Beriringan ke Syurga~

Saturday, October 3, 2009

Dari sisi positif karya Abidah el Khaliqy

Perempuan berkalung sorban Pictures, Images and Photos



saya baru selesai menonton filem ' perempuan berkalung sorban', itupun, setelah saya baca satu artikel di internet yang menyatakan filem itu berbaur feminisme, saya jadi tertarik untuk menonton kesemua 12 episod dalam masa dua hari, selesai, tangan mula mencari-cari keyboard, mahu memuntahkan tentang apa yang saya fikirkan tentang filem itu, dijelaskan terlebih dahulu, ini hanya pada hemat saya, yang sering melakukan kesilapan ini.

Filem yang diadaptasi dari novel karya Abidah el Khaliqy, karya yang mengangkat wanita sebagai tunjang utamanya, kisah seorang gadis anak seorang kiyai yang dipandang tinggi oleh penduduk tempatan, dan begitu dijaga elok oleh orang tuanya.

awal-awal lagi ada babak Anissa yang ditegah dari menunggang kuda, malah Anissa saat itu memakai serban yang boleh dikatakan pakaian orang lelaki,

jadi, benarkah filem ini cuba menyamaratakan darjat lelaki dengan perempuan seperti yang dimaksudkan dengan feminisme itu sendiri? malah dilihat dengan mata kasar, sentuhannya begitu halus sekali jika anda tidak berfikir panjang.


hampir setiap babaknya mengandungi dialog yang menimbulkan pertanyaan, sebagai contoh saat Anissa berbicara dengan lek, dengan dialog seperti ini

"Islam enggak adil sama perempuan"



saya melihat Anissa sebagai seorang remaja (seperti remaja lain) yang memberontak, mahukan kebebasan, namun tidak tahu tentang apa salahnya cara dia begitu berkeras untuk mempertahankan pendapatnya, namun sering mendapat jawapan yang tidak mencapai kepuasan untuk dirinya,dan temannya Lek, menjadi gedung jawapan bagi setiap persoalannya, namun digambarkan dengan cara yang salah bagi saya, bila mereka berbicara soal agama dengan hanya berdua, malah ada scene yang mereka saling menyentuh tangan dan ada lagi scene yang kurang enak ditonton, seperti juga menonton satu babak dalam filem ayat-ayat cinta.

tetapi setiap persoalan dari Anissa dijawab dengan baik oleh lek, kerana itulah, sejak lek pergi melanjutkan pelajaran ke cairo,Anissa seolah kehilangan sesuatu yang sangat berharga, dan dia juga dipaksa berkahwin dengan anak seorang kiyai yang membantu memajukan pasanstren milik bapanya.

malangnya, suami Anissa adalah seorang kaki pukul, dan suka memaksa isterinya, Anissa jadi makin benci dengan lelaki.

hingga lek kembali, Anissa merasakan sinar hidupnya juga kembali.



Perbuatan Anissa yang memaksa Lek menzinainya, saya rasakan berlaku bila Anissa sudah merasa tidak sanggup lagi hidup menderita dengan lelaki yang selalu menyiksanya, mengapa digambarkan ini, bila seorang wanita terlalu tertekan dengan hidup, mereka jadi sanggup melakukan apa sahaja, akhirnya suami Anissa menceraikannya.

satu babak yang terkesan pada saya, sewaktu mereka melempar batu pada Anissa dan lek untuk hukuman rejam, setelah mereka menyangka Lek dan Anissa benar- benar berzina, dan waktu itu, ibu Anissa mara kehadapan dan melaung.

"siapa yang tidak pernah berbuat dosa sahaja bisa melontar!"

dan tiada siapa yang berani mara kehadapan.

Ummi, ibu pada Anissa, membawa watak seorang nyai yang begitu lembut, selalu menyetujui cadangan suaminya, walau kadangkala mimik mukanya menunjukkan keberatan untuk menyetujuinya.

sehingga selesai menontonnya, saya simpulkan, anda akan menganggap bahawa filem ini, beradeologi feminisme, jika anda tidak berani, mendalami isinya sehingga selesai filemnya.

sebuah filem berlatar tahun 1950-an, mungkin menerangkan realiti yang berlaku di indonesia waktu itu.

saya cuba bayangkan jika penulis itu begitu berani mengambarkan tentang sebuah realiti masyarakat yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam, sehingga terdapat individu tertentu yang cuba mencari jawapan diatas setiap yang berlaku, misalnya Anissa yang tidak faham mengapa Islam menghalang perempuan bermain kuda dan setiap jawapan yang diterimanya lebih kepada ketidakadilan gender.

"kerana kamu perempuan"

kemudian dengan mudah, Anissa akan simpulkan,

"Islam enggak adil sama perempuan"

manusia mana yang akan tahan jika hidup menderita setiap hari, dan kemudian setiap pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai malah dipersalahkan lagi, samsudin si suami Anissa berkahwin lagi.malah, Anissa dikatakan tidak tahu menjaga suami oeh ibu mertuanya.

saya tidak merasa bahawa Anissa bencikan samsudin dek cintanya yang masih mendalam buat lek, cuba jika Anissa mendapat suami sebaik lek, adakah dia
akan terus memberontak?

masalah rumah tangga bukanlah rekaan Allah untuk meyusahkan umatnya, malah manusia sendiri yang mendedahkan diri pada kesalahan dan kejahatan itu dan harus bertanggungjawab diatas kesalahan yang dilakukannya.

jadi disini, adakah penulis berfahaman feminisme jika menampilkan watak wanita yang teraniaya dan ingin memohon cerai dari suaminya.

memohon fasakh adalah adalah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

juga punya hikmahnya, antaranya Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.

walaubagaimanapun, jalan memperbaiki hubungan itu adalah yang terbaik, namun itu perlu usaha dari dua diri, suami dan isteri, bukan dari isteri sahaja.



watak utama dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang tidak sempurna, selalu memberontak, dan tidak seperti watak perempuan dalam novel lain yang
sering digambarkan dengan sempurna sekali oleh penulis.

jadi tidak cukup dengan hanya menonton dan terus menghukum tanpa memikirkannya dari sudut positif.

cuma dia sebahagian terakhir cerita, Anissa bertindak membawa masuk pelbagai bahan bacaan berunsur cinta dalam pasantren dan mendapat tentangan yang hebat
dari abang- abangnya serta tenaga pengajar di pasantren, dan baru saya faham, betapa penulisan itu memberi impak yang besar dalam menghalusi keburukan dalam masyarakat,
ustaz saya sewaktu di Maahad darul Anuar, kelantan dulu turut menentang keras, novel- novel cinta.

sekali lagi saya katakan, Anissa digambarkan dengan watak yang serba kekurangan dan sering tewas dengan ujian berat yang dihadapinya.

saya melihat Anissa cuba membawa manusia sekelilingnya dari ketertutupan minda bilamana mereka masih berbahas untuk membawa masuk komputer ke Pasantren.

hampir pada pengujungnya, watak puteri pasantren menjadi cerminan buat Anissa, dan Anissa mula sedar.

nah, diakhir cerita, anda dapat menyimpulkan, bahawa kenyataan yang menyatakan filem ini berbaur feminisme adalah tidak benar sekali pada hemat saya,

Anisaa akhirnya bertemu jawapan dengan setiap persoalan yang mengundang peberontakannya,

di tengah pelajar puteri, Anissa berkata ini.

"kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta, dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi,syurga menurut janji Allah, adalah dibawah telapak kaki kita,PEREMPUAN.., tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan, mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah jalan Allah dengan dasar bebas, pentingnya hati yang ikhlas, dengan begitu, InsyaAllah, kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci."

hanya setelah Anissa melalui setiap pahitnya.

dan kata ibunya yang katakan diawal tadi dengan watak yang begitu sempurna.

"kita adalah permpuan yang hidup dalam kondisi yang tidak seimbang."

cuma bezanya Anissa meluahkan dan ibunya menyimpan.

dan sewaktu Anissa membawa anaknya menaiki kuda di akhir filem ini, Anissa melempar serban yang saya katakan tadi sebagai simbol pakaian buat lelaki, mungkin dia tidak mahu menjadi lelaki lagi.....

saya mohon maaf jika artikel ini semakin mengelirukan anda, saya baru belajar- belajar menulis dengan sesuatu yang lebih berisi.

dalam banyak forum yang saya baca mengenai filem ini, rata-ratanya menentang keras, malah ada yang menyatakan filem ini bernuansa yahudi,

dan saya tertarik dengan satu ayat dari seorang forumer dari satu laman yang saya tidak ingat, lebih kurang berbunyi begini,

"jika tidak meyetujui, jangan terus melempar ayat kurang enak ini, makanya menulis.."

ya, penulisan itu bernilai besar.

p/s: sila beritahu saya jika penulis buku ini adalah tokoh gerakan feminisme, kerana saya tidak menjumpai biodatanya.


4 comments:

Anonymous said...

slm'alaik
xsbar nk cari mse nk mnonton filem ni. ;)

nessa syahirah said...

wa'alaikumsalam.
ari tu da sruh haja tengok, tp igt..byk berfikir, huhu

Anonymous said...

suke la meng'kantoi'kan nme org.huhu

nessa syahirah said...

kuang3, hajar awanis..hajar ..hajar comel..

huhu.ni baru benar2, kantoi.ngeee...lari..

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena