Beriringan ke Syurga~

Tuesday, October 20, 2009

Hilang...

White Paper Pictures, Images and Photos



Bait-bait yang hilang,
telah kuukir dalam helai kertas nan suci
Menterjemah kerat-kerat hati
Menghadir ketenangan buat diri
Mencatit travelog dihari-hari
Yang kulewati dengan derai air dipipi

Bait-bait yang hilang
kuelak terkilan dihati
kucari hikmah yang menghiasi
kubiar ia pergi
membawa hati berduri
mengundang senyum berseri

Bait-bait yang hilang.
Buatku termenung sendiri.
Indah kurnia Illahi
Hingga menghalangku menebar aib diri.
Mengajarku erti rahsia hati
Yang seharusnya kusimpan rapi.
Andai suatu hari
Kutemui kembali
Bait-bait yang hilang.
Akan ku naskahi
Biar kukembali disaat ku pergi
Biar kuhidup disaat kumati!

nessa syahirah
21 oct 09
02.09 a.m.



Perlukah saya menterjemahkan keterkilanan hati dengan puisi, bait-bait keluhan atau mungkin luahan yang saya taip tiga muka surat hilang begitu saja.entah ini kali yang keberapa, mungkin boleh saya nyatakan rahsia disini, lembaran yang saya taip untuk blog saya- beriringan ke syurga hilang sewaktu laptop diformat, maka semangat dan keseriusan saya untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan persahabatan seakan dibawa pergi bersama, dan kali ini, cerita yang saya taip sebentar tadi juga hilang, maka terhasillah puisi ini kerana saya dalam mood yang sangat sedih sekarang, dan puisi umpama diari yang menterjemahkan cerita hati, ah, abaikanlah apa yang saya mengarut ni, saya nak hilangkan rasa sedih, Oh~hati, perlukah engkau bersedih lagi?

5 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam takziah.

Mmg x buat backup ke?.. Apapun, moga Allah bg kkuatan smula..

Ameen.

Unknown said...

sabarlah..pasti ada hikmah sebalik semua tu.. "apabila Allah turunkan huan lebat dan ribut petir,kita merungut..tapi kita lupa selepas tu Allah nak kurniakan kita pelangi.." teruskan usaha saudari tu..isyaAllah kali ni akan lebih baik

nessa syahirah said...

ya, syukran.

masih mencari kekuatan untuk terus dan terus menulis.

kerana saya manusia jenis yang boleh dapat tekanan kalau tak menulis dalam masa tiga hari.

Anonymous said...

2 la..lain kli tny tuan nye dlu cmne nk save.hehe xpe2,menulis tiada noktahnya, i2 hny mslh picisan. moge ada kekuatn dlm p'juangnmu..

nessa syahirah said...

ye, ye..

tu hanya picisan, masalah biasa dalam penulisan,ye..ye..(sambil nangis meraung2)hehe

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena