Beriringan ke Syurga~

Sunday, May 24, 2009

Teori Al-Ghazali dalam mendidik akidah kanak-kanak



Satu hari dirumah saya, dengan dipenuhi sanak-saudara, mak anjang yang datang dari luar masuk dan menceritakan dengan tawa, Irfan menyanyi girang mengikut rentak rancak dari telefon bimbit milik anaknya atau sepupu saya, Mira.kami ikut gelak, irfan hanya kanak-kanak berumur 2 tahun lebih, bayangkan kanak-kanak secomel itu mengerak-gerakkan bibir dan menyanyi sambil mengangguk-angukkan kepalanya, namun, jauh disudut hati, saya risau dengan perkembangan Irfan yang sangat mudah dipengaruhi abang dan kakak serta sepupunya.


Petang itu, saya menawar diri untuk menyuap irfan nasi, saya memanggil irfan duduk didepan saya dan sebelum masuk suapan pertama, saya suruh irfan membaca doa, Irfan angkat tangan dan tak sampai sesaat dua dia menyapu muka, saya gelak, pandainye..saya sempat cubit pipinya yang gebu itu, kata makandak ( mama irfan) irfan kalau baca bismillah pun tadah tangan. Satu masa saya mengajar irfan menyebut “ Lailahaillallah”, walaupun hanya kedengaran bunyi “la…”, saya sangat terhibur berbanding saat irfan bergerak-gerakkan kakinya mengikut abangnya menari Shuffel.

.

tapi saya terfikir satu benda, macam mana sebenarnya nak mengajar kanak-kanak tentang perkara berkaitan Akidah?perkara berkaitan keimanan, rukun iman, dan apa langkahnya.

Balik ke kolej, saya menapak ke library dan mencari-cari tajuk berkaitan persoalan saya, dan saya jumpa buku ini : ‘Panduan mengajar Akidah kepada kanak-kanak karya Dr. Abdul Salim Muhammad Shukri.’ Apa kata saya kongsikan sedikit dari pembacaan ini.


Kita lihat teori Al-Ghazali,seorang ulama yang begitu mementingkan persoalan pendidikan untuk kanak-kanak, beliau juga banyak menulis buku-buku terutamanya yang berkaitan dengan akhlak, , beliau juga banyak menyuarakan pendapat yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak termasuk dalam bukunya yang terkenal, ihya’ Ulum al-din, pendidikan akidah bagi kanak-kanak menurutnya mempunyai tiga peringkat, pertama, akidah semata-mata, apabila besar sedikit kanak-kanak diajar memahami sedikit demi sedikit kandungan akidah tersebut, dan peringkat yang terakhir adalah dengan menghalusi isi kandungan akidah tersebut hingga terbentuk akidah dalam diri kanak-kanak tesebut,akidah yang masuk kedalam diri kanak-kanak berbentuk kepercayaan, pegangan dan keyakinan serta pengakuan atau penerimaan realiti dan kebenaran dalam akidah tersebut, dalam kata lain, peringkat permulaan berbentuk hafalan, diikuti dengan kefahaman, dan peringkat ketiga adalah berpegang dengan akidah dan kebenaran yang terkandung dalamnya.


Kalau tak silap saya, PASTI menggunakan pendekatan teori Al-Ghazali dalam silibus pengajian mereka, tak hairanlah, kalau adik saudara saya yang beru berusia 6 tahun sudah boleh membaca doa taubat kerana disekolahkan disitu.


Jadi, tunggu apa lagi jom pakat hantar anak, adik ke PASTI.hehe..promote pulak.

.

5 comments:

Lisam said...

nessaa...jom anta anak ke pasti sesama...hik3x..

munkin boleh mempraktikkan diri untuk hidup tanpa tv..nanti bila dah ada anak, at least gejala sosial yang dibawa masuk kerumah dengan mudahnya melalui tv dapat dikekang dari menular dan menjadi ikutan pada anak2 kelak..

persoalannnya..sanggup ke? hohoho~

nessa syahirah said...

TV ada kebaikan dan ada keburukan, teringat ustaz hasrizal yang gunakan TV untuk anak2 tahu membezakan yang baik dan yang buruk, boleh rujuk bercinta sampai ke syurga(kalau tak silap)

p/s:lame tak nampak btg hidung?

Nurulain said...

betul2x!

disini pakcik nih!

sangat risau..

Nurulain said...

erk...bukan risaukat p.cikya.

irfan oh rfan....aduyaii

nessa syahirah said...

haha~

mehla same2 kita merisaukan diri..hukhuk

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena