Beriringan ke Syurga~

Saturday, September 26, 2009

Menanti Hanan-siri Tujuh~

...............Boring, semua dah balik, tinggal saya seorang diri dirumah, (mak dan abah hantar akak dengan saleh ke perhentian Bas) sebelum buat apa-apa yang patut, saya post dulu siri menanti Hanan untuk yang sudi membacanya, dan harapan ada yang sudi mengkritik.

For Simon - Scrapblog Pictures, Images and Photos



Sesampai di rumah, Uwais terus ke bilik bujangnya, menukar baju, sudah berpeluh benar, cuaca biasanya akan panas waktu-waktu begini, dan hujan akan menyimbah bumi pada waktu selepas asar, Uwais hampir dapat menghafal kerenah cuaca musim tengkujuh begini, namun semuanya kuasa Allah, tidak semua ramalan manusia itu benar, disarung seluar sukan dan t-shirt putih ke tubuh, kemudian keluar menuju ke dapur, Ummi dan Khaulah sedang sibuk menghidang makanan, bau makanan yang menusuk hidung membuatkan rasa lapar yang hampir tidak terasa tadi menyerang, Uwais mengambil tempat duduk, Ummi berpaling.

“apa kata Tok Aki?” Uwais angkat kening.

“Baitul Hannan?”giliran Khaulah bersuara, Uwais mengangguk kecil.


“Ummi..Uwais lapar~”Ummi tergelak kecil.

“ye lah, makan, nanti Uwais ceritakan ya.” Ummi meletak pinggan berisi nasi ke hadapan Uwais.

“mengada, sekeh karang.”Khaulah tarik muka.

Uwais gelak.

“ Hikari, mari makan..” Hikari muncul dari pintu dapur yang bersambung dengan tangga.

“ya, Ummi” Gadis kecil molek itu turun, mengambil tempat di tengah-tengah Khaulah dan Ummi.

“apa ini?” Hikari mencedok kuah masak lemah cili api ikan keli.

“ini masak lemak cili api”terang Khaulah.

“pedas tau, macam wasabe” Khaulah teringat wasabe yang ditontonnya dalam drama jepun, Hikari mula menyuap nasi.

“tidak, wasabe lebih pedas..” hikari menghadiahkan senyum.

“nanti Ummi nak ke jepun, nak makan wasabe” Ummi gelak, Uwais masih dengan wajah selambanya.

“ni ha..pedas” Khaulah menunjuk pada sambal belacan.

“pedas..”Hikari mengakui kepedasannya selepas merasa sambal belacan.

“saya pulang ke Tokyo tiga hari lagi” intonasi suaranya mencerun.

“tiga hari, bukan lagi seminggu?” Khaulah tampak terkejut.

“perlu dipercepatkan tarikhnya” jawab hikari.

“ tak bestlah..” Khaulah mencebik.

“nanti Hikari datang lagi ya..” giliran Ummi menjawab, kelihatan sedih.

“giliran Ummi pula kesana” Hikari senyum.

“wah, nak ke jepun tu entahlah, mahal kan”Ummi memandang Uwais yang sedang khusyuk mengisi perut.

“mahal jugaklah Ummi, matawang diorang paling tinggi tak silap Uwais, Hikari kena belanja gamaknya” Uwais senyum.

Tiga pasang anak mata menentang Uwais, terkedu.

“Apa?” Uwais mengusap mulutnya, tawa mereka pecah, gamat ruang dapur sederhana besar itu.


************


Deringan Alarm dari telefon bimbitnya mengejutkan Uwais Al-Qarni tepat jam 4.30 pagi, matanya mengecil, pedih sedikit menentang cahaya dari skrin telefon bimbit, Uwais bingkas duduk, jika tidak akan jadi seperti semalam, mahu tidur sebentar, tetapi hanyut hingga ke Subuh, Uwais mengeliat, dipetik suis lampu dihujung katil, serta- merta ruang bilik sederhana besar itu terang- benderang, sejuk, Uwais mengosok lengannya, kemudian bangun mencapai tuala, menapak ke bilik air di dapur, keriut – keriut lantai papan yang dipijakinya menemani sunyinya malam itu, waktu melintasi bilik Ummi, dilihat Ummi sedang sujud, seperti kebiasaannya, Ummi akan terjaga lebih awal, meneruskan rutin hidupnya sejak Arwah Abah masih hidup lagi.

Angin dari celah- celah atap zink menerjah menyucuk hingga ke tulang hitam, Uwais tidak jadi mandi, tewas dengan kesejukan , diletakkan tuala ketepi kemudian berwudu’.

Usai salam selesai solat sunat tahajjudnya, Uwais beristigfar, matanya melayu, diserang mengantuk, digonyoh matanya sedikit, kemudian mengangkat tangan memanjat doa, kemudian dia bingkas bangun, mahu meneruskan ibadahnya malam itu, namun niatnya terganggu, pintu utama diruang tamu diketuk bertalu-talu, berderau darah Uwais.

Uwais berjalan pantas keluar, bertembung dengan Ummi yang jelas terpancar gusar diwajahnya, mereka segera menuju kepintu, Uwais mengintai di celahnya.

“ Hafiz mi..” Dahi Ummi bercantum.

Uwais buka pintu perlahan dengan degup jantung yang menggila, bimbang sesuatu yang tidak elok dilakukan Hafiz, ketukannya tadi luar biasa, seperti orang ingin melepas amarah.

“Assalamulaikum!” nafas Hafiz turun naik, dahinya dibasahi peluh.

“Tok Aki..Tok Aki meninggal Uwais..” Uwais tergamam, bahunya dicengkam Ummi kuat.

“Innalilliahiwainnailaihirajiu’n..”Uwais meraup wajahnya, kenyataan ini sukar ditelan.

“Tok yakin Uwais dapat lakukannya” hanya ayat itu menjengah mindanya.

“Baitul Hanan..”



3 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam.. Nk tny, "Menanti Hanan" nie cereka sndiri @ prkongsian dr mana2 buku?

nessa syahirah said...

ciptaan sendiri.
mohon kritikan.

myikhwanfiideen said...

Lenggok bhs yg sgt menarik. iAllah.. Sy maci dlm usaha mbaca dr siri yg 1st.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena