan ke tak kamu anak beranak”


“eh eh abang ni, kesitu pulak, tu kan kuasa Allah.lagipun kalau betul ada jodoh budak dua orang tu, lama-lama nanti kahwin jugak,yang abang leman beriya sangat ni kenapa”Makandak siah muncul dari dapur menatang dulang berisi air , dihidang diatas meja berhadapan dengan makcik Amnah.


“jemput nah..”sedaya dia memaniskan muka.


“Aku bukan apa siah, satu kampung aku dah bagitahu hal ni, takkan kau nak cakap nah tolak pinangan anak kita untuk anak dia, anak kita tu dah lah harapan kampung ni kamu tahu.”itu rupanya penyebabnya, makcik Amnah terangguk kecil.


“Entahlah bang leman, nah ni bukan jenis memaksa anak-anak, nasihat tu iya, nak marah-marah ni bukan jenis nah, dah budak tu kata macam tu, itulah nak turutkan kalau nak rasa betul.”


“mana lagi kamu nak dapat menantu macam anak aku tu siah, tu lah sorang-sorangnya anak aku yang nak diikut kehendaknya, “nada tinggi mula mengendur.


“Dah la tu bang..abang yang manjakan sangat si budak hafiz tu..ha nah, minum, bincang-bincang jugak, makan makan.”pelawa Makandak siah.

......................................................................


Uwais gelak, kenangan dengan Abah surut sebentar bila bersama Ummi.Ummi turut ketawa.


“Kelakar betullah Pakandak tu mi..alasan nak jaga air muka dengan ikut kehendak anak kesayangan sampai marah betul.”


“Ummi pun pelik mula-mula tengok marahnya”


“Khaulah dengar ni mesti bangga orang dok berebut dia..”Ummi terangguk angguk sambil tersenyum.lega hatinya melihat Uwais sudah boleh bergelak seperti dulu.


“kira settle la kan ummi, “Ummi mengangguk.


“Ummi cakap sikit boleh”Uwais diam, lain benar bunyinya Ummi…


“cara Uwais tegur Hikari tu kasar sangat, Ila cerita pada Ummi..menangis budak tu dibuat kamu.”Uwais menggaru dahi yang tidak gatal.Ila ni…


“Uwais tak pandai la mi nak berbahasa dengan perempuan ni, tapi mi..bagi Uwais nampak okey je, barulah dia ada perasaan nak berfikir, nak mencari mana kebenaran mana salah.kan mi..”


“Uwais lupa ya..

"Dalam surah Al-nahl ayat 125,Allah sebut “Ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat yang baik...” Ummi dah keluar hujah ,Uwais pilih untuk senyap dan dengar.


Ha, dalam surah Taha pun Ada,ayat 43 dan 44 “Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun; sesunguhnya ia sombong, melewati batas. Kamu berdua berbicaralah dengan dia, dengan kata-kata yang lemah-lembut, agar dia sedar dan takut kepadaAllah...”


“dan banyak lagi Uwais, petunjuk-petunjuk dalam Al-quran dan tuntutan Rasullullah dalam mempraktikkan sikap lemah lembut dan menghindari kata-kata kasar.”Uwais mengagguk, dan terus mendengar.


“malah dalam akhir surah al-nahl Allah berfirman suruh Nabi Sallalhu’ alaihi wassalam agar berdakwah dan menggunakan kata-kata yang baik dan berdebat dengan cara yang baik.


“Ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan, dan dengan nasihat yang baik; dan berdebatlah dengan mereka, dengan cara yang paling baik. Sesungguhnya


Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui, siapa yang sesat dan jalan-Nya, dan Dialah


yang lebih mengetahui, siapa yang mengikuti petunjuk”Uwais mengangguk tanda patuh, Ummi persis Abah yang tak lekang bibirlah dari memuntahkan Nasihat berserta hujahnya dari Al-Quran dan Hadith Nabi.


“InsyaAllah Ummi, Terima kasih..”


“ehem..ehem..”suara Khaulah muncul dari belakang.Khaulah memeluk belakang Ummi.


Uwais kenyit mata pada Ummi.ekspresi wajahnya berubah.


“haik..abang, kenapa sedih je ni..”Khaulah pelik.


“Ummi, kenapa abang mi,”Ummi jungkit bahu.


“Ila dah nak kahwin dah..lepas SPM terus jalan..”Khaulah membeliakkan mata.


“Ummi..apa ni, Ummi..kan Ila dah bagitahu pagi tadi..Ummi,Ila taknak,dah lah biar Ila pergi
sendiri bagitau pakandak,ingat orang nak sangat anak dia, orang taknak nak paksa-paksa pulak,ingat anak dia hensem sangat ke,”Khaulah melangkah.pecah tawa Uwais dan Makcik Amnah.


“he..jangan,lain pulak jadinya nanti..”Ummi menghalang, Uwais gelak besar memegang perutnya.Ummi memukul lengan Uwais memintanya berhenti ketawa.


“Abang!”Ila dah cabut selipar sarungnya.


“Ila..ha,jangan..nak baling pulak,dah..dah, besar dah kan, nak gaduh-gaduh lagi..”Ummi jadi pendamai tak rasmi.

sesusuk tubuh muncul,Hikari manis menyarungkan baju kurung warna hijau pucuk pisang milik Khaulah ketubuh kecil moleknya.



Ummi mengajak Hikari duduk.


“Sudah petang, tak mahu pulang, nanti Ummi mahu ke Masjid bukan”Hikari bersuara sebaik duduk di sebelah Ummi.Ila mengambil tempat disebelah Uwais , sempat dia menyambar tangan Uwais, Uwais menggosok-gosok tangannya,sisa tawanya masih ada namun sedayanya dikawal.


“sekarang baru pukul enam Hikari, enam setengah nanti kita baliklah..kita duduk dulu ye…”Khaulah menyampuk dari sebelah Uwais.Hikari menghadiahkan senyum pada Khaulah.


“tu Ila ada bawak pisang goreng dengan air teh”Uwais berpaling,ada bakul dibelakangnya, tangannya segera mencapai pisang goreng,lapar..


“Bagilah Ummi makan dulu,abang ni..”


“ye..abang nak bagi Ummi la ni..”Ummi hulur pisang goreng kearah Ummi.


“makanlah,Ummi ambil sendiri ye ila ye..”Ummi bersuara lembut.Uwais suapkan pisang goreng kemulutnya, keningnya diangkat kearah Ila.


“Ummi, biar Ila hidangkan,ila bawak pinggan dengan cawan,abang ni malas..”geram Khaulah masih tak kebah.


“ye abang tolong..”Uwais mengangkat kaki , bersila kebelakang.cawan dikeluarkan.



sambung lagi dan lagi..

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena