Beriringan ke Syurga~

Monday, April 13, 2009

Nymphaea stellata

flower Pictures, Images and Photos



Why the Lotus Flower blossom in mud?


It Clarifies and Refreshens even in the muddiest of water.


huhu~ the name are pretty and the function are pretty too..

Baginda muncul dalam kepekatan Lumpur Jahiliyyah


Baginda tampil dalam kepekatan lumpur jahiliyyah, membawa risalah kerasulan, menyeru Manusia mentauhidkan Pencipta yang Esa.Umpama bunga teratai yang tumbuh ditengah Lumpur, tampil menyeri seluruh semesta.

Sabda Rasullullah S.A.W.

Aku ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah menjadikan makhluk ini, kemudian DIA menjadikanya dua golongan .Maka ia telah menjadikan aku dari golongan yang paling baik. Kemudian DIA menjadikannya bermacam-macam qabilah, lalu DIA menjadikan aku dari kabilah yang paling baik, Kemusian DIA menjadikan mereka dari kalangan rumah-rumah yang banyak, lalu DIA menjadikan Aku dari rumah yang paling baik dan menjadikan orang yang paling baik

Hadith Riwayat At-Tirmizi

Sungguh, Baginda adalah yang terbaik….

lotus Pictures, Images and Photos


Suasana bukan Alasan


Walau dimana anda tercampak, persekitaran anda bukan satu alasan untuk mengubah peribadi atau akhlak anda, mungkin anda akan dikelilingi pemaksiat tegar, tapi bukan bermaksud anda akan turut menjinakkan diri menjadi pendamping dosa.anda mungkin dikejar pangkat dan harta, tapi bukan bermaksud anda harus menerima bulat-bulat tanpa fikir neraka.

“Aku duduk dekat U ape, amik kos ape..keliling budak free hair, takkan la aku sorang je nak pekena tudung labuh”


“kawan-kawan saya semua merokok, takkan saya nak senyap je, mesti nak rasa jugak”

Manusia..manusia..mudah benar menyalahkan suasana.


Islam memerlukan pemuda pemudi teguh jiwa dan fizikal, tahan ujian, yang pasti teguh Imannya, bukan dengan mudah memenuhi tuntutan nafsu.kisah Pemuda-pemuda unggul iaitu Ashabul Kahfi wajar diambil sebagai contoh. Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat).

Bukan masanya kita masih menyalahkan suasana, sekarang masa membawa kembali insan-insan disekeliling ke jalan Tuhan, agar kita tidak disalahkan di sana nanti.


(^-^)Nymphaea stellata-Teratai

brown butterfly Pictures, Images and Photos


4 comments:

iNtAnCtZ said...

very inspiring~
mengetuk kepala sendiri yang mabuk 2 3 menjak nih..
thanxalot..nice post nessa!
mintak tlg kirimkn salam kat kak yati ye?

nessa syahirah said...

hehe-
mabuk?tu tanda iman sempurna.

mekaseh, ayat ats skali amik kat cite korea.(eh, trbagi tau pulak)

k.yati?dua mggu lbh dah tak jmpe dia, InsyaAllah nanti jumpe, nessa bagitau ye..

(^-^)rindu seekerz~

myikhwanfiideen said...

Salam halawatul imaan;

-Suasana.. Ya, suasana BANYAK mencorak manusia yg ada dlmnya.. Apatah lg jk tdk punya sandaran yg tegar kpd pencipta..

-Ikan.. Walaupun ia duduk dlm air laut yg masin tapi masih lg rasanya TAWAR.. Subhanallah hebatnya ikan!

-Moga kita semua dikurniakan iman sehebat ikan.. At least.. Ameen.

SYUKRAN-"ketukan yg sedikit" tapi MENYEDARKAN..

nessa syahirah said...

salam kembali~

ikan, satu lagi contoh yang baik, syukran.

sungguh, Allah tidak mencipta seluruh kosmos ini melainkan untuk diperhati dan difikirkan, kita punya Aqal yang cukup berharga, gunakanlah sebaiknya.

teruskan perjuangan!

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena