Beriringan ke Syurga~

Sunday, August 2, 2009

‘Demo’ lo ni tak seghupo mulo~



Alhamdulillah diberi kesempatan menghadiri Demonstrasi membantah ISA yang telah diadakan di Kuala Lumpur, kalau blog lain memaparkan gambar sekitar demo, saya hanya mampu mempublish pengalaman sepanjang demo sebab takde duit nak beli handset ada kemera apatah lagi membeli kemere digital.

Ini kali dua menghadiri demo, dulu demo palestin, tapi kali ni demo bantah ISA, yang penting demo kali ni risikonya bukan seperti yang dulu, water canon mula main cak-cak dari awal lagi, jadi doa sentiasa mengiringi tak henti-henti~


9.00 pagi

Mula bergerak.

9.30 pagi

Tiba di KTM Kuala Lumpur.
Kehadiran ramai SB memang dah dijangka, SB menunggu dipagar depan KTM dan menghalang orang ramai menuju ke Masjid Negara, ramai yang hanya menunggu dan duduk-duduk di tepi-tepi landasan Komuter,kami? Hehe, gerak sorang-sorang ikut jalan menuju ke restoran dan lintas sampai selamat tiba ke Masjid Negara, polis pandang-pandang, tapi Alhamdulillah tak Tanya apa-apa, ni kali pertama lalu selamba depan puak-puak FRU, fikir balik apalah nak takut..

11.30 tengahari

Tiba di masjid Negara, setelah dua jam ulang alik kat stesyen Kuala Lumpur memikirkan strategi nak lepas.kami(saya dan dua orang sahabat) selamat sampai ke Masjid, sahabat yang lain masih tersangkut di stesyen Kuala lumpur.

Dimasjid, sudah ada dua tiga orang makcik-makcik yang sedang solat hajat, SB ramai kat Masjid dok berkeliaran, jadi makcik-makcik tu nasihat hati-hati, dan buat macam orang yang bukan nak joint Demo, kami sama-sama solat hajat, makin lama makin ramai yang dah lepas, Masjid mula penuh, berita penahanan beberapa pimpinan dah mula kami terima.

1.20 tengahari

Solat Zohor, masjid dah penuh, laungan Allahukabar seiring bunyi helli kat atas bumbung masjid makin menyemarakkan semangat,usai solat, Imam doa dengan semangat, dan orang ramai lagi semangat mengaminkannya, hati saya begitu tersentuh melihat semangat yang ditunjukkan oleh semua.

Habis doa, semua keluar, saya dah Nampak kelibat Abah, tapi tak sempat nak panggil, tadi Abah telefon, nasihat suruh hati-hati.

1.45 tengahari

Perarakan dimulakan, kami berlapan pegang tangan erat-erat dan jalan.laungan takbir dan ‘mansuhkan ISA ‘ dilaungkan.lama berjalan, Abah telefon, Tanya saya dimana, Abah dan hampir tujuh puluh orang yang lain terperangkap di Masjid Negara, dihalang dari menyertai perarakan, dan individu yang begnya mengandungi alat-alat seperti baju ada lambang anti ISA, mula ditahan.

Perarakan dihalang FRU, dengan trak water canon, beberapa das gas pemedih mata mula dilepaskan, pertama kali dalam hidup terkena nikmat gas pemedih mata, huisyo..memang best tak ingat dunia.

Semangat kami tak Berjaya dilemahkan, kami berkumpul semula.

Handset habis bateri dan mati, saya mula tak tau jam dah pukul berapa.

Air mula disimbah, semua orang lari, termasuk kami, pak-pak cik tu pangggil masuk satu semak atas bukit, saya terpisah sorang-sorang dengan sahabat yang lain.jalan-punya jalan, kena lagi sekali gas pemedih mata, saya terduduk tahan sakit hidung, mata, tekak, pastu sambung balik jalan dan tembus di Stesyen Komuter depan SOGO, kena panjat pagar pulak, pengalaman, oh pengalaman.

Jumpa sorang Classmate, mintak handset dengan muka tak malu, nak Call Abah, cakap handset habis bateri.

Tak lama, jumpa balik sahabat yang lain, dari atas jejantas dapat tengok tempat lain yang masih tak reda, kami tunggu disitu.

Kami mula beli tiket balik, sampai KL sentral saya turun, sahabat yang lain meneruskan perjalanan.

Ramai polis di KL sentral, sampai situ diorang jaga?Isyh isyh.

Lepas hampir sejam setengah tunggu, baru abah sampai, rupa-rupanya jalan masih disekat.

Penutup(baca ala-ala pembaca berita)

KUALA LUMPUR-TV3 menyiarkan peniaga tak puas hati dengan aksi berani mati semua pihak yang sama-sama menjayakan misi suara rakyat yang begitu ingin memansuhkan ISA, akta ikut suka aku ini begitu jelas diteruskankan dari zaman komunis dulu demi kepentingan pemerintah. seorang penentang ISA tegar berkata, “perhimpunan ini tidak sepatutnya dihalang kerana ia adalah suara rakyat dari isi hati yang dulu demi dasar kemanusiaan dan bukan dasar nak tunjuk terel dengan aksi berperang dengan polis”, berbalik kepada peniaga tadi, simpati kami hulurkan, dan maafkan kami jika itu benar-benar perbuatan kami, tetapi jika itu sebenarnya berlaku dari sebuah perancangan, lu fikirlah sendiri. Beberapa penentang ISA tegar yang lain tidak Berjaya ditemuramah kerana tidak pandai bercakap dalam bahasa melayu, dan ada sesetengahnya yang tidak mampu berkata-kata kerana terlampau terharu setelah terkena gas pemedih mata, buat semua diluar sana yang tidak berkesempatan menghadiri Demonstrasi, doa anda pastikan sentiasa mengiringi, walau apapun yang berlaku, perarakan ini diharapkan dapat membuka mata ramai pihak supaya lebih mengkaji tentang kezaliman ISA, sekaligus menyokong tindakan kami menentang ISA. Akhir kata dari saya, jom sama-sama tentang ISA- laporan dari nessasyahirah.blogspot.com. sekian.


LAGI ISU INI:http://nikabduh.wordpress.com/


0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena