Beriringan ke Syurga~

Thursday, July 23, 2009

Menanti Hanan~siri lima

muslimah Pictures, Images and Photos

MH 1- SINI
MH 2- SINI
MH 3- SINI
MH 4- SINI


“Kak long…”Suara Aisyah memecah sunyi, berjalan perlahan mengheret anak patung beruangnya.

“Aisyah tak tidur lagi sayang, meh sini..”Melati menarik Aisyah ke dalam pelukannya.

“Adik nak tidur dengan Kak Long..”Aisyah berbaring di Bangku kayu jati berbantalkan riba Melati.

“Kak Long..” Mulut gadis kecil itu masih belum mahu berhenti berbicara.

“Hurmm” Tangan Melati mengusap lembut dahi Aisyah.

“ Sampai mati ke kita dah tak boleh jumpa Ummi?” Melati kaget, dipandangnya Fateh yang turut tersentak.

“ err..Kalau Adik baik, rajin pergi sekolah,dengar cakap Kak Long dengan Abang Ngah..nanti Adik boleh jumpa Ummi.” Tergagap Melati mencari jawapan yang paling sesuai

“Nanti Adik besar, Adik boleh jumpa Ummi la ye?” gadis kecil itu mendongak, memandang Melati, ada sinar harapan dimatanya.

“Tak sayang, bila di Syurga..” Melati mengungkapkannya perlahan, Fateh buat-buat sibuk, tak sanggup dia menahan perasaan.

“Alaa..lambat lagi la ye..” Suara gembira yang sarat harapan tadi kendur kembali.

“Kenapa Allah ambil Abah dengan Ummi Kak Long?”

“Sebab Abah dengan Ummi orang baik, Allah sayang lah.”

“Adik jahat?”

“Tak..”

“Habis tu, kenapa Allah tak Ambil Adik.”

“Sebab, Allah tahu, kalau dia ambil Adik, Kak long takde teman hiburan yang boleh buat Kak long ketawa nanti..” Air mata Melati hampir tumpah, dia tahu, Aisyah terlalu rindukan Ummi dan Abah.

“Kalau macam tu, Adik janji tak nakal, Adik janji akan ikut cakap Kak long”

“Sebab..” Melati menguji.

“Nanti Adik boleh cepat jumpa Abah dengan Ummi..” Air Mata melatih mencurah – curah akhirnya, Fateh pun.


…………………………………………………………………………………………….

“ Minum Abah..” Melati Menunduk, Air susu panas bercampur madu diletak disebelah kanan Abah, hatinya masih sebal. Abah ralit menaip sesuatu di Komputer ribanya.

“Kak long..” Melati berpaling.

“Duduk..”Melati duduk disebelah Abah, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut, halaman rumah yang dipenuhi pokok-pokok bunga itu tenang, kontra dengan hati Melati sekarang.

“ Kak Long masih marah?” Abah berhenti menaip, lantas menarik nafas panjang sebelum memulakan soalan.

“ Kak Long benci Pak Lang..”spontan, menterjemahkan keseluruhan perasaannya kini.

“Dia adik Abah..” Abah bersandar, kepalanya didongak memandang langit.

“Abah buat je report polis, senang, terus Pak Lang masuk penjara, dia dah banyak menyusahkan keluarga kita.” Melati mengesat air matanya kasar, walaupun perwatakannya lembut, jiwannya keras.

Abah senyap, ya, Marah Melati berasas kukuh, mana tidaknya, Ummi sampai terlantar di katil ditolak Pak Lang yang tiba-tiba masuk kerumah sewaktu Abah tiada,datang pula meminta wang, dasar penagih dadah.Melati berdengus kasar.

“Kak Long tahu..”Abah berpaling ke arah melati, ayat Abah putus-putus.

“ Apa pesan Tok Wan pada Abah?”Melati menanti ayat seterusnya pada Abah.

“ Jaga, jaga dan jaga adik kamu..” Abah mengajuk kata-kata Atuk. Dua lagi Adik abah meninggal sewaktu kecil, sebab itulah hanya tinggal Pak lang yang amat disayangi Atuk sebagai yang bongsu.

“ Setiap kali abah nak report polis, setiap kali itulah, Abah teringat Arwah Atuk.

“itu bukan penyelesaiannya Abah, abah kena bertegas.” Melati mengawal suara, rasa hormatnya begitu menggunung pada Abah.

“ Pak Lang bukan sekadar menagih Kak long, dia turut mengedar, hukumannya gantung.” Abah berusaha hari-hari nak pulihkan dia, macam-macam doktor dan ustaz abah jumpa, kalau ke pusat pun dia lari..” Abah menerang panjang lebar.

“Dia satu-satunya adik Abah, maafkan Abah” air mata Melati tumpah saat itu, Insan yang amat disayanginya mengungkap kata maaf?

“Abah akan cuba lagi..” Intonasi suara Abah mula berubah, Melati tahu, dia betul-betul kecewa dengan Pak Lang. Melati merapati Abah, menarik tangan Abah.

“Maafkan Kak Long Abah..Kak Long janji akan memahami Abah” Melati mencium tangan Abah, ubun-ubunnya digosok abah, lembut.

Air matanya tumpah.


“Sampai bila Kak Long nak terus tenggelam dalam kenangan macam ni?” lamunan panjang Melati mati, lantas berpaling kearah suara itu.

“Angah..”sepatah, dikesatnya air mata yang berlinang di pipi.

“Kak Long kena kuat, baru kami jadi kuat..manusia tak boleh hidup ditelan masa lampau Kak Long..” Muhammad Al-Fateh bergerak ke depan, mengambil tempat disebelah Melati yang duduk dibangku mengadap kolam ikan kecil dihadapan mereka.

“Sekuat mana pun Kak Long, kadang-kadang kalah jugak ngah..” tangan Melati ligat memberi makanan kepada ikan – ikan kecil yang berenang gembira di dalam kolam, menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

“..Dan masa lampau sebenarnya menjadikan langkah manusia lebih kuat..” sambung Melati, memaksa diri untuk senyum.

“Sebab tu Angah tak kasi Kak Long berhenti belajar, kalau kat kolej, Kak Long boleh sibukkan diri dengan kerja-kerja Kak Long..” Fateh bangun menuju ke pili air.

“Kak Long dah buat keputusan, lagipun Adik perlukan Kak Long..” pandangan mata melati mengekor langkah Fateh.

“Adik angah boleh jaga..Makandak pun ada apa..”Fateh melipat seluarnya separuh betis.

“ Yang penting Kak Long dah selesaikan semuannya, minggu depan Kak Long mula kerja” tegas Melati.

“Angah tengok Kak Long nangis lagi..siap la..” getah paip dihala ke pokok-pokok Bunga dihadapannya, Melati gelak.

“Tak Janji..” Melati berlalu, menuju ke pintu belakang, hajatnya mahu membantu Makandak masak untuk hidangan makan tengahari itu.


Pinn..pin..!!

Melati berpaling semula, langkahnya terhenti, matanya mengecil, memperhati kereta berwarna putih yang berhenti dihadapan rumah mereka, seakan dia pernah melihat kereta itu, Melati berusaha mengingat kembali.

“Siapa tu ngah?” Fateh menggeleng, turut sama memanjangkan leher, air yang mengalir laju ditutup.


“Kak ti!!!” sesusuk tubuh lengkap berjubah merah hati dan bertudung labuh berwarna pink melambai-lambai dari arah pagar yang masih bertutup.

“Ya Allah..budak-budak ni..”berlari Melati ke Arah pagar.

“Angah bukak pagar.”sempat dia menjerit berpesan pada Fateh, Fateh melangkah ke dalam rumah.


“ Sampai jugak kitorang kat rumah Kak ti..” Humaira yang nakal yang mula-mula bersuara sebaik melangkah masuk ke rumah itu.

“ ye la, datang bukan nak bagi tau dulu..” Melati buat nada merajuk.

“ Kalau bagi tau nanti Kak ti buat kenduri pulak..” mereka ketawa, enam orang semuanya, Humaira, Syuhada, Amalina, Khadijah , Syahirah dan Iman, keenam-enamnya adalah adik-adik usrahnya dalam kumpulan usrah yang diberi nama Rabiatul Adawiyah, semuanya masih di semester dua dalam pelbagai bidang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

“Syuhada dah dapat lesen ye..”teringat Melati pada adiknya yang satu ini, beriya benar bercerita kepada Melati hajatnya ingin membuat lesen Memandu pada cuti semester yang lalu, berjaya juga.Syuhada mengangguk kecil.

“macammana dapat cari rumah ni, jarang tau kalau ada tetamu datang terus dapat cari rumah ni?” soal Melati.

“ hehe, Kak Hani yang bagitau petunjuknya, oh ya, Kak Hani, Kak Amirah, Kak Suraya, dan akak-akak yang lain semua kirim salam.”oh..patutlah, mereka semua kerap datang kerumah Melati.

“Waa’laikumussalam..kenapa tak datang sekali?”

“ Oh..hari ni, diorang ada Program, jadi tak dapat datang” Melati memahami kesibukkan sahabat-sahabatnya yang tidak pernah jemu dalam gerak kerja menegakkan Islam.

“Eh , sekejap, Kak ti buat air ye..” Melati berlalu ke dapur.

“Assalamualaikum..Ramainya orang..”Aisyah tiba-tiba muncul di muka pintu.disalamnya semua tetamu seperti yang diajar Ummi dahulu.kemudian berlari ke dapur.

“Comelnya, tu kot adik bongsu Kak ti yang Kak ti selalu cerita tu..” Ujar Amalina, yang lain mengiyakan.

“Adik Kak Long pergi mana ni..” Melati menyoal sebaik melihat Aisyah masuk ke dapur, Tangannya ligat membancuh air Sirap Bandung, matanya kembali memandang isi jag ungu dihadapnnya, panas-panas begini seeloknya dihidang air sejuk, biar hilang dahaga tetamu yang bersusah payah menjenguknya.

“Adik pergi rumah Siddiq, main askar-askar..”Melati mengerut dahi lantas menggeleng kecil.

“Siddiq tu kan lelaki, main askar-askar pulak tu, adik kan perempuan, kenalah main permainan perempuan..” tegur Melati, sedikit tegas.

“Alaa Aina balik kampung la Kak Long , Adik tak tahu nak main dengan siapa..Lagipun adik main dengan Deeya, dengan Ali dengan Mira ramai tadi..” Petah gadis kecil itu bersuara.

“eh, terlupa pulak..” Melati berpaling kea rah Aisyah yang sedang menepuk dahi, apa lagi yang mahu diomelnya.


“Mintak maaf Kak Long, Adik tak ingat hari tu dah janji nak dengar cakap Kak Long..”

“Tau takpe..”Melati mengiyakan, Makandak yang sejak tadi menjadi pemerhati setia tergelak besar.

“Ha, Kak Long, makanan Makandak dah hidang tu, moh ajak kawan-kawan makan sekali” Melati mengangguk, terus berlalu kedepan.

“ mintak maaf, lama sangat tunggu airnya, eh, tengok apa tu?” Jag yang penuh dengan air sirap bandung diletak atas coffe table dengan penuh hati-hati, kembali dialihkan perhatian kepada keenam-enam gadis remaja yang masih membisu dihadapannya.


“ Tengok Album ni Kak ti..takpe kan..mintak maaf tak mintak izin”Amalina mula bersuara, yang lain mula tersedar.

“eh, mintak maaf jugak Kak Ti , tak mintak izin..” yang lain pula bersilih meminta maaf. Melati senyum.

“Apelah korang ni, tengok je, lagipun memang album tu untuk ditengok, bukannya hiasan kan..”Melati masih mesra seperti dahulu, itulah yang membuatkan adik-adik usrahnya sangat menyayanginya, bukan sahaja diwaktu senang, malah mereka turut menangis bersamanya sewaktu mendapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa kedua ibu dan bapa Melati, kebetulan waktu itu mereka sedang membuat liqa’ sebentar usai solat magrib di masjid, Waktu itu Melati begitu tenang menjawab panggilan telefon dari pihak berkuasa, dan pada waktu itu mereka berenam masih diambang peperiksaan akhir, jadi tidak dapat sama-sama menghadiri pengkebumian jenazah Abah dan Ummi Melati.

“Cantiknya Arwah Ummi Kak ti, macam Kak ti jugak..” Iman mengusap lembut bahu Melati yang duduk disebelahnya, yang lain mula berpandangan, tadi mereka sudah berjanji untuk tidak menyentuh perihal Arwah, bimbang lukannya masih berdarah.

“dari apa yang iman tengok, mesti dua-dua ni kuat, tegas..penyayang..” Melati senyum, dia terangguk-angguk.

“jadi Kak ti mesti lebih kuat, hasil gabungan dua insan yang istimewa ni, kan..” Iman memeluk Melati. Pelukan mereka erat, seerat ukhwah yang terbina atas dasar Cintakan Allah dan Rasul, sama-sama berjuang menegakkan agama, indahnya ikatan persahabatan terasa sungguh luar biasa.

“tak aci, Khadijah nak peluk Kak ti jugak..” Khadijah yang berada di sebelah kiri pula memeluk mereka berdua, yang lain turut hampir menitiskan air mata,

“Kak ti sayang semua..”

“ sayang kami lagi banyak Kak ti..” lanjut Syahirah.

“Dah..dah..tak mau sedih-sedih, jom makan, nanti sejuk pulak nasinya..” pecah tawa mereka, lantas sama-sama melangkah ke dapur.

Melati tersenyum mengingati sebuah Hadith,

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad)


Usai solat Zohor berjemaah, mereka mengadakan Usrah, sudah hampir dua minggu mereka tidak membuat Liqa Ilmu sebegini, sudah lama rasanya sudah tidak mengecapi nikmatnya jiwa-jiwa bersatu dalam taman-taman diantara taman-taman syurga ini, sudah lama rasanya tidak mendengar bibit nasihat dari sahabat-sahabat ini, seperti penagih mendamba candu, yang pasti, jika terus dibiar lama, makin kontanglah hati-hati ini andai tiada aliran yang menyuburkannya, bimbang- bimbang jiwa ditelan futur, jemu pada dakwah yang tiap detik mengundang hujanan derita, namun maniskan dihujung sana, nun disyurga.

“ kebetulannya Kak Ti baru selesai baca buku ini..” Usai memanjat syukur pada Illahi serta selawat dan salam pada junjungan mulia, Nabi Muhammada S.A.W. , Melati memegang senaskah karya yang begitu berharga , dihalakan muka depannya kepada semua, Aisyah yang bersandar diribanya turut tertarik untuk melihatnya.

“Hari-hari dalam hidupku” Humaira bersuara tanpa dipinta, Melati terangguk-angguk, bibirnya mengukir senyum Indah.

“ Zainab Al-Ghazali” giliran Nurul Iman bersuara,.

“Betul..buku yang Kak Suraya cadangkan adik-adik baca hari tu, Kak Ti pun bari je habis baca, apalah Kak Ti ni..”sambung Melat, sedikit menunduk

“Okey apa kata kita bincang tentang buku ni..?” cadang Melati, yang lain terangguk-angguk, disambut dengan senang.

zainab al ghazali Pictures, Images and Photos

“ Bismillahirrahmanirrahim..seperti yang kita bincang dalam Usrah sebelum ni, ya, dialah Zainab Al-Ghazali itu, seorang muslimat yang begitu obses dalam menegakkan agama, yang begitu menggilakan perjuangan walau menghadapi ujian yang bukan biasa- biasa, hingga Jamal Abdul Nasir, pemerintah republik mesir pada ketika itu begitu takut padanya, buktinya, dia mengeluarkan arahan supaya Zainab Al-Ghazali yang mulia ini diseksa seperti siksaan keatas tahanan lelaki” sinar mata keenam –enam mereka mengembirakan Melati, malah menambah semangat melati untuk menyambung kisah itu.

“buku ini sarat dengan permainan emosi, kalau dukanya Zainab Al-Ghazali, ia seakan menarik kita untuk sama-sama merasa deritanya dia, kalau gembiranya Zainab Al-Ghazali, kita akan turut tersenyum merai gembiranya, walaupun hampir 90 peratus kisahnya dalam penjara yang penuh dengan Syaitan-syaitan hitam yang siap sedia dengan kayu sebatan di tangan yang tiap detik menyinggah di tubuh tahanan Ikhwanul Muslimin, ada terselit cahaya gambira seperti saat mimpinya bertemu Rasullullah, buat Kak Ti menangis kerana turut merindui Rasullullah, dan Kak Ti cemburu dengan Zainab Al-Ghazali yang dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi, malah Rasullullah sendiri yang memujuknya supaya bersabar, indahnya..subhanallah, entah bila kita dapat mengecap bahagia sebegitu,” Melati memeluk naskah bingkisan kisah Zainab Al-Ghazali rapat kedadanya, matanya mula menakung air, Amalina, Syuhada dan Nurul Iman sudah menunduk, bermuhasabah diri.yang lain masih menunggu kisah selanjutnya, biarpun ada dikalangan mereka yang sudah menghadam buku tersebut, cara Melati menyampaikan kisah itu begitu meruntun jiwa.

“ Kak Long, dia tinggal dalam penjara berapa hari..?” Aisyah tiba-tiba bersuara, Melati tersenyum.

“Lama sayang, hampir setahun lebih, hari-hari disiksa dengan macam-macam siksaan, ada masa lepas Zainab Al-Ghazali disiksa teruk, dia dimasukkan pula kedalam Penjara Air dengan luka-luka yang teruk, mesti pedihkan Aisyah” Aisyah terangguk-angguk.

“ hari tu yang Aisyah jatuh, lepas tu, Abang ngah letak air pun sakit sangat Kak Long” Melati sambut dengan senyuman.

“ dalam fikiran Zainab Al-Ghazali hanya ada perjuangan menegakkan Agama Islam yang suci ini, dalam fikiran kita jarang-jarang fikirkan masalah umat islam yang makin hari makin hanyut” Syahirah memberi pendapat, pandangan mereka beralih pada Syahirah.

“ kita disibukkan dengan macam-macam urusan dunia, kita minta pada Allah agar dijauhkan dari penyakit Wahn, sedangkan dalam solat pun kita sering berfikir tentang urusan dunia, alangkan memalukan diri kita” sambung Syahirah, matanya bergenang.

“ Ditimpa ujian yang sedikit pun, tak sedar kita sering salahkan Allah, kita mengaku berjuang kerana Allah, tapi kita sering menyalahkan-Nya jika ditimpa musibah” giliran Nurul Iman bersuara.

“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah , moga- moga kamu beruntung” Melati membaca ayat ke 200 dari surah Ali ‘Imran dan turut membacakan terjemahannya.

“ Dalam memenuhi tuntutan kewajipan berdakwah dalam lingkungan kita, entah berapa banyak ujian yang kita dah lalui mahupun akan lalui, yang berjaya kita lalui, Alhamdulillah, jangan lupa panjatkan doa agar kita terus tsabat dalam dakwah dan tidak Futur dek tohmahan dari manusia atau ujian dalam bentuk lain, ingat, kita masih ditapis Allah tapisan demi tapisan sehingga kita mati, rugilah kalau kita tercicir dalam perjuangan menegakkan Agama suci ini.”sambung Melati.

“err..Kak Ti, Humaira tertarik tentang kisah Zainab Al-Ghazali tadi, tentang yang Kak Ti kata Zainab Al-Ghazali obses pada Agama, apa pendapat Kak Ti, kalau hari ni, kita-kita ni pakai jubah dan tudung labuh, dan ada yang pakai Niqab macam Syuhada dan Amalina, dikatakan orang yang Obses dan ektream pada agama.?” Soalan kedua selepas soalan dari Aisyah diaju pada Melati.



“pendapat Kak Ti, kita kena Obses pada agama, pada perjuangan kita, sebab ini keyakinan kita, ya, Kak Ti obsess pada perjuangan ini, kalau kita Obses bermakna kita akan bersungguh-sungguh mempertahankan keyakinan kita walaupun diterjah bermacam kejian dan makian, dek kerana kita yakin bersandar hujah yang bertepatan secara Skriptualis, kita akan tetap teguh pada gerak kerja dakwah ini..”

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)"

“ Adik, kita sudah jadi golongan asing seperti yang dikatakan Rasul kecintaan kita, tidak hairan ada ramai golongan yang menentang, matlamat kita bawa mereka sama-sama dengan kita, jangan biarkan yang hanyut terus hanyut, jangan disebabkan maki keji mereka, kita jauhi mereka dan biarkan mereka terus menjauh, lebih- lebih lagi kalau kita yang berubah disebabkan pandangan negative mereka, nauzubillah..” Mereka terangguk tanda faham.

“Pandangan Kak Ti pada Muslimat yang terlalu lantang bersuara menyatakan pendapat didepan Muslimin?” soalan seterusnya dari Amalina, Melati menitip senyum, gembira dengan Usrah yang ‘hidup’ seperti ini, ada tindak balas, ini barulah Usrah sebenar.

“ dalam gerakan dakwah, Kak Ti lihat ada dua golongan Muslimat, setengahnya cenderung bersikap sopan dan menyimpan, dimaksudkan menyimpan ini adalah tunggu liqa bersama muslimat baru nak bersuara, malah ada yang tak nak bersuara lansung sebab bimbang pendapatnya mengundang malu dan diperlekeh, sedangkan kita belum tahu, entah-entah ideanya lah yang ditunggu-tunggu, dan satu golongan pula yang cenderung mengeluarkan pendapat, begitu berani hingga kadang-kadang kelihatan begitu menyerlah..”

“ha, betul tu Kak Ti, muslimat mana boleh menyerlah- menyerlah sangat kan Kak Ti..” sampuk Humaira, pantas tangan Amalina yang duduk disebelahnya menyambar peha, Humaira terjerit kecil, -menyampuk~ Melati mengeleng seraya tersenyum.

“ Bagi Kak Ti yang ditengah-tengah, terlalu meyimpan pun tidak, yang terlalu berani pun tidak, biar yang sederhana, nyatakan pendapat dalam nada tegas, bukannya terjerit-jerit menyangkal, yang terlalu sopan pun biar sopannya sekadar sahaja, itu pendapat Kak Ti ye, Kak Ti pun masih belajar,” Mereka angguk setuju.

“Bila hati hanya ada Allah, Kak Ti rasa takde dah istilah malu, poyo, dan macam-macam lagi, otak kita akan fokus pada perjuangan dan dakwah, pendapat dan keberanian kita hanya untuk masa depan Umat, dan yang lain tidak pula bersangka buruk kerana kita hanya fikir untuk selesaikan masalah Umat yang terletak dipundak kita”Melati teringat kisah Zainab Al-Ghazali yang menjadi inspirasinya.

“yang penting kalau pendapat tak diterima syukurlah, kalau diterima Istighfar..” sambung Khadijah.

“ berbalik pada Zainab Al-Ghazali, renung- renunglah, andai kita dihidang harta dan pangkat disebelah , dan disisi kita penuh luka sebatan, dihati letih dengan kesakitan, masih mampukah kita memilih akhirat berbanding dunia.” Melati menarik kembali fikiran mereka pada kisah perjuangan Zainab Al-Ghazali, menebak hati mereka dengan persoalan yang lazim dalam perjuangan.

“ moga kita memilih Akhirat..” akhirnya Melati sendiri yang menjawab bila melihat mereka semua tertunduk, dalam hati Melati berdoa agar diteguhkan hati mereka sehingga ke akhir hayat.

Usrah berakhir dengan doa rabitah, tangan mereka bertaut, berdoa dengan sungguh-sungguh, moga hati mereka terus bersatu, jiwa mereka terus bertaut, atas nama cinta pada Illahi, pada perjuangan Nabi yang diteruskan oleh mereka~

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.


sambung lagi..ini sekadar video saje2 untuk yang nak tahu lebih lanjut apa itu 'ghuraba'.check it out~






3 comments:

damaiinx said...

salam,nessa.maaf yer..bagus sangat buku 2 utk dusrahkan..sbg penyutik semagat dlm perjuangan.
Dmx - sirrubarkatillah ,salam perjuangan......

nessa syahirah said...

salam perjuangan kembali.

buku ni baru habis dibaca,tu yang masuk skali dalam cerpen ni.mekasih ya.

justasimplegirl said...

Nessa Syahirah

siri enam mana? saya nak siri enam.. tak jumpa lah..

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena