Beriringan ke Syurga~

Saturday, March 28, 2009

Gantung?

Hukuman GantuNg Pictures, Images and Photos
Gambar hiasan semata-mata

Gantung?

bukan nak cerita tentang orang mati gantung diri,
dan tak berkaitan dengan Lirik lagu Melly goeslow-gantung,
Mahupun isteri yang digantung tak bertali oleh suami,
pendek kata, tiada kaitan untuk yang hidup mahupun yang dah mati.
(tapi ada kaitan jugak....)
sebab 'benda' ni bukan hidup pun.

ya,Anda Bijak, 100 markah untuk anda,iye..andalah~jangan menoleh kebelakang,sebab saya sedang berbicara dengan anda.

HARAKAH dan SUARA KEADILAN DIGANTUNG PERMIT TIGA BULAN?

Jom kita lihat apa kata mereka.

Kerajaan Khususnya KDN seharusnya merayakan Demokrasi dengan bijaksana dan budiman, bukan menutup ruang demokrasi. Tetapi apa yang berlaku ini memberi gambaran bahawa kerajaan gagal mentafsir maksud dan kandungan demokrasi secara bijaksana
.

-Dr Abu Hassan Hasbullah
Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Melaya


Seluruh Media arus perdana dikawal oleh mereka, malangnya ia tidak cukup untuk memuaskan hati pihak Umno-Bn dalam usaha mengembalikansemula keyakinan rakyat terhadap mereka.


-Dato' Zaid Ibrahim
Mantan menteri dijabatan perdana menteri

Tindakan KDN ini jelas bermotifkan politik, kerana tidak ada bukti menunjukkan HARAKAH melakukan fitnah, Jika benar ada fitnah atau salah laporsudah tentu tindakan undang-undang sudah diambil, namun hingga kini Pihak KDN gagal membuktikannya.


-Dato' Kamarudin Jaffar
Setiausaha Agung PAS pusat

Bila HARAKAH dan SUARA KEADILAN disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil


-Dato' A Samad Said
Sasterawan Negara

Jika HARAKAH ada laporkan berita yang salah, tidak tepat, fitnah. mengadu domba, pihak atau individu yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman HARAKAH.


-Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS pusat

Menjelang pemilihan agung Umno dan pilihanraya kecil di tiga tempat tindakan jakun seperti ini diambil oleh KDN dan ini terbukti telah membunuh kebebasan media di negara ini.


-Salahudin Ayub
Ketua Pemuda PAS

Bagi saya ..itu tanda mereka makin panik, jadi sebagai seorang yang TAHU, dan berusaha untuk lebih MENGETAHUI, anda juga harus sependapat dengan saya, kebenaran sudah tertebar, agak pelik jika anda masih menerima mereka.


-Nessa Syahirah
Pemilik http://nessasyahirah.blogspot.com

bagi anda???

-Allah bagi aqal, fikirlah...

brown butterfly Pictures, Images and Photos

2 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam Juang!

Bagi saya..?

"Jom kita gempur habis-habisan bukit gantang PR nanti! Kita buktikan bahawa rakyat dah naik mual dan muak dengan Bee End!!"...

"Sokong 100% sidang bawah pokok!"..

Maaf ye.. Excited sgt pula komen ana nie..;)

nessa syahirah said...

salam juang kembali.

wah..takpe2, smgat tu penting.

ana sokong, jom pakat turun bukit gantang ramai2.

daulah islamiah pasti muncul sikit masa lagi dengan generasi muda yang sgt2 memahami erti perjuangan sebenar.

Allahuakbar!

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena